Monday, March 02, 2009

Pekan Frinjan yang dalam basah hujan


Hati aku tertarik cuma bila aku baca "Buku Independen" yang tertulis dalam poster yang warnanya kuning merah jambu itu. Dan aku suka tagline ; Bukan sekadar flea market! Cool kan?

Ya. Aku tertarik cuma sebab buku independen (aku ikut susunan aksara pada poster) saja sebenarnya. Tapi aku kecewa bila Perburuan tulisan Pramoedya Ananta Toer tak sempat aku capai. Aku salahkan kak Alina sebab cuma bawa satu salinan. Ya, aku sempat berkenalan dengan kak Alina Abdullah. Dia nampak comel dengan baju bunga-bunga orennya. Aku mimpi senyum dia dalam tidur malam tadi. Haha!

Petangnya aku sempat jamu mata dan halwa telinga dengar Gig Akustik, Gurindam Gitar Menangis. Aku sangat selesa dengan persembahan Mysthicus. Aku suka. Sangat suka sebenarnya. Dan aku sempat beli CD lagu-lagu Mysthicus. Tapi aku lebih suka Mysthicus yang aku jumpa berbanding CD yang kualitinya agak kurang bagus. Aku tak pasti samada CD aku yang rosak atau apa. Tapi sungguh Mysthicus bagus sekali bila live. Hidup!
Dan tutur kata yang keluar dari vokalisnya manis sekali, bisa buat gadis-gadis juga bukan gadis jatuh cinta. Tapi aku langsung tak jatuh cinta. Sungguh. Haha!

Dan aku juga tertarik dengan Wani Ardy. Ini pertama kali aku dengar lontaran suara Wani Ardy dan suaranya sangat bagus. Kalian bayangkan, si perempuan cantik manis yang rambutnya beralun lembut ditiup angin petang, yang menyanyi lagu-lagu puitis berbuai indah sambil berdiri rapat petik gitar. Aku ulang ; perempuan cantik. Dan sekelilingnya kedengaran bunyi titis-titis hujan dan cahaya yang samar-samar (hampir jengah malam atau senja paling tepat). Romantikkan? Jadi apa lagi yang kalian mahu dalam hidup?
Sekarang aku keliru untuk memilih antara Wani Ardy atau Liyana Jasmay. Haha!

Persembahan yang lainnya juga bagus, cuma yang betul-betul lekat dalam kotak fikiran aku cuma mereka yang dua ini. Kau yang teristimewa Wani Ardy. Dan aku jatuh cinta dengan bidadari Mysthicus!

Dan dari awal juga aku perhati lelaki berkardigan kelabu yang jinjit Nikon D80-nya. Persis profesional. Jangan salah faham. Aku perhati bukan berlandaskan nafsu syahwat yang gila tapi cuma rautnya yang seolah biasa aku lihat. Dan ya, dia Aie Akaike. Salam kenalan dari aku Aie!
Aku sendiri terkejut bila aku berani tegur kau sebab selalunya aku cuma lihat dari jauh sebab aku memang selalunya begitu. Dan Vovin memang aku tak berani tegur, sebab dia terlalu otai untuk aku. Haha!

NotaAddy : Kecewa tak peroleh Perburuan, tapi aku dapat Gulat di Jakarta dan Subuh tulisan Pram. Juga lima buku lainnya. Dan aku beli Dua Lauk sebab Taf Teh ada sama.

50 comments:

farah liyana said...

erk, skrg dah Liyana Jasmay?
dulu bukan ke Sharifah Amani?

xD

tasikmerah said...

ya adinda alina itu sungguh kecil molek orgnya. :)


.

patungcendana said...

wah...kamu addy...sekali jatuh cinta dengan dua gadis serentak...
takpe...aku beri moral support...hehehe...

cuma satu saja...aku tak tahu apa definisi cantik pada kamu...sebab semua gadis yang kamu jumpa hari itu pun kamu kata cantik...:-)

wahyudimy said...

subuh karya pram pasti memukau. Kasut biru rubina juga barangkali.ah,dua dunia penulisan yg berbeza,tapi menjamahnya seperti kau di awang awangan.

