Tuesday, June 16, 2009

Rindu. Betul-betul rindu...

Yang itu cumalah kerangka biasa.
Kerangka kertas yang dulu aku puja.
Melayang tinggi terbang di udara.
Walau kadang bukan di alam nyata.

. . . . . . . . . .

Aku rindu. Betul-betul rindu.
Bukan pada siapa-siapa.
Cuma pada layang-layang tak bernyawa.

35 comments:

en_me said...

vukann rindu pada wau bulan kerr.. ehehe, salamm abang addy itewww..

- jinggo - said...

rindu
teringat lagu kumpulan spon....dulu2.....

Princess Liyana said...

Alaahai...napa rindu pd yg tk bernyawa plak..bro?alaahai

anakcikmad said...

layang2?
waktu senggang?

maksudnya? ;)

jejaka anggun said...

buang masa rindu kat kerangka kertas. baik rindu kat rangka ayam goreng kat pasar malam ngan air taufufa ngan keropok lekor. pegh!!

aloy_paradoks said...

gua ingat nak buat wau la,,, tapi ingat je la,,,

patungcendana said...

layang-layang?

wahyudi my said...

layanglayang yang beli punya atau buat sendiri? Sebab keduanya ada kepuasan yang berbeza. Kan..

Kimi said...

jom main layang-layang!

:P

azie said...

ai miss u too,ha ha ha

AiE bAhRi said...

salam bro..
ni betul tgh rindu-rinduan ni..=)

patungcendana said...

re:...kau tak cakap pun nak ikut...:-p

Nafastari said...

