Monday, March 16, 2009

Sungguh-sungguh aku tak pernah lupa!

"Dah lupa aku? Susahkan nak taip msg je pon.", aku dapat SMS Zaim petang tadi.
Zaim antara kawan terbaik aku.
Kawan yang paling rapat dan dekat dengan aku di kolej dulu.
Kawan yang selalu aku kongsi segala emosi yang ada dalam diri aku.
Kawan yang menjadi mata tika aku hampir buta.
Kawan yang menjadi mulut bila aku hampir bisu.
Kawan yang menjadi telinga saat aku hampir pekak.
Kawan yang menjadi kaki tatkala aku hampir lumpuh.
Kawan yang bukan cuma setakat kawan biasa.
Kawan yang bukan cuma sekadar teman bicara.
Kawan yang aku istilahkan sahabat.
Kerna pengertian aku tentang kawan dan sahabat sangat berbeza.

"Sejak dok KL macam dah x ingt asha.", SMS Asha seminggu dua dulu yang masih aku simpan dalam kotak mesej bimbit aku.
Asha juga kawan aku.
Asha muda empat tahun dari aku.
Asha aku anggap adik.
Asha yang cantik dengan rambut kerinting kembangnya.
Asha yang aku pernah marah bila dia luruskan rambut.
Tetap cantik, tapi aku lebih suka Asha yang asal.
Aku lebih suka Asha yang asli.
Walaupun Asha cantik, aku cuma anggap Asha tak lebih dari seorang adik.
Dan adik-adik aku memang selalunya yang cantik-cantik.
Tempoh hari Asha datang Kuala Lumpur pun aku tak sempat jumpa.
Walaupun sekejap.

Dan lama dulu Mone pon pernah mengomel perkara yang sama.
Mone juga antara kawan yang kekal jadi kawan aku.
Mone juga sama dengan Asha.
Bezanya Mone berambut lurus.
Dan aku pernah bising-bising bila Mone kerintingkan rambut lurusnya.

Sungguh aku tak pernah lupa.
Jauh sekali buang kalian terus dari hati aku.
Mana mungkin aku lupa manusia-manusia yang selalu berdiri disamping aku.
Mana mungkin aku mampu campak keluar kalian dari kotak fikiran bodoh aku.
Mana mungkin aku mampu padam kalian dari dalam hidup bosan aku.
Mana mungkin!

Aku cuma kadang-kadang lupa untuk ingatkan diri aku yang aku masih punya kalian.
Teman yang selalu ada untuk aku.
Teman yang selalu setia pada aku.
Teman yang sentiasa hidup dalam aku.
Sungguh aku langsung tak pernah lupa.
Walaupun sedetik.
Kerna aku sudah punya ruang untuk kalian semua dalam hati kecil naif aku.

Sungguh-sungguh aku tak pernah lupa!

35 comments:

Lily Abdullah said...

Sungguh! Tak pernah lupa untuk datang membaca dan mencerna di sini.

Cuma!
Kakak ini kadang kala membaca dalam diam :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

sungguh...aku juga tidak pernah lupakan kamu addy..=p

ahh, malam tadi aku menonton peluru cinta dan bumbung aku lantai orang...
sungguh..aku takkan lupa muka Tok Rimau dan Dean Sham..=)

patungcendana said...

tiap kali aku mempersoalkan keputusanmu...
bukan bererti aku meraguimu

dan bila aku tidak senyum padamu...
bukan bererti aku membencimu

tiap kali aku berpaling darimu...
bukan bererti aku meninggalkan mu

dan bila aku menyepikan diri...
bukan bererti aku melupakan mu

ps...nanti aku betulkan semula ouisi ni...:-)

azie said...

haaaaaaaaaaa..
adik2 yu semua cantik?

ai adik simpanan yu kan? kira cantik la kan?kan?ahahahha

patungcendana said...

baca dari jauh pun tak mengapa addy...kan kita masih melihat bulan dan bintang yang sama...:-)

farah said...

aku juga tidak mudah lupakan teman...

:)

Pu3 said...

Bro,
ingat pu3 lagi?
haha.

Persahabatan adalah perhubungan yang mahal.
Hargailah persahabatan.
Kerana mereka sentiasa ada tatkala susah dan senang.

Kapten Luffy said...

bagusnya kawan2 ko ingat kat ko

Cik Lizi said...

yg baru kenal ni pun jgn lupa ye addy;]

LaDy_ZeRa said...

masih ingat saya lg?

~hehe hanya ayat berunsur klise~

AiE bAhRi said...

Seronok dan terharu jika ada yang sentiasa mengingati

Anonymous said...

Persahabatan aku dengan LJ pasti berakhir di jinjang pelamin.

Ok.sambung kerja.

Nizam.Ariff said...

Kita mungkin tidak pernah lupa.

Cuma,
Kita mungkin terlalu sibuk hingga terlupa...

Unknown said...

bukan senang nak cr kawan yg sentiasa mengingati...lu manyak untung loh...kita nie plak bukan x ingat cuma xberkesempatan nak menunjukkan yg kita pun always thinking depa...dak gitu...orale!

tasekM said...

aku. kadang2 suka menyepi. kerana. kadang2. rasa perlu adanya ruang utk diri sendiri.


.

iyan said...

jangan lupa aku addy...

theblabber said...

bgs kawan2 hang noo

mugiwara said...

mendiamkan diri tak bermaksud melupakan...
itu yang aku pesan pada kawan kawan...
harap mereka faham~

a.b geldofg said...

apakah kita seorg teman yg baik?

hegira said...

ya. sama macam kaklily.

aku kalau terlalu ramai yg beri komen, aku jadi malu pula nak menambah komen.

addyaholix said...

waterlily,
terima kasih kak. walaupun cuma lihat dari jauh, itu tetap penghargaan saya kira.

zara,
antara tok rimau, dean sham dan saya, siapa yang kamu pilih? haha!

cendana,
puisi kamu selalu indah. nanti lengkapkan dan tulis untuk saya ok =)

azie,
saya cakap adik-adik saya memang selalunya cantik. tapi ada juga yang tak. haha. tapi kamu cantik cik azie. kamu cantik kerna punya abang kacak. haha!

cendana,
ya. tapi malam ini bulan dan bintangnya samar amat.

farah,
i miss u 2 3 4. haha!

pu3,
masakan lupa seorang putri =)

luffy,
yang kadang buat aku kelihatan teruk.

anakcikmad,
ya. moga-moga hendaknya =)

ladyzera,
ingat. saya tak lupa.

aiebahri,
ya. yang selalu buat aku rasa diperlukan.

wahyudimy,
silakan berkahwin dengan LJ. sebab itu bukan perancangan aku. aku cuma mahu bercinta saja. bukan ajak kahwin. haha!

nizam.ariff,
tapi aku kira sibuk bukan alasan yang paling tepat dan kukuh. itu cuma alasan yang aku kira kurang munasabah untuk tidak mengingati walaupun aku sendiri mengakuinya.

syazwan,
moga-moga aku terus untung.

tasikmerah,
ya. perlu punya sikit untuk diri sendiri.

iyan,
ya nanti aku catit dalam diari aku. haha!

miezi,
aku yang kurang bagus barangkali.

mugiwara,
ya. sepi bukan maksudnya terus hilang.

abgeldofg,
aku masih cuba untuk jadi yang terbaik. walaupun kadang-kadang aku tewas.

alina,
kenapa perlu malu?

Keri AlHaj said...

Ada orang menyangkakan kita dah lupakan mereka... Dan ada masanya juga, kita menyangka orang dah lupakan kita... - apa bezanya ya antara dua situasi tu.

Kita sukar utk hubungi sahabat2 lama ni selalunya sebab kita sibuk atau juga kita menyangka sahabat kita itu sedang sibuk dan tidak mahu diganggu... dan akan wujudlah jurang yg menjauhkan walaupun mereka2 itu sebenarnya rapat di hati kita...
ambil sikit masa pun dah memadai... sikit je, utuk bertanya khabar... Betapa gembiranya bila kita masih diingati...

Nafastari said...

Wah, kamu agak ekspresif dalam menyatakan kasih sayang dan persahabatan.. Baguslah, supaya mereka tahu bahawa kamu peduli. Tapi tidak tahu bila masanya aku akan menulis untuk menyatakan sesutu yang seperti ini. Hahaa..

Ad Rifza said...

Kenapa kita sering terlupa?.. Pertanyaan khabar bukannya lama.. Hanya beberapa minit sms saja.. Hanya beberapa sen yg habis saja..Mungkin kita berkata tidak pernah lupa tetapi org disebelah sana yg merasa..Cuba utk membalas sms walau sepatah perkataan..
I feel what they feel but bukan dgn Addy laaa..hehe..

Unknown said...

aku sering tak lupa gosok pagi setiap pagi

Unknown said...

Err..
Kadang-kadang, kasih sayang tuh tak dapat nak di tunjukkan seluruhnya.
Ingatan memang ingat,cuma..ada jeh hal yang boleh membuatkan kita tak ter keep in touch.. =p
Alasan jeh tuhh

Addy! Jangan lupaakann sayeepp =)

Mak Su said...

bagusnya addy, ada kawan-kawan yang masih sudi menanyakan berita :)

AieSha said...

addy, esok malam (rabu) jom ke laman budaya.

addyaholix said...

chime,
ya saya selalu begitu. saya tak pernah lupa, cuma kadang-kadang saya risau saya yang mengganggu. jadi selalunya saya ambil jalan mudah untuk mengharap mereka yang hubungi saya. memang selalu begitu. naif kan? saya masih cuba ubah satu sikap yang ini.

nafastari,
ya. saya seorang yang berterus-terang. malah kadang-kadang terlalu berterus-terang. orang selalu cakap lelaki tak perlu bercerita tentang sayang pada sahabat, agak janggal. tapi saya lebih suka melawan arus. itu sebahagian penghargaan saya buat manusia yang saya sayang.

adrifza,
ya. seolah kena pada batang hidung sendiri. sebab saya juga begitu. tapi sungguh-sungguh saya tak pernah lupa.

penoreh,
gosok pagi setiap pagi? godok gigilah. saya yang itu wajib. tak pernah lupa. haha!

hanafana,
itu yang perlu kita ubah. kadang-kadang sayang itu perlu kita tunjuk.

maksu,
ya. saya bertuah punya manusia sehebat mereka dalam hidup saya maksu!

aieakaike,
tak dapat rasanya. jauh sangat untuk aku menapak tengah malam-malam buta. haha!

patungcendana said...

addy...

aku juga bangga kamu menjadi teman aku...

haru biru disebabkan orang2 disekiling aku sekarang...secara fizikal...kerana itu aku mau lari...:-)

Anonymous said...

smlm..kwn msg..
"lame tak jumpe. Mane hilang?"

waktu duka bersama
lapar dan busok bersama
dihina keji pun bersama
lepak senang turut mengeji lain.
tetap bahagia..

smlm kwn msg..
"kau jgn sibuk kerja je".

smlm aku msg..
"aku dah jadi hamba dunia"..

hahaha

Min said...

teman itu kan satu anugerah indah..

Keri AlHaj said...

kalau nak saya lukiskan... bagilah gambar ek... send kat email...

Keri AlHaj said...

ok.. pilih dulu... nanti send kat sini zairul_chim@yahoo.com.... gambar tu yg shoot pakai cam digital tau... tau mahu pakai telefon... jelas dan clear...

addyaholix said...

cendana,
persetankan manusia yang buat kamu hampir mahu mati. jangan terus lari, kelak kamu abaikan manusia yang sayangkan kamu cendana!

duwenk,
aku selalu rindu kawan tempat aku melepas semua dulu. tapi kita makin dewasa, dan pilihan yang ada juga makin beribu. dan pilihan kami bukan lagi sama. dan sungguh aku selalu rindu detik dulu.

min,
ya. saya anggap itu antara yang paling berharga selepas keluarga sendiri.

chime,
ya. mungkin ambil masa untuk saya pilih. dan yang pasti memang saya akan send nanti. haha tak sabar tunggu hasilnya. terima kasih bang =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...