Saturday, June 20, 2009

Shit

Seorang blogger komen yang tulisan aku langsung tak membina. Struktur ayat macam dibuat-buat. Langsung tiada karakter. Puisi cacamarba. Syok sendiri. Mengarut. Entah apa-apa. Dan macam-macam. Ok aku mengaku aku masih belajar menulis. Aku tak pernah mengaku tulisan aku bagus. Tapi nak tegur ada caranya. Tak perlu nak mencarut segala bagai. Tak perlu nak tulis perkataan 'macam babi'. Kalau tulisan kau bagus pon, ada cara yang lebih baik untuk kau nyatakan pendapat. Aku bukan marah. Kalau ada yang tegur, aku terima. Cuma kali ni, caranya saja yang aku rasa tak kena gaya. Shit!

31 comments:

AiE bAhRi said...

Bro Addy,
Jangan pedulikan apa yang orang cakap.Jadikan ia kritikan yang membina.Yang penting gaya penulisan ko aku tetap suka dan akan jengah setiap hari.

Teruskan berkarya.Ramai yang masih perlukan bahan bacaan kamu!

siggplus said...

lemme guess, anonymous right?
biasa la tu org komplen..ada org suka, ada yg tak..
seperti saiz zakar kamu..ada yg suka besar, ada yg suka kecil..hahaha
chill je bro, mcm aku ckp, bosan dengan blog ini? sila gali kubur sendiri dan pergi mampos!

| Rosliyana Bte Ali @ Abidin™ | said...

sape je yg ckp cantewh??
ish3..

Nafastari said...

Oh, tidak mengapa! Teruskan menulis dan banyakkan membaca. Ramai yang sedang membaca dan mungkin tidak sedikit yang menyukainya. Kelemahan dan kekurangan ada di mana-mana, tapi manusia akan beransur-ansur menghasilkan yang lebih baik.

Jangan bersedih.

acik ayu said...

erk?

s a b a r.

tp mungkin tulisan die juge ala ala bab*. Mungkin.

miahaha!

ceri masam said...

ada blogger ckp macam gitu?
ish, mesti blogger tu takde life kot!

eheheh chill okay :)

Riduan Khairi a.k.a pyan said...

Salam,

Hati kau telah dilukai. Catatan ini moga-moga jadi penawar. Bacalah.

http://universitipts.com/index.php/site/comments/parallel_thinking_dan_penulisan_buku/

Keri AlHaj said...

alah... ujian2 nak jadi panulis, ada mcm2lah. ada kritik membina, ada kritik menghentam lah seadanya... saya dah selalu sangat hadapi perkara tu... kalau dia tu tak suka, ramai lagi yg suka... saya suka... tulisan addy bagus.. melankolik ringkas, maksud sampai... cerita tentang kehidupan sendiri, kenapa org lain nak sibuk ya...

dia tu kena virus H1N1 kot... penyakit dah merebak sebab tu bila menulis pun tulisan dia ada sangkut paut dgn menantng tuhhh...

(sila pakai topeng semua - takut berjangkit)

Aloy Paradoks said...

mane benda yg die komen tu? gua nak tengok gak... kalau boleh kasi link ke blog die sekali,, gua nak nilai pulak hasil tulisan die...

jangan lupa pas kat gua..

Nizam.Ariff said...

Layan blog lain lah kalau tak suka, betul tak Addy?

Dia datang tak berjemput, pegi pun tak bersuruh... kita kasi Shit! sama dia... hehehe

Ad Rifza said...

Lorr sapa cakap camtu addy?..Biar abg ad lekuk kapla dia pakai parang tumpul..baru padan muka dia kannnn..eh emo lak..huhu..
Tulisan Addy tiada cacat celanya..ok aja..macam abg chime cakap maksud sampai..oklah tu..Blog Addy, Addy yg punya..Org lain baca sudehh laa then komen baik2..Thats all kann..Manusia macam2 Addy...teruskan bekarya kay..Ignore jer org camtu..Yg penting ramai lagi yg suka...

A t i Q a h said...

Ish. Dia tak belajar etika professional tu namanya. Sabar ya Addy.

theblabber said...

sabar addy. aku dah kena lebih daripada itu.

jejaka anggun said...

hahaha.... chill oke...
manusia mmg slalu camtuh....
lebih suka sebut yg negatif dr positif. abaikan!

