Friday, April 03, 2009

Aku hisap rokok, bukan makan kotak!

Letaklah gambar apa sekalipun.
Kalau dah gian, aku dah tak peduli itu semua.
Kalau dah kempunan, aku dah tak ambil kisah.

Tapi bayi pra-matang buat aku fikir dua tiga kali.

Tapi kawan pernah cakap.
Aku hisap rokok, bukan makan kotak!

NotaAddy : Aku teringat Naaim yang suka kumpul kotak rokok limited edition. Yang terbaru sekarang, pon dikira limited edition jugakah?

34 comments:

- jinggo - said...

addy

minggu lepas - tengok kotak rokok Duhill - ada gambar yg mengerikan....ha......
letak lah gambar apa sahaja kerana aku bukan makan kotak....

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

aduhai bro...

kamu penghisap rokok ke?
sila rujuk gambar bayi pra-matang itu.

hahaha...
mungkin limited edition agaknya...
kumpul mana gambar yang paling menarik di kotak rokok itu~

mugiwara said...

aku dh tak reti nak nasihat perokok2 tegar ni...
aku tegur nnt, ada je jawabnya.
pandai btol menjawab~
[keluh]

cik siti penguin said...

addy hisap rokok rupanya? nak kate tak sangka pun tak bole kot. -_-"

*belajar keluarkan rokok tanpa tgk kotak? haha.

cucumatlela said...

ramai org yg tak hisap rokok...muka baik... kelaku baik ..jalan tunduk tapi...rompak dlm gelap lagi teruk bro.

*aisyah yg murtad tu hisap rokok ke lu rasa?

patungcendana said...

berani buat berani tanggung la...kan addy?

Nizam.Ariff said...

Lepas ni aku beli rokok batang je le...

anakcikmad said...

prokok tegar ni~
isk isk...hehe

at least gmbr bby pra matang wat awk t'pk 2-3 kali~

berhasil jugak usaha letak gmbr2 tu kt kotak tu

^_^

patungcendana said...

huhuhu...aku memang pengecut...selamat berhari jumaat addy...:-)

farah liyana said...

sangat anti dengan asap rokok!

bro;
jangan hisap rokok banyak2.

:P

tasikmerah said...

aku ingat kamu tak hisap rokok. hmmm...



.

rudy bluehikari said...

jum berhenti addy..

hf said...

hurm..bentilah..
try!
try harder~

Monkey D Luffy said...

aku dah berenti :)

wahyudi my said...

Saya ingin mengenali saudara dengan lebih mendalam lagi.

si nakal andi said...

chill out man!

kamu beli saja cigar-casing tu
yang harganya seratus dua tu
hah, lepastu, refill sajalah rokok tu

kan selamat

(tapi, selamat ke jantung ko nanti? itu aku xleh jawap la)

AiE bAhRi said...

Rokok membahayakan kesihatan..

ingat ko tak hisap rokok bro!

addyaholix said...

jinggo,
tapi nafsu untuk rasa nikmat sambil hisap dalam-dalam lebih besar kan? haha!

zara,
saya tak kumpul kotak.

mugiwara,
ya. diam lebih baik kan =)

penguin,
ya. saya selalu praktis.

cucumatlela,
dia tak termasuk dalam kalangan kawan-kawan aku. jadi aku akan jawab entah untuk soalan tu.

cendana,
ya cendana. bijak bijak!

nizam.ariff,
itu aku waktu zaman belajar dulu. sebatang rokok kongsi tiga empat orang. seorang dapat dua tiga pam pon dah ok. haha!

anakcikmad,
ya berhasil. tapi tak lama. haha!

cendana,
selamat hari jumaat!

farah,
farah di kanan, saya hembus dikiri. cuma harap angin tak melawan arus lah. haha!

tasikmerah,
siapa kata saya hisap?

rudy,
ya jom jom!

hanafana,
ya. ini cubaan saya yang paling hebat!

luffy,
memang patut aku panggil kau sifu kan? haha!

wahyudimy,
jiwa kau meronta mahu lepas dari tubuh yang separa sedar? aku doakan yang terbaik. haha!

andi,
yang rasa strawberi tu? aku bukan budak-budak. haha!

aiebahri,
sebab muka aku ada nur kan? haha!

