Friday, May 01, 2009

Markonah oh Markonah!

Tadi belek lagu-lagu dalam laptop(baca : komputer riba) aku.
Jumpa Mungkin Nanti dari Peterpan.
Terus fikiran aku jatuh pada cinta lama aku dulu.
Mari namakan dia sebagai Markonah saja.

Mungkin Nanti pernah jadi lagu aku dan Markonah.
Lagu yang melambangkan cinta aku dan Markonah.
Lagu yang buat aku dan Markonah mahu sehidup semati.
Lagu yang konon beri aku dan Markonah inspirasi.
Sehingga aku dan Markonah memang mengaku itu lagu kami.

Selalunya aku dan Markonah duduk dalam kereta.
Sambil tangan kanan aku paut tangan kiri Markonah(Markonah yang pandu sebab sampai sekarang aku masih belum punya lesen kereta).
Kemudian kami nyanyi sama-sama. Indah!
Sesekali aku kucup lembut tangan Markonah.
Markonah senyum sambil tunduk-tunduk malu.
Mesti kamu fikir aku romantik kan?
Markonah pernah cakap aku lelaki paling romantik.
Dulu itu yang aku selalu yakin.
Dan sekarang aku sedar yang Markonah cuma bohong.

Ya. Tiap kali dengar Mungkin Nanti mesti aku ingat Markonah.
Bukan sebab cinta aku masih bersisa buat Markonah.
Bukan juga sebab sayang aku pernah ada buat Markonah.
Tapi cuma sebab lagu itu betul-betul pernah merasuk aku.

30 comments:

mr.syazwan said...

FUUUUYOOOOOOO......

gitu ke.. aloo cianye...

MARKONAH tinggal edy sbb

edy x reti drive kot.. nge3...

xpe laa... MARKONAH XDE...

ini MARKARONI ada!!

nnt kite jumpe

nyanyi lagu cek mek molek ok..

khaaakhaaaakhaakhaaa

patungcendana said...

hahahahaha....addy ada licence to kill...lagi best dari lesen memandu...

lagu aku...jujur...tiap kali dengar rasa nak sepak je radio...huhuhu

have a great time dengan kawan2 di Ipoh ok... :-)

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

sampaikan salam buat Markonah~

bro addy ku sedang dirasuk oleh lagu.

aduhai~

bro, akan merindui kamu selepas aku pulang ke rumah~

alahai~

Nizam.Ariff said...

Markonah oh Markonah...


Kau datang kosong.
Kau pergi,
tinggalkan aku kosong.


Releks la brader, he he he




.

jejaka anggun said...

markonah yer....
ehem ehem....

wahyudi my said...

oh, nama gadis untuk lelaki urban ialah Markonah. Aku cuba bayangkan gadis bernama markonah.

anakcikmad said...

alahai
jiwang rupanya...eh tak...
romantik...haha!

^_^

Princess Liyana said...

Markonah, kamu rugi!bro ni romantikk tau. ;) Bro, tkmo sedih2..bunga bkn sekuntum..ehehe

pst:jodoh kita kot st kmpg ;P HAHA

aloy_paradoks said...

lagu yang pernah merasuk.. bila terdengar kembali... cakera kenangan akan berputar dan seram mula terasa..

itu benar bro.

cik siti penguin said...

aww, addy romantik eh.
mcm best. haha.

A t i Q a h said...

Hai x-boyfriend Markonah. Hahahaha. :P

sharamli said...

diras0k hantu ke diras0k mark0nah?

mark0nah=hantu?

mugiwara said...

erk~
aku lagi lah.
tak reti benda benda begitu.
meremang.
agaknya, sebab tu lah aku masih lone ranger...
huhuhu~
tapi aku peduli apa.

patungcendana said...

good morning addy...

titipan2 kamu juga buat aku tersenyum...:-)

dah balik ke?

wahyu...

dah dapat bayangkan ke?

macam mana rupa gadis bernama markonah tu...cerita sikit...hehe

kasih said...

