Thursday, June 04, 2009

Aku lewat lagi

Aku kejar masa. Tapi masa pantas dari aku. Makin aku kejar, makin masa jauh ke depan. Makin aku cuba gapai, masa makin tinggalkan aku.

Aku bangun lewat tadi. Terkejar-kejar. Lampu merah terasa berabad lama. Jalan terasa terlalu panjang. Jarak semacam tersangat jauh. Tapi aku pasrah. Dah tersurat punch card aku merah lagi.

NotaAddy : Ini komen aku di blog Cendana yang aku jadikan entri.

36 comments:

sharamli said...

kuat jgk erk masa tu pecut..k2..cuba lagik ta0n dpn...hi3

Wanpetunjuk said...

Aku melawat Cendana tadi, dia turut bercerita tentang MASA...jadi aku beri komen yang serupa....

Masing-masing bercerita fasal 'MASA'.....

Kita merasakan kita mengejar masa dan sebenarnya kita TIDAK...

Kita merasakan kita mendahului masa dan sebenarnya kita TiDAK...

Begini, masa dan manusia tidak pernah wujud pemalar...Ia jelas berkadar langsung. Tetapi ingat...manusia dan masa ada PEMBOLEH UBAH, bersandar dan tidak bersandar....

~Lalalalalala.......

Kay said...

"demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!"
(mengingatkan utk diri sendiri yg sering lupa betapa masa itu amat berharga)
(^_^)

Nizam.Ariff said...

Saintis bersepakat, masa MULA berdetik pada 0.000...(ada 23 kosong)001 saat selepas big bang. Juga dikenali sbg Planck time.

Sejak itu, masa dan ruang bergerak selaju 300,000km/s. Bermakna, detik pertama saat itu telah berlalu dan menjauhi kamu selama lebih 13 billion tahun dulu. Dan masa&ruang tetap berjalan...

Jikalau kamu mampu bergerak selaju cahaya, kamu akan dapati masa itu seolah-olah terhenti. Kalau kamu dapat mendahului masa, kamu akan dapati masa itu berdetik mengundur.

Jika tidak boleh, kamu akan selalu ketinggalan masa. Kamu tak mampu menandingi masa. 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian'.

Apa yang lebih laju dari cahaya? Jasad zahir memang tak boleh. Tapi, fikiran dan akal kamu boleh bergerak lebih laju dari masa. Fikiran dan akal sahaja yang boleh kawal masa, yang boleh menerobos masa silam dan masa hadapan. Gunakanlah yang itu.

Maaf, komen panjang sikit...

Lily Abdullah said...

Rasa macam mau memberhentikan masa.

Dulu-dulu,masa bekerja selalu dalam dilema.

Sekarang hari-hari terasa macam panjang pulak hehe..

jejaka anggun said...

teringat lagu raihan "demi masa"....

caya x ai dengar lagu raihan nih?

theblabber said...

aku hari2 lambat. haha

Aloy Paradoks said...

dasat lu kan,,, komen pun leh ajdi entry..

ceksumolek's said...

nk komen tp xtau nk ckp cmne..
apa yg penting??

masa itu amat berharga! ^_^

mugiwara said...

baru semalam aku berkelahi dengan diri sendiri fasal masa.
rupa rupanya kau sudah mendahului...

masa kita sama atau serupa sebenarnya ya?

A t i Q a h said...

Tido nyenyak sangat ek malam tadi? huhu.

Yana Ismail said...

Alaahai..bro, mlm ni jgn lupa kunci jam loceng ek?..;)

Wanpetunjuk said...

Ya...jgn lupa kunci alarm malam ini...jgn esok ada entry 'Gosh, aku lewat lagi!'.....

*Cendana barangkali otw pulang ke rumah, aku pun mahu pulang...zzZZZzzzZzz

patungcendana said...

punch card merah lagi?

dah berapa kali punch card merah ni...tukar colour la pulak...

dayat kata dia contact kamu...ada?

azie said...

demi masa sesungguhnya manusia kerugiannnnnn

melainkannnnnn yang beriman dan beramal solehhh

(vokal oleh raihan)

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Ermmmm...

I pun pernah punch kad merah..
BUT now i have learn from it..
Dun worry,U will never repeat the same mistake,bro..:)

Kapten Luffy said...

selalu gak

siap kena bagi reason lg

huhuhu

fadzil hafiz said...

terlewat bangun dari tidur itu perkara biasa.punch card merah juga perkara biasa.cuma.jangan diamalkan selalu.

addyaholix said...

sharamli,
pecut tak ingat. tapi rasa semua bergerak perlahan. yang laju cuma masa.

dayat,
ini hukum alam atau matematik? haha!

kay,
terima kasih kak!

nizam.ariff,
aku rasa komen kamu kali ini berilmu bang. walaupun tak sampai suku yang aku mampu faham. haha!

waterlily,
demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian =)

jejakaanggun,
tengah-tengah sebenarnya. antara percaya dan tidak. haha!

miezi,
aku pon selalu. tapi sebab aku kerja sampai lewat malam. jadi dimaafkan.

aloy,
lu lagi dahsyat. entri boleh jadi komen. haha!

aisumi,
ya. setuju!

mugiwara,
sama tapi tak serupa. kau definisikan sendiri. macam kita tengok bulan yang sama. tapi perasaannya takkan serupa.

atiqah,
mungkin sebab mimpi bukan-bukan.

liyana,
kalaulah pagi-pagi ada yang kejutkan. alahai!

dayat,
kunci pon tak guna. selalu aku bangun tutup dan sambung tidur. haha!

cendana,
merah dah selalu. birunya yang jarang-jarang. haha!

azie,
saya bayangkan kamu. cantik. haha!

tommy,
saya selalu ulang silap yang sama. haha!

luffy,
aku tak perlu bagi sebab. sebab boss sayang aku. haha!

padelkopak,
merah aku lebih banyak dari biru =)

Keri AlHaj said...

aku lewat lagi???... bermaksud? utk kali yg keberapa dah ni...


