Thursday, March 26, 2009

Salam malam pada dunia!

Sunyi malam paling setia jadi teman.
Mata masih belum mahu labuh tutup alis kelopak.
Letih badan tak mampu paksa tubuh untuk terus hanyut.
Jemari panjang pendek masih mahu lincah.
Tapi yang dalam cetek fikiran seolah mahu berhenti untuk semua.
Yang mahu cuma ucap selamat malam pada dunia!

21 comments:

farah said...

selamat malam bro!

:)

A t i Q a h said...

Nak nyenyak tidur, cuba bayangkan padang hijau yang terbentang luas. Nyaman, damai, tenang, segar. Tu kalau sayalah. Huhu.

eqbalzack said...

selamat malam juga...terima kasih singgah ke blog saya...

mugiwara said...

tinggalkan orang sebelah memandu dan orang belakang guide. hihihi~

Lily Abdullah said...

Selamat siang dik.Akak baca entri ko ni ketika hari dah siang.

Semoga selamat untuk dunia ynag penuh perang dan hura hara. Moga ada sedikit ehsan dan kasih sayang di dalam keributan melanda.

Nizam.Ariff said...

Bangun bro, dah pagi. Murai tanah dah bising, anak-anaknya dah mula lapar, ulat malam dah mula sembunyikan diri. Rezeki bumi dah terbuka untuk kita cari.... jangan sampai ayam patuk dulu...

mugiwara said...

[ralat]
aku. kalau nak tidur, tengah jadi co-pilot pun aku tidur juga.....


erm...macamana boleh terpadam ni?

Mak Su said...

jgn paksakan :)

selamat malam.

AieSha said...

nak aku bacakan buku cerita ke sebelum tido??

patungcendana said...

kau sentiasa ada...tiap masa dan ketika...diantara ruang dan waktu...:-)

selamat malam addy

a.b geldofg said...

insan kecil selalu bcita2 utk dunia

Shahrul Tanaka said...

selamat malam! ;)

Keri AlHaj said...

Ada saat-saat tu, ketika tubuh lelah, terlalu lelah. Mata penat telah terpejam. Benak pulak masih menari-nari. Tak mahu berhenti...
hmmmmm...

selamat malam...

Yana Ismail said...

Pejam mata n ingt benda2 yg indah saja..;)

jgn lupa bc doa tidur..huhu..

nite bro!sweet dreams;)mimpi yana..kah kah ;P

Kay said...

salam siang
pagi jumaat buat anda
semoga hidup diberkati
di dunia & di akhirat.

addyaholix said...

farah,
selamat malam farah. moga mimpi yang indah-indah!

atiqah,
orang tua cakap pejam mata, kita biri-biri. betul ke?

eQbalzack,
ya. sama-sama. selamat malam bang!

mugiwara,
haa?

waterlily,
moga dunia mampu capai damai yang selalu ada untuk semua kak. selamat untuk kak lily juga!

nizam.ariff,
bulan ni punch card saya asyik merah. boss kata potong gaji sambil senyum. dan saya yakin takkan potong. i love u boss. haha!

cendana,
saya nampak senyum kamu =)

mugiwara,
aku suspek aku insomnia. haha!
apa yang terpadam?

maksu,
dodoikan saya boleh? haha!

aieakaike,
aku selalu harap ada yang bacakan untuk aku. sambil dia belai lembut rambut aku yang makin gugur. ermm!

cendana,
komen kamu selalu buat saya senyum. malam cendana!

ab geldofg,
tapi dunia kerapkali tak seperti yang aku mahu. aku kira itu ujian untuk aku.

shahrulazry,
malam!

chime,
ya. walau mata pejam erat rapat. langsung nampak hitam gelap. tapi hati masih cari sesuatu. selamat malam bang chime. cantik lukisan tu =)

liyana,
ya ya. yana datang dalam mimpi malam semalam. haha!

kay,
terima kasih kay. doakan hari-hari saya terus punya sesuatu untuk saya hayati.

Anonymous said...

dah bangun ke belom ni?...:p

Rush Murad said...

di lewat malam ini, mata tidak mahu berkompromi... tidurlah mata.... tenanglah jiwa....hadirlah mimpi....

patungcendana said...

aady
kamu ni tak tidur ke...

title ikon Sg Lembing je?
pahang TDC patut beri aku komisyen sebab promote sg lembing secara besar-besaran...hehehe...

selamat berhujung minggu addy...apa aktiviti yang interesting hari ni...?

patungcendana said...

ps...kalau kamu sampai kuantan...aku bawak kamu ke sg lembing ok...:-)

addyaholix said...

kadok,
dah bangun pon. arissa makin sihat?

rushmurad,
tidur saya selalu tanpa mimpi. selalu kosong.

cendana,
tak kemana-mana. saya kerja walaupun sabtu. balik pukul lima lebih tadi. ahad esok juga masih sama. terpaksa kerja. hidup saya bosan kan? haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...