Renung malam dalam-dalam.
Cuma mungkin layar koyak putih.
Langsung tanpa siapa-siapa, atau apa-apa.
Kalaupun ada titik hitam cuma.
Titik hitam yang bukan cerita.
Titik hitam yang bukan bahagia.
Tapi titik hitam yang mungkin artinya dosa.
Tuhan, Kau genggamlah aku.
Kau letaklah aku diantara mereka.
Mereka-mereka yang Kau janjikan syurga!
apa seterusnya?
1 week ago
29 comments:
addy...
kamu ingat puisi aku...
suka duka hidupku bukan satu pengorbanan...
semuanya sekadar cabaran...
ini juga cabaran buat kamu...
aku boleh menghadapinya...
pasti kamu juga boleh...kan...:-)
Oh Tuhan...
Letakkanlah aku juga bersama mereka yang terpilih ke Jannah mu~
seandainya kamu temui
mutiara pengajaran malam ini
kutiplah, perhatikanlah dan telitilah...
moga kamu tidak terantuk lagi
kembalilah kepada Tuhan
yang selalu menerima taubat kita
sentiasa merindui kecintaan kita
sebagai hambaNya yang kerdil.
aminnn..sama2 kita doa bro;)huhuhu
kamu tabah...:-)
Ibarat doa Saidina Umar R.A, tempatkanlah aku dalam golongan yang sedikit.
Amin..
Kita mudah berbicara...mudah mengatakan apa sahaja...telah lidah tak bertulang...
Kita berdoa mengharap Jannah... Kita berbuat dosa... menambah kilometer dengan sang Pencipta....
Semoga kita diberikan Hidayah...aminn
Have a nice day!!!
addy, doa tuk aku sekali.
masuk blog ini saya kehilangan kata2....
amat puitis.
tahniah org muda.
bila nak pekena teh tarik.....
bro,
tiap musibah ada hikmahnya.
tiada kejadian yang dijadikan sia-sia.
melainkan kita mensia-siakan NYA.
aku pun mahu dletak d syurga..
tapi
bukan senang.
lalala
tatkala Tuhanmu mengenggam erat tubuh... serulah supaya genggaman itu tiada akan terlepas selama-lamanya... maka sahyugialah kau bersamaNya....
-Rush-
saya pun nak ikut juga
alangkah baiknya kita... andai malam-malam kita tidak utk direnung dalam semata-mata...
Berwuduk...
bersejadah...
sujud...
tahajud...
kala itu... tak akan ada titik hitam yg boleh diertikan sebagai dosa...
telah diganti cahaya...
Kala itu... IsyaAllah, Tuhan akan genggam kita...
sebab hanya itulah cara utk Tuhan pilih kita di antara mereka yg dijanjikan Syurga...
...
...
...
(renungan utk diri sendiri juga)
Dah ok ka bro?
Tenung titik hitam itu hingga mata berkaca,
Selama mungkin hingga pudar,
Mana tau ada hikmah nanti,
Dek airmata kamu.
hari ini baik untuk kamu, addy?
aku masih mencari dimana wahyu...huhuhu...
selamat malam addy...mimpi indah ya...:-)
aslkm tuan rumah,cool blog,erm nk ajak tuan rumah ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkn blog ni yer,ok bye
addy, nak ikut juga.
ke syurga.
apa jua titik hitam
pada layar putih
tanpa ambil kira
layarnya koyak atau x
boleh saja dihilangkan
pada saat tu
kau pasti digenggam
dijanjikan
syurga yang abadi
bawalah aku bersama addy!
cewah!
cendana,
ya saya ingat. dan akan selalu ingat. yang indah tak selalu mudah untuk kita lupa. selalunya!
zara,
ya. doa itu untu kita semua. moga-moga!
kay,
manusia selalu ingat untuk berdoa dan mengharap, tapi lumrah juga manusia lupa untuk usaha. dan moga kita bukan sebahagian daripadanya!
liyana,
amin!
cendana,
=)
atiqah,
moga doa kita semua terus pada Dia. dan kekal hanya untuk Dia.
wanhidayat,
semoga hidayah itu untuk kita semua, hamba-Nya, amin.
aieakaike,
doa kita untuk kita semua.
jinggo,
saya selalu harap bukan sekadar puitis.
nak belanja? saya berbesar hati. haha!
pu3,
kita acapkali lupa, ingat bila adanya bencana.
vidadarisakura,
ya. bukan semudah menutur kata.
rush murad,
cuma satu dari saya, puitis!
maksu,
ikut? saya masih penuh dosa.
chime,
dosa tetap ada bila kita namanya manusia.
nizam.ariff,
kalaulah titik hitam cuma sekadar titik hitam bang!
cendana,
doa saya moga hari mendatang menjadi lebih baik walaupun harapan tak selalunya indah!
umar,
nice blog too!
tasikmerah,
kakak perlu pimpin tangan akak sendiri.
anakcikmad,
saya mahu ketemu Dia. mahu peluk cinta-Nya erat.
iyan,
kamu punya jalan sendiri. mungkin yang lebih baik dari semuanya.
masuk syurga?
ikut..
hehehe...wahyu is back...
titik hitam bisa di padam...
mudah...
cari 'pemadam'nya...
aminn~~
wahyudimy,
dah cukup amal? haha!
cendana,
dia bukan kembali. dia selalu ada. cuma dia sorokkan muka.
jumapx,
kalaulah semudah yang kau fikir...
ladyzera,
amin.
Penguasa Alam, tolonglah pegangi Addy, biar dia tak jatuh pada sumur dosa yang terkutuk dan menyesakkan cintanya.
Dipetik dan diubahsuai dari: "Takdir Cinta (OST Ayat-ayat Cinta), Rossa"
nafastari,
ya, moga cinta yang Kau hadirkan buat aku selalu ada. kalaupun hilang, aku pasti juga kerna ketentuan Kau, tuhan yang maha kaya.
Post a Comment