Tuesday, December 23, 2008

Aku pulang dengan hati yang cuma separuh!

Aku dah pulang.
Sayap aku hampir patah.

Tapi aku cuma bawa pulang hati aku yang separuh.
Separuhnya aku tinggalkan buat cinta disana!

18 comments:

siggplus said...

selamat pulang..
jangan nakal2 ya

ab geldofg said...

sabar lah ye....cinta ada d mana2

Mak Su said...

susah nanti nak bekerja, sebab hati ada separuh jer ;p

Tepak Sireh said...

Hati yang ditinggal separuh di sana..... ada yang menjaganya???

Ahmad WM Omar said...

Amboi, kedengaran seperti parah!
Hey, sekarang aku berada di tanahmu. Di rimba batu ini untuk menyambut kelahiran nabi Isa seperti yg dipercayai oleh pengikut2nya yg tidak pernah mengenali dia. Hehee

MawarUngu said...

Kesalkah tinggalkan hati nan separuh yg kononnya demi cinta itu?

AiE bAhRi said...

Selamat pulang...
sayang seribu kali sayang sbb hati ditinggalkan separuh di tempat lain..kenapa tidak ditinggalkan semua?

hanafana said...

Wah..selamat pulang~
em..mkn hati banyak²
biar menjadi satu semua~
=)

redzuwan said...

salam.

sembuhkanlah sayap dulu,
bila dah bersedia,
meluncurlah tinggi di awan sana,

untung dirimu,
bulan bukanlah milikku lagi,
pelangi takut mendekatiku,
matahari....aku bukan selayaknya untuk dia,
kalau bintang..itu aku hanya mampu mengira,
memetik aku tak berkuasa...

patungcendana said...

kata orang
waktu akan menyembuhkan segalanya

aku yakin
sayapmu yang hampir patah
akan sembuh jika diubati
hatimu yang separuh
akan kembali menjadi satu
bersama waktu
cinta mu disana
akan kau genggam jika kau setia...

aku pasti kau akan setia
kerana kau juga sehebat aku... :-)

i-chimera said...

pulang dgn sayap hampir patah.. huh! agak parah...

pulang dgn membawa hati yg tidak sempurna... satu masa kau akan kesana lagi utk mengambil semula hati yg kau tinggalkan... itu pasti.. mungkin kau akan ke sana lagi melalui mimpi... dan hatimu yg separuh kau bawa pulang itu jgnlah kau tinggalkan di tempat lain pula... kelak kau tak akan punya hati lagi utk diri mu sendiri...

oh ya! semoga cinta di sana akan menjaga sebahagian hatimu yg ditinggalkan dgn sebaik-baiknya... mudah-mudahan...

Sufi Idany said...

wah sudah berpaut pada sang cinta
bakalan indahlah dunia dan maya pada ini dengan bahasa indah sang cinta hati....

apapun yang terluka bebatlaa dulu semoga sayap akan terkuak lebih lebar.... salam terbang....

gua jgk bakalan terbang ke seberang guna belon.... huhuhhu...

Pecah Kepala said...

selamat pulang. romantis gitu! :D

arsaili said...

salam ...sabar jer addy...saya pun begitu..rasa tanak pulang....

WanHidayat said...

Salam...semua org dok berpatun berpuisi segala....

Patah sayang barang kali tidak lagi terbang...tapi bertatih...berjalan...

Jika sayap di sana sedang dijaga, jgn pula sayang di sini tidak bertuan....

Ambillah masa untuk menanti sayap baru....

addyaholix said...

sigg,
pesanan ko macam tak sesuai untuk aku haha!

ab geldofg,
dalam salur nafas pon ada kan?

maksu,
hati yang separuh ni lebih susah nak jaga la maksu.

tepak,
tiada siapa jaga. itu yang susah hati =)

ahmad,
itu bukan tanah aku. aku cuma tumpang untuk berpijak. kau di turki?

mawarungu,
tak kesal cuma hati tak tenteram!

aie,
kalau tinggalkan semua, nanti tubuh aku langsung kosong. yang ada cuma jasad!

hana,
terima kasih. aku dah makan malam tadi haha!

redzuwan,
kau mampu kalau kau yakin kau mampu.
cuma perlu pejamkan mata, dan kau akan mampu gapai semua!

cendana,
aku setia, cuma aku sangsi kalau bulan mampu setia pada aku =)

chime,
aku yakin aku akan kesana untuk kembali pungut hati yang aku tinggalkan. tapi cinta aku bukan pada seseorang tapi pada sesuatu =)

sufi,
aku cemburu sebab kau bakal terbang. sampaikan salam aku pada bulan. katakan padanya aku rindu =)

pecah kepala,
romantis? haha!

arsaili,
kalaulah boleh tak pulang kan!

dayat,
ya. sedang tunggu sayap baru. untuk kembali terbang!

Ad Rifza said...

Hehehe..Nak sayap baru ek?..Sayap yg camana tu?..Then kalo hati disana pulang?Dimana hati itu akan bercantum?..Mesti dia juga mencari hati yang baru untuk bercantum..hehe..apa2 je lah..ahaks..

addyaholix said...

ad,
tunggu sayap tumbuh sendiri.
simpan hati yang separuh ini untuk kembali bercantum =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...