Sunday, February 01, 2009

Addy bila lagi?

Jumaat lepas ayah datang (mungkin ayah baca entri aku yang dulu).
Tapi tak sempat luangkan banyak masa untuk ayah.
Sebab aku perlu kerja hingga lewat. Malam tu aku balik dua pagi.
Lagipun ayah datang tak rancang. Langsung tiba-tiba. Mengejut.
Ada kerja sikit, kata ayah.
Nasib baik Syida ada untuk jemput ayah.
Jangan buat andaian yang bukan-bukan. Syida adik aku. Adik kandung aku. Dari mak dan ayah yang sama. Dari darah dan daging yang sama. Haram sama sekali untuk bernikah. Titik.

Yang ini pun tak dirancang.
Ayah muncul tiba-tiba depan office(baca : pejabat) aku. Muncul dengan senyum-senyum. Sambil sengih-sengih.
Syida yang ajak, kata ayah.
Aku tengok Syida, dan Syida pun senyum-senyum. Sambil sengih-sengih.
Aku turut sama senyum-senyum. Sambil sengih-sengih.
Ayah ajak makan.
Syida belanja, kata ayah.
Aku jarang tolak rezeki yang datang bergolek depan mata.
Pesan arwah tok, rezeki jangan ditolak, itu dari tuhan.
Dan kali ini, aku betul-betul bersusah payah, berusaha keras, mengerah tenaga dan mengumpul kekuatan untuk tak mengabaikan pesan arwah tok. Sungguh!

Yong bertunang cuti sekolah bulan Mac nanti, baliklah, kata ayah.

Aduh!
Yang ini paling aku tak suka.
Bukan tak suka Yong nak bertunang. Aku suka.
Yang aku tak sukanya sebab lepas ini mesti ramai yang akan tanya soalan biasa.
Tanyalah soalan trigonometri atau fizik yang aku tak pernah belajar sekalipun, aku mesti cuba usaha untuk cari jawapannya.
Tapi untuk soalan, "Addy bila lagi?", memang aku cuma akan kerut muka sambil buat-buat sengih lebar dan sedaya upaya cuba ubah topik.
Ayah juga pernah tanya dulu, dan macam biasa, aku langsung tak jawab.
Kalau boleh aku nak pakai baju bertulis, "Jangan tanya apa-apa, Addy belum sedia!".

NotaAddy : Sudahnya aku juga yang belanja. Syida cuma tambah RM10. Sebab dalam poket aku cuma berbaki RM60. Belum gaji. Aku balik dengan poket kosong, dan dengan harapan gaji dah masuk!

39 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe...

ayahnya datang...

balik la cik addy...

saya bila ditanya soalan tu...senang je jawapan..

"kenapa?ada calon yang nak diberi ke?"

Unknown said...

hurm..seronoknya ayah datang buat kejutan.
.
.
.
.
katalah kat mereka..nak kumpul duit :)

azie said...

alololo..bukan ke in a relationship?ehehe

takpe, tepislah sebaik mungkin soalan tu ya. semoga berjaya!

p/s: bosan betul org tny psl kawen. hallo?aku baru nak abes belajar pun dah kena soal siasat camtu.huh~

Nizam.Ariff said...

Cakap je tak tahu nak pilih mana satu, ramai sangat peminat. Dulu, sedara mara tanya, aku cakap balik "Eh! kau lak yang risau ni apahal?"...

Yana Ismail said...

huhu..yana pun dah bosan nak jawab bro soalan gitu..terutama bila balik raya..adoiii...

nak je jwb...kahwinkan la cpt!hahaha

LaDy_ZeRa said...

syukur i ade fmly yg mmahami keadaan n jarang bertanya perihal pasangan n jodoh..

selamatzzz..hehe

gudluck in ur future undertaking..

ayah dh dtg wat kejutan tu, bila lagi u lak yg nk wat kjutan kt ur dad n others rite? =)

Tukang Cerita said...

situasi kita sama nampaknya...
cuma soalan sahaja yang lain..
soalan dari mak abah aku, "Dah boleh ke?"

Unknown said...

mak dah pesan.masa beljar jangan sangkut dengan anak orang karang kahwin cepat

ciketon fazya said...

Senasib la kite..klu parents tny sy diam (dlm hati: ma ayh xsuka kakak manja2 lg ke?)..klu org lain tanya sy sengih tawar (dlm hati: korang nk bg duit ke kt aku nk kawen neh?)..sound rude tp monolog dalaman je.

a.b geldofg said...

biasa soalan mcm tu aku jwb dgn senyum

tasekM said...

kalau org banyak tanya. cakap je. saya tak menopause. ha ha.



