Thursday, April 09, 2009

Syukur aku masih mampu hidup!

Aku cuba injak kaki pada tanah. Mulanya terasa seperti aku mampu. Tapi perlahan-lahan tubuh aku jatuh layu ke bumi. Kaki aku patah. Cuma itu yang mampu keluar dari fikiran. Dan tiba-tiba dunia jadi gelap dan aku terus lupa semua.

Ya. Aku kemalangan!

Kaki kanan aku seolah beku. Tulang paha kanan aku patah terus. Langsung kaku seolah mati. Kelopak mata kiri aku koyak teruk. Pedih. Terasa kulitnya yang jatuh menimpa mata setiap kali aku cuba berkelip mahu melihat. Darah menitik terus. Dan aku boleh buta kalau serpihan kacamata masuk terus ke dalam mata. Tulang belakang aku retak dan hampir patah. Kata doktor, kalau silap pergerakan, aku mungkin lumpuh. Hati aku menangis. Bukan cuma itu, hati aku dah betul-betul meraung.

Tapi itu cerita sembilan tahun dulu. Aku tiba-tiba teringat bila belakang aku kerap sakit sejak kebelakangan ini. Tapi kata doktor, itu kesan sampingan yang perlu aku terima dan tanggung selagi hayat aku ada.

Tapi aku syukur aku masih mampu berjalan. Walaupun tak sesempurna manusia lain. Aku tetap syukur aku masih diberi peluang melihat dunia. Dan aku paling bersyukur bila mana aku masih mampu bergerak bebas seperti orang lain.

Aku selalu pesan pada hati. Selalu syukur dan terus bersyukur!

50 comments:

anakcikmad said...

uh,nervous dibuatnya,,,
rupanya cerita sembilan tahun dulu,,,
u shud be,maksudnya bersyukur~
jaga diri,,,
sakit belakang yang sikit2 tu might turned worst,,,

y do i sound so concern?
ini prihatin sesama insan maksudnya.

take care ya

^_^

mr.syazwan said...

FUUUYOOOO
mengerikan.. huhu
mujurlah lu ada lg kat bumi ambia ini
alhadulilah..
boleh lg la kite berblog kan..
huhuhu

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Aduhai.
Kesan sampingan masih ada?
Cuma berharap agar ia tidak membebankan kamu sahabat.

Benar, kesyukuran itu penting.
aspek manusia dinilai dari situ juga.
adakah aku perlu bersyukur bila aku kehilangan sesuatu juga?

*******

balasan dari blog aku:

ini bukan cinta addy.
ini persahabatan.
aku benci pada pengakhiran yang tiada pesanan.
aku benci pada perkara sebegitu.

mr.syazwan said...

bro gua da link ur blog..
sama2 la kite erk.
huhu

wahyudimy said...

Bikin saspen la kau.

hf said...

Masyaallah..
Takutnya dengar.
Alhamdulillah..
Panjatkan kesyukuran kepada Allah..
.
.
Buat check up tau..

patungcendana said...

good morning addy...

kau ni...suspense aku...

A t i Q a h said...

