SATU :
Aku kembali lagi.
Tapi kembali aku bukan dengan apa-apa.
Kembali aku cuma dengan tangan yang kosong.
Kembali aku cuma dengan tangan yang amat kosong.
Kembali aku cuma dengan tangan yang terlalu kosong.
Ya, aku sengaja ulang.
Untuk menggambarkan kembalinya aku memang betul-betul dengan sesuatu yang sangat sifar (kosong juga sifar, tapi aku tak pasti kalau penggunaannya buat ramai yang tak setuju).
Kembali dengan sesuatu yang langsung tak dapat dilihat.
Dengan sesuatu yang langsung tak dapat dihidu.
Dengan sesuatu yang langsung tak dapat didengar.
Dengan sesuatu yang langsung tak dapat disentuh.
Dengan sesuatu yang langsung tiada apa-apa.
Ringkasnya, kembali dengan sesuatu yang langsung tidak wujud.
DUA :
Malam ini malam MASKARA.
Malam ini malam sesak di rumah PENA.
Malam ini malam bersuka ria.
Malam ini malam untuk semua.
Malam ini malam kawan-kawan yang kita suka.
Sebab malam ini malam baca naskah Sindiket Soljah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka.
Tapi malam aku tetap malam yang sama.
NotaAddy : Terima kasih buat teman-teman yang ringan mulut ajak ke MASKARA. Mungkin malam ini bukan malamnya. Malam-malam akan datang siapa tahu kan!
apa seterusnya?
6 days ago
26 comments:
wah!!
napa tak pi MASKARA?
ape tu maskara?
haha.
thanks psl gamba tu. ;P
Hadir dengan tangan yang kosong?
Hurm..
orite!
Pastikan pergi dengan tangan yang penuh.. :P
kamu kembali...
aku gembira kamu kembali
walau dengan tangan yang kosong
sesuatu yang sifar kata kamu
namun sifar itu juga sesuatu...
kamu kembali...
aku gembira kamu kembali
dengan sesuatu yang langsung tiada apa2
dengan sesuatu yang langsung tidak wujud
namun kamu tetap kembali
dan kamu masih punya jiwa...
itu sudah mamadai... :-)
kenapa kau tak pergi?
ruginye
maksud dalam nih...hehhe hehhe
maskara tu apa?
hi bro addy tewww.. thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..
tak g ke bro?
Yana pun tak dpt g. Ada hal yg lbh penting. priority pd itu;)
nx maskara dtg & tegus k ;-)
mana2 org sebu maskara skrg...:)
mesti ramai org kat sana...sesak nafas...
MASKARA?
itu bukan yang budak budak pompuan pakai tu ke?
huhuhu
neway mintak kebenaran nak link to my blog
sila lawati aku
si nakal andi
zara,
entah. haha!
penguin,
klik pada sindiket soljah dalam senarai :: TERUJA BACA :: saya dan kamu bakal tahu apa itu MASKARA! atau dimana-mana orang akan bercerita tentang perkara yang sama sekarang. tentang hebatnya malam MASKARA!
hanafana,
ya. tangan kosong tapi jiwa yang hampir penuh. haha!
cendana,
kamu tahu sesuatu? kamu teman blogger yang saya rasa paling hampir dengan saya. kata-kata kamu sering buat saya mahu terus hidup. sungguh!
siggplus,
entah. mungkin belum jodoh.
13may,
kata teman saya, tak perlu faham, cuma cuba untuk hayati =)
luffy,
maskara itu eye liner haha! sama seperti yang aku tulis pada penguin. aku copy paste saja. MASKARA itu malam baca naskah sindiket soljah dan kawan-kawan yang kita suka. klik pada sindiket soljah dalam senarai :: TERUJA BACA :: aku dan kau bakal tahu apa itu MASKARA! atau dimana-mana orang akan bercerita tentang perkara yang sama sekarang. tentang hebatnya malam MASKARA!
en_me,
ya terima kasih juga.
liyana,
ya saya belum sampai. mungkin yang akan datang saya jumpa yana disana. siapa tahu kan =)
ajami,
saya pemalu tapi insyaallah bang. haha!
geldofg,
ya. orang akan sebut tentang hebatnya malam maskara untuk berbulan lamanya.
nizam.ariff,
sesak nafas, tapi jiwa akan lapang. maskara akan datang kita pergi ok haha!
andi,
salam andi. maskara ada dua. setakat ini. maskara yang budak perempuan colek pada muka, dan satu lagi malam baca naskah sindiket soljah dan kawan-kawan yang kita suka.
so semua yg hadir kena pakai maskara x?
i ada lip liner skali... tuh pun kalo nak kelainan...
Kak Lily pergi.
Bukan untuk makan-makan
Sekadar menyokong aktiviti kesenian. Untuk kawan yang kita suka(walau kita tak kenal muka)
Moga2 kita bertemu nanti.
ps:Tanpa sifar, masakan ada nombor 10,100 dan seterusnya. sifar juga ada kepentingannya:)
Kalau kau dtg malam itu,terjadi lah pertarungan yg paling hebat di abad ini merebutkan liyana jasmay.Aku datang dgn ilmu silat penuh di dada tau.Hehe
sifar, kosong perlu untuk dipenuhi.
kau akan selalu cari yang kosong untuk isi dan asingkan yang mana kau mahu dan yang kau tak mahu.
ada lagi gunanya sifar, kosong itu.
kosong tu pemula semua :)
xajak aku pon g maskara.ceh
Nanti bulan Jun kita pergi ya!
re : x ajak?
aku sendiri tidak rancang untuk pergi.tup tup malam tu tersesat sampai ke sana.haha next time boss !
re: thanks addy. tapi kamu jangan puji aku banyak sangat...nanti aku perasan...hehe... :-)
rhapsody,
malam-malam tak payahlah pakai maskara. ada beza? haha!
waterliliy,
ya. harap jumpa akak di MASKARA akan datang.ya, tanpa sifar takkan wujud satu atau dua atau tiga. sebab semua bermula dengan sifar. tapi selalu sifar atau kosong dkaitkan dengan sesuatu yang kurang gembira.
wahyudimy,
eh malam tadi tika kau melayan mata memerhati fynn dan ana, aku bermesra dengan liyana. aku tak perlukan silat atau apa-apa bila hatinya aku mampu pegang. walau dari jauh. haha!
cendana,
senyum balik!
mugiwara,
aku sering isi yang kosong dengan sesuatu.
one love,
ya. kosong itu pemula. tapi jangan lupa, kosong juga boleh jadi pengakhir!
tun,
tak ajak sebab aku sendiri tak pergi.
indrasakty,
ya tak sabar tunggu jun. jangan lupa kita ajak mengajak haha!
wahyudimy,
alasan kau "tersesat sampai ke sana" tu seolah tak logik, tapi aku bukan perempuan yang akan merajuk sambil tarik muka masam lama-lama minta dipujuk, jadi aku terima saja apa-apa alasan sekalipon. haha!
cendana,
saya selalu tak tunggu orang puji, saya puji diri sendiri. =)
setiap kali meninggalkan blog ni, mesti mata berpinar2.. ada maskara hitam barangkali melekat :p
an-nidxam,
kamu pakai maskara? haha!
Post a Comment