Friday, January 02, 2009

Hati aku yang macam-macam!

Hati aku gundah, bila hatinya terusik.
Hati aku pedih, bila hatinya tersepit.
Hati aku sakit, bila hatinya tercalar.
Hati aku parah, bila hatinya terluka.
Dan hati aku pecah berdarah, bila hatinya hampir musnah.
Walaupun hakikat sebenar, hatinya tak pernah aku miliki!

15 comments:

AiE bAhRi said...

DARI MATA TURUN KE HATI

Lihat dan renung matanya dalam2..baru hatinya boleh dimiliki..

dan jangan kerana hatinya belum dimiliki, hati boleh jadi macam2.

Miliki hatinya terlebih dahulu, baru semuanya boleh jadi macam2..**eh, yeke?

patungcendana said...

wah...parah ni...

keinginan untuk memiliki sesuatu yang tak mungkin adalah nikmat yang paling indah...

make sense ke tak?

jejaka anggun said...

hatinya hati emas...
jgn diganggu....

Anonymous said...

memang mcm tu sbb hati kamu dia dah tawan...

=)

tasekM said...

kau makan hati ye.

:)

Lily Abdullah said...

Berhati-hati bila bicara soal hati :)

hahaha!

Kapten Luffy said...

wah... kamu sungguh mengambil berat

Nafastari said...

Nampak sangat kamu sedang bercita-cita memiliki hatinya!

addyaholix said...

aie,
aku dah tenung matanya dalam-dalam, tapi anak matanya langsung tak pandang aku.

cendana,
ya nikmat paling indah, tapi aku terus-terusan kecewa.

malayrhapsody,
walaupun emas, tapi rasanya tetap sama.

manusiarumit,
tapi hatinya tak mampu aku takluk!

tasikmerah,
nampaknya macam tu lah haha!

waterlily,
ya. aku dah cukup berhati-hati.

monkey d luffy,
tapi langsung tak berhasil.

ahmad,
cita-cita aku terlalu tinggi kan? haha!

redzuwan said...

aku pernah begitu separuh sedar,
tapi hatinya aku berjaya tawan,
tapi akhirnya aku sedar,
aku hanya bertepuk sebelah tangan.

addyaholix said...

redzuwan,
kau bertuah, sekurang-kurangnya hatinya kau mampu tawan. aku? langsung!

Keri AlHaj said...

hati kita kecik je... kesian pada hati yg kena tanggung bermacam2 perasaan kacau bilau...
atas penderitaan sendiri, hati kena tanggung segala kesakitan...
atas penderitaan org lain juga hati kena terima segala keperitan... berbaloikah???? hmmmm.. kesian hati!!

addyaholix said...

chime,
ya saya juga simpati pada hati. lebih-lebih lagi bila hati itu milik sendiri. pedihnya cuma saya yang tahu. sakitnya cuma saya yang rasa. parahnya cuma saya yang tanggung. kalau mampu, saya nak buang ia jauh-jauh!

Anonymous said...

simple advise: JUST TAKE IT EASY..
natural:u akn rs mcm2,d sbb kn u pnya hati..
tp untk mrasa ssh hati krna org lain, for me adalah TAK BERBALOI..
nk2 if u bkn siape2 dihatinyer..
NOT WORTH IT kata org..

addyaholix said...

...,
memang tak berbaloi. aku tahu. tapi hati aku cuma segumpal hati. penuh dengan emosi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...