Aku terbaca artikel tentang cinta tempoh hari. Bila disebut cinta ataupun barangkali ditanya tentang definisi cinta itu sendiri, rasanya jawapan kalian pasti lebih tepat dari aku, kerna hidup kalian juga aku yakin sentiasa dilitupi dengan cinta, seperti aku juga. Cinta pada bonda, cinta pada ayahanda, cinta pada kaum keluarga, cinta buat sahabat, cinta sang pujangga, cinta itu, cinta ini, cinta yang bermacam-macam. Juga cinta buat DIA yang maha esa. Dan harus ingat, kita juga lahir hasil dari rasa cinta dua jiwa bukan!
Menurut masyarakat Yunani klasik, cinta itu sendiri terbagi pada 3. Aku huraikan sedikit(tak banyak, cuma sedikit saja) untuk pengetahuan umum kalian.
Cinta ErosCinta yang berakarkan nafsu dan berahi semata-mata. Cinta ini bukanlah cinta yang tulus sebetulnya. Yang dicintai selalunya tidak dilihat sebagai manusia ataupun subjek, tapi lebih dianggap sebagai objek. Cinta Eros ini ialah cinta yang terarah kepada orang lain tetapi ditujukan demi kepuasan diri sendiri sahaja. Cinta ini bukanlah cinta yang kekal kerna cinta Eros lahir dari emosi dan keadaan. Lebih tepatnya, cinta yang lebih kepada fizikal semata-mata. Cinta yang lebih tertarik kepada segi luaran, cantik contohnya. Cinta yang lahir bila ada manