Malam pesta, muda-mudi,
Bertemasya dan menari,
Suka, duka, dalam hati... (Ulang dua kali).
Telefon bimbit aku bunyi.
Aamir SMS. Dari benua yang lain. Jauh.
Bonjour, kata Aamir.
Positifnya, aku senyum sebab Aamir masih ingat aku.
Yang negatif, mungkin silap hantar. Itu fikir aku sendiri.
Ikon senyum. Dah tak pandai bagi salam?, aku balas.
Ikon senyum. Assalamualaikum. Bonjour, SMS Aamir masuk lagi.
Aku jawab. Dalam hati. Senyum.
Bonjour? Maksudnya?, aku balas lagi.
French. Urgent. Aamir balas ringkas.
Tiga empat SMS kemudiannya aku hantar tapi Aamir terus diam.
Semalam singgah Times.
Cari, cari dan cari.
Jumpa Collins French Phrasebook : The Right Word In Your Pocket.
Aku beli. Cuma sebab rasa ingin tahu yang membuak-buak.
Damn. Maksudnya cuma selamat pagi. Entah apa yang penting. Damn lagi.
Aku SMS Aamir. Carut-carut sikit. Kemudian ikon senyum lagi.
Kau dah melangkah satu tapak ke hadapan. Kata nak berhijrah. Ikon senyum, SMS Aamir.
Aku sambung senyum. Senyum aku kali ini lama.
Aku bahagia punya kawan-kawan yang mampu buat aku senyum.
Ya. Walaupun cuma sekadar senyum.
Mudah kan?
Malam pesta, muda-mudi,
Bertemasya dan menari,
Suka, duka, dalam hati... (Ulang dua kali).
SMS siapa pulak?
apa seterusnya?
6 days ago
32 comments:
SMS aku pulak bro..^___^
Bonne nuit! (kalau kamu baca malam)
Aku teringatkan padang kecil terentang depan Eifel Tower. Bukan kepada rumput dan bunga-bunganya. Bukan kepada bot persiaran ditebing sungai yang menyajikan hidangan. Bukan. Aku cuba terkenangkan mereka-mereka yang terlentang atas padang... dan taik-taik anjing berketul-ketul.
Mercy boku.
agak keterbelitan gak nk faham tue..hu3
bukan ke orang selalu sebut perkataan ni. saja saja.
tapi aku ingat maknanya 'selamat datang'!
hahaha....
terima kasih sebab bagitahu aku~
Voulez vous coucher avec moi ce soir,
Voulez vous coucher avec moi
amacam?boleh jawab?jgn sampai sedak2,ahaha
perkataan senang je nie bro!
:P
kerana dia ingat pada kamu, lalu dia kata selamat pagi.
:-)
selamat petang apa pulak ady?
:)
hehehe...itu rahsia addy...mana boleh beritau semua orang...:-p
igt td sms Addy, tggu addy reply...tk der pun bila cek balik bukan no addy.... meh sini no hp addy nak sms nih....:D
**Sorry bro lama tk jengah, baru2 ni tenet cam poblem sket mengalami kebiolan, tmbh lak ngan tugas2 yg perlu di selesaikan tk sempat kan jalan2 umah kawan2...sorry no.... **
zara,
ya. malam nanti saya ucap bonne nuit buat kamu!
nizam.ariff,
merci beaucoup. buat aku ingat bumi luar yang pernah aku jejak dulu.
nora,
haha. ambil masa kamu untuk faham ok!
mugiwara,
bonjour juga maksudnya boleh jadi hello. dan hello, hai atau bye juga boleh kamu sebut salut. macam-macam sebenarnya. ya. de rien!
azie,
je suis desole. je ne comprends pas. haha!
farah,
pada yang tak tahu mungkin susah. haha!
min,
ya. moga-moga begitulah!
cendana,
senyum untuk kamu!
tasikmerah,
bonsoir kalau tak silap. tapi juga digunakan untuk waktu malam. kalau nak tidur baru guna bonne nuit. saya dah pandai sikit dah kak. haha!
cendana,
ya. simpan dalam hati sudah. haha!
sufi,
saya nak SMS masuk setiap jam enam pagi. boleh? selalu lambat masuk pejabat. haha!
ya takpe sufi, saya faham.
kau punya sms alert sama ngn aku bro!
aku snyum bila patung sms aku :)
Syokkan cerita P Ramleee
aku senyum bila ab reply sms aku...:-)
good morning addy...:-)
jadi, bonjour tu selamat pagi... haha.. saya selalu sangkakan maksud nya 'apa khabar?' hahah...
ya, antara sebab2 yg buatkan saya rasa syukur sentiasa ialah masih punya kawan yg boleh buat saya senyum... apa lagi kalau boleh buat kita ketawa...
bonjour tu bukan ucap selamat ke bro? ke specific utk selamat pagi aje? kalau salah harap perbetulkan..huhuhu
buena diaz!
(good morning in spanish)
;p
bg nom..yana msg..ahaks;)
sms gua;
kabare wak?
lu beli kamus jawa.
ada yang pandai bahasa arab?nak belajar semula....
addy, semak di internet shj. skrg ni mudah.
siggplus,
kau suka enampulohan? cool!
abgeldofg,
aku senyum bila kau senyum kawan!
drimba,
=)
cendana,
saya senyum dalam hati. bahagia bila kamu juga bahagia.
chime,
ya. bonjour itu selamat pagi. juga maksudnya hello atau hai. tapi hai lebih sesuai disebut "salut". bonjour juga ucapan untuk orang yang kamu baru jumpa untuk hari ini. walaupun dah petang. agak susah untuk saya terangkan sebenarnya. haha!
dan ya. apa khabar disebut "comment allez-vous?". haha!
dan saya selalu harap saya mampu buat semua orang senang dengan saya. itu yang selalu saya panjatkan pada Dia.
kadok,
ya. juga untuk ucap selamat. bukan cuma untuk selamat pagi. bijak bijak =)
ladyzera,
saya ingat nak masuk kelas bahasa. haha!
liyana,
nanti tak pasal mata saya bengkak. haha!
iyan,
aku dah beli. dan aku balas, waras!
aishah,
saya dulu sekolah agama. tapi dah banyak yang saya lupa =)
rudy,
saya tak terfikir yang semudah itu. nanti ajar saya bahasa jepun pulak bang.haha!
Bonjour bro..
Baru sempat menziarahi pada waktu2 bonjour sebegini..
erk..btul ke penggunaan ayat aku tu??
Zhao An. Kalau dalam Mandarin. =)
bonjour addy! jom gi mamak kena roti telor & teh tarik..
aiebahri,
bonjour aie!
salah-salah. bonjour saja sudah maksudnya selamat pagi. bukan pagi. itu ucap selamat. haha!
atiqah,
zhao an tiqah. nanti kita buka kelas bahasa nak? haha!
aieakaike,
bonjour aie! ya. ok jom. belanja aku. hari tu jumpa tak sempat belanja aku kan. haha!
Addy : saya bleh pastikan sms akan masuk b4 6am....530am sure akan masuk everyday....ada berani ?
sufi,
berani. berani. haha!
saya lantik sufi jadi jam randik saya lah. haha!
aku suka 60-an..cik ainon janda muda ringtone aku..amacam?boleh lawan?heh
siggplus,
sorry bro. aku pilih yang sunti. haha!
Post a Comment