Kenapa kasih pun teringat seseorang bila dgr lagu ni... hmm... :P

~~~ kay ~~~ said...

addy,
usah biarkan cermin mimpi itu terlepas dari genggaman,
kelak terluka jari-jemarimu,
pasti darah merah pekat mengalir ke lantai kesal.

(kay suka lagu "selimut putih")
(^_^)

wahyudi my said...

gila.. Setelah semalaman. Masih tak tergarap dek minda rupa gadis bernama markonah!

patungcendana said...

addy...

dah balik ke belum ni...

Namaku Min said...

siapa markonah agaknya? lagu tema cinta kamu.. hm..

wahyudi my said...

Haih. Kerana semangat kau yang berkobar kobar. Aku kena cakap jugak la nampaknya. Aku faham niat suci kau itu. apa yang kau cuba sampaikan tu ialah Self-improvement, perubahan dari satu tahap ke tahap yang lain- lebih baik, lebih molek,. bla..bla..bla -bergantung kepada etika dan nilai2 moral masyarakat itu sendiri lah. Dalam bagian self-improvement pula, dibawahnya ada yang dinamakan self-parody,.. atau self contempt.. merujuk kepada penerimaan keberadaan, pandangan, persepsi, atau pun label. Tulisan yang ini adalah mengenai self parody..
Dan aku juga tidak meminta sesiapa pun untuk setuju dengan setiap katakata aku. Ini cuma blog tentang wahyudi my (ditulis dengan semua huruf kecil). Kau orang mahu jadi nobel, itu kau orang punya pasal.

chimera said...

HAHA.. dulu cakap saya yg jiwang.. dan saya kira addy lebih lagi kot..

saya kalau bersama dgn 'markonah' saya, pegang tgn pun tak pernah... apa lagi kalau nak kucup2 ke.. apa ke.. hahah - addy lebih hebat... hahah...

Mungkin nanti.. hmmm lagu tu pun ada nostalgia yg tersendiri..

addyaholix said...

syazwan,
kalau makaroni aku telan terus. haha!

cendana,
sebab lagu radio yang jadi mangsa? haha!

zara,
markonah di johor sekarang. dia gelak besar bila saya beritahu saya tulis tentang yang ini.

nizam.ariff,
dia tinggalkan aku dengan sesuatu bang!

jejakaanggun,
kau kenal? haha!

wahyudimy,
dulu aku belum cukup urban. jadi markonah paling cocok. haha!

anakcikmad,
kononnya lah. haha!

liyana,
markonah bukan jodoh saya. haha!
ya kita sekampung. nanti dating tepi sungai nak? atau depan kedai nombor dua dekat klawang =)

aloy,
aku tak seram. aku senyum. kadang-kadang emosi lebih-lebih. haha!

penguin,
cubalah. haha!

atiqah,
haha!

sharamli,
dua-dua tak. dirasuk lagu =)

mugiwara,
sekarang kita sama. lone ranger. sebab tu ramai terkejut bila aku kata aku ke book fair seorang diri. haha!

cendana,
kawan-kawan selalu buat saya senyum. dan kamu antaranya =)

kasih,
mungkinkah kamu markonah? haha!

kay,
sengaja saya lepaskan, biar lukanya sekarang, dari bila hati dah makin sayang =)

wahyudimy,
ok. aku bagi klue. markonah iras pim dalam castello.

cendana,
dah balik. setelah sepuluh tahun saya jejak kembali kaki ke sekolah lama. banyak kenangan!

min,
markonah cuma markonah. antara cinta yang pernah datang sikit masa dulu.

wahyudimy,
ya. itu ilmu untuk aku. dan aku lupa itu blog wahyudimy (ditulis dengan semua huruf kecil). blog kau, jadi kau punya sukalah!

chime,
itu kisah lama bang. antara kisah-kisah lama. haha!
oh ya ka? mungkin nanti pun ada sejarah untuk abang chime ke? tak mahu kongsi? haha!

arsaili said...

salam..teringat kat cita markonah..pasal tol gate girl tu ahaha

patungcendana said...

addy
si kuehbakar dah sampai kuantan sebelum kamu...hehehe

mel said...

HUhh... boleh tahan jugak ya addy ni... siap ada lagu sendiri pulak lagi... jiwanggg tuuuu...

dan utk chime tu.. aku rasa ko lagi hebatlah, kuat tahan godaan, pegang tangan pun tak pernah... aku tak mampu buat gitu. mesti nak pegang punyalah... heheheh... dan cerita ko pasal 'demi' tu... buatkan aku rasa ko jauh lagi rometik dari aku... haha... **apesal pulak komen pasal chime kat sini**

cik siti penguin said...

cuba? haha. jangan diajak lah wahai addy ;P

addyaholix said...

arsaili,
saya guna nama markonah sempena drama tol gate girl la. haha!

cendana,
kat sini pon ada kuih bakar. haha!

mel,
bukan jiwanglah. itu sentimental. haha!
abang chime memang hebat. mampu tahan godaan. memang patut jadi yang sulung. tunjuk contoh kat kita yang muda-muda ni. untung kak sufi kita. haha!
puji ni pon sebab adik perempuan abang chime masih kosong. haha!

penguin,
haha!

Pyan said...

terus terang. kau harus banyakkan membaca. bahasa kau bukan bahasa yang cantik. kenali penulis-penulis berbahasa melayu yang sedia ada. terus terang lagi, bahasa kau bahasa buatan yang aku nampak tidak begitu ikhlas bunyinya.

addyaholix said...

pyan,
terima kasih. cuma kau yang berani berterus terang dengan aku. ya aku masih dalam proses belajar. kadang-kadang aku sendiri malu baca tulisan aku yang dulu-dulu.

Pyan said...

terus berusaha addyaholix!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...