Ya Allah. Ngerinya baca. Alhamdulillah kamu da sihat. Cuma yang sakit belakang tu, hati2 ya. Jangan buat kerja yang boleh memudaratkan tulang belakang. Hmmm.

~~~ kay ~~~ said...

Addy,
setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.
pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.
bersyukurlah...
alhamdulillah.

en_me said...

bersyukur masih dapat menghirup udara segar.. kannns abang addy tewww

Ad Rifza said...

Terkjut abg ad baca tadi..kusss semangat...hehe
Bukan kita minta macam tu kan..takdirNYA jua..So alhamdulillah lah kita masih ada rasa bersyukur atas apa jua yg berlaku..Bersyukur dengan setiap kejadian itu yg mampu memandu hidup kita kepada suatu yg lebih memberikan pengajaran..Dan bersyukur keatas diri kita yg masih lagi dapat menghirup udara segar dan menjalani hidup ini dengan sebaiknya..KURNIAANNYA yang maha hebat..Alhamdulillah syukurrr..

azie said...

hu, nervous ai baca. ingatkan entri dari katil hospital tadi.

baru start nak meleleh air mata, nak laju2 gi kl,ahahaha


abang simpanan, minggu depan ada pesta buku kat kl kan?hak hak.kami nak dtg,ahaha

hegira said...

k. take care.

mugiwara said...

kalau musim hujan, sejuk sejuk, aku fikir mungkin sakit tu senang datang barangkali.

takut betul perkara macam ni jadi pada aku atau orang yang aku kenal.

Sufi Idany said...

Alhamdulillah masih hidup Addy.... semoga terus sehat....ceria.... gembira...bahagia...dan terbaik dalam semua hal....

ezzati said...

waaa..takotnye..
mmg ptt kita sma2 b'syukur...

p/s: aku pn penah eksiden d tepti bukit..kete siap msk longkang besaq..tp, Alhamdullilah aku x pape..mmg b'syukur sgt2 :)

farah liyana said...

ngeri.

iya,
selalulah bersyukur kepadaNYA..

Princess Liyana said...

cuaks kjap baca.bdebar.hmm bro, hopefully bro terus sihat. jgn buat kerja berat2 ok!hmm

cik siti penguin said...

buat saspen aje encik addy ni.
*kelopak matamu itu? >_< don't scare me like that.

Anak Pendang Sekeluarga said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Nikotin said...

tak pergi urut ke bro?

cucumatlela said...

hak yg bener...
bro SYUKUR..itulah sebaiknya.
dari syukur kita akan dapat redha selepas itu barulah datangnya ikhlas.

chimera said...

Huh.. ngeri jugak ya...

ya, sewajarnya pesanlah kepada hati... syukur, terus... biar pun sejarah ngeri tu tinggalkan sedikit cela... itu adalah lebih baik lagi dari lumpuh anggota... dan jauhhhhh lebih baik lagi dari hilangnya nyawa... Masih punya peluang untuk bergerak, senyum dan ketawa, punya peluang utk kenal sesama kita.. - teringatkan seorg rakan yg kemalangan juga tapi terpaksa dipotong sebelah kaki hingga ke bahagian peha... tak dpt dibayangkan bagaimana dia lalui hari-harinya...

sakit belakang tu, rasanya kalau dipicit oleh seorang yg bergelar 'isteri'... mungkin boleh lega... heheh... agaknyalah...

addyaholix said...

anakcikmad,
why do you sound so cencern? sebab kamu mula sayang saya mungkin. haha!

syazwan,
itu antara detik paling hebat dalam hidup aku. dan mungkin Dia masih mahu aku hirup udara-Nya. salam blog dari aku!

zara,
kadang-kadang membebankan. tapi mungkin itu tanda untuk saya lebih ingatkan Dia.

syazwan,
ok. terima kasih. selalu jenguk blog aku!

wahyudimy,
kau sayang aku kan? haha!

hanafana,
check up tu yang saya paling malas. jauh-jauh saya pergi, doktor cuma tanya itu tanya ini, dan suruh datang lagi bulan depan. dah lebih tujuh tahun saya tak buat check up.

cendana,
kamu risau? haha. terima kasih.
dah tengahari. jadi selamat tengahari buat kamu.

atiqah,
doktor cakap bila saya mencecah tiga puluhan, sakit belakang mungkin dah macam lima puluhan. bayangkan. aduh!

kay,
ya. itu antara ujian untuk saya. supaya saya selalu ingat pada Dia.

en_me,
sekarang saya selalu hirup udara tak segar. udara kuala lumpur dah makin kelabu. haha!

adrifza,
saya selalu ingatkan diri saya untuk bersyukur. dan saya masih perlukan kawan-kawan untuk ingatkan saya supaya selalu ingat pada Dia. alhamdulillah!

azie,
airmata kamu selalu palsu. cinta kamu pada saya cuma dusta. haha!
oh kamu datang pesta buku nanti? insyaallah kalau punya waktu, kita jumpa ok. haha!

alina,
terima kasih kak!

mugiwara,
alhamdulillah walau kilat guruh segala, aku belum pernah rasa apa-apa. alhamdulillah. dan besi dalam kaki masih kekal ada sampai sekarang. aku tulang besi urat dawai. haha!

sufi,
ya. terima kasih. dan doa itu juga buat kamu dari saya sufi.

ezzati,
moga yang itu buat kita lebih kuat.

farah,
dan saya tahu pintu syukur selalu terbuka buat kita semua.

liyana,
terima kasih yana. rasa bahagia bila kamu ambil berat. haha!
habislah kena pukul dengan JK nanti. haha!

penguin,
ya. kelopak mata saya. kamu cuba bayangkan. haha!

anak pendang sekeluarga,
salam juga buat kamu!

nikotin,
dulu selalu. tapi sejak di kuala lumpur dah jarang. disini banyak yang urutnya lain macam. haha!

