Sunday, July 17, 2011

Lagi-lagi cinta

Perkara biasa bila kau kecewa, kau mula menyalahkan cinta. Padahal kau yang bodoh, menjadi hamba pada cinta. Tapi bila kau mula rasa bahagia, pada kau kuasa cinta itu maha hebat. Lebih hebat dari kuasa tuhan.

Aku? Sambil pejam mata aku tarik nafas dalam-dalam. Ya, yang masuk ke rongga hidung ini juga cinta. Cinta Dia buat aku. Buat kita semua.

Lagi-lagi cinta.

Saturday, June 25, 2011

Kasih berubah : Ini bukan lagu Ferhad

Minggu lepas dalam meeting (baca : mesyuarat), boss kata siapa merokok kena potong bonus 30 percent (baca : peratus).

Aku syak kasih sayang boss dah berubah. Dulu akulah peneman lepak berasap sama-sama. Akulah tukang petik lighter (baca : pemetik api). Malah kadang-kadang rokok aku juga yang boss pau. Sekarang? Aku bukan siapa-siapa.

Berubah

Ada orang kata, manusia berubah kerana masa.
Ada orang kata, masa berubah kerana manusia.

Ada orang kata, rasa berubah kerana cinta.
Ada orang kata, cinta berubah kerana rasa.

Aku? Aku berubah kerana makan. Aku dah makin gemuk.

Saturday, April 16, 2011

Aku rajin membaca. Tapi kurang menulis.

Aku rajin membaca. Tapi kurang menulis. Titik. Aku tambah titik untuk panjangkan ayat. Titik.

Sunday, December 05, 2010

Dia

Dia senyum kerna cintanya pada kamu.
Dia ketawa kerna sayangnya pada kamu.
Dan sekarang, dia mula menangis kerna rindunya pada kamu.

Tuesday, October 26, 2010

Berharap

Kamu boleh berhenti berharap pada manusia, tapi jangan sekali-kali kamu berhenti berharap pada Dia. Jangan pernah langsung terdetik untuk berhenti sekalipon. Jangan.

Wednesday, October 20, 2010

Saat aku

Saat ku pejamkan mata, yang terlihat cuma kamu.
Saat ku helakan nafas, yang terhembus cuma kamu.
Saat aku akan pergi, yang ku mahu disisi cuma kamu.

Monday, August 02, 2010

........

Tuhan, tunjukkan aku jalan. Moga takkan langsung punya rasa amarah dan dendam. Amin.

Friday, June 11, 2010

Kepercayaan

Memulakan persahabatan dengan cara menipu, walaupun cuma sekecil-kecil zarah sekalipun, sungguh kau langsung takkan peroleh apa-apa. Langsung tak akan. Kalau nikmatnya kau mampu rasa sekalipun, percayalah ia takkan lama. Kerna lambat-laun kau akan hilang semuanya. Paling teruk, kau hilang sesuatu yang dinamakan kepercayaan.

Sekarang kau menyesal?

Monday, May 31, 2010

Kembali

Aku kembali. Ya aku kembali. Bukanlah punya maksud yang betul-betul berarti. Cuma sekadar mahu lepaskan rindu yang membuak dan menggila dalam hati. Ya sungguh aku rindu pada tulisan-tulisan kalian. Juga pada kalian yang selalu buat aku senyum nampak gigi ;D

5 bulan aku tak menulis. Gilalah!

Sunday, January 10, 2010

Dia masih pungguk biasa

Entah kenapa kadang terasa dia mampu menentang dunia. Seolah dia mampu untuk terbalikkan bumi semahu dia. Sepertinya dia punya kudrat untuk mengubah semuanya. Tapi akhirnya dia tersedar sendiri, yang dia cuma makhluk biasa. Yang hidupnya ditetapkan maha Esa. Kalaulah dia mampu mencaturkan semua yang di dalam hati. Biar semuanya jadi mudah. Kalaulah... !

Ya. Dia masih pungguk yang sama. Yang masih merenung bulan dari jauh. Sekalipun dia sedar dia tetap pungguk yang selalu mengharapkan bulan jatuh keriba. Sekalipun dia tahu berharap pada bulan bukanlah sesuatu yang akan jadi nyata. Sekalipun dia memang tahu semuanya cuma sia-sia. Dia tahu semua itu. Sungguh dia tahu.

Ya. Dia masih pungguk yang sama. Yang selalu ditemani bintang-bintang yang berkerlipan di langit hitam. Yang selalu bertenggek pada pokok sambil merenung malam. Yang pada pandangan kalian dia mungkin berkuasa untuk mengawal malam. Tapi kalian silap, dia cuma pungguk biasa. Yang kadang sambil menatap langit, matanya berkaca mengalirkan butir-butir jernih lalu jatuh ke bumi. Ya, dia pungguk yang terlalu biasa. Yang hakikatnya langsung tak punya apa-apa. Titik.

Dan sungguh dia pungguk yang tak pernah mengharapkan simpati dari siapa-siapa. Titik kali kedua.

NotaAddy : Aku tahu antara kalian pasti ada yang mual, muak dan jijik dengan cerita yang asyik tentang pungguk. Pasti ada, aku yakin. Jadi, abaikan saja. Dan tutup tetingkap blog aku. Habis cerita. Titik lagi.

