Thursday, June 25, 2009

Amin

Malam kelmarin Amin telefon.

Bila pakngah nak balik tengok Amin?, Amin.

Amin rindu pakngah?, aku.

Rindu!, Amin.

Rindu banyak rindu sikit?, aku.

Banyak!, Amin.

Banyak macam apa?, aku.

Ribu-ribu!, Amin.


Aku jadi betul-betul rindu!

22 comments:

Nizam.Ariff said...

Aku pun rindukan Pak Ngah.
Juta-juta!

Heheheh

- jinggo - said...

hai pak ngah...
pak ngah - mengah..

he....

ZARA 札拉 said...

owh Amin...


terima kasih sebab telefon pak ngah...

pak ngah terlalu sibuk Amin..(adakah pakngah terlupa jalan pulang?)

hehehe~

alahai, comelnya Amin~

patungcendana said...

so...pergi la jumpa amin...:-)

aloy_paradoks said...

jiwa kebapaan lu ni...

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

comey amin..

nuyuljana said...

aku yakin kau adalah pak cik yang penyayang.

*thumbs up*

azie said...

anak2 kecil memang entertaining:-)boleh lupa semua masalah bila bersama mereka

aie akaike said...

semoga kau cepat dapat anak.

amin...

tasikmerah said...

dah nizam dgn dak addy ni sungguh sesuatu tau. hahaha...

:p


.

wanhidayat said...

Amin..uncle pulak rindu akan Qaseh....aku masih beruntung ada Sara di hati dan di depan mata....

#Langit tinggi tidak tercapai walau awan telah tergapai, hanya jasad yang saling merasa tidak roh...tidak roh...

Adakah Roh itu akan menangis lagi?

AiE bAhRi said...

Balik la Addy jika ada kelapangan.

Sbb ko juga betul2 rindukan Amin. Leraikan kerinduan itu dengan berjumpanya walaupun sekejap.

ROSA said...

Hi there..

I like what you've written in here.
Nice blog.

chimera said...

jawapan masih sama...
terlalu sibukkan???...

sesekali, curilah ruang utk diri sendiri... beri peluang untuk diri kita bermanja - dimanja...

ada keajaiban dalam diri mereka-mereka ini yg boleh legakan tekanan jiwa...

addyaholix said...

nizam.ariff,
kau pakai taktik amin la bang. tak jalan. haha!

jinggo,
amin anak sepupu saya. dia paling manja dengan saya berbanding kaklong, mayah dan sofea. sebab dia lelaki mungkin.

zara,
pakngah tak lupa. cuma pakngah selalu bagi alasan kerja.

cendana,
saya tunggu cuti panjang. balik kampung. amin suka saya bawak dia jalan-jalan naik motor. dia asyik gelak.

aloy,
bertuah siapa kahwin aku kan? haha!

☺[ai][sUmi]☺Chan,
amin say thanx =)

nuyuljana,
haha!

azie,
kalau saya balik, dia akan malu-malu dulu. bila saya kacau, dia akan cakap "pakngah ni, jangan la kacau amin". alahai amin amin!

aieakaike,
gila. kahwin pon belum!

tasikmerah,
jangan nak mula kak. haha!

dayat,
kucup pipi sara untuk aku. moga bahagia akan selalu untuk sara.
adakah roh itu akan menangis lagi? jujur hati aku belum ketemu jawapannya kawan!

aiebahri,
aku terlalu rindukan amin!

rosa,
terima kasih rosa.

chime,
pandang gambar amin dah buat saya senyum bang chime. insyaallah bulan julai saya cuba balik.

anaklaut said...

salam....pak ngah,

pulanglah balik jumpa amin tu..cian dia..

AiE bAhRi said...

Ya!aku paham perasaan seorang bapa saudara.

Pulanglah jika ada kelapangan.Jangan dipaksa diri untuk terus bekerja.Bak kata abg chime "ada keajaiban dalam diri mereka-mereka ini yg boleh legakan tekanan jiwa..."

Betul!Amin juga mampu legakan tekanan jiwa untuk pak ngah kesayangannya.

ezzati said...

kuang2..dh tgk dh..jom tgk lagi..

baincardin said...

betul kata patung tu addy, pi jumpa Amin tu. :)

wahyudi my said...

kamu penyayang.

addyaholix said...

anaklaut,
insyaallah aku balik bulan julai.

aiebahri,
dulu kalau aku singgah rumah kak eda, amin akan meluru sambut aku. dia akan duduk di riba aku. tak bergerak kemana. suruh aku jadi kuda. minta aku nyanyikan lagu. ajak jalan-jalan naik moto. bila aku nak balik mula la dia merengek nak ikut. rindu gila aku!

ezzati,
tengok apa?

baincardin,
insyaallah bulan julai balik kedah =)

wahyudimy,
aku suka budak. sebab tu kawan-kawan asyik tanya bila nak kahwin.

[yAN!e][pUTraJAya] said...

addy rindu acu yanie tak?
hhhahahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...