Mak Su said...

eerrmmm, rasa-rasanya maksu pun boleh jatuh cinta kat depa ek. :D

en_me said...

waaaa.. dah lamerr me tak beli buku bacerr ghitewww..

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

eh..

tu buku aweks KL ke?

best tau...=)

owh..kamu bebelah bagi antara LJ dan dia?

sentuhlah hati sesiapa yang kamu dapat...=)

Sufi Idany said...

tibe aku tak faham butir bicara addy kali ini.... uwwaaaa..... jauh saja dr ati aku ni.....

one love said...

hehe best yer?

akak menjeles rite now :p

blackpurple @ jowopinter said...

Aku sudah memiliki 5 dari buku itu. Juga sudah membaca dan mencernanya. Tak rugi kau memiliki buku-buku Prem itu. Berjiwa.

~~~ kay ~~~ said...

kay belum mampu menghayati tulisan kamu....serious!

wahyudimy said...

Nak tanya ke tidak?
Ok.tanya je lah.

Sahabatku addy,apakah maksud kamu dgn penyataan ini-"aku cuma tertarik sebab buku independen".

Ah,adakah perkataan "independen" begitu significan, sehingga dapat memartabatkan satu2 penulisan di mata penggemar buku seperti kamu.leraikan kecelaruan aku ini,would ya?

addyaholix said...

farah,
cinta kadang-kadang berubah kan. haha!

tasikmerah,
ya. sungguh dia manis dengan baju bunga-bunga orennya. haha!

cendana,
cantik pada saya tak semestinya cantik pada pandangan mata yang lain kan? mungkin dah tertulis saya akan selalu jumpa yang cantik-cantik. dan saya tunggu masa dan peluang untuk jumpa kamu satu hari nanti =)

wahyudimy,
aku terdesak untuk beli juga kerna tahu kau dah jamahnya sejak maskara. haha!

maksu,
hati maksu keras atau lembut? kalau lembut saya jamin maksu pasti jatuh cinta. tapi hati yakin cinta paksu lebih hebat kan? haha!

en_me,
membaca amalan mulia =)

zara,
ya. aweks KL. dan saya belum sempat selak-selak pon.
kalaulah saya mampu sentuh hati antara yang dua itu. bahagia kan haha!

sufi,
kamu tak perlu faham, yang kamu perlu cuma hayati mungkin. haha!

one love,
sila jeles sekarang kak. haha!

purp,
aku beli bila ramai yang asyik bercerita tentang pram. dan sekarang aku bangga aku mampu miliki sendiri karyanya. dan aku harap aku tak cuma miliki, harap aku mampu hayati jiwanya. harap-harap.

kay,
mungkin sebab saya tak bercerita dari awalnya mungkin. kamu tahu tentang pekan frinjan? klik blog sindiket soljah. dan mungkin kamu bakal nampak bayangnya.

wahyudimy,
kau terlalu serius atau aku yang jadikan kau serius? atau tulisan aku yang ini kau anggap terlalu serius? haha!
ya aku tertarik cuma sebab buku independen. kau mahu uji aku atau apa? haha! aku kurang ilmiah dalam bab sebegini. tapi aku tertarik untuk pergi bila aku baca tentang buku independen. sebab selalunya aku terlepas peluang untuk dapatkan buku-buku hebat tulisan penulis-penulis hebat yang bukan bernilai komersil. aku suka dengan tulisan yang berbentuk "sendiri". tiada sebab lain. memang itu satu-satu sebabnya, bukan sebab independen itu signifikan atau apa. bagaimana ya? aku tak pandai berbahasalah wahyudimy. haha!
tapi kau faham kan maksud aku?

wahyudimy said...

Dont get me wrong addy.. im a good citizen what..hehe i just speak my mind.take it easy.

Aku juga penggemar tulisan independen.tapi penyataan kamu itu seperti mengkelaskan (pre judge) buku2 yg ada.dan ini aku fikir ini tidak bijak.
