Aku telah ditag oleh Pecah Kepala : If you weren't straight, whos the celebrity(s) of the same sex would you ask for date ?
Ini kali pertama aku kena tag. Tapi aku berharap bukan soalan seumpama ini yang aku harus jawab. Tapi demi menjaga hati dan tak mengecewakan Pecah Kepala yang penat-penat tag aku(dia kata tag ini paling perlu banyak masa untuk dijawab, sebab perlu fikir yang terbaik + nak upload gambar yang kacak-kacak), aku jawab juga. Kalau kau selebriti, pasti kau yang aku pilih haha.
Ayuh!
1) George Clooney
Aku memang suka lelaki separuh abad macam abang George. Lebih matang dan tak ngada-ngada. Aku suka rambut abang George yang sikit hitam sikit putih itu. Seksi. Lihat cara dia pandang aku. Aduh!
2) Johnny Depp
Abang Johnny yang ummphh! Sebab abang Johnny misteri. Aku pernah bagitahu aku paling suka lelaki misteri? Sebab aku juga suka jadi misteri. Cuba bayangkan lanun seksi yang misteri berdiri gagah sambil pegang coklat. Mengancam kan? Aku sanggup jadi tahanan lanun ini sampai mati.
3) Robbie William
Pernah baca dalam Galaksi yang abang Robbie pernah tersenarai sebagai selebriti perut paling seksi. Haha aku suka yang perut leper berketak. Sebab perut aku tak leper dan tak berketak. Sebab tu aku suka abang Robbie. Cuma sebab perut. Oh abang Robbie!
4) Hugh Jackman
Lihat bontotnya yang awwww! Itu kata kawan-kawan perempuan office (baca : pejabat) aku yang gedik. Tapi sungguh, memang comel. Aku sengaja tak letak gambar abang Hugh posing dengan bontotnya yang seksi sebab takut ramai yang cair nanti. Risau peluang aku hilang sebelum bertindak haha!
5) M Daud Kilau
Aku harap abang Daud boleh nyanyikan aku "Cek Mek Molek" tiap malam sebelum aku tidur sambil abang Daud bergelek sampai pagi. Pedulikan perut boroi abang Daud. Aku cuma mahu dia gelek untuk aku sambil pakai baju liplap-liplapnya.
Aku cuma senaraikan lima berbanding lapan yang Pecah Kepala senaraikan. Bukan apa, sebab aku memilih jantan untuk aku date sebab aku klasifikasikan diri aku sebagai lelaki kacak. Lelaki kacak sangat memilih. Antaranya aku lah!
Dan sekarang tugas aku pula untuk tag manusia-manusia lain. Nah aku tag :
1) Wahyudimy
2) Ad Rifza
3) Mdm.Zend
4) Azie
5) Ah tok
Dan siapa-siapalah yang baca ini. Nak jawab ke tak, suka hatilah!
. . . . . . .
Aku tahu mesti kawan-kawan aku yang baca ini akan gelak guling-guling sampai pecah perut.
Malah mungkin ada yang sampai terburai isi perut dan terbelit segala jenis usus barangkali.
Pedulikan!
Aku mesti kuat!
apa seterusnya?
6 days ago
20 comments:
hahahahahaha...
**sambil guling2 atas pasir...
salam perkenalan..
saya nak numpang jadik PR engko bila engko jumpa Johnny Depp ya.... nak numpang ngambik gambar ngan dia, skit, skit jer.
Taste kau....... Isk!
alaaaaaa
kenapa aku kena pilih ppuan??
aku nak abg depp, dan juga abang batman tu...
aie,
pasir pantai baru best haha!
maksu,
boleh. tolong ambik gambar kami =)
purp,
high taste sangat ke?
azie,
tak boleh. abang depp aku yang punya. haha!
kenapa semua taste lekat sama johnny depp?
aku pon pelik.
hugh jacman was named the sexiest man alive in 2008 kalahkan clooney... dia dpt 2nd place...
hmmm... johnny depp mmg sexy!
kalo addy selebriti sy akan pilih addy..hahaha!u nie cute laa =p
m daud kilau?
haha
gila kelakar!
xD
Salam bro...hahahaha....you are damn funny...
Quite surprised when M. Daud Kilau is in yor list....
Ermmm....heheheh, wakakakaka...just laugh...
salam perkenalan. masuk blog u melalui blog dayat...pernah gak jumpa u dlm blog wahyudimy...small world...aku sama seperti wanita2 sejati lain of course suka johnny depp...and mel gibson, amd michael keaton,,,and errr...aqashah...huhu
pilihan yg tepat....
pecah kepala,
sebab dia pon pelik.
rhapsody,
aku tak seksi?
...,
aku memang selebriti. kelas atasan. dan aku memang cute =)
farah,
haha!
wan,
saya cuma suka cek mek molek. itu lagu wajib kalau karaoke haha!
patungcendana,
salam. kenapa semua nak abang depp? arghhh!
pemikir lapuk,
separa tepat sebenarnya haha!
kau amek gamba johnny depp ngn robbie williams yg sama dengan blog aku..tak aci!
no comment .. kalo ensem pon bukan leh dapt.. huhu
siggplus,
kita kongsi lah..
kongsi gambar!
haha
...,
siapa kata?
fuhyo...md kilau pun ada...ekekek
rudy,
haha ada. tersenarai sebab bajunya yang liplap-liplap!
Hey, kamu tidak benar-benar memaksudkannya bukan? Hehee... Aku tau kamu sebenarnya ingin gigit sama itu Daud Kilau kan? Haahaa...
ahmad,
aku jatuh cinta kerna bajunya yang liplap-liplap!
Post a Comment