Wednesday, September 17, 2008

Cinta dan Kecewa

Malam sudah gelap, pekat, hitam dan legam. Entah apa lagi perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan betapa malam sudah terlalu lewat. Baru aku perasan maksud untuk lewat dan lambat sebenarnya hampir sama tapi berbeza. Faham maksud aku? Malam tak boleh "malam sudah lambat" sebab bahasa dan bunyinya agak sedikit pelik tapi "malam sudah lewat" yang sebetulnya. Tapi bukan persoalan lambat atau lewat yang ingin aku bicarakan. Sesuatu yang lain dan jauh dari itu sebenarnya.

Aku sambung. Malam sudah pun terlalu lewat. Paling tepat mungkin awal pagi. Jarum pendek sudah diantara angka 3 dan 4. Lebih hampir pada 4. Jarum bilah panjang sudah cecah angka 10. Dah terlalu lewat, tapi mata masih lagi segar (sebenarnya hampir layu, tapi aku perlu tulis ini).

Baru selesai berbicara panjang dengan K. Aku pernah suka K. Malah mungkin juga masih sukakan K. Rasanya bukan mungkin, tapi pasti. Ya, aku memang suka K. Malah sebenarnya lebih dari suka. Entah sudah masuk persoalan cinta ataupun tidak, yang itu aku belum betul-betul pasti. Aku keliru sendiri.

K bercerita tentang cintanya yang hadir untuk seseorang. Berputik di sebuah surau. Indah bukan. Pintu hati K terbuka untuk dia. K sukakan dia. K sayangkan dia. K kasihkan dia. Malah K mengaku tanpa segan silu yang K cintakan dia di depan aku. Aku tumpang gembira walaupun sebenarnya hati bagai baru disiat-siat halus dan dicincang hancur. Aku gembira akhirnya pintu hati K terbuka untuk menerima cinta. Tapi belum pun cukup bibir aku mengukir senyum, K kata cintanya ditolak. Sebabnya biarlah antara aku dan K. Aku cuma diam. Aku cuma dengar luahan rasa kecewa K. Aku tak mampu bantu, aku cuma mampu dengar K. Maafkan aku !

Aku juga pernah kecewa. K tolak aku bulat-bulat. Mentah-mentah. K tolak aku seketul-seketul tanpa apa-apa alasan. Aku cuma mampu terima keputusan K. Aku juga harap K mampu sediakan hatinya untuk terima keputusan sang cintanya dengan hati terbuka. Memang pedih K, tapi lebih pedih bila cinta sudah menjalar jauh tapi akhirnya kecewa.

Pedih bukan bila kita jatuh cinta pada yang tak sepatutnya ?

10 comments:

AiE said...

sapa K?
dato' K?

anarqiyELLow said...

K itu Khairul Anwar...

Tapi nama gelaran dia L..

riduan khairi said...

Senang-lenang kau membelek-belek keping-keping hati.

Sempat.

addyaholix said...

Aie,
K cuma K, bukan sesiapa.

Ell,
Cinta K ditolak, setahu aku cinta ko baru berputik kan !

Riduan,
Bukan senang-lenang, masa aku suntuk. Aku cuba curi masa yang ada.

Aidan Z said...

My heart goes with you, my friend, as i too experienced almost the same thing as you...

Zanariah said...

wujud ke K itu?

Zanariah said...

wujud ke K itu?

addyaholix said...

Aidan,
Terima kasih.

Zana,
Dia wujud. Malah dalam hati dia juga ada.

adaliciOus said...

mmg pedih bila 'ter'suka dgn yg tak sepatutnya..hUe~

crashnburn said...

yup..terlalu pedih bila cinta bertamu di tempat yg tak sepatutnya..
but mesti ada hikmah..

Allah maha mengetahui..
May Allah Bless...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...