Buku bagus atau tidak bukan dari genre nya.kalau bagus tetap bagus.independen atau tidak.seperti bila mahu beli popiah,aku akan pastikan intinya adalah bihun,bukannya ubi.. Kerana aku mahu makan popiah berinti bihun,bukan hanya popiah saja.(rasa lapar pulak..hehe)

Dan ya,aku juga bengang kerana buku 'saman' tulisan ayu utami berharga rm50,yg agak mahal untuk orang seperti aku.tapi aku tidak punya pilihan lain,aku terpaksa kumpul duit dan korek tabung.kerana aku tahu buku itu bagus,rugi jika aku tidak membacanya.walaupun ia bukan independen.

Maaf addy,komen aku berjela jela.kau tak marah kan.aku tau kau pun sayang aku.hehe

addyaholix said...

wahyudimy,
kan aku dah cakap, kau memang mahu uji aku kan? haha!

untuk pengetahuan, aku tertarik memang sebab buku independen. maksud aku "CUMA" adalah sebab aku tertarik pada perkataan "buku independen" pada poster pekan frinjan berbanding "seni dan kraf", "muzik dan zine" atau "stail dan fesyen". (klik pada sindiket soljah untuk lihat poster). dan aku tak pernah mengkelaskan antara buku independen atau buku yang lain. aku kira kau salah faham tentang maksud aku. mungkin tulisan aku belum cukup bagus untuk penulis hebat seperti kau faham. haha!

sekali lagi aku tekankan, "CUMA" yang aku gunakan adalah, aku pilih "buku independen" berbanding "seni dan kraf", "muzik dan zine" dan "stail dan fesyen. dan bukannya antara buku independen atau buku yang lainnya. maksud aku sampai pada kau atau tak? haha!

dan tolong ubah statement kau yang berani mati itu sebelum aku padam semua komen-komen kau. haha!

wahyudimy said...

no offends addy.ini bukan provokasi.bukan.

i tought we all here believe in this so called freedom of words.atau disable saja function komen.

If I've got mind to speak,i dont think twice to vomit it all out.kamu juga boleh begìtu.whenever you think i am wrong,be please to kick my arse.
"I may dìsagree with u,but i'll die to defend your right to say it"

Dan itu dia,kamu sudah leraikan kecelaruan aku.sedikit silap pemahaman dì situ,mungkin kerana aku lapar.ya,mungkin saja,tapi aku sudah faham.kan ìtu bagus untuk aku dan kau.

Oh ya,aku berani hidup dan takut mati.kau suka popiah berinti bihun atau ubi?

Hehe.peace addy.jom solat maghrib dulu.:-)

patungcendana said...

hello...buku independen tu apa????salah sorang tolong jawab...seringkas mungkin ya...

azie said...

abang simpanan yang curang. hujung minggu pergi cari awek simpanan pulak, padehal adik simpanan sunyi sorang2,ha ha ha

Bob Azrul said...

soalan penutup oleh patungcendana mencerna hormon ketawa aku berdekah-dekah.. hahaha..

kadok said...

addy..aku hilang hala tuju..mungkin aku perlu masa utk memahami..hehehe

salam blog bro..:)

patungcendana said...

addy...sila baca komen hakim perdebatan di blog wahyu...hehehe...:-)

ab geldofg said...

pinjam bro

Princess Liyana said...

hu hu hu..napa takut dgn vovin?yana penah wat dia stress sebab kena bunh dl dr yana masa main harimau jadian di maskara ;P..wakaka..

cik siti penguin said...

liyana jasmay? haha. sungguh x sangke. =P

mugiwara said...

huuu...
kalaulah aku jadi rajin sedikit dari unta padang pasir, mungkin kaki aku sudah jejak tempat tersebut dan berebut buku buku itu dengan kau.

huh!
kali ni kau bernasib baik.
haha~

addyaholix said...

wahyudimy,
ya. pada aku ini bukan provokasi. ini perbincangan.
