(Lagi cerita tentang terbang)
Dulu aku pernah terbang.
Dan aku kembali pulang.
Kali ini aku mahu terbang lagi.
Terbang lebih jauh dari dulu.
Bukan cuma jauh ke angkasa.
Tapi terus hilang dalam awan.
Aku mahu lama-lama hilang.
Aku mahu terbang puas.
Dan seperti selalunya, aku tetap akan pulang pada sarang!
Yang aku pinta dari bulan.
Cuma tolong rindukan aku.
(Aku bukan pungguk yang rindukan bulan, aku cuma mahu bulan rindukan aku)
apa seterusnya?
6 days ago
14 comments:
boleh wat perumpamaan baru ni..
"bagai bulan rindukan pungguk"
bulan rindukan pungguk..
pulanglah~
bukan pungguk rindukan bulan,
cuma mengharap bulan jatuh ke riba
tapi mungkinkah...
kerana bulan sentiasa dipagari bintang...
nak itottttt..mcm biase laa..ekekekeke =)
tapi kalau belatuk nak rindukan bulan bulih tak?
he he.
ziarah ke rumah kamu.
.
Hari tu aku nampak bulan senyum.
Tak apa lah dia jauh. Tengok dia senyum dah cukup cantik.
Aku merepek. Duh.
semoga bulan akan memberi respon :)
Bulan rindukan Addy..Bleh ker camtu..Tak bleh kot..Addy kena gak rindukan bulan..Then rindukan bulan selalu..Mungkin bila nampak keikhlasan itu bulan juga ada merindui addy..ahaks..sabo je laa..
Kawan, pergilah terbang! Cuma jangan kau sesat dalam awan hitam. Kalau terjumpa pelangi sampaikan salam saya kepadanya.
hurm...
terbang itu mmg indah...
hak3
aie,
ya. kau pelopornya haha!
hana.
aku akan pulang. tapi bukan sekarang.
cendana,
puitis. sangat puitis. saya hampir jatuh cinta =)
...,
lambat bagitahu, sebab aku dah terbang jauh.
tasikmerah,
boleh haha!
atiqah,
dari pandangan aku di kejauhan ini juga bulan kelihatannya cantik. sebab kita tengok bulan yang sama.
maksu,
bulan cuma tunduk malu =)
ad,
saya yakin bulan mula rindukan saya. sungguh!
ahmad,
aku tak sesat. juga belum ketemu pelangi.
manusia rumit,
hidup lebih indah!
wah2..aku tk pandai bpuisi mcm tu...:)
bertuahnya pungguk kalau dirindui bulan... tapi bulan hanyalah satu... antara beribu-ribu pungguk yg ada kat dunia ni, yg mana satu pulak yg perlu untuk bulan rindui... bukankah tak adil namanya kepada punguk-punguk yg lain jika bulan perlu memilih satu pungguk...
lapuk,
masuk kategori puisi ke?
chimera,
diulangi, saya bukan pungguk!
Post a Comment