.

mugiwara said...

mak abah aku tak banyak tanya...sedara-mare yg lebih risau....
aku pun senyum lebar saja...
zaman sekarang kawen lmbt dh jd isu semula...mcm zman dolu2 plak~

patungcendana said...

aku sexy ke...hehehe...ni kena belanja kamu makan ni...satu hari nanti ok...

guna la jawapan standard aku...

'saya tunggu jodoh datang bergolek'... :-)

jinggo said...

aku pon tak suka soalan tu....
aku selalu kena.....

pasai adik aku dah kawin tapi aku belum...

memang soalan tu yang paling tak best apabila sanak saudara berkumpul...
masa tu aku akan menghilangkan diri................

hihihihi............

cik penguin said...

haha. kesian.

mmg patut ade pun tshirt mcm tu. ;P

btw, addy bile la mau menyinggah blog saye kan? huhu.

Kapten Luffy said...

aku kalau tanya soalan cam tu pun aku mesti larikkkkkkkkkkkkkk

jejaka anggun said...

jawapan biasa....
"tak ada orang ajak shaz kahwin...."

K.H said...

Bertahan, kawan.

Gentleman akan sentiasa tenang dengan riak manusia, kalaupun pada waktu dalam diri tiada kesediaan untuk menghadapinya.

Gentleman akan tenang.

AieSha said...

addy,
nak gua kenalkan sorang awek kat lu tak?? baik punya! ;>

saudagar gaRAM.. said...

gua bila ada yang tanya camtu,gua soh je carikan..

pastu cakap mau cam JESSICAS ALBA tambah MAYA KARIN tambah RITA RUDAINI ke..




pastu depa senyap dah

theblabber said...

aku pun nak tanya soklan yg sama lah "addy bila lagi?"..lalalala~~

acik ayu said...

har3.

soklan stendet la addy.
:D

Wanpetunjuk said...

Salam...the time has come...

Ayah samapai seru untuk anaknya...kebarangkalian dan kemungkinan...

Ni dah bukan persoalan matematika tetapi lebih kepada istilah kendiri...

Well bro...good luck in deciding if you need to decide....

All the best!!!

Mak Su said...

nasib baik poket ada isi :)

patungcendana said...

dah jumpa dah...so...addy, bila lagi...hahahahahahaha

jumapx said...

soalan klise yg akan ditnya bila ada dlm majlis keramaian...hu3

tapi soalan itu belum masanya di tukukan utk aq...ha3

addyaholix said...

zara,
tiba-tiba kalau ayah senaraikan calon macam mana pulak? haha!

hanafana,
itu alasan zaman tok nadok haha!

azie,
sebetulnya its complicated but it doesnt mean im ready for the next step haha!

nizam.ariff,
aku bukan ramai peminat, tapi yang aku minat tu ramai haha!

liyana,
dah gatal nak kahwin ke? haha!

ladyzera,
saya dah selalu sangat buat kejutan pada ayah. kejutan yang selalu buat ayah tak gembira =)

anarqiyellow,
itu soalan kedua yang perlu aku jawab selepas "Addy bila lagi?".

abrar,
pesan mak kita sama. tapi aku dah makin tua. umur aku tak statik pada angka yang sama haha!

ciketon,
saya banyak cakap, tapi bila bab yang ini, saya jadi pendiam.

abgeldofg,
paling tak sopan aku jawab, dengan gelak berdekah.

tasikmerah,
nanti saya masukkan dalam senarai alasan-alasan saya =)

mugiwara,
teringin nak pakai seluar bell bottom dengan gaya rambut afro. mesti kacak bergaya haha!

cendana,
jawapan tu buat mak ayah semangat nak tolong cari. susah!

addyaholix said...

jinggo,
aku tak hilangkan diri, aku cuma hilangkan suara. aku jadi lebih bisu dari yang bisu. lebih pekak dari yang pekak.

penguin,
saya singgah cuma tak tinggalkan jejak =)

luffy,
sampai bila kau nak lari kapten? haha!

rhapsody,
sampai kiamat la tunggu kalau nak harap orang datang ajak.

indrasakty,
aku tenang saja.

aieakaike,
yang ada pon aku belum kenal habis. ok boleh. ambil nombor giliran!

garam,
aku nak yang ada iras Liyana Jasmay.

miezi,
aku jawab soalan kau cuma dengan menyanyi lagu-lagu rakyat. motif? entah, aku cuma terasa nak menyanyi.

whohaseverything,
jawapan aku yang tak berapa nak standard!

wanhidayat,
untuk soalan yang serupa ini, jawapan yang paling mudah cuma senyum =)

maksu,
haha!

cendana,
tunggu saya tangya hati.

jumapx,
dengar lagu klise dari afgan.