cucumatlela,
kata-kata kau selalu buat aku berfikir panjang bro. terima kasih.

chime,
ya. sejarah dulu buat saya lebih menghargai tiap detik yang Dia kurniakan buat saya. saya selalu bayangkan kalau hidup saya bukan seperti sekarang. apa yang saya akan lalui. dan fikiran itu selalu buat saya diam sendiri. saya syukur saya masih mampu seperti manusia lain. sungguh!
isteri? ni dah masuk topik lain dah ni bang. siapa yang teruja nak kahwin ni? haha!

patungcendana said...

of course la aku risau addy...perlu ke tanya?...:-p

Bunga Binti Nordin said...

perghhh dahsyat bunyik nyer ni bro...

chimera said...

haha... siapa ya yg teruja nak kawin tu.. heheh..

sya terperasan juga kesan luka pada kelopak mata addy... tapi percaya cakap saya, langung tak menjejaskan apa-apa... langsung tak menjejaskan kehenseman wajah addy yg hensem tersebut... sungguh...

AiE bAhRi said...

syukur...

dengan bersyukur, nikmat dan rezeki insyaAllah akan bertambah..

wahyudimy said...

Gila penyayang bloggers sekarang.

Ha ha ha

Sayang aku untuk LJ walaupun dia nyanyi macam celaka.

addyaholix said...

cendana,
i luv u 2 3 4!

bunga,
bunyi dah dahsyat. bayangkan beserta dengan adegan. gempak habis kan. haha!

chime,
perasan ke parut kat mata saya tu? haha diam-diam sudah. dah jangan puji lebih-lebih, risau nanti ramai cuba buat puisi untuk saya. haha!

aiebahri,
ya. aku mahu cepat kaya. itu juga doa aku =)

wahyudimy,
sayang aku pada LJ dah hilang. jadi aku tinggalkan dia buat kau!
ambil dan main jauh-jauh. haha!

Nizam.Ariff said...

Lu buat gua semput, bro!!!!

Benar-benar semput! Lu memang!

KiMi said...

pedihnya. aku terasa, sakit.
ya, syukur masih boleh berjalan.

BudAk hijAu said...

tajuk ko...haih!!

~~ ms. libra ~~ said...

salam addy...suka baca ur blog...syukur atas segala rahmat yg diberi oleh Allah...msh mampu berjalan n bernafas atas bumiNYA...salam kenal..

aie akaike said...

huh. teruk gak ko eksiden dulu. erm.. kesan sampingan je pun. nasib baik tak jadi ape2 kan. syukurlah.

patungcendana said...

:-)

joll ensem said...

pegi la fisio rehab.tengok la diorang treat mcm ner.. kalo nak reduce pain may b diorang leh gune electro therapy. saranan sye,just pg fisio for rehab.sometimes kte sendiri tak perasan der deformities kat tubuh kite..memang banyak komplikasi bile fracture occur kat vertebra..expecially it will effect on ur intervertebra disc.whwn slip disc occur,t may press ur nerve.sebab tu rase sakit2.orang kate,prevent more better than cure rite?

peace....sorry tt..

wahyudi my said...

pegang cakap tu.INGAT.jangan kausebut lagi nama cintaku itu.


ha ha ha

addyaholix said...

nizam.ariff,
entri ni saja aku tulis untuk buat kau semput bang. sebab aku tahu kau dah tua. haha!

kimi,
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

budakhijau,
komen kau selalu tentang tajuk. kau tak baca isi? haha!

mslibra,
terima kasih untuk yang itu. salam libra!

aieakaike,
masih mantap kan? haha!

cendana,
senyum juga buat kamu =)

joll,
kau budak medik? peace!

wahyudimy,
kalau aku sebut pon, cuma sebab dia bekas aku. itu hakikat yang kau perlu telan dalam-dalam. haha!

Nizam.Ariff said...

Kejam kau... kita bukan ke sama-sama perokok, patut-patut le kalau nak kasi semput pun... hahahaah

joll ensem said...

peace...on my way to be one of them...
jgn tak g..g rehab pown mcm g urut2 gak.cuma more comfort..peace..

a.b geldofg said...

syukur.....indah dan aman

hati

kasih said...

Semoga cepat sembuh dari kesakitan2 yang ada sekarang ni.... Kasih sedang recover dari accident 2 minggu lalu... :(

blackpurple @ jowopinter said...

Syukur kerana kau masih bernafas pada hari ini. Itu nikmat yang tiada harganya.

Dan tahniah. Sekurang-kurangnya kau ada pengalaman sebegitu, orang lain tak ada... [serius, aku bukan sarkastik...]

patungcendana said...

kamu still sakit lagi?

addyaholix said...

nizam.ariff,
semput itu proses bang. bezanya kau rasa dulu sebelum aku. haha!

joll,
terima kasih untuk nasihat. aku makin bagus =)

abgeldofg,
merahnya hati siapa yang tahu =)

kasih,
kamu ok? moga kamu sihat-sihat saja. dan lekas sembuh seperti biasa. doa saya buat kamu kasih!

purp,
kalau punya pilihan, aku mahu buang pengalaman yang satu ini jauh-jauh dari kotak fikiran aku bang!

cendana,
saya ok. terima kasih cendana!

Nafastari said...

Syukur sekali saya sempat mengenali kamu, walaupun hanya di sini. Saya dulu juga pernah mengalami suatu kemalangan jalanraya, dan seperti kamu saya juga sangat bersyukur selepas itu. Saya doakan kamu sihat dan bahagia selalu.

addyaholix said...

nafastari,
terima kasih. saya juga. moga pengelaman yang itu mampu buat kita lebih menghargai hidup insyaallah.

rudy bluehikari said...

syukran ya tuhan...alhamdulillah.

addyaholix said...

rudy,
syukron jazilan wamarhaban bikum!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...