Kali ini aku ditag oleh seorang adik simpanan yang aku kira sudah mula sayangkan aku. Kalaupun dia menafikan, kamu tahu kan perempuan, nalurinya memang sifat pemalu itu ada. Tak banyak mungkin sikit. Jadi abaikan. Cuma dia yang tahu hatinya. Haha!
Ok. Kali ini persoalannya tentang kencan fantasi. Kencan menurut Cik Azie maksudnya janjitemu. Aku kurang arif yang sepatutnya janjitemu atau temujanji. Tapi kamu pasti faham, maksudnya tetap sama.
Ok kita hayati kencan fantasi aku!
5 KENCAN FANTASI SEORANG ADDY.
1) Main layang-layang. Kalaupun dia cuma lihat sambil ketawa riang. (Tok, sungguh aku tak tiru kamu tok, ini memang antara fantasi aku. Haha!)
2) Dia bergerak bebas, sambil aku ketik kamera ambil fotonya. Bukan hasil yang aku mahu, cuma detik itu yang aku puja.
3) Dengar dia bercerita penuh teruja sambil ketawa gembira, aku cuma senyum. Itu dah cukup bahagia. Suasananya mungkin dalam dingin malam yang buat aku fikir, perlukah aku bangun dan dakapnya supaya lebih hangat. Ah, fantasi tetap fantasi.
4) Berbaring atas pasir halus putih mulus tepi pantai yang cuma kami berdua sambil lihat matahari terbenam. Atau juga sambil merenung malam yang punya cahaya bulan yang samar-samar sambil mengira kelip bintang. Aduh! Sungguh aku paling mahu yang satu ini.
5) Bercinta dengan Liyana Jasmay. Kalau yang ini mampu aku gapai, aku sanggup tutup blog. Haha!
Dan dalam adegan kencan fantasi aku, aku tak perlu dalam keadaan berpegang/berpimpin tangan macam Cik Azie. Sebab dalam kencan fantasi aku, hati kami dah pun bersentuh. Bersatu. Dan berdakap rapat. Romantikkan? Haha!
Dan untuk buat kencan fantasi aku jadi kencan yang realiti, aku perlukan gadis-gadis gebu yang seksi. Untuk dapatkan borang, kamu boleh guna dua cara :
1) Tapi "ON ADDY" dan hantarkan ke 22288
2) Layari laman web www.kencanfantasiaddy.com
Dan kali ini aku senaraikan manusia-manusia yang aku mahu TAG :
1) Wahyudimy (Aku yakin kau takkan jawab. Haha)
2) Cendana (Kamu akan jawab, saya yakin!)
3) Chimera (Kamu wajib jawab bang. Haha!)
4) Miezi (Buat kalau bosan dah merayap dalam diri kau nanti, aku tunggu!)
5) Kay (Jawab guna tulisan kamu yang indah-indah)
6) Ad Rifza (Cuma mahu kamu sikit gembira bang. Haha)
7) Nizam.ariff (Aku harap hati kau terbuka untuk buat bang!)
8) Princess Liyana (Kamu dah jawab, tapi saya masih nak TAG kamu. Haha!)
9) Azie (Berani jawab lagi sekali? Haha!)
10) Kamu dan kamu dan kamu. Ya sungguh. Aku tuju jari buat kamu!
apa seterusnya?
1 week ago
29 comments:
Aku cuma nak minum kopi.
huhu semuanya sweet,uhuhu;)
br ingt nak sms ON ADDY..Tk jadila bila bc psl liyana jasmay...hahahaha ;P
Bro ni, yana dh jawab tau,ekeke..tag2 lg..
tak de mood la!
ps...aku cakap kau tak perlu jawab...tak yah la jawab...
Ok. aku dah jawab versi waterlily. aku akan jawab versi Addy lak. mmg byk versi fantasi aku. even mimpi pun bukan hari-hari sama, ye tak?
Yay! Kak Lily tak kena jawab lagi sekali sebab tok R dah bagi full marks. Aha..kesian kat adind acik tapak seleman :D
terpulang...
memang aku emosi...tapi bukan salah kamu...sorry.
