Monday, September 15, 2008

Kosong

Dia kata dia sunyi.
Aku kata cari teman.

Dia kata dah jumpa.
Aku kata baguslah.

Dia kata tetap sama.
Aku kata cuba berubah.

Dia kata dah usaha.
Aku kata kerja keras.

Dia kata dah penat.
Aku kata cuba lagi.

Dia kata tiada hasil.
Aku kata jangan mengalah.

Dia mengeluh panjang.
Aku diam terus.

Tapi dia tetap kata dia kosong.

Tiada apa yang terisi.

Ada dimata tapi dihati tetap sama.

Kosong langsung.

Aku termenung kosong.

3 comments:

mryanz said...

Juju kata, 'Dalam hati aku ada taman'.

Aku senyum. Tanda syukur dan bahagia melihat sahabat bahagia.

Tapi kemudian Juju sambung lagi, 'Aku mencari bungan. Dalam hati aku hanya ada taman, tetapi belum berbunga'.

Pulak!

DarcyDiaries said...

Nice writing...comel pun ada!

addyaholix said...

mryanz,
dalam hati aku juga ada taman, malah pernah berbunga mekar, cuma dahannya seringkali patah !

darcy,
terima kasih. aku atau tulisan yang comel =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...