Sunday, February 08, 2009

Seorang aku yang aku

Layang-layang itu terbang tinggi.
Seolah mahu capai langit.
Setinggi impian yang manusia seperti aku cuba gapai.
Setinggi cita-cita insan yang sekerdil aku mahu pegang.
Sungguh!

Petang ini aku cuma perhati kerangka kertas itu terbang jauh di langit biru.
Walaupun aku cuma seorang diri, tapi aku tenang dan bahagia.
Bahagia tanpa siapa-siapa yang bergelar cinta.

35 comments:

azie said...

serius deh? bahagia tanpa cinta?gi mana kalau ada yg menawar?ahahaha

A t i Q a h said...

Uwah Azie..... Hahah.

w said...

Berputar di orbit yg kita cipta sendiri.Bahagia kan.

ps: ceruk mana kau dpt edensor,sang pemimpi,maryamah? Aku mengidam utk baca.

patungcendana said...

betul kamu bahagia?...
aku juga hidup tanpa cinta...ya...bahagia juga...kerana aku tidak punya pilihan...
kamu bukan begitu...
tapi,
aku gembira jika kamu bahagia...:-)

w said...

Oh cendana,kamon..Hidup tanpa cinta?
Seperti penagih ganja kau beri tepung sbg pengganti nikmat?Tawar.

Mungkin cinta yg addy maksudkan di sini kekasih.Seorang perempuan.Teman istimewa.Atau lebih afdal lagi girlfriend.Tapi,
Addy tak ada gf??Aku tak percaya.Muahaha.

Kapten Luffy said...

selagi bebas... nikmati lah

BudAk hijAu said...

hmmm...syahdu lak aku rse!

Z-MAY said...

hidup mesti ada pegangan.
jgn seperti layang2 terputus tali....

si nakal andi said...

alamak
jiwang nya brader ni
dan semua yang komen adalah gadis gadis
huhuhu

addyaholix said...

azie,
bukan bahagia tanpa cinta, tapi walaupun tanpa cinta, saya bahagia. nampak bezanya?

atiqah,
haha!

wahyudimy,
mana tahu tentang edensor, sang pemimpi milik aku? semua aku peroleh di MPH. jangan kata tak jumpa, melainkan kau cari pakai lutut. haha! dan maryamah karpov belum aku miliki. masih tunggu jengah pasaran malaysia. tapi cemburu bila kawan aku dah punya satu. datang dari jauh nun dari riau.

cendana,
kamu silap, setiap dari kita punya pilihan cendana.

wahyudimy,
kau harus percaya. aku bukan lelaki kacak yang hidupnya dikelilingi gadis-gadis manis yang bajunya separuh pusat. tapi aku cuma lelaki kacak yang hidupnya biasa-biasa dan tak punya siapa-siapa. tapi aku kekal kacak haha!

luffy,
kita punya pilihan, dan itu yang aku pilih. buat masa inilah!

budakhijau,
kalau kamu syahdu, bayangkan aku =)

z-may,
layang-layang aku talinya dah berganti. supaya tak mudah putus. aku beli tali tangsi haha!

andi,
wahyudimy dan luffy itu gadiskah? haha!

en_me said...

pastu naper tak singgah n panjat batu caves larr fulakkks.. uhuhu

patungcendana said...

wahyu...analogy yang aku tak boleh bidas...huhuhu...aku tak kata aku suka hidup tanpa cinta...cuma pada waktu ini, aku terpaksa hidup tanpa cinta...so...aku cari kebahagian dalam bentuk lain...

kamu tak boleh hidup tanpa cinta?

addy
memang setiap hari kita punya pilihan, tapi...pilihan yang tepat kah...?

Anonymous said...

hurm, aku bercinta dengan cara aku sendiri.. ramai yang tak faham. Biarlah asalkan aku bahagia..

buat sahaja apa yang kau suka.

mengenai buku yang di bangkitkan wahyudy. aku pun nak beli, tapi nak mencari satu hal nak pergi ke tempa itu juga satu hal.

sumber2 buku aku datngnya dari kedai popular berdekatan..

sob2 (touching konon)

have a nice day addy
=)

w said...

