Thursday, December 04, 2008

Aku lewat(lagi)

Hari aku agak kelam kabut.

Pagi tadi bangun lambat. Jam dah bunyi sampai hampir pecah anak telinga. Sampai mukah-mukah dipelusuk dalam telinga hampir cair cari jalan keluar. Tapi mata aku tetap juga belum mahu buka. Kerak-kerak sekeliling seolah melekat kuat tak mahu pecah. Liur basi terasa enak. Badan rasa liat. Malas. Bila pagi, baru terasa indahnya nikmat tidur!

Bila bangun, mandi dah serupa anak gadis. Basuh muka sambil kumur-kumur. Rutin harian, aku duduk sambil meneran. Dah jadi wajib. Kalau tak, nanti perut aku kurang selesa. Hampir juga terlelap. Bangun. Gosok gigi. Berus Lidah. Berus gusi. Gosok gigi(sengaja aku ulang, sebab lepas berus gusi, aku gosok gigi balik) Kemudian kumur-kumur lagi. Dan macam biasa bila pandang cermin, aku akan menung.

Itu baru suku jalan perjalanan aku untuk sampai kepada aku capai tuala untuk lap badan. Belum lagi aku mandi. Sabun badan. Cuci muka. Syampu rambut. Pakai conditioner(baca : perapi). Bercukur sana-sini. Belek-belek muka. Aduh!

Sudahnya aku masuk lewat(lagi).

9 comments:

AiE bAhRi said...

muakakakaka..
sama la..
pagi2 msti nk cangkung sambil meneran..
itu WAJIB!!

Mdm.Zend said...

hehehe..meneran tu....beranak kew?....tak yah jawap soklan bolih?....kehkehkeh

Anonymous said...

nikmat tidur dan nikmat meneran x dapat dipisahkan =)

Mak Su said...

tak tahhu nak nasihatk lagu maner

Pecah Kepala said...

gua rasa lu kene potong menung cermin dalam senarai la. tak pon lu takpayah cukur.

baru nampak kacak. ermmmm

i-chimera said...

hahaha... aktiviti pagi yg biasa dan rutin... pastu kena pecutkan kreta selaju-laju alam sebab takut lambat...

tegezoot said...

mak aku selalu cakap, " Oi anak dara bila nak sudah?"

wahyudimy said...

lepas baca entri ni,bila pandang cermin aku monolog,"ah,rupa tampan saja tak guna,aku perlu pandai berkata kata macam si adyholix !".,

addyaholix said...

aie,
aku tak cangkung. aku duduk. lebih moden. haha!

mdm,
ok saya tak jawab =)

...,
setuju!

maksu,
tak payah nasihat. sebab tak makan saman haha!

pecah kepala,
mana lu tau gua tak cukur gua kacak?

i-chimera,
saya cuma naik motor buruk turun temurun!

tegezoot,
aku baru tau yang ko anak dara haha!

wahyudimy,
lepas baca komen ko, bila pandang monitor laptop, aku monolog, "pandainya dia ampu!".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...