Salah satu dari tanda dunia menghampiri kiamat ialah hari menjadi semakin singkat.. Hmmm, bukan bermaksud masa 24 jam telah berkurang manjadi 23 jam atau 22 jam... Tapi, singkat kerana kita terlalu memerlukan 'masa' utk segala urusan... 24 jam tidak cukup lagi...

baca entri lepas, addy mcm tak cukup rehat... entri ni mcm terlebih rehat pulak.. heheheh... selalu nagun pukul berapa?

addyaholix said...

chime,
untuk kali yang entah berapa bang chime. selalu sebenarnya. sebab saya selalu balik lewat malam kerja. itu kelebihan yang bos bagi. cuma kali ni lewatnya melampau sangat. haha!

ya. selalu saya harap dalam sehari punya 25 jam. lebih sejam untuk saya peruntukkan sesuatu untuk diri sendiri.

terlebih rehat? saya masih perlu rehat yang panjang. cuma semalam mungkin terlalu letih. sebab tu terlewat. selalu bangun jam 8 bang. itupun dah kira lewat. kemas bilik, mandi, gosok baju dan terkejar-kejar ke ofis semua dalam masa sejam. =)

patungcendana said...

tadi aku balik rumah pukul 2.30...tak ckeck out pun...sebab aku tertinggal kunci ofis, so tak boleh masuk ofis...

habis kelas pkl 11, aku masuk meeting sampai pkl 12.30...melepak kat common room sampai pkl 2.30...then aku cabut...huhuhu

brutal kan?

Wanpetunjuk said...

Pengurusan Masa...terperasan pula jawapan untuk Chime, dalam komen jawapan....bangun jam 8

"kemas bilik, mandi, gosok baju dan terkejar-kejar ke ofis semua dalam masa sejam. =)"

Paling tidak boleh terima GOSOK BAJU...aduh, kamu selayak berkahwin agar ada yang menggosoknya....

Keri AlHaj said...

alamak... jambu ke addy. hmmm, tak kesampaian lah maksud saya.. nak lawan mel sebenarnya tu.. dah jadi jambu, kira tak jadilah... hahaha...

AieSha said...

ikat jam loceng kat sebelah telinga kau!

patungcendana said...

tulisan untuk aku dalam kotak puisi? yang mana tu? puisi 'kebetulan' tu ya...

en_me said...

hmmm.. salamms abang addy itteww

tasekM said...

licik sungguh n3. hihi.

:)

blackpurple @ jowopinter said...

Terlewat tak apa. Jangan terliwat.

amirnazrin said...

bro, gua dah dapat kerja baru.tadi interview.esok start.
dpt gaji nnt gua belanje lu kat nz.

Unknown said...

masa umpama kereta sukan garisan langit

patungcendana said...

re:...pena aku terus tajam?...tak cuma aku beralih ke bentuk puisi yang lain...sekali sekala...hehe

pena juga tajam...cuma puisi kau masih belum menemui kau...:-)

re:...kebetulan...

dia publish puisi tu dalam pitik bintang dulu...kat footnote, dia mention patung. aku tanya, patung tu aku ke...and dia kata ya...

terkesima sekejap aku...tapi puisi sangat sedih, aku rasa...kau rasa?

mr.syazwan said...

ni mst tido lewat ni erk
apa bikin lewat2 tido??
anyam ketupat ka??
hak3

Honeydy Love said...

My
New Blog :

http://honeydylove.blogspot.com/

TQ

addyaholix said...

cendana,
kamu memang rock. haha!

dayat,
kahwin? aku sikit alergik dengar yang itu. haha!

chime,
aah jambu la bang chime. tapi hensemnya tak hilang pon. kelebihan la tu. 2 dalam 1. abang mel ada ke macam tu? haha!

aieakaike,
aku pagi-pagi jenis tak makan saman. susah. haha!

cendana,
ya. puisi "kebetulan".

en_me,
salam en_me ittewww. haha!

tasikmerah,
bukan licik, tapi sebab medula oblongata saya kering.

purp,
cis sungguh. haha!

amirnazrin,
ok. aku tuntut nanti. selamat bro!

penoreh,
tulisan kamu selalu puitis. tak tercapai akal bang =)

cendana,
saya rasa puisi itu memang tentang kamu. kamu selalu anggap kamu patung. seolah langsung tanpa nyawa. tak berjiwa. tapi hakikatnya kamu layang-layang. yang bebas terbang di langit. (komen saya serupa komen wahyu).

syazwan,
bukan. siapkan meriam buluh!

honeydy love,
salam!

nuyuljana said...

punch kad aku dah ade orang yg tlg punchkan hari2.

XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...