Tuesday, March 31, 2009

Semua yang masih sama dan serupa

Matahari itu masih terang terik.
Kalaupun hujan dari Dia, tetap tiada beza.
Bila malam, masih tetap gelita.
Sungai yang satu itu masih mengalir.
Walau warnanya tak lagi sama.
Hijau sekeliling masih tetap serupa.
Kotanya masih kota yang lama.
Bisingnya juga masih celaka.

Cuma hati dan rasa saja yang dah berubah.
Langsung dari yang asalnya.

34 comments:

jumapx said...

ya...
matahari itu masih terik
masih mampu memncarkan cahaya terangnya

tapi tidak pada hati
cepat bersemi
cepat juga pudar...hu3

Nizam.Ariff said...

Harga sebuah perubahan... sesuatu kan hilang, tinggal kenang-kenangan...

Mak Su said...

yg di luar itu tetap di luar juga, tetap begitu juga.

yg di dalam harus dipelihara :)

mugiwara said...

memandang dari sisi yang sama memang tak dapat membezakan apa apa.
aku fikir begitu.

miezi said...

nnt aku carikkan. limited edition tuh. bukan sebarangan org leh dapat. Eheh

patungcendana said...

membuat sesuatu yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza adalah tidak waras...

macam wahyu?...hehehe

Anonymous said...

Aku mengenali diri mu, dgn penulisan2 kmu.. aku ttarik utk trus mengenali dri mu.. salam perkenalan..

Anonymous said...

Aku mengenali diri mu, dgn penulisan2 kmu.. aku ttarik utk trus mengenali dri mu.. salam perkenalan..

anakcikmad said...

kalau hati & rasa berubah menjadi sesuatu yang lebey baik & lebey bahagia~

apa salahnya~

kan...

^_^

padelkopak said...

hakikatnya hati dan rasa memang sering berubah. alam yang hijau ini juga sering berubah. namun bezanya cuma keupayaan untuk dizahirkan dan diperlihatkan kepada semua.

ezzati said...

sedang b'sedih?

patungcendana said...

memang esok akan selalu ada, addy. tapi esok mungkin bukan untuk aku...:-)

a.b geldofg said...

dan akhirnya.....selamat tinggal semua

chimera said...

tidak akan ada pekara yg tak berubah
walau pun pd pandagan kita nampak tak ada apa yg berubah...

saya kira yg tak akan berubah hanya satu... - perubahan itu sendiri.. hanya perubahan yg tak akan berubah...

rasa apa yg dah berubah itu addy??

aie akaike said...

hati bukan matahari.
hati bukan malam.
hati bukan sungai.

sbb tu hati selalu serubah. ;p

kadok said...

aku masih mencerna setiap baris kata...maaf..:p

Namaku Min said...

hati berubah dengan mudah addy..untuk itu, kekuatan perlu ada untuk mengajar hati jadi setia pada apa jua perkara.

cucumatlela said...

BERGURU DGN ALAM sering membuat kita resah.....

hegira said...

ini zaman dinamik. zaman lewat modernis.

manusia perlu berubah. tidak statik. takut ditinggal dunia.

patungcendana said...

kadangkala aku takut untuk menghadapi hari esok kerana aku sudah tahu apa yang bakal menanti aku...

hf said...

Peredaran semasa?
hurm..

hati,
jangan berubah!

addyaholix said...

jumapx,
hati aku makin beku.

nizam.ariff,
sungguh aku selalu mahu hati ini kekal seperti dulu. tak kotor!

maksu,
hati manusia maksu!

mugiwara,
kadang-kadang bila kau lihat sesuatu dari arah yang sama berulang kalilah yang akan buat kau nampak perbezaan yang tak mampu kau lihat.

miezi,
hadiahkan untuk aku sajalah. haha!

cendana,
pada kamu itu kurang waras? maaf, saya kurang setuju. satu ditambah satu boleh jadi dua. tapi satu campur satu juga boleh hasilnya tiga =)

...,
terima kasih kerna menghargai tulisan aku. dan salam perkenalan juga dari aku. cuma kalau boleh letakkan tanda nama kamu. supaya aku tahu itu kamu.

anakcikmad,
itu selalunya harapan setiap kita untuk hidup.

padelkopak,
hati boleh kekal sama. dan hati juga boleh berubah. tapi hati tetap hati.

ezzati,
saya berfikir.

cendana,
esok akan selalu ada untuk kita semua cendana. jangan nafikan yang satu itu hanya cuma kerna hati yang pernah luka.

abgeldofg,
mana kau mahu hilang?

chime,
rasa dalam hati yang saya jaga sejak dulu yang makin hari makin mahu berubah. makin mahu lupakan semua yang ada.
hanya perubahan yang takkan berubah?
saya masih terus fikir maksudnya.

aieakaike,
hati mampu berubah hanya dengan satu emosi.

kadok,
ya. kamu masih punya waktu yang panjang.

min,
hati juga boleh berubah cuma kerna setia. cinta mampu jadi benci.

cucumatlela,
tapi alam juga yang mampu buat aku damai.

alina,
untuk berubah itu satu pilihan.

cendana,
jangan takut dengan hari esok. hadapi dengan hati yang terbuka. sungguh dan pasti kamu akan lebih bahagia.

hanafana,
hati perlu berubah!

en_me said...

me teringat ada movie citerr 'matahari ada telinga'.. ghitewww

n0ra said...

yg ade di pelihara..
yg tiada jgn di tangisi..
yg jauh di ingati..
yg dekat di sayangi..

tasikmerah said...

benar. bukan mudah menjaga hati.


.

jinggo said...

eeermmmm......
menarik.....

blackpurple @ jowopinter said...

Satu sudut tapi perspektifnya mungkin lebih dari satu.

aloy_paradoks said...

kota yg mana?

wahyudimy said...

salam puisi saudara.

patungcendana said...

hi addy...wahyu memang hilang akal...huhuhu

addyaholix said...

en_me,
matahari ada telingakah? haha!

nora,
yang ada tapi kini makin hilang?

tasikmerah,
kalaulah hati cuma sekadar sekeping hati...

jinggo,
terima kasih =)

purp,
umpama satu hati yang punya macam-macam emosi.

aloy,
kota tempat aku belajar untuk hidup. kota yang menyaksikan hidup aku.

wahyudimy,
kau hilang akal?

cendana,
ya. mungkin dah tiba masanya. haha!

rudy bluehikari said...

nanti kan ada cinta sejati juga hadir insyaallah

miezi said...

ye, aku hadiahkan nnt

addyaholix said...

rudy,
ya moga-moga akan selalu ada.

miezi,
aku tunggu. haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...