Saturday, January 17, 2009

Sebab malam ini adalah malam ini

Malam datang lagi.
Sama seperti malam semalam.
Masih sama seperti malam milik kelmarin.
Dan tetap sama seperti malam-malam yang lain.
Yang bezanya cuma satu dua.
Malam ini bulannya cerah.
Malam ini bulannya ditemani bintang.
Ya, malam lain juga bulannya kadang-kadang cerah.
Malam lain juga bulannya kadang-kadang ditemani bintang.
Tapi malam ini lain.
Sebab malam ini bukan malam semalam, bukan malam kelmarin dan bukan malam yang lain-lain.
Sebab malam ini adalah malam ini.
Malam ini kekal malam ini cuma untuk malam ini.
Bila esok jengah, malam ini akan hilang terus.
Malam ini bukan lagi malam ini.
Malam ini akan berubah.
Malam ini akan jadi malam semalam.
Sebab itu malam ini berbeza dari malam yang lain-lain.
Sebab malam ini adalah malam ini.

27 comments:

w said...

dem,malam ini kau buat aku byk berfikir..! hahaha..

cik penguin said...

encik mate lawa..
dah pagi laa.
;P

puitis lee..
saye xreti mcm ni..
komsas pun hampeh..
hihi

Unknown said...

berapa banyak malam daaa....
=Pp

addyaholix said...

wahyudimy,
kau juga buat aku berfikir. haha!

penguin,
ya dah pagi, malam ini dah tak wujud. malam ini dah jadi malam semalam. hebat kan? haha!

hanafana,
cuba kira ada berapa malam =)

A t i Q a h said...

Malam ini, tarikh ini, pada tahun lepas ada signifikan yang tersendiri kah?

AiE bAhRi said...

Dan malam ini aku menikmati waktu tidur dengan nyaman sekali berbanding malam semalam..

erk..morning addy..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Malam ini?

Tapi baca dah pagi ni..boleh terima kan?hehehe

azie said...

malam~

bila rinduku bertambah dalam

uuuu..

cik penguin said...

eleh malu konon,
ckp je la suke..
;P

tasekM said...

apa buat malam2 tu hah?

hehehehe....

patungcendana said...

malam...
yang aku hadapi sendirian

malam...
memaksa aku memujuk perasaan

malam...
mengganggu ku dangan kenangan

malam...
jatuhan airmata yang tak mampu ku tahan

aku benci malam...

Kapten Luffy said...

malam semalam memang spesel kot.. hehehe

Nizam.Ariff said...

...sebab malam ini malam jumaat...kan?

AieSha said...

malam ini indah
dan aku pasti
malam esok indahnya bertambah.

:)

kamu sgt kool!

Anonymous said...

tapi selalunya aku lihat bulan sepi tanpa bintang...

kamu mmg bertuah melihat keduanya...

=)

Keri AlHaj said...

apa yg membezakan malam ni dgn malam semalam ialah malam ni kita dah makin dewasa (makin tua) berbanding dgn semalam... mlam esok, kita akan lagi tua dari malam ni... tapi jgn dikatakan mlam sahaja... setiap waktu juga tidak akan sama antara hari ini, esok atau semalam... malam ni kita tidur esok kita bangun (jika Allah izinkan) bersama pagi yg lain pula... bangun brsama usia yg semakin pendek... heh!!

a.b geldofg said...

mgkin esok tiada lgi mlm utk kita

addyaholix said...

atiqah,
haha macam tahu-tahu je!

aiebahri,
malam tadi pon aku nyenyak tidur. sebab penat main di genting semalam.

zara,
baca bila-bila pon takpe =)

azie,
itu indahnya malam kan.

penguin,
haha suka suka suka!

tasikmerah,
merenung masa depan =)

cendana,
puitis. tapi jangan benci malam sebab tanpa malam takkan ada siang!

luffy,
ya mungkin haha!

nizam.ariff,
mungkin salah satu sebabnya jugak lah =)

aieakaike,
mana kamu tahu aku sejuk? haha!

manusiarumit,
aku bertuah sebab aku mampu berimaginasi =)

chime,
saya kekal muda =)

abgeldofg,
ya siapa tahu kan!

Yana Ismail said...

from the discourse point of view, mesti ada sebab..knape addy ulang dan ulang perkataan malam itu..hehe

cm dlm literature plak..alliteration..hehe;)

patungcendana said...

tapi tanpa siang juga takkan ada malam... ;-)

w said...

Cc sri rampai jauh lebih murah berbanding cc wangsa maju.Ttp berbeza bandwidth nya.Pilihan d tangan anda .

Kamu tertanya apa kaitan komen aku dgn entri ini???
Benar,tiada kaitan.Hehe.

w said...

Hey addy,smlm aku ke sana..Tp skrg aku on9 guna hp..

Ad Rifza said...

Malam ini membuatkan tidurku tidak lena...

A t i Q a h said...

Well, im reading between the lines though. ;-)

Mdm.Zend said...

buat apa la nak tengok bintang malam-malam gelap ni...ish banyak nyamuklah....bintat-bintat kulit saya di buatnya...

addyaholix said...

liyana,
sebab? haha tepuk dada tanya hati =)

cendana,
sebab malam dan siang saling melengkapi. jadi jangan benci malam =)

wahyudimy,
aku guna broadband haha!

adrifza,
bila hati gundah memang selalunya tidur takkan lena =)

atiqah,
haha!

mdm,
malam saya takde nyamuk la haha!

Ad Lee said...

malam selalunye menakotkan aku tapi malam kamu ini sangat indah lah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...