Saturday, October 03, 2009

Biar yang bahagia terus milik dia.

Dengus nafas itu terus menghembus.
Dada tua itu juga masih berombak lembut.
Tapi kelopak yang dua terus rapat.
Sesekali kacanya merenung lemah.
Sayu...

Tuhan, jangan ambil dia dari aku.
Kerna aku belum sedia untuk hilang siapa-siapa.

Kalau aku mampu, biar seksa itu aku yang rasa.
Biar yang bahagia terus milik dia.

28 comments:

siggplus said...

aku doakan nenek kau beransur sembuh k..amin..
thanx bro, aku dah nampak dah apa maksud sebalik yg kau ajar smlm..heh

aMir RaYYaN said...

Kisah kehidupan yg pasti akan ada akhirnya......Pentas ini pasti di tutup rapat saat masanya tiba...Sabar....Ujian itu juga satu anugerah,,,ujian itu jua indah sebenarnya,,,,,,

Ad Rifza said...

Sentiasalah berdoa agar dia dalam lindungan ALLAH sentiasa...INSYALLAH. dia akan bertambah baik...Sihat dan sakit adalah aturan ALLAH...Kita harus menerima dengan tabah dan sentiasa memohon agar tiada mudarat yang besar...

LavENDer Wind said...

Tuhan ada rencanaNya
tertulis azali tiap nyawa
doa ...

Nizam.Ariff said...

Kadang-kadang, bahagia ada dibalik derita. Kita tak tahu. Tak banyak yang mampu kita faham rencanaNya...

Sabar la, bro...

mOhd irWAn said...

bersabar la ea.......

LiLohOnEy said...

sabar ya..

doakan kesejahteraan dia selama ada :)

mugiwara said...

kau buat aku rasa aku tak sumbangkan apa apa pun ketika opah aku sakit waktu raya tempoh hari.

jahatnya aku~

sharamli said...

sanggup berk0rban..bagus...

patungcendana said...

:-)

tehOnipis said...

tidak kira apa yang kau rasa,
setiap kali kau merasa sesuatu,
kau selalu berharap..
untuk merasa sesuatu yang lain.

sinikal.

rangkap kau bagus dude,aku suka.

WanHidayat said...

InsyaAllah...semoga Allah permudahkan segalanya.....

kimisai said...

salam bro,

nek sakit ker??

same2 berdoa semoga cepat sembuh..

~~~ kay ~~~ said...

berkat doa insyaallah...

tapi bahagia itu umpama cahaya yang semakin “diberikan” akan bertambah terangnya.
addy,
dgn menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam… tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.

(^_^)

Princess Liyana said...

bro, yana doakan nenek sentiasa selamat....byk2 doa tau!n be strong ok..alaahai... kuatkan smgt bro!

Safwan Husaini said...

salam Singgah..
Pena kamu penuh erti..
macam dalam satu rasa..
Kata yang terungkap..
seakan terbias enak..
tetapalah memilih untuk terus berdoa..
walaupun dalam penuh rasa kedukaan..
Moga nenek kamu sembuh..
Yang pasti kesabaran adalah pertaruhan...
yang anugerah kita satu kenikmatan..
kerana Tuhan selalu ada dalam setiap jengkal detik nafas kita..
AMIN...

perempuanku said...

berdoalah..Allah itu Maha Mendengar.. kamu harus kuat ya..

yg_indah said...

aku berdoa untuk apa yang terbaik

Leenoh said...

Salam.

Kata hati di hujung pena.
Dapat kufaham kesedihannya jua.
Suka duka dapat dikongsi.
Sakit dan deritanya milik seorang jua.
Biar seribu mengelilingi.
Biar dipeluk rapat-rapat.
Biar dicium kasih melekat di dahi.
Sakitnya seorang jua.

tasikmerah said...

sabar ye dek.





:(

Mak Su said...

baiknya addy :)

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

bila kah bahagia akan menjadi milik KITA..??

hehehe

baincardin said...

TAPI, cuba dapatkan bahagia itu bersama...

~~~ kay ~~~ said...

salam pagi Jumaat dan selamat berhujung minggu...
(^_^)


(bila nak dtg raya umah akak..)

mr.syazwan said...

teruskan berdoa, berusah n bertawakal

=)

aloy_paradoks said...

jangan lupa mem "berat" diri anda di Majlis MIMPI 18 hb ni di Galeri Shah Alam..

queenlyana said...

uih... tetiba teringat kat mak...!
huwaaaaaaaaaaaaa...
Adi, semoga dipermudahkan semuanya yeh..

addyaholix said...

siggplus,
tak susah kan? sebab bila kau dah tetapkan dalam fikiran sebagai susah, maka susahlah jawabnya. haha!

amirrayyan,
ya. moga ujian-ujian itu akan buat kita lebih bersyukur. amin.

adrifza,
saya selalu anggap itu ujian. tapi bila kena pada seseorang yang kita sayang, rasa itu terlalu sakit.

lavender,
dan mati itu pasti. kan?

nizam.ariff,
terima kasih bang. nyata memang saya cuma laki-laki biasa. yang kadang juga mengalirkan air mata. sungguh saya cuma yang biasa-biasa.

irwan,
terima kasih irwan.

lilohoney,
terima kasih.

mugiwara,
belum terlambat. kau masih boleh terus berdoa kawan. sebab yang itu aku terus buat.

sharamli,
saya cuma berharap yang baik-baik. amin.

cendana,
senyum kamu buat saya senyum cendana!

tehOnipis,
tiap kali kecewa, aku selalu harap yang itu berubah bahagia. terima kasih kerna membaca. salam blog dari aku!

dayat,
insyaallah. terima kasih bro!

kimisai,
terima kasih kimi. dah ready untuk mimpi?

kay,
doakan wan saya lekas sembuh. saya masih perlukan cahayanya untuk saya terus hidup.

liyana,
abang kamu ini kuat. jangan risau. terima kasih yana!

safwan husaini,
kerna yang sifatnya sempurna itu cuma Dia. terima kasih untuk titipan bermakna dari kamu. terima kasih kerna memulakan langkah untuk membaca. salam blog dari aku!

perempuanku,
usaha. doa. tawakkal. itu juga yang wan selalu pesan. terima kasih perempuanku.

yg_indah,
terima kasih. besar maknanya buat aku. aku juga mengharap yang terbaik dari doa kalian. amin.

leenoh,
biar deritanya aku yang rasa. aku cuma mahu bahagiaku jadi miliknya. amin. terima kasih.

tasikmerah,
terima kasih kak tasek!

maksu,
maksu tolong doakan ya!

yanie,
bila tuhan tentukan yang itu memang buat kita =)

bain,
saya masih mencari bain. dan doakan saya jumpa. kalaupun bahagia itu jauh dari mata.

kay,
tunggu akak jemput. haha!

syazwan,
terima kasih wan. moga Dia selalu dengar doa-doa kita. amin.

aloy,
insyaallah aloy. rasanya aku cuma menyokong dari jauh. terbaik buat paradaoks.

queenlyana,
terima kasih lyana. moga-moga hendaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...