Cendana sahabat ku,no offend.Tapi aku betul2 tidak dapat hidup tanpa cinta.Cinta itu nafas,nadi,jantung yg buat aku masih mahu bergelar orang.Pemabuk jalanan saja cinta alkoholnya.Aku cinta kpd bonda.Atau ayahanda yg tak pernah tanya khabar sekali pun.Dan semestinya walaupun aku tidak sereligious yg bonda harapkan,aku tetap cinta tuhan ku yg satu.Aku pasti kamu2 juga punya cinta itu :)

dan satu lagi,mungkin aku melatah bila ada yg berani mahu nafikan cinta.Kau kata addy jiwang?Haih.Keberadaan kau hari ini pun atas nama jiwang mak bapak.

So,lets never stop fall in love guys :)

yang benar,
bukan pencinta wanita.

cik penguin said...

addy suke ckp 'sungguh!' haha.

urm baguslah kalau bahagia. :)
tp jgn la kekal mcm tu. hee.

Min said...

Cinta?. Kamu pandai menulis. Karya kamu tak perlu di buang jauh.. kerna karya kamu indah...maaf..jenguk blog kamu.:) (harap kamu tak kisah sy letak url kamu pada blog sy)

tasekM said...

addy ni budak baik nih...






errr... relevan tak komnen aku? hahaha...

.

addyaholix said...

en_me,
malas nak paksa kudrat lelaki saya. ada perkara lain yang masih perlukan tenaga ini haha!

cendana,
satu :
"Bahagia tanpa siapa-siapa yang bergelar cinta".
siapa-siapa maksud saya adalah manusia. kita mampu hidup tanpa siapa-siapa. tapi kita takkan mampu hidup tanpa cinta. cinta itu universal. dalam setiap nafas yang kamu hembus juga punya cinta. cinta dari DIA yang masih mahu kamu rasa nikmat hidup.
dua :
tepat atau tidak pilihan itu bergantung pada diri sendiri. jangan menyesal dengan apa yang kamu pilih. sebab itu jalan yang kamu sendiri mahu. kalau pilihan itu tepat maka kamu manusia yang bertuah. tapi kalau pilihan itu salah, kamu masih punya pilihan seterusnya bukan? sebab, itu yang DIA mahu untuk kamu.

rumit,
ya. buat masa ini cinta aku cuma untuk DIA. aku masih cari gadis-gadis seksi, mulus dan montok untuk aku jadikan teman waktu-waktu senggang aku haha!

wahyudimy,
ya betul. dalam tiap nafas sekalipun cinta itu wujud. mungkin aku boleh kata dalam setiap nyawa itu ada cinta. aku langsung tak sangkal. aku sendiri tak mampu hidup tanpa cinta, tapi cinta aku bukan dari siapa-siapa. dan sehingga hari ini, juga bukan untuk siapa-siapa. tuhan aku tak kategorikan dalam golongan yang "siapa-siapa". maksud aku wanita. haha!
bukan pencinta wanita? aku telan liur dalam-dalam sambil senyum leret. aku sambung gelak haha!

penguin,
ya. mungkin "sungguh" itu azimat saya haha!

min,
ya. terima kasih min. tiap dari kita dilahirkan bijak untuk apa saja. cuma usahanya bergantung. saya juga masih baru. masih merangkak.

tasikmerah,
relevenkah? haha!

jumapx said...

cinta juga ibarat layang...
semakin ia bahagia...
semakin tinggilah layang2 itu terbang...

tapi kena ingat...
kadang2 layang2 juga boleh terputus lalu pergi di bawa angin...
samalah juga seperti cinta...

lalalala~

w said...

