Tuesday, June 23, 2009

Pesan aku pada bulan, cinta dan angin.

Bulan, sampaikan pada malam, kenapa perlu sepi.
Kerna dengan izin maha Esa, siang pasti datang.

Cinta, bicarakan pada dia, usah terlalu berharap.
Kerna ini mungkin tersurat, bukan takdir kalian.

Angin, khabarkan pada hati, jangan terus resah.
Kerna yang di depan, pasti punya bahagia.

29 comments:

ZARA 札拉 said...

Salam bro..

Kalau khabarkan pada angin..pastikan angin tu bersih tau? hehehe~

- jinggo - said...

addy oh addy

romantiknya kamu ni..
salah ke menjadi lelaki yg romantik...
sapa kata salah....

mugiwara said...

pesan aku pada malam, dia dan hati.
usah selalu melankolik.
Tuhan pasti ada sebabnya.
kerana Dia ada cara kerjanya tersendiri.
ya. kerja Tuhan siapa tahu.

nuyuljana said...

usah rasa sepi, resah dan terlalu berharap.

kerana aku telah tiba memberikanmu sinar.

hahaha.

=))

en_me said...

sepi abang addy tewww.. aiyooo

wanhidayat said...

Addy:

Angin yang bayukan segenap rasa...
Laut tak berombak tetapi yang didasar tetap bersentuhan....

Kau menanti bahagia di hadapan...
Hati kau resah?...wujudkah celaru?
Yang tersurat tidak terbaca
Yang tersirat aptah lagi....

Beginilah...ikut apa yang ditentuNYA....


#Addy...aku tertarik dgn entry SHIT yang aku ertnggal. Ada juga manusia begitu kah?. Hak kamu...jangan pedulu, jika 100 org boleh kata tulisan kamu bagus, makanya yang satu itu, lebih baik kamu abaikan...semoga yang menegur kamu tergolong dalam golongan mereka yang beriman....

azie said...

adek simpanankan ade, abangt addy mesti bahagia punyalah,ha ha ha

AiE bAhRi said...

wow!jika disatukan elemen bulan, cinta dan angin, pasti membangkitkan suasana yang sangat romantis.

jumapx said...

andai sepi bisa hilang tatkala siang...biarlag siang terus menyinari pagi ku...

jika takdir tersurat mengatakan dia bukan milikku...biarlah cintaku datang tanpa di harap...

andai akhirnya di depan ada bahagia...tak kan ku biarkan hati resah dan terus resah...

bulan,cinta dan angin...beri aku erti kehidupan...

aloy_paradoks said...

Bulan, sampaikan pada malam, kenapa perlu sepi.
Kerna dengan izin maha Esa, siang pasti datang.

gua suke bro.. metafora yg ringkas,,, menarik.

13may said...

perghhh!!! tabik tabik..bahasa sastera :)

anaklaut said...

addyaholix,

oh ya ke? ...terima kasih banyak..!

"tahu anaklaut dari blog aiebahri. tertarik dengan puisi yang kau tulis untuk abang chime di ruang komen entry aie bahri.."

tq sudi singgah.

patungcendana said...

erk...tak leh nak fikir pulak...huhuhu

memang aku ambil cuti dari hari ni sampai jumaat...

demam dah ok...tapi suara masih sexy...dan aku asyik mengantuk je...ciss...

Nizam.Ariff said...

Bayangkan Addy,

Kalaulah Bulan lafazkan kata cinta
dan angin berbisik kesaksiannya
Wow, malam tak mungkin sepi lagi, Addy,

Malam itu tak lagi sepi... percayalah!
Kerana aku rasainya setiap kali Bulan mengambang.

tasikmerah said...

tak ada pesanan utk tasek ke...?

hi hi.

[yAN!e][pUTraJAya] said...

addy....

yanie suker la sajak nih..
B E S T..!

(^_^)

Princess Liyana said...

alaahai...tersirat sungguh entry bro..yana sntiasa doakan bro happy selalu;)aminnnn

Princess Liyana said...

alaahai..tersirat sungguh..bro, yana sntiasa doakan bro happy;)aminnnnnn

wahyudi my said...

