Saturday, December 27, 2008

Perlu pindah!

Aku mula lipat lima perenam(anggaran aku sendiri, aku tak kira) baju-baju yang bergantung dalam almari.
Lagi satu perenam sengaja aku tinggalkan untuk pakai dalam 4-5 hari ni.
Itu yang elok. Yang dah pakai aku asingkan.
Kemeja lengan panjang aku atur sama dengan kemeja lengan panjang.
Yang lengan pendek aku susun sebelah.
T-shirt(baca : kemeja T) berkolar aku susun satu baris.
Yang berkolar bulat aku campur dengan V neck(baca : kolar V).
Aku susun sebelah t-shirt(baca : kemeje T) berkolar.
Jeans aku susun sesama jeans.
Seluar yang lain-lain dah aku atur sebelah.
Short pant(baca : seluar pendek) aku atur sederet dengan jeans.
Seluar kecil yang berbelas helai tu pun aku lipat cantik-cantik.
Semua aku lipat kemas-kemas.
Aku susun bersilang supaya nampak sekata dan teratur.
Supaya tak nampak berserabut walaupun bilik aku dah tunggang terbalik.
Bersepah-sepah.

Yang lain-lain masih belum aku kemas.
Aku paling tak suka bila berlaku aktiviti pindah rumah.
Tapi mahu tak mahu, aku perlu pindah.

21 comments:

Malay Rhapsody said...

pindah ke mana beb?

hanafana said...

pandai lipat baju =)

Pecah Kepala said...

lepas ni lu pindah rumah, kawan lu goyang kaki depan tv.

patungcendana said...

nak pindah? jauh ke?...aku pun kena kemas barang...kena pindah ofis on tuesday...kamu nampaknya sangat organized...tolong kemas barang aku boleh...nanti aku belanja...hehe...:-)

ab geldofg said...

buat mcm org dulu2..dia angkat dgn rumah2..bila pindah

i-chimera said...

dah beli rumah baru ke... atau sebab dok kat bukit antarabangsa....

memang seksa kalau nak pindah... tu baru bab kain baju. kejap lagi bila masuk bab perabot... bab barang letrik... bab nak sewa lori... pastu siap pindah, nak kemas pulak kat rumah baru... huh...

patungcendana said...

re:tag...boleh je...:-)

blackpurple @ jowopinter said...

Betul-lah! Pindah rumah memang sangat memenatkan.

addyaholix said...

rhapsody,
aku tak pindah benua lain =)

hana,
tengok kaki lah haha!

pecah kepala,
goyang kaki? dia pecah kepala nak bayar sewa sorang-sorang =)

cendana,
tak jauh. masih dalam benua yang sama =)

ab geldofg,
kalaulah aku mampu bro!

chime,
tak beli rumah baru dan tak duduk bukit antarabangsa haha! saya perlu pindah. ubah angin. memang seksa. banyak pengalaman pindah rumah?

cendana,
haha!

purp,
pindah jugak?

Mdm.Zend said...

ke mana lagi nak pindah tu Addya...?
pandai rupanya aturlipat pakaian tu ya!...

Sufi Idany said...

pindah mana weh? perlu ke pindah kalu tk pindah tk leh ke ?

patungcendana said...

dah siap pindah??? wah ...dengkinya aku!!!!

kadok said...

aku pon akan pindah this coming mac or april...haihh

p.s:
salam blog bro...:)

arsaili said...

Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.

# moga perpindahan itu satu hijrah

Zuer said...

salam...

rudy bluehikari said...

Aku rasa kau seorang yang neat n tidy. kemas teratur... aku malas lipat lipat baju ni... jd aku gantung semua baju seluar aku. sampai gerobok xcukup ekekeek..

slmt berumah baru~

addyaholix said...

mdm,
ke tempat yang lebih selesa. haha tengok kaki lah!

sufi,
mahu tak mahu, aku tetap perlu pindah!

cendana,
dah siap. cuma masih tunggang terbalik =)

kadok,
salam blog bro! pindah mana?

arsaili,
salam maal hijrah juga. ya ini juga hijrah namanya =)

zuer,
salam!

rudy,
lipat cuma bila nak pindah je bang. juga macam abg, gantung semua baju seluar. rasanya perlu tambah gerobok baru =)

patungcendana said...

salam maal hijrah addy.

re: book of life...aku tahu kenapa kamu nak buka buku baru...sebab kamu suka baca prolog je...hehehe... :-)

Tepak Sireh said...

Salam Maal Hijrah to u bro! Pindah... aktiviti tu akan terjadi kepada kami (read: Kami= bukan aku seorang) tak lama lagi... to a greener grass..... hopefully :D

tasikmerah said...

ni baru betul punya hijrah kan? bagus la tu...


:)


.

addyaholix said...

cendana,
haha bijak-bijak!

tepaksirih,
salam maal hijrah juga. ya saya faham siapa "kami" yang abg maksudkan haha!

tasikmerah,
turut berhijrah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...