Wednesday, February 25, 2009

Kau pernah rasa?

Kau pernah rasa tak diperlukan?
Kau pernah rasa seperti tak dihargai?
Kau pernah rasa seolah dikhianati?
Kau pernah rasa hati kau seakan dicucuk-cucuk, dihiris-hiris?
Kau pernah rasa jiwa kau umpama disiat-siat halus?
Kau pernah rasa diri kau semacam ditikam bertubi dan dilapah?
Kau pernah rasa?
Setelah kau korbankan semua, akhirnya kau cuma dipandang sebelah mata.
Atau langsung disisih dibiarkan seorang diri.
Seolah kau diikat kaki tangan dan diletak di penjuru bilik yang gelap samar.
Yang kau mampu buat cuma melihat orang lain ketawakan nasib kau.
Seolah kau terpaksa membenarkan apa yang berlaku tanpa sebarang rasa.
Seolah kau langsung tak punya kudrat untuk mengubah apa-apa.
Seolah-olah kau manusia dangkal bodoh dungu yang langsung tiada guna.
Kau pernah rasa semua tu?
Aku bukan mahu ungkit.
Cuma mahu kau tahu yang aku bukan malaikat.
Cuma mahu kau sedar aku juga manusia.
Yang tahu peritnya rasa bila benci datang.
Kali ini memang aku betul-betul rasa nak mencarut!
Damn it!

38 comments:

AiE bAhRi said...

Aku juga pernah rasa seperti apayang ko rasa bro.
Tapi hanya mampu bersabar dan terus bersabar walaupun sakit hati itu ada!

Yang penting apa yang kita rasa itulah yang akan mematangkan perjalanan hidup kita.

Lily Abdullah said...

Aku pernah dik. Telah aku lalui semua detik itu. Dan aku juga rasa mau mencarut.

Yana Ismail said...

hmm sabar bro..alaahai..memang menci kalau org buat kta gitu..rasa nak cekik2 je..eh yana plk yg emo ;P..hmmm..

A t i Q a h said...

Pernah pernah. Tapi, umm..tak sehebat kamu kot. Bertabahlah. Doakan dia dibukakan pintu hati.

Nizam Ahmad said...

jangan sembarangan.
bukan kerana mereka tidak baik.
tapi kerana kamu orang baik.

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ya...

aku pernah rasa sebegitu...

Rasa tidak diperlukan...

farah said...

pernah rasa je semua tu atok.

haih, jangan mencarut.
tak baik.

ekkeke

xD

Kay said...

semua itu pernah dirasa
ia menjadikan kita lebih dewasa
“face the pain so you can taste the sweet... “
have a good day!

si nakal andi said...

iya
aku pernah

sebetulnya, baru petang tadi kesabaran aku dicabar
sampai akhirnya aku meletup
burst jugak akhirnya
nasib baik aku x sempat maki depan depan to the face

addy
kadang kadang kamu tak boleh pendam semuanya
orang sekarang suka memperlekeh, macamlah akhirat sana tiada..

patungcendana said...

gud morning addy...

kenapa emosi di pagi hari ni...

aku pernah dengar hati aku hancur berkecai...

kenapa ni...boleh aku bantu...?

ps...kalau mencarut buat kamu rasa lega...mencarut je...bukan sakitkan sesiapa pun...:-)

Nizam.Ariff said...

Dulu-dulu. Skrg ni, macam selalu di hargai dan di cari-cari...setiap hari oleh anak aku yang minta duit belanja skolah dan jajan...

Anonymous said...

i believe smue org pnh rs bnda yg sm..
bezanya nya, thp rs..
s0 again: TAKE IT EASY..
then only u akn heal part of the injury..
if u trlalu mmikirkn nye, i bet u akn sntiasa rs skitnya..
bila ms brlalu, u akn jmpa org br..
yg akn buat u rs : amat diperlukn, dihargai dan disayangi..

theblabber said...

itulah yg kita namakan warna warna kehidupan kawan. persetankanlah!!

p/s: carut saja, tak perlu minta izin

tasekM said...

sumpah. aku pernah rasa. carutkan saja. peduli hape... :)




.

Kapten Luffy said...

lama dahulu... pernah

Min said...

sy sedang. Tak best. Nak carut tapi tak tekeluar. Nantilah sy buat kalau jumpa dia.. hm..tapi ntah bila.. untuk kamu.. kalau itu yang kamu rasa... kamu telah melalui satu lagi keperitan hidup...dan kalau kamu bisa lalui dengan sempurna... kamu pasti punyai jiwa yg teguh.. kamu boleh kan?

Anonymous said...

aneh, setiap inci rasa yang kau tumpahkan di blog ini, aku juga merasakannya..

bila mana kau tak di hargai, peritnya di benci orang, merasa ada orang sedang ketawakan setiap susah yang kau harus lalui..

kawan, aku juga sama..cuma aku bukan rasa mahu seranahkan mereka..
aku mahu pergi jauh ataupun paling jahat aku rasa mahu tampar mereka..

maaflah...agak emosi sedikit.
=)

tak apa, tuhan masih ada untuk kita

tegezoot said...

