Bila dia datang, aku selalu cuma diam.
Selalu sepi langsung tanpa bicara.
Pejam-erat-mata-kerut-dahi-kejap-mulut-rapat.
Tapi dia seolah membunuh.
Sakitnya umpama hulu tajam pisau yang mencucuk!
Tapi sungguh, itu bukanlah apa-apa.
UPDATE : Dia bukan siapa-siapa. Dia itu cuma sakit yang datang. Tapi sungguh, itu bukanlah apa-apa!
apa seterusnya?
6 days ago
42 comments:
apakah? aku tak faham.
Kita perlu kuat dan tabah untuk menghadapinya..dengan kekuatan dan kesabaran itu akan membuatkan yg sakit tidak akan sakit..yang cair akan membeku..yang putus akan bersambung..yang tawar menjadi manis..Insyallah..
selamat hari isnin!
apakah yg membunuhmu itu wahai teman?
Selamat pg;)ehehe..
hmm..hope bro tk sakit smpai yana kena hantr g hospital plak ;p
siapa dia?
gagah perkasa nih!ahaha
Tak berapa nak tangkap,kejap akak fikir2 dulu,pastu komen balik. haha!
Sapa yang telah melukan hati kamu tu?
sapa yg dtg tuh u?
kasihsayang itu penawar segala sakit....
(^_~)
sekadar lalu
membaca
tapi ternyata
bahasa yg sukar untuk dirungkai...
APA YG PENTING.
saya senang berurusan
dengan saudara...
saya nak masuk hutan
jom...
kenapa kamu diam dan sepi tanpa bicara
kenapa biarkan dirimu disakiti dan dibunuh
kamu buat aku sedih
tapi tak kisah la
itu bukan apa-apa
selamat memulakan minggu baru addy.
kamu rindu ye....
:)
tak phm yg ini >_<
addy terlalu berkias.
ya Allah!
kamek x faham la pantun ini..
dulu masa spm paper BM memang selalu menjadi masalah bagiku!
=).
diamnya itu membunuh kamu?
mungkin sekadar menguji...
Sakit ke?
jaga kesihatan bro..
itu petanda monday blues ka?
hurm..
apa sangatlah yg boleh saya nasihatkan, sebab saya tak lalui kesakitan tersebut... berat mata memandang, bahu addy menanggung beban.. kalau terkena pd saya pun belum tentu saya mampu tanggung...
cuma.. sabarlah byk2... Ujian Iman dari Allah diberi melalui pelbagai cara... Sakit yg diberi tu penghapus dosa... Allah bagi sakit, dan dosa kita dibersihkan.
sebagai abang... serius saya simpati... saya kira kalau sakit yg umpama mahu membunuh bukanlah calang-calang sakitnya. tentunya kesakitan yg hebat...
kalau cara moden tak menjadi, cubalah bawak berubat cara lain pulak - mana tahu, kalau pun tak sembuhkan setidak-tidaknya dpt kurangkan....
siapakah yang datang dengan rasa membunuh?
adakah ia sesuatu rasa yang diberi rasa? untuk dirasai, untuk dihayati
salam sejahtera :)
kimi,
aku yang tak bijak menulis barangkali =)
adrifza,
sakit makin hilang. yang ada cuma parutnya bang!
pyanhabib,
selamat hari isnin bang pyan. ok saya tiba-tiba macam excited. haha!
farah,
dia tak membunuh. cuma sakitnya seolah membunuh. dua kata yang hampir serupa tapi pengertiannya jauh kali berbeza =)
liyana,
selamat tengahari yana!
dia bukan siapa-siapa.
azie,
saya? haha!
waterlily,
ambil masa kamu kak!
jejakaanggun,
dia.
kay,
ya. dan kasih sayang itu yang buat saya kembali bangkit.
jinggo,
terima kasih tuan. saya juga.
masuk hutan? saya anti nyamuk. haha!