Ini ruang chatting?
Buzz! Hai..Any hot babes here?Asl plz? Hahaha.

patungcendana said...

wahyu...aku bukan menafikan cinta...memang cinta itu elementary...memang aku juga punya semua cinta yang kau sebut itu...aku juga cintakan anak2 ku, aku juga cintakan arwah suamiku...dan bila salah satu dari cinta itu pergi, aku perlu mencari alternative agar tidak hilang arah...itu maksud aku bila bila mengatakan...aku cari kebahagian dalam bentuk lain...jika tidak aku pasti terus-terusan menyalahkan takdir...
aku bukan menafikan cinta...aku juga berjiwa romantik...

patungcendana said...

addy
aku tidak pernah menyesal dengan apa yang terjadi dalam hidup aku, walau itu bukan atas pilihan aku sendiri...dan...jika aku terpaksa ulangi semua itu sekali lagi, aku akn ulangi semuanya, walau berakhir dengan kisah sedih yang sama...

Nizam.Ariff said...

Setiap manusia ada pakaiannya. Pakaian hati adalah cinta...

Anonymous said...

amboi..bunyi cam playboy la plak...
adeh

ceri masam said...

saya tak pernah dilamun cinta until sekali terlamun...

dan indah jugak!

btw, elok duk sorang2...
kalau dah berdua, fenin kepala yang banyaknya!
hahahaha

kaki bakar!

Keri AlHaj said...

tiap antara kita punya cara sendiri untuk merasa bahagia... ada org bahagianya tanpa cinta... ada pulak akan merana tanpanya... saya pernah juga merasa hidup tanpa cinta... hmmm, ya saya bahagia... tapi sekarang saya hidup dgn cinta... dan saya bahagia juga.

bahagianya kita adalah pilihan kita...

Nizam Ahmad said...

bahagia tanpa siapa2 bernama cinta?
apa benar ada? tunjukkan pada sy..

patungcendana said...

re: tu la pasal...wahyu nak jadikan kita adik beradik kot...hehehe

patungcendana said...

wahyu...hot babes?...kata bukan pencinta wanita...hehehe...atau maksud kamu hot babes yang keliru gendernya...hahahaha

Anonymous said...

hahaha.aku tidak punya krisis gender.

AieSha said...

seorang diri, bahgia. kalau berdua, lagi bahgia. ;)

addyaholix said...

jumapx,
sebab itu aku memilih tali, walau ketemu layang-layang terbaik, talinya belum tentu juga sama.

wahyudimy,
kau salah masuk channel. haha!

cendana,
maaf cendana, saya tak pernah tahu apa yang kamu tempuh selama ini. dan saya yakin kamu memang tak pernah menyesal dengan jalan kamu. dan aku yakin kamu bahagia. betul-betul bahagia. atau setidak-tidaknya kamu pernah berpeluang untuk bahagia. tak perlu buang kenangan dulu untuk mencari kenangan baru. moga kita sama-sama bertemu bahagia di hadapan nanti.

nizam.ariff,
pakaian cinta apa pulak? haha!

rumit,
itu cuma telahan kamu, tapi aku cuma lelaki biasa. haha!

one love,
sendiri itu bahagia, bila berdua juga bahagia. pilihan ditangan sendiri kan? =)

chime,
ya. saat ini saya sendiri. dan saya bahagia. sunyi itu memang ada, tapi saya tetap bahagia.

an-nidxam,
tanpa siapa-siapa maksudnya manusia. cinta tetap ada tapi tanpa siapa-siapa.

cendana,
kalau adik-beradik, kamu pasti kakak paling hebat =)

wahyudimy,
aku no komen haha!

aieakaike,
bahagia itu universal kan!

Anonymous said...

usha layang2 kat tasik metr0politan kepong kew??
len kali jgn s0rng2..
brdua lbh baek.. =p
ehehehe..

Sufi Idany said...

kadang2 aku melayang addy.... mencari diri dan arah utk berhenti....

addyaholix said...

...,
ya. indah kan bila tengok layang-layang terbang tinmggi. =)

sufi,
kalaupun kamu melayang tinggi, jangan lupa untuk kembali ke bumi =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...