WO!!!(terkejut aku seorang tegezoot mendengar carutan tu)

patungcendana said...

hi addy...masih marah dan sedih?...ikut aku tengok bintang nak?

Sufi Idany said...

yer addy aku pernah merasai semuanya itu.... ahhh.....pedih dan perit sungguh.... Allah maha Adil kan.... innaAllahama'aZhalimin...sesungguhnya Allah bersama mereka yang di zalimi...... amin...

SATIRA + KACAU said...

apa-apa pun, jadila diri kau sendiri. sIapa kau dan apa kau, kau sendiri yang tentukan. Kalau amek kisah dan fikir apa orang cakap, kau bboleh jadi gila.

Satira + Kacau

addyaholix said...

aiebahri,
ya. yang kita mampu buat cuma sabar kan? itu juga yang aku buat. kadang-kadang aku dah penat bersabar. tapi itu saja yang mampu aku buat.

waterlily,
hati belum betul-betul puas walau dah berbakul saya carut kak. haha!

liyana,
ya. sabar saja yang mampu kan. ermm!

atiqah,
ya moga-moga.

an-nidxam,
aku dah penat jadi terlalu baik. walau aku bukan manusia yang betul-betul baik.

zara,
rasa teruk kan?

farah,
dah carut pon farah. dalam hati.

kay,
sampai sekarang saya masih belum rasa manisnya.

andi,
rambut sama hitam, hati lain-lain.

cendana,
dah lama saya simpan. cuma baru sekarang sabar saya dah tak mampu tahan.

nizam.ariff,
aku masih tunggu hari aku dihargai.

..,
aku cuba buang semua. aku cuma mahu fikir tentang aku sendiri.

miezi,
ya. kawan aku juga selalu cakap, itu hidup yang ada kehidupan namanya. dan aku yakin itu memang hidup. hidup yang aku sendiri pilih.

tasikmerah,
saya dah letih sangat kak!

luffy,
sakit kan? luka berdarah mampu sembuh. luka dihati?

min,
saya masih cuba untuk katakan yang saya boleh!

rumit,
ya. aku pegang yang satu itu. kalau pon aku tak punya siapa-siapa, aku masih punya DIA.

tegezoot,
haha!

cendana,
saya tak marah, cuma kecewa dengan diri sendiri.

sufi,
ya. moga-moga. doakan saya mampu buang semua.

satira,
dan aku sekarang sudah pon hampir gila. aku tekad cuma fikir tentang aku.

fadzil hafiz said...

nasib gua baik..!!sbb gua blum rasa semua tu....

jumapx said...

kita sama...
aku juga pernah merasa semua itu...

tapi...
biarkan saja...
kerana hiduo harus di teruskan

Anonymous said...

hei addy, sahabat mu ramai di sini..
jangan patah semangat ya?

=)

Unknown said...

untuk semua itu paling nikmat adalah bersyukur

mugiwara said...

aku pernah rasa.
selalu pernah rasa begitu.
tapi orang kata aku cuma paranoid.
paranoidkah aku?

patungcendana said...

re:...aku pun selalu berharap agar tidak deberi pilihan...

masih kecewa dgn diri sendiri?...kamu akan ok kan?

w said...

Sorry,aku potong jap,.Addy,pasar malam sri rampai khamis ke sabtu?

w said...

Re: maknanya pasar malam rejang hari sabtu kan. Ok.aku tidak keliru lagi.

Yana Ismail said...

sbr dan doakan dia jgk bro;)

w said...

Ah,kau belum cukup peka. wangsa maju hari isnin.

patungcendana said...

wahyu dan addy...
kamu berdua nak berdating di pasar malam ya...hahaha...ok...lepas tu cerita kat aku ya...:-)

addyaholix said...

padelkopak,
nasib gua juga baik. sebab gua dapat rasa apa yang lu tak rasa. amacam, rock tak gua? haha!

jumapx,
ya. mungkin aku yang patut berubah.

rumit,
kamu juga sahabat aku. terima kasih!

penoreh,
ya. untuk semua, saya syukur!

mugiwara,
aku juga paranoid?

cendana,
ya saya ok. cuma bila emosi bermaharajalela, otak tak mampu untuk waras.

wahyudimy,
ya. aku belum cukup cekap!

liyana,
kita doakan untuk semua yana.

cendana,
dating? penggunaan ayat kamu seolah tak bersesuaian. haha!

Chico said...

hmm..saya pernah rasa dan tahu betapa peritnya rasa itu..takpela,redhakn jek la..

rimieilya said...

pernah..

sakit teramat sakit bila dikenang kembali..

perasaan itu yang menjadikan aku lebih pentingkan diri sendiri

addyaholix said...

dari hati,
moga kita sama-sama kuat dan mampu tempuh segala yang mendatang!

rimieilya,
ya. mungkin dah tiba saya berfikir untuk diri sendiri dari manusia yang tak tahu menghargai.

Anonymous said...

kadang2 kite sll pk kan org yg xpedulikan kite sampai kite xnmpk org yg pedulikan kite,btl x? :P

-Spidey-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...