:(^_^) pretty busy now....
you btter don't,bro. imaginasi aku sgt liar. Eheh
kencan fantasi???? apa maksudnya yg sebenarnya ya???...
saya wajib jawab ke???... termasuk yg ni, dah ada 3 tag perlu dijawab...
tapi adday punya kencan fantasi kalau ditulis buat novel atau skrip teater... mesti hasilnya mengkagumkan... hahaha...
addy...jom ke kedai kopi wahyu...borak dengan aku...aku perlu kawan...:-(
tak baik tau tak tag aku. aku pun nak kencan jugak!
hahahahaha....!
.
ok. kau punya kencan lebih rasional.
edi, aku rasa ada satu komen tu cam salah hantar je. nnt pandai2 aa ko delete k. haha.
ah...aku bayangkan yang lain walaupun tulisan kau sudah cukup teliti untuk dibayangkan..
entah kenapa.
5) Bercinta dengan Liyana Jasmay. Kalau yang ini mampu aku gapai, aku sanggup tutup blog. Haha!
aku pun!
fantasi kamu yg kelima...hahahaha
dia sangat comel...:))
hey.yang no 2 tu bagus sekali!:)
Bak kata Azie, moga2 kencan dalam keadaan halal. =)
salam..uikss tag mengetag ey...
ON ADDY.
22288.
message sending fail!
dem!
abis kredit.
fuh!nasib baik!
lalala
aku dah boikot tag
eh, mane komen aku sblm ni. tape la, aku komen balik.
kencan ko lebih rasional! cuma tang 'liyana jasmay' tu, kurang rasional sket.
liyana jasmay pernah kata, dia suka jejaka kiut mcm aku.
re:...rasa aku sekarang pun dia lebih tabah dari aku...hidup tanpa ayah...
ptg semalam aku nampak bulan dan matahari serentak...indah sekali...:-)
reply kepada komen kau tadi. aku rasa kau dah terlalu memikirkan sangat soal kahwin kot. mungkin kau dah masuk tahap wajib kawin. tahniah! hehehe.
wahyudimy,
ya terus minum. sambil-sambil baca puisi.
liyana,
saya tulis liyana jasmay ke? sepatutnya princess liyana. tersilap tu. haha!
cendana,
tapi saya masih jawab kan? haha!
nizam.ariff,
fantasi boleh macam-macam kan. ini fantasi aku versi umum. kalau yang 18 sx aku tulis, nanti kena blacklist. haha!
waterlily,
mula nak TAG akak, tapi tengok akak dah jawab dulu. markah saya berapa pulak kak? haha!
cendana,
tiap kita punya emosi. kita cuma perlu bijak kawal emosi. moga kamu mampu!
kay,
ya. kamu sibuk. saya tunggu kamu tak sibuk. atau kamu boikot tag? haha! jawab kalau kamu rasa kamu mahu ok. tiada paksaan =)
miezi,
liar tu yang hebat. haha!
chime,
kencan fantasi = janjitemu fantasi.
ya kamu wajib jawab. kalau tak , nanti saya kecil hati. haha!
cendana,
kopi dia pahit.
tasikmerah,
kan nombor sepuluh tu saya tuding jari pada akak. jadi dengan rasminya, sila jawab ok. haha!
aieakaike,
itu cuma kencan. rasional kah?
aku tak padam, aku siar semua. jadi hati-hati bila komen. haha!
mugiwara,
sebab itu kencan aku. kencan kau mesti berbeza. sebab selera manusia bermacam-macam kan =)
siggplus,
jangan cari pasal, LJ aku punya. haha!
kadok,
puji cukup ok. jangan sentuh! =)
ariana,
kamu suka? dapatkan borang ok. =)
atiqah,
kencan saya halal. cuma harap kamu tak bayangkan dengan cara yang kurang halal. haha!
arsaili,
salam bang. punya masa? jawablah! =)
vidadarisakura,
cuba lagi. usaha tangga kejayaan kan. haha!
abgeldofg,
aku dalam proses.
aieakaike,
dia kata? itu cuma mainan lisan kawan. hatinya dah mampu aku sentuh. jadi, sila main jauh-jauh. haha!
cendana,
kamu bertuah punya putri secekal dia. dan kamu juga hebat mampu lihat dua dalam satu masa =)
an-nidxam,
aku tak fikir, cuma manusia sekeliling asyik berbicara perkara yang sama.
tapi keindahan itu..bukan untuk aku..
aku berikan pada kamu..ok...:-)
cendana,
jangan beri, kita kongsi sama-sama =)
ha ha ha..yo yo ooo je princess liyana..tipu!!tutup blog skrang ;P
Post a Comment