Friday, December 26, 2008

[Laskar Pelangi] hak milik [ROMLAH]

Dalam bas ke Cappadocia aku sogok ROMLAH dan Laskar Pelangi pada kak Ja dan kak Ros.

Aku hasut kak Ja baca ROMLAH.
Dari gambar muka depan, kak Ja macam tak minat.
Sebab kak Ja buat muka kerut sambil cebik bibir.
Terlalu seksi katanya.
Aku cakap itu sebab kami(baca : lelaki) menghargai setiap inci tubuh wanita yang serba indah.
Kak Ja senyum leret.
Kak Ja baca juga.
Bila baca, kak Ja asyik senyum.
Kadang-kadang berdekah tawanya.
Sekarang kak Ja dah sibuk SMS tanya siapa Sol-Jah, siapa Sinaganaga!
Kak Ja dah mula tanya macam mana nak baca blog. Haha!

Kak Ros pun dah mula baca Laskar Pelangi sebab kak Ros tengok kak Ja leka dengan ROMLAH-nya.
Kak Ros mula jatuh cinta dengan Andrea.
Andrea penulis Laskar Pelangi. Andrea Hirata.
Aku dah mula risau bila abang N kata malam-malam kak Ros selalu buat tak layan.
Semua mungkin gara-gara cinta Andrea.
Aku keliru samada perlu rasa bersalah atau tidak!

. . . . . . . . . .

Nota : Dah baca nanti jangan lupa pulangkan ROMLAH dan Laskar Pelangi. Macam asal!

9 comments:

Pecah Kepala said...

jangan buat novel sebagai bahan mainan cinta. bahaya!

A t i Q a h said...

Kalau dah jumpa Andrea aku jamin Kak Ros tak tidur malam punya. Hahah. Beliau memang adorable. :P

Malay Rhapsody said...

sibuk ngan romlah lah sekarang....
tuh yg busy memanjang tu eh?

patungcendana said...

nak gak tengok gambar romlah yang sexy tu...sdg fikir2 nak jawab tak tag kamu... :-)

addyaholix said...

pecah kepala,
haha ayat kau!

atiqah,
kau pernah jumpa dia?

rhapsody,
sebab romlah seksi haha!

cendana,
nanti aku tunjuk ROMLAH. fikir jangan tak fikir haha!

MaNuSiA_RuMiT said...

wow....kamu pun minat andrea hirata...

buku tajuk edensor sudah bacA???

addyaholix said...

manusiarumit,
aku juga ada sang pemimpi dan edensor. tunggu maryamah karpov!

MaNuSiA_RuMiT said...

hei..aku cuma ada edensor dan laskar pelangi...

sungguh tidak adil...

di mana kau dapat? mungkin aku boleh menyinggah dan beli..

=)

addyaholix said...

manusiarumit,
cuba tengok di MPH!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...