I-sya said...

orang bujang pun disoal ker?

betapala giannya si ayah nk terima menantu!

tak salahkan penuhkan ruang pertanyaan tu dgn jawapan dan harapan...sbb umur adalah angka tp ajal, maut datang tk kira angka pun...

patungcendana said...

tamya sama hati
apa asal sayang
apakah tandanya
nampak dipandang...

ciplak lagu p ramlee... :-)

Mdm.Zend said...

Cepat addya...ada 50% discount untuk tempahan pekej renjis-renjis di tempat saya sekarang...hehehe

addyaholix said...

camarputih,
tunggulah! masih banyak yang perlu saya kejar. jalan menuju titik hujung masih panjang.

cendana,
saya dah mula nak joget haha! otak saya makin kering. titik.

mdm,
kalau jadi dengan liyana jasmay, mungkin saya ditaja haha!

w said...

Aku mula2 malas nak komen.Tapi bila kau sebut liyana jasmay,sensetip owh..Itu kau kena langkah bayang2 aku dulu.Hehe..

addyaholix said...

wahyudimy,
aku tak pernah gaduh kawan-kawan sebab perempuan, tapi kali ni aku sanggup. haha!

patungcendana said...

kamu ni, lepas masalah emosi, masalah jodoh, sekarang masalah otak kering pulak...lepas ni...masalah pocket kering...hehehe...gaji dah masuk belum? :-)

Keri AlHaj said...

dulu bila ditanya soklan mcm tu saya jawab jodoh tak sampai lagi...

pastu diorg jwab balik, jodoh tu jodohlah... tapi kita kena jugak ikhtiar...

pastu saya diam jelah tak reti nak jawab. tahan telinga, yahan hati, tahan perasaan...

sekarang - bila ditanya lagi saya tetap jawab jodoh tak sampai lagi.

pastu diorg tetap jawab balik dgn jawapan yg sama - jodoh tu jodohlah, tapi kita kena jugak ikhtiar.

pastu saya jawab balik - Ikhtiar tu iktiarlah... tapi jodoh ni kerja Allah. Allah dah tentukan masa dia. Ikhtiar mcmana pun kalau masa yg Allah tentukan tu tak sampai lagi, tak akan sampai jugak jodoh saya...

pastu diorg pulak diam..

sekarang ni diorg pun dah tak mahu tanya apa-apa lagi dah... hehehe.. selamat..

lanterajiwa said...

Tempahan T-Shirt KERANDA 152

Informasi t-shirt :

* Saiz XS, S, M, L dan XL.
* Cetakan bersaiz A4 (depan sahaja).
* T-shirt terdapat 2 color sahaja iaitu putih dan hitam.


T-shirt warna putih

* Cetakan 2 warna (Maroon & Hitam)
* Harga : RM 25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)


T-shirt warna hitam

* Cetakan 2 Warna (Merah & Putih)
* Harga : RM 27.00 (tidak termasuk kos penghantaran)


Kos biaya hantar

* RM 5.00 (semenanjung Malaysia)


Bayaran boleh dibuat di Maybank 1580 6001 3854 (Meor Khairol Nizam)

Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com
nama, alamat penghantaran, saiz, no. telefon dan bukti pembayaran (attach)...

http://lantera-jiwa.blogspot.com

patungcendana said...

ya...kita cuma manusia biasa yang biasa2...tapi combined kita boleh jadi luar biasa... :-)

addyaholix said...

cendana,
dah habiskan separuh dari gaji untuk sesuatu yang tak berfaedah. itu kelemahan saya haha!

chime,
untuk soalan macam ni, saya lebih banyak diam. untuk seoalan yang serupa ini, saya lebih suka jadi bisu. tutup dan kunci mulut rapat-rapat. risau jawapan saya jadi isu lebih panjang.

lanterajiwa,
terima kasih!

cendana,
ya saya tunggu waktunya untuk kita muncul luar dari kebiasaan =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...