Tidak perlu tunggu puji atau caci..
Apa yg kau mau tulis, dammit, tulis saja..

chimera said...

hmmm... sedari senja tadi hujan rinai tidak berhenti... bulan tersembunyi pesanmu itu tidakkan tersampai malam ini...
... malam tak pernah sepi...
... riuh dlm iramanya tersendiri...
... terang dlm sinar tersembunyi...
... cengkerik, kodok, pungguk, kunang-kunang, bintang-bintang, hangat, dingin - malam tak pernah sepi...
... kita yang menjadikannya begitu. kita pandang malam sebagai sepi, maka sepilah dia... dan kalau kita memilih sepi, siang yang datang juga tak akan memberi cahaya.

cinta dan harapan, mana mungkin dipisahkan.
walau takdir, walau suratan..
yang meneguhkan semangat seorang pencinta... hanyalah harapan... walaupun disedari tak kesampaian...

Bisakah angin berbisik pada hati????

kad0k. said...

baik2 dgn angin skrg ni bro..:p

addyaholix said...

zara,
kalau berjerubu tu bersih ke tak?

jinggo,
saya laki-laki biasa yang hidupnya biasa-biasa. romantikkah saya?

mugiwara,
ya. itu cuma pesan aku. manusia biasa yang hidupnya bergantung pada maha esa.

nuyuljana,
kau yakin kau mampu sinari hidup orang lain? jangan umpama lilin, membakar diri untuk orang lain.

en_me,
aiyooo en_me. haha!

dayat,
"Laut tak berombak tetapi yang didasar tetap bersentuhan...."
aku suka yang ini. kau selau buat aku duduk berfikir. sungguh!
aku tak resah.
aku bukan keliru.
aku cuma terus tunggu.
siapa yang di depan untuk aku!
# dayat, manusia itu macam-macam dayat. yang aku sendiri tahu aku takkan mampu telah hatinya. aku bukan ahli magis!

azie,
ya ya saya lupa. bahagia punya kamu adik azie. haha!

aiebahri,
kau suka? ok yang ini aku tujukan buat kau aie. dah sehat? kau suka bikin suspen. apa kata doktor?

jumain,
jangan tanya bulan, jangan tanya cinta, jangan tanya angin. tapi tanya hati. ya. tanya hati!

aloy,
terima kasih bro!

13may,
aku tabik balik boleh? pantun kau pon gempak!

anaklaut,
ya. salam blog anaklaut!

cendana,
selamat berehat cendana. dan kamu memang selalu sexy. haha!

nizam.ariff,
kalaulah bang!
malam tak sepi. mungkin sebab ada bulan. mungkin sebab berteman bintang. mungkin sebab esok punya siang. mungkin bang nizam. mungkin.

tasikmerah,
nak enterframe saja kamu ni kak. haha!

yanie,
terima kasih yanie. saya suka burger yang dalam blog yanie. haha!

liyana,
terima kasih yana. masih dalam mood bahagia kan? moga berkekalan ke hujung nyawa yana!

wahyudimy,
ya. tak hidup dek puji. tak mati dek keji. jadi aku tulis saja apa mahu aku.

chime,
satu : malam saya dulunya sepi, tapi malam tadi saya nampak biri-biri.
dua : kalau cuma punya harapan, takkan ada akhirnya bang chime. ya cinta dan harapan itu satu. walaupun itu satu, asalnya tetap dua. untuk terlalu mengharap saya takkan pernah setuju!
tiga : angin mampu bawa cinta sekalipun!

kadok,
selsema babi merebak melalui udara jugak kan?

kad0k. said...

tau xpe..hahaha

AiE bAhRi said...

Bro Addy,
ya! aku suka. Terima kasih jika ianya ditujukan untuk aku.ahaks(",)

Aku belum bersedia untuk cerita apa yang doktor maklumkan.cuma aku perlu tabah dan perlu buat pemeriksaan susulan pada sabtu ini.Doakan aku bro.

baincardin said...

Insyaallah...pasti punya bahagia ya :)

Pyanhabib said...

bulan tak bermadu nampaknya!

Mak Su said...

sentiasa berbaik sangka

addyaholix said...

kadok,
haha!

aiebahri,
aku tak paksa. cuma jaga diri. moga kau lekas sembuh. selalu buat check up kalau perlu. chill bro!

baincardin,
ya moga-moga. insyaallah!

pyanhabib,
bulan takkan pernah bermadu.

maksu,
terima kasih maksu. bila nak tulis puisi lagi maksu?

Anonymous said...

aku suke entry ni...aku gune sebagai nasihat bt diri sendiri ye? ^___^

-Spidey-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...