Hey, kamu boleh buat satu dan terbangkan ia, biar naik tinggi-tinggi. Main sepuas-puasnya...

~~~ kay ~~~ said...

addy,
meh dtg kat Bkt Jelutung (U8/48) kawasan sewaktu dgnnyer - setiap ptg sabtu & ahad ramai org main layang2 tau.. best!

(^_^)

Nizam.Ariff said...

Angin itu bawa ia terbang.
Angin bawa ia itu pulang.
Kembalikanlah,
walau ia tinggal tulang-temulang



.

shakinah said...

layang2 tu ape?

siggplus said...

kau pernah terfikir nak lagukan puisi2 kau?

Pyanhabib said...

rindu adalah layang-layang...

Penoreh said...

layang2 tu pasti ada cerita-cerita bewarna..

dah boleh nyanyi lagu alleycats bro.. layang2 terputus talinya.. hihi

[yAN!e][pUTraJAya] said...

kalau kita rindu seseorang yg mengenali kita....
mesti dia pun rindu kat kita....
(^_^)

chimera said...

curilah sikit masa...
tak perlukan waktu yg lama utk bersama layang-layang... hujung2 minggu... di tasik **apa kebenda ntah nama tasik tu** di kepong... di situ dipenuhi dgn perindu2 layang-layang....

dulu saya selalu kat sana bila saya rindukan kerangka biasa tu, yg akan nampak luar biasa bila meninggi menentang angin, mengejar awan....

kalau pun tak pegang tali mengemudi,
cukplah sekadar jadi pemerhati...

addyaholix said...

en_me,
nak jugak cuba wau bulan sebenarnya. salam untuk abang me iteww.... haha!

jinggo,
meleleh sangat tu bang. ada kenangan ke?

liyana,
sebab takde yang bernyawa untuk saya rindu. esok-esok saya rindu tiang lampu kat bulatan pandan pulak. haha!

anakcikmad,
waktu senggang adalah waktu lapang. tapi kamu tak tahu apa itu layang-layang yang buat saya hampir stress!

jejakaanggun,
rangka ayam goreng, taufufa dengan keropok lekor hari-hari aku boleh dapat. buat apa nak rindu. itulah. siapa suruh duduk jauh-jauh. macam malaysia ni dah tak cukup tanah. haha!

aloy,
buat betul-betul la. apa kes main ingat-ingat saja.

cendana,
ok saya betul-betul stress. layang-layang kamu tak tahu? haha!
demam dan selsema dah baik? teruk sangat saya dengar malam tadi. pergi la klinik cendana!

wahyudimy,
aku beli saja. nak buat aku tak pandai.

kimi,
jom jom! saya dah gian.

azie,
miss u 2 3 4. haha!

aiebahri,
salam aie. rasa sesak dada aku sebab rindu. haha!

cendana,
kamu tak cakap pon nak pergi =)

nafastari,
saya tak pandai buat. saya beli saja. bila layang-layang terbang tinggi, rasa diri saya turut terbang. bebas. puas bang!

kay,
dulu saya selalu main di taman metropolitan kepong. lepas main layang-layang, tengok matahari terbenam. cantik. serius rindu masa tu.

nizam.ariff,
pergi jauh layang-layang,
bawa cinta aku terbang.

shakinah,
lagi sorang. layang-layang pon tak tahu apa? hishh kamu ni...

siggplus,
aku tak pernah anggap itu puisi. tapi cuma catatan biasa yang datang dari dalam hati. kau lagukan untuk aku. haha!

pyanhabib,
layang-layang terbang. maksudnya rindu pergi makin menghilang ke bang pyan?

penoreh,
dah penat aku nyanyi bang. sekarang aku cuma nak diam.

yanie,
pasti? saya selalu harap macam tu. tapi mengharap saja tak bawa apa-apa kan =)

chime,
taman metropolitan namanya bang chime. dulu saya selalu lepak situ. saya jadi tenang bila tengok kerangka kertas tu terbang tinggi membelah langit. saya dah cukup puas kalaupun cuma tengok layang-layang terbang tinggi. dah mampu buat saya senyum. kemudian hayati indahnya matahari terbenam. serius saya rindu detik tu bang chime!

nuyuljana said...

kat pasir gudang, jb ade muzium layang-layang.

bolehlah anda melepas rindu di sana.

:)

[yAN!e][pUTraJAya] said...

rasa RINDU nak cubit PP gebu yanie tak?

hehehhehe.....

Basuh Baju said...

rindu dan dirindui ni seronok kan? :)

WanHidayat said...

Rindu...kau tahu rindu itu sakit bukan?, aku juga tahu ianya sakit...

Kau rindu pada pada kerangka tak bernyawa sedangkan kau ada sesuatu yang lebih layak untuk dirindui.....

Sudahlah...jgn percaya pada rindu, jika aku kata rindu itu masih balaghah....adakah kamu marah???

tasikmerah said...

laaa... ingat rindu kat aku! buang karen je tau!

:p

patungcendana said...

aku baru bangun...

mr.syazwan said...

SEMAKIN RINDU SEMAKIN ASYIK!!!

kan kan kan kan??

hak3

chimera said...

selamat petang addy... petang yg cerah.. kini makin gelap... engkau adikku dan akulah abang... - errr, boleh diubah ikut kesusaian waktu -

siap nak balik dah ke...

addyaholix said...

nuyuljana,
serius? ok nanti bawak saya. tapi mesti feelnya tak sama kan?

yanie,
bukan setakat nak cubit, kalau boleh nak buat jemput-jemput. kena dengan kopi mesti umphhhh. haha!

basuhbaju,
memang seronok. tapi kadang-kadang sakit bro. haha!

dayat,
aku tak pernah marah. dan aku tahu rindu itu sakit. tapi walau sakit, kadang rindu buat aku rasa bahagia. bila rindu tiada, kadang aku jadi hilang arah.
ya aku cuma rindukan kerangka kertas yang tak bernyawa. aku cuma mahu rindu sesuatu yang aku pasti takkan kecewakan aku. itu yang aku pasti. dan rindu aku pada layang-layang selalunya mampu buat aku senyum sendiri.

tasikmerah,
i miss u too kak. haha!

cendana,
orang cakap pergi klinik tapi degil. takut jarum?

syazwan,
kau banyak pengalaman ni kan. haha!

chime,
boleh jadi komposer abang chime ni rupanya. haha!
ya siap untuk balik dah ni. lagi 5 minit. dah balik ke bang?

mugiwara said...

sudah lama teringin main layang layang. kesempatan asyik terisi dengan perkara perkara lain saja.

juga teringin hendak seperti burung layang layang. melihat dunia dengan pandangan berbeza. sehari pun tak mengapa~

bukan tak bersyukur. cuma teringin~

addyaholix said...

mugiwara,
jom lepak taman metropolitan kepong. kita terbangkan layang-layang. kalau kau mahu, aku terbangkan kau sama. haha!

LavENDer Wind said...

masing-masing punya rasa rindu
aku rindu pelangi petangku
bak bibit lagu
tak bercahaya namun berseri
tapi ia pergi jua
aku rindu

**salam singah
mohon kamu follow rumah puisi aku

Anonymous said...

aku suke puisi ni..serius!

-Spidey-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...