cendana,
saya selalu anggap sakit itu datang bila tuhan mahu sucikan dosa-dosa kita. jadi kadang-kadang sakit buat saya senyum juga =)
tasikmerah,
ya. rindu sama kamu kak tasik. haha!
penguin,
kadang yang kiasan itu lebih mudah difahami.
miss linna,
ini pantun ke? haha!
mugiwara,
ya. aku anggap itu ujian buat aku. selalu.
aiebahri,
ya. terima kasih aie!
kadok,
kalau monday blues tu memang tiap minggu bang. haha!
nikotin,
=)
chime,
ya. sakit yang datang itu penghapus dosa. terima kasih bang. saya ok. sakitnya jarang datang. cuma bila datang, mampu buat saya terduduk menangis menahan sakit. tapi itu kebiasaan. macam saya kata, yang itu bukan apa-apa. terima kasih bang!
maksu,
bukan bukan maksu. haha!
jadi halaulah bila dia dtg
kalau dia dtg utk mganggu
Addyaholix, kamu sedang menderita? Saya doakan ia cepat-cepat berakhir. Tatkala membaca coretan kamu ia bagai menusuk-nusuk saya. Tumpang simpati. Tapi saya tidak tahu saya perlu buat apa bagi menyenangkan hati kamu. Semoga kamu gembira selalu.
Kau salah makan ke bro?
Atau tergigit batu?
nama dia Sofea... diam-diam sudahh...
FUUUYOOOO
addy sakit kew???
kena cirit birit erk..
=p
tak apa
anggap sahaja itu vaksin yang akan imunkan kau dengan sakit yang bakal mendatang
ceria selalu addy!
Sakit?
hurm..
semoga cipat sembuh..
Amin..
get well sun. :)
sakit biasa ker? sakit kronik?
re: cinta tiada batas addy...yang membataskannya cuma manusia...
good morning...:-)
get well soon bro;)jgn lupa mkn ubt tau!
sakit.perit.pedih
senyum la agar ia 'mati' melihat senyuman manis mu itu...
abgeldofg,
itu yang Dia mahu untuk aku.
nafastari,
bukan. perkataan derita itu sendiri buat saya kelihatan terlalu teruk. saya bukan derita. cuma hadapi sedikit ujian dari Dia. terima kasih untuk doa kamu.
nizam.ariff,
tertelan besi bang. haha!
chime,
sesuci kasih sufi. erm cemburu. haha!
mr.syazwan,
haha!
rumit,
ya. kamu juga rumit. mana kamu menghilang?
hanafana,
sudah makin sihat. alhamdulillah. terima kasih!
atiqah,
terima kasih!
luffy,
kronik yang sudah jadi kebiasaan. jadi aku klasifikasikan sebagai biasa. barangkali. haha!
cendana,
kamu lebih hebat perihal cinta cendana. haha!
liyana,
tahu kelebihan saya? saya selalu lebih suka tahan sakit dari jumpa doktor. kebalkan? haha!
jumapx,
senyum aku tak membunuh kawan. haha!
lebih hebat? tak la...aku bercinta baru sekali...
ramai yang pernah jatuh cinta berkali2...pasti mereka lebih hebat...:-)
bro, ada award.
sila ambil tanpa rasa malas.
haha.
:)
cendana,
yang bercinta sekali pada saya lebih hebat dari yang berkali-kali. cinta itu tak terbagi, cuma pada yang satu saja. hebatkan?
farah,
terima kasih farah. nanti saya ambil =)
segera sembuh dgn ubatNYA.... ;)
Aku tak tahu rasanya, tapi aku pasti ia sgt menyakitkan. sama2 kita doa pada tuhan.
rudy,
ya moga-moga bang!
aieakaike,
pernah hati kau disiat? sakitnya cuma kurang sikit dari yang itu. haha!
adeh. lepas ni kau mesti kool je bila kena siatkan. adeh.
aieakaike,
kalau tak cool, aku selalu hot. haha!
Post a Comment