Kau perlu berubah, aku kata pada dia.
. . . . . . . . . .
Esok.
Datang dengan selendang panjang melilit leher. Cantik.
Macam Ekin, kawan-kawan kata.
Dulu dia cuma pakai tudung biasa.
Apa mimpi, aku tanya.
Aku berubah. Tukar imej, dia kata selamba.
Tepuk dahi.
Ok. Mesej aku tak sampai.
apa seterusnya?
6 days ago
31 comments:
ok la tu. dia sanggup berubah gak sbb ko. heh.
hhmmm, kenapa mesej tak sampai? adakah kerana kredit dah abis ?
;)
maybe perlu lebey explanation pada perkataan 'berubah' tu...
tp at least ada perubahan~
hehe
^_^
ayat kamu harus terang dan nyata bro~
dia amik yg tersurat nye sahaja tu~
nak ubah manusia bukan senang, kawan.
kalau berubah pun, terselindung niat lain.
itu kena hati hati...
ah! aku makin prejudis. aku makin paranoid!
berubah
bukan fitrah kita
apa fitrah kita
duduk dalam zon yang kita selesa....
haha. mmg biasa org salah phm dgn kate2 kite.
wah abang addy. dah ada pojaan hati nampaknya. adek azie ditinggalkan terkontangkanting,ha ha ha
kamu perlu tanya. tak tercekik ke belit2 tu...?
he he.
.
Salam bro...bila nak turun kuantan...PATUNG CENDANA dah lama tunggu kat sana...siap nak jemput ngn kapet merah...datang, jgn tak datang...
apasat tepuk dahi
tepuk tmpt lain laa..
haha
haks!
halus sangat cara tuh.
Disalah tafsir la tuh.
Try lagi!
Mesej ko pakai shortform kut, tu yang dia faham kot lain..
hehehe... jangan putus asa addy!
cuba dgn cara yang lebih mesra alam atau mesra raykat mungkin hasilnye lebih berkesan.
salah sangka dan salah tafsiran
menjadikan kita mangsa keadaan...
yang tersurat dan yang tersirat...haha
next time guna sign language...
barangkali dia x nampak apa yg di depan mata.. dia hanya tanya pada hati sendiri. berikan dia CONTOH. (merujuk pada komen ko sblum ni hehe~)
berubah ada masanya tak boleh secara mendadak... perlu seidkit-sedikit supaya dia akan jadi amalan.
tak kisahlah dia berubah sebab nasihat... atau nak tukar imej, yg penting ada perubahan. tapi pastikan ke arah yg lebih baiklah...
kita dah sedia nak berubah ke belum, takkan org je kita nak mereka berubah... ada jugak perkara pd diri kita yg perlu diubah... tentunya ke arah yg lebih baik juga...
salam...
perubahan perlukan tempoh.
n dia mudah menerima.Cuma agak tidak kesampaian kan?
awak punya banyak jalan lagi.lepas tepuk dahi,mungkin ada idea lain.insyaAllah,jangan putus usaha.Doa adalah senjata~
tk kisahlah tu...janji ubah juga
aku pun nak berubah la.nak jadi pokok pulak.boring jadi manusia ni.
Dia blurrr? Kelakar... Kau jangan lagi bercakap berkias atau guna metafora atau hiperbola. Katakan yang benar tanpa lapik dengan bahasa yang paling mudah, jika kanak-kanak darjah dua pun mendengar wajib dia faham. Nescaya dia akan berubah mengikut yang kamu mahu.
aieakaike,
aku suruh ubah lain, dia ubah lain. dan dia berubah bukan sebab aku. haha!
maksu,
bukan. bukan! mesej tak sampai sebab luar kawasan. haha!
anakcikmad,
ya. dia makin cantik. jangan salah faham. dia cuma teman pejabat =)
zara,
itulah. haha!
mugiwara,
aku tak pernah mahu ubah manusia lain. tak perlu berubah sebab aku. berubah sebab kesedaran sendiri itu yang lebih baik.
jinggo,
itu lumrah manusia. cepat sangat berpuas hati dengan apa yang ada. mudah selesa dengan yang di depan mata. malas berusaha untuk yang lebih baik dari yang sedia ada. itu lumrah manusia tuan jinggo!
penguin,
ya. selalu!
azie,
masa saya memuja kamu, kamu buang saya jauh-jauh. nah! sekarang rasakan sakitnya. haha!
bukanlah. dia teman sepejabat saya. tiada langsung yang berkaitan dengan hati. haha!
tasikmerah,
dah tanya. katanya biar tercekik, asalkan cantik. perempuan kan. haha!
wanhidayat,
salam dayat! saya pasti datang. cuma masanya belum mengizinkan. saya nak luar dari kebiasaan. mahu karpet kuning diraja. haha!
syazwan,
ok. aku tepuk tempurung lutut boleh? haha!
hanafana,
biar dia faham-faham sendiri sajalah =)
nizam.ariff,
tapi ramai jugak puji dia cantik bila ubah imej. haha!
kay,
nak guna cara yang tak mesra pulak. haha!
cendana,
sign language? ok nanti saya cuba. haha!
an-nidxam,
dia tanya pada hati. dan jawapan dari itu yang sebenarnya di depan mata. dia mungkin nampak, pandangannya saja yang selalu kabur barangkali.
chime,
ya. berubah bukan dalam sekelip mata. dan berubah juga perlu datang dari hati. bukan cuma fizikal semata. dan tak perlu mengharapkan orang berubah sebab kita. dan tak perlu juga berubah sebab manusia lain. berubah itu atas sebab kesedaran diri sendiri. itu yang terbaik.
nawanihamra,
silap. doa bukan senjata. pada saya doa itu perisai. dan salam blog buat kamu!
abgeldofg,
asalkan perubahan itu kearah yang lebih baik.
amirnazrin,
apa indahnya jadi pokok berbanding manusia?
nafastari,
aku tak pernah mahu dia berubah sebab aku, atau seperti yang aku mahu. aku cuma mahu dia berubah atas sebab yang dia sendiri mahu. dan bahasa yang paling mudah pon, kadang-kadang orang takkan faham. tepuk dada tanya hati.
morning addy...
memang perlu akal untuk jadi bijak...tapi selalunya orang yang ada ijazah yang dapat kerja...huhuhu
aku letak karpet biru ok???...:-)
hahaha
TEMPURUNG LUTUT??
asal tak
KEPALA LUTUT??
hahahaha!
he~~ mungkin perlu berkali-kali diberi mesej kot baru berubah ke arah yang diingini. :D
ps: hye! saya izzati. ahli kancil klan yang tak update2 tuh. :D
bila la dia nak insaf...hehhe hehhe
addy cube kelip2 mate addy yg sexy tu dpnnya. barangkali dia akan phm. haha ;D
cendana,
saya tak ada ijazah, tapi masih mampu punya kerja =)
keputusan muktamad. mahu karpet kuning diraja. haha!
syazwan,
tempurung lutut dan kepala lutut bukan sama kah? haha!
izzati,
oh ya. hai izzati!
13may,
insaf apa pulak? haha!
penguin,
dah penat kelip. tapi dia lambat faham. haha!
perubahan memang kadang2 bukan dtg dr hati... tapi dari luaran... semoga perubahan di luar itu menyerap ke dalam... ke HATI!!! Baru ikhlas...
kau cerita pasal siapa ni?
kasih,
berubah itu perlu sendiri.
wahyudimy,
tentang seorang kawan. bukan aku.
Post a Comment