Friday, December 18, 2009

Aku bukan merak

Aku masih pungguk, yang selalu rindukan bulan. Percayalah, aku tak pernah cuba menjadi merak, yang selalu cintakan cahaya matahari. Langsung tak pernah. Tapi kalau yang salah itu masih pada aku, maaf. Cuma itu yang termampu dari aku. Langsung dari hati kecil aku yang dalam. Sungguh. Maaf, maaf dan maaf. Mungkin aku sendiri yang perlu berubah!

Sunday, December 06, 2009

Aku rindu aku!

Aku rindu kunang-kunang.
Aku rindu layang-layang.
Aku rindu untuk terbang.
Aku rindu memori yang dulu-dulu.
Kalau tuhan izin, aku mahu ulang semuanya.
Dah cukuplah kalaupun cuma dalam mimpi malam nanti!

Tapi aku bukan rindu manusia lain.
Aku cuma rindu aku yang dulu.
Sungguh!

Tuesday, December 01, 2009

Anggerik kota

Anggerik kota itu,
Yang bunganya langsung layu,
Seri hilang bertemankan pilu.

Anggerik kota itu,
Yang daunnya bertukar jingga,
Lalu jatuh menutup cakerawala.

Anggerik kota itu,
Yang dahannya kering mula,
Patah dan rebah bertimpa-timpa.

Anggerik kota itu,
Yang mula reput terus tua,
Matinya langsung tak berharga.

Anggerik kota itu,
Yang hidupnya dulu penuh cinta,
Tapi hilangnya tak pernah dikecewa.

Dan anggerik kota itu,
Terus kekal anggerik kota,
Bukan pada pandang mata,
Tapi utuhnya cuma pada nama.

Thursday, November 19, 2009

Sungguh-sungguh membunuh!

Rasa yang itu merangkak perlahan datang. Merayap dan menjalar ke segenap tubuh. Menerobos terus ke rongga nafas. Mengalir laju dalam salur darah. Melekat dan dakap erat hati yang merah. Dan dengan perlahan juga ia mula menghakis dan membunuh!

Saturday, November 14, 2009

Cinta mati


Cinta buat manusia hidup. Dan cinta juga buat manusia mati. Titik.

Tuesday, October 27, 2009

Aku MIMPI lagi... !

Berhenti mentafsir mimpi, kerna mimpi cuma mimpi.

Berat kepala, kerna "MIMPI" bukan lagi mimpi. "MIMPI" dah jadi nyata. Lagi bertambah berat bila yang nyata itu betul-betul di depan mata.


Mimpi BERAT dari PARADOKS.


Aloy Paradoks.

Pembukaan dari Paradoks.

Shah Jamat.

Shoffi Jikan.

Salina. Sepatutnya Siela kan Kimi?

Smugglers.

Fasyali Fadzli.

Kak Dib, Mamai, Pentoi, Cendana dan Jamee.

Bloggers. Kalian sangat best!

Bloggers. Ada masa jumpa lagi =)

Pakatan Radikal Orang Kepala Seni (PARADOKS) bersama adik Hakeem.

Pungguk yang selalu rindukan bulan, tapi kuman yang sampai dulu?

Ok ini saja interframe. Aku sangat suka. Kredit untuk Pentoi.

Sekalung tahniah buat PARADOKS untuk malam MIMPI yang hebat. Terus berkarya dan moga kalian mampu menghasilkan yang lebih bagus.

P/s : Ini entri tertunggak. Mimpi BERAT dari PARADOKS berlangsung pada 18 Oktober 2009 bertempat di Galeri Shah Alam.

Tuesday, October 20, 2009

Kalau aku.

Kalau aku bodoh,
Sua aku dengan petunjuk moga aku selalu penuh dengan ilmu.

Kalau aku lemah,
Beri semangat Hang Tuah moga aku terus kuat untuk dunia.

Kalau aku berdosa,
Doakan aku dengan kalimah Dia moga aku terus dekat dengan syurga.

UPDATE : Perkataan "wahyu" aku tukar dengan "petunjuk" kerna wahyu itu terlalu besar maksudnya, dan perkataan wahyu cuma untuk para rasul dan nabi tapi bukan untuk kita manusia. Maaf atas kesilapan yang berlaku dan terima kasih buat seorang sahabat yang menegur.

Monday, October 12, 2009

Pungguk

Pungguk masih terus terbang. Tapi bulan tetap jauh. Dan pungguk mula yakin yang bulan takkan mampu pungguk sentuh. Tapi bulan pernah janji untuk terus ada. Untuk terus bersahabat dengan bintang. Untuk terus temani gelap malam. Untuk selalu ada buat pungguk. Bukan untuk pungguk gapai. Tapi cuma berkongsi cahaya bulan.

Sungguhlah pungguk tetap pungguk yang selalu rindukan bulan!

Saturday, October 03, 2009

Biar yang bahagia terus milik dia.

Dengus nafas itu terus menghembus.
Dada tua itu juga masih berombak lembut.
Tapi kelopak yang dua terus rapat.
Sesekali kacanya merenung lemah.
Sayu...

Tuhan, jangan ambil dia dari aku.
Kerna aku belum sedia untuk hilang siapa-siapa.

Kalau aku mampu, biar seksa itu aku yang rasa.
Biar yang bahagia terus milik dia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...