Kimi said...

ayook...sape..tak tau..

tasekM said...

aku kata org yg macam tu sakit!




buat tak reti je lah dy.

nuyuljana said...

abaikan je.

mane link blog die?

biar aku tengok sehebat mane penulisan die tuh.

kadok said...

pernah jugak kena sekali dulu..buat bodoh aje..sbb kalau dilayan..kita pon jadi bodoh sama...haihhh..

addyaholix said...

aiebahri,
yang aku marah sebab dia mencarut segala bagai. apapun terima kasih aie!

siggplus,
ya anonymous. yang pada aku baling batu sorok tangan. takut pada bayang sendiri.

liyana pelangi,
anonymous!

nafastari,
aku tak sedih. cuma terkilan dengan manusia yang tak tahu menghormati hak manusia lain. terima kasih bang!

acik ayu,
haha. terima kasih!

oneluv,
saya ok je kak. kool. cuma terasa macam nak lepaskan.

pyan,
belum terluka. cuma tercalar. terima kasih pyan!

chime,
terima kasih bang chime. saya jadi sikit emosi bila dia tulis "macam babi". itu kritikan atau apa?

aloy,
aku padam komen dia. silap aku. patutnya aku copy and paste sekali. dan dia anonymous. kalau tak, aku dah serang balik. kalau dia tengah baca ni, bullshit lu. haha!

nizam.ariff,
apa yang dia kritik itu bagus, cuma bila dia mula maki yang jadi tak berapa nak bagus tu bang. terima kasih bang!

adrifza,
terima kasih bang ad. rasa macam disayangi. haha!

atiqah,
saya ok saja. marah cuma bila mula-mula baca. kemudian saya gelak. sekarang kool je. haha!

miezi,
aku maki dia balik. tapi dalam hati sajalah. haha!

jejakaanggun,
terima kasih dude!

kimi,
haha!

tasikmerah,
i miss u too kak tasik. tiba-tiba kan? haha!

nuyuljana,
dia anonymous. aku rasa anonymous saja yang berani nak hentam orang macam tu.

kadok,
saya rasa dia memperbodohkan diri sendiri.

seri lyana si permaisuri said...

tuan rumah,
saya baru pertama kali datang nih.

Datang-datang je terus baca isu panas..!

Anonymous memang bnyk kat dunia nih. Pandai lempar tahi kat muka orang, lepas tu lari jauh-jauh sorok diri. A very very very big LOSER..!

Teruskan berkarya..!
selagi kita benar..
maka dunia akan terus menyokong kita..!

happy blogging..!

mugiwara said...

aku tahu.
kau tak hidup dek puji, tak mati dek keji.

terus berlari dengan kaki sendiri.
kalau jatuh, bangun sendiri.
baru nikmat hidup kemudian hari.
tak ada apa yang rugi.
kalau kau tahu menghargai diri sendiri.

ini juga untuk aku sendiri.

Adry said...

bouncing here and there sampai sini plak... hehehe... alah... rileks jerr... do what you like... tak payah kisah apa orang nak cakap...


Adry @ http://www.adrysabry.com

patungcendana said...

rasa aku dah komen entry ni...takde ya...

w said...

apa pasal komen aku tidak keluar? Kau delete?

addyaholix said...

serilyana,
salam lyana. itu juga hak dia untuk jadi anonymous. cuma kadang dia lupa hak manusia lain untuk terima kritikan yang membina dan bukannya membabi buta. mungkin itu silap dia.
happy blogging!

mugiwara,
kool. terima kasih kawan. sejak-sejak ni aku selalu sangat sebut "kool". kool kan?

adry,
tapi aku ambil juga pendapat dia untuk jadi lebih bagus. terima kasih juga sebenarnya.

cendana,
kamu komen di enty yang sebelumnya.

wahyudimy,
kau belum tinggal jejak rasanya. aku tak pernah padam.

Aloy Paradoks said...

or ye ke.. kalau gua, gua takkan buang.. sbb ada komen komen kutuk gua sebelum pun gua biar je..

said...

abaikan kata2 orang itu
kerana dia cemburu tidak dapat bekarya seperti kamooo

AieSha said...

dia dengki kat kau. shit!

addyaholix said...

aloy,
yang ini teruk sangat. tiap kali baca, darah aku menyirap. aku cuma tak mahu berdendam. gila penyayang aku kan? haha!

yanie,
terima kasih yanie. saya jatuh cinta nanti ni haha!

aieakaike,
aku suka kalau kau yang dengki. haha!

fin said...

jgn peduli apa org ckp ! blog kita so suka hati nk tulis apa pun ! huhu

Ummi Faris said...

woah.. ada jugak yang x suka..
xpa2.. saya dan kami semua suka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...