Tuesday, September 23, 2008

Kuala Lumpur dilanda banjir besar.

Dah nak masuk hari Rabu.
Aku nak bercerita tentang Sabtu lepas.
Sabtu yang .... entah apa perkataan yang sesuai.

Bersama teman menyusuri jalan Tunku Abdul Rahman yang panjang.
Bila bosan, memaksa kaki ke Sogo.
Menyusul pula ke KLCC.
Sempat berbuka di Big Papa John. Sedap !
Akhirnya ke Jalan Petaling (baca Petaling Street).
Semua tempat perasaan aku sama.
Penuh dan sesak dengan manusia yang pelbagai.
Sibuk memilih itu dan ini.
Kereta motor kiri kanan.
Bersimpang siur tak tersusun.
Langsung tak kemas. Berselerak.
Penuh dan padat dengan manusia.
Aku cuma pandang kosong.
Niat tadi nak turut sama terbantut.
Tak sanggup nak bersesak berhimpit sama.
Akhirnya hari aku sia-sia.
Balik dengan tangan kosong.
Tak beli apa yang sepatutnya.

Kuala Lumpur umpama dilanda banjir besar.
Banjir yang maha dahsyat.
Banjir dengan lautan manusia yang berjuta.
Aku tak kira satu persatu, anggaran dari pandangan mata cuma.

Nota kaki : Bukan balik dengan tangan kosong sebetulnya. Aku cuma sempat beli jeans di KLCC.

(Ini baru Sabtu, yang Ahad belum lagi!)

4 comments:

Zanariah said...

sabtu lepas den amek keta baru!
ehehehehe =) tp maseh x sempat nak meronda2 lg pon..bizi!!~ :(

Zanariah said...

Addyaholix
Entah bila aku suka membaca blog dia.
Aku suka. Suka coretannya.
Katanya karya cuma catatan biasa.
Baca dan buang jauh-jauh.
Bagi aku tidak!
Aku suka. Noktah!

Aku komen blog dia.
Dia balas.
Aku puji blognya dalam Frenster.
Terima kasih ucapnya jujur.
Kemudian..
Dia bertanya
“zanariah tuh zana ke?”
Aku tersenyum. Teringat kat mak.
Mak kata ada cerita di sebalik nama aku.
Biarlah aku dengan mak saja yang tahu.

Addyaholix
Sampai sekarang nama (fullname) dia aku tidak tahu.
Bukan tidak mahu tanya.
Cuma berat mulut.
Yang pasti dia sudah tahu nama aku.
1 lagi kepastian aku akan support blog ini!

# aku = zana

# dia = aTok (ur real name plz!ekekeke)

ann said...

Banjir??? Memilih baju melayu berkonsep MELAYU JOHOR warna hijau(DAUN PISANG)..masih tiada yang berkenaan...!!! Citrasa yang sama...Hijau dan Puple..pilihan Bantal menghiasi kereta...

addyaholix said...

zana,
so sweet haha !

ann,
sekali bapak aku dah beli daa haha !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...