patungcendana said...

semangat untuk berjuang belum muncul lagi...huhuhu

ps...apa masalah si wahyu tu...

chimera said...

errr... ada perkembangan terbaru ke dekat kotak rokok sekarang ni...

saya tak tahu menahu pun - harga rokok berapa hengget sekotak pun tak tahu... tak pernah sekali pun rasa nak cuba merokok... bukanlah sebab nak jaga kesihatan sgt.. tapi mcm ntah apa-apa je isap rokok ni...

cuba lepas ni letak gambar kubur pulak... mana tahu kot2 menjadi

♥.misz luna.™ said...

die letak gmbr mcm tu sbb rokok ni bhye...


siggplus pn masih tegar lg..



dgr kte..
rokok 20 xde gmbr2 mcm tu..
btul ke?

a.b geldofg said...

akupun pduli apa....bukan beli pakai duit bapak dia!

Princess Liyana said...

bro, berhentila...kalau tk bhenti tkmo kawan...;P

ahaks..merokok membahayakan kesihatan...pesanan khidmt masyarakat..ahaks;)

mugiwara said...

pesta buku di pwtc pada 17-26 April 2009

arsaili said...

salam ...say no to smoking! ahahaha

siggplus said...

aku dah ada 3 gambar..
limited edisi doh..
yg aku nk tnya nape ada infoline kt situ?
boleh tanya siapa empunya gambar dekat kotak tu tak?

addyaholix said...

cendana,
belum muncul takpe, jangan belum ada.

chime,
itulah. saya bermula cuma dengan cuba-cuba masa zaman sekolah dulu. konon hebat. tapi sekarang dah susah nak buang tabiat yang satu ni.

miszluna,
entah. saya beli 14 saja. jimat kononnya. haha!

abgeldofg,
marah nampak. haha!

liyana,
tak mahu kawan sudah! (sambil palingkan muka dan jelingkan mata).

mugiwara,
ok. terima kasih. mungkin aku pergi nanti.

arsaili,
orang kata bila berhenti merokok, kita akan gemuk. ya ka?

siggplus,
aku buang kotak. aku cuma ambil rokok. infoline untuk buat orang macam kita sedar. tapi sia-sia kan. haha!

LiLohOnEy said...

mmg xmakan kotak,,

tp ak rasa mgkin mana tahu kotak tu akn bg gerak ati ntuk xmerokok lg,, bukan??

:)

addyaholix said...

lilohoney,
ya. harap-haraplah!

siggplus said...

kesedaran aku hanya timbul bila dapat kotak rokok yg ada gambar janin bayi sahaja..
lain2 aku tak amek port..
so bila aku nak beli, aku mesti cari kotak yg tak ada gambar tu

Anonymous said...

aku tak kisah kewujudan perokok..
aku tahu korang rokok untuk diri sendiri,
so, yang nak kongsi asap rokok dengan makhluk bukan perokok pesal??
merokok la jauh2! shuh3!!

aku pernah makan tengahari, angin bertiup kearah aku sepoi2 bahasa, yang sepatutnya mendamaikan tapi membuatkan hatiku membara! kerana angin itu membawa habuk abu rokok perokok yang sedang makan selang semeja bertentangan dengan aku!! dan habuk abu rokok tu terus tanpa dijemput menjadi perencah tambahan dalam makanan aku!!! sehingga saat ini, dendam aku kepada perokok jangan pernah padam!

hahaha...

-joe-

LaDy_ZeRa said...

cuba berenti rokok slow2 dulu, lama berjaya la tu..

usaha tngga kejayaan!

ingatlah orang2 yang tersayang~

addyaholix said...

siggplus,
aku pon. tapi bila dah mula sedut puntung yang hujungnya coklat itu dalam-dalam, kesedaran aku juga hilang sikit demi sedikit dalam kelabu asap yang menerawang dalam kabus udara. haha!

joe,
haha. aku jadi macam vokalis matta yang ditanya berkenaan gosip cinta dengan seorang artis wanita malaysia. no komen. no komen. no komen. haha!

ladyzera,
saya mula ingat mak. rindu mak sangat-sangat. haha!

nazirula said...

lepas ni bole post gambar2 kat rokok tu.. hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...