kau punya pendapat. dan aku juga punya pendapat sendiri. mungkin kita boleh jadikan pendapat masing-masing satu ilmu yang berguna untuk semua. dan aku suka sebenarnya. bosan bila orang asyik setuju dengan aku. bila ada yang berbeza pendapat, aku jadi teruja. aku jadi berusaha lebih. dan aku suka yang itu. sungguh aku belajar sesuatu dari apa yang kau sampaikan pada aku.
popiah berinti bihun? ini pertama kali aku tahu tentang popiah berinti bihun. atau itu cuma resepi turun temurun kau sendiri? haha!

cendana,
lihat blog wahyudimy untuk jawapan yang lebih telus. akhirnya aku sendiri lebih memahami maksud independen.

azie,
kamu masih adik simpanan nombor satu. yang lain-lain jatuh nombor dua, tiga, empat dan lima. dan seterusnya. haha!

bob azrul,
kenapa perlu ketawa bila ada yang tagih ilmu dari kau? aku kira ilmu itu untuk semua.

kadok,
ambil masa kau. dan suatu hari kau pasti jumpa apa yang cari. peace!

cendana,
ya. saya dah baca. kamu mahu jaga hati kami berdua kan? so sweet. haha!

abgeldofg,
pinjam? memang aku selalu beli buku untuk kawan-kawan pinjam pon. haha!

liyana,
bukan takut. tapi... haha!

penguin,
hebat kan? haha!

mugiwara,
nasib aku baik? atau nasib kau yang tak baik? kidding bro. haha!

patungcendana said...

addy...aku memang sweet...hehehe

tapi...

lelaki urban dan kontemporari takde emosi ke?

aie akaike said...

addy, ko cepat sgt balik hari tu. kalau tak bole lepak2 kena teh tarik dulu. tak sempat nak kenal ko dgn lebih mendalam. heh!

ko tak payah beli cd mysthicus pun takpe. burn je dr aku. aku dah beli cd yang sama tahun lepas. tapi dengar sekali-sekala sbb bunyi live mereka lagi best. satu lagi, vokalis dia dari surabaya. sbb tu lain mcm sket tutur kata dia. heheh.

oh ya, sampaikan salam hari lahir buat bapa ko!

Bob Azrul said...

ketertawaan tu bukan maksudnya sindiran atau apa.. aku tertarik gelagat antara kau dan wahyudimy yang saling "berbalah" dengan kata-kata yang aku sendiri pun tidak mengerti maksudnya lantas terbit soalan untuk kamu bermula semula.. itu saja.. jgn salah paham.. (wah.. bahasa aku pun dah mcm korang) (",)

wahyudimy said...

Glad to know that addy.would u marry me?

Saudara bob azrul yg hensem.(rujuk gambar profile) aku pasti kamu seorang yg bijak. So,cuba cari perkataan lain ganti perkataan 'berbalah'.. Lain konteksnya disini :-)

patungcendana said...

addy...kamu suka muzik apa...

patungcendana said...

bob azrul...

aku sekadar bertanya kerana dua2 pun sahabat aku...dan kedua2nya dari awal hingga akhir perdebatan mereka, tidak pernah memberi definisi apa itu buku independen...atau menerangkan dengan jelas apa perbezaan antara buku independen dengan buku2 mainstream...
membuat aku keliru apa sebenarnya yang diperdebatkan oleh mereka...

hence..the question...:-)

Bob Azrul said...

(",) maaf wahyudimy.. langkah saya sumbang.. menari dengan tempo yang salah.. maaf semua.. peace.. see u all around naa.. salam..

addyaholix said...

cendana,
lelaku urban dan kontemporari macam kami juga punya emosi. cuma emosi kami terbatas pada sesetengah perkara saja. kalau setakat sembang-sembang macam ini, kami tak simpan dalam hati. nanti tak cool. haha!

aieakaike,
takpe. mungkin satu hari nanti boleh lepak minum sambil bual-bual panjang.
dan yang sambut hari lahir bukan ayah aku, tapi mak aku. kau baca tapi tak fokus kan? haha!

bobazrul,
kami bukan berbalah. kami cuma berbincang. dan punya sikit perbezaan pendapat. itu bukan berbalah. kami masih bertoleransi.

wahyudimy,
kalau kau betul-betul genit dan seksi, aku ok je. pakai skirt tu kira bonus. haha!

cendana,
saya dengar apa yang saya mahu dengar =)

bob azrul,
haa aku tak campur. wahyudimy dan cendana dah mula bersuara. aku langsung tak campur ok. haha!

alinaabdullah said...

cak!!!

hehe.

terima kasih ya addy sudi turun.

independen???

erm. saya rasa saya faham maksud addy tentang 'independen' tersebut. mungkin kerana bukubuku ini tidak@jarang terdapat di pasaran, maka kesempatan di acara beginilah agaknya si addy ingin teruja sekali mendapatkan bukubuku tersebut. mungkinlah.

dan maaf ya addy! kamu terlambat. buku perburuan hanya bawa satu.. haha. lain kali di pekan frinjan ok?

dan mistikus itu saya juga lebih suka nyanyiannya secara unplugged atau raw dengan hanya satu gitar. bila sudah ada arrangement muzik, mungkin kurang romantis gitu.. hehe. tapi suaranya, ya suaranya sungguh wah sekali.

jumpa lagi addy.

hegira said...

oh lupa.

sajak sajak oleh christopher merril itu salah satu buku yang saya suka.

terus hayati.

wahyudimy said...

bob azrul youre not bored at all:-)
Sedangkan lidah sendiri lagikan tergigit,
inikan pula lidah awek sendiri..
Peribahasa ini guru lukisan aku yg cakap..hehe

Ok.next entri plz.

patungcendana said...

aku pun dengar apa yang aku mahu dengar addy...aku cuma curious muzik bagaimana yang kamu suka...propa la kamu ni...:-p

addyaholix said...

kak alina,
ya. saya tunggu perburuan di pekan frinjan akan datang.
bukan cuma mysthicus, selalunya memang saya suka yang unplugged dari yang direkod. sebabnya lebih telus barangkali. dan saya setuju. suaranya memang wahh!
ya. saya beli sajak-sajak oleh christopher merrill sebab akak kata bagus. dan saya belum sempat khatam pon =)

wahyudimy,
guru lukisan kau memang sensual. aku suka. haha!

cendana,
saya sendiri curious dengan diri sendiri. haha!
tapi GnR, metallica dan lain-lain memang bukan jiwa saya. mungkin saya lelaki sentimental yang jadi idaman gadis-gadis naif. haha!

patungcendana said...

sentimental...idaman gadis2 naif...gitu...sangat urban dan kontemporari...kan...:-)

wahyudimy said...

Kasihan gadis2 naif tu kan. nasib baik LJ tidak naif.

patungcendana said...

wahyu...

kamu yakin LJ tidak naif?...:-)

aie akaike said...

ops. tersilap. heh.

wahyudimy said...

Cendana,
Betul.Aku yakin popiah berinti bihun lebih sedap rasanya.
(terjawab tak soalan tu?)

patungcendana said...

wahyu...analogy ke tu...

addyaholix said...

cendana,
kalaupun sentimental, tapi masih cool kan? haha!

wahyudimy,
kau yakin LJ bukan gadis naif? dia baru SMS. dia tulis tentang rindu. haha!
popiah berinti bihun?

aieakaike,
takpe. bila ada silap. baru kita nampak yang betul. kan? haha!

BudAk hijAu said...

owh...tidak...g mana 1 kamu...?haih!!

vidadarisakura said...

ah dem!
tyme aku balik sabah la pulak benda ni kena buat.


rugi o me!

addyaholix said...

budak hijau,
kamu tak perasan aku. aku lihat dari jauh. haha!

vidadarisakura,
takpe, mungkin lain kali =)

HYKAL said...

bro bley lu add wa dalam ym lu..
markonikov99@yahoo.co.uk
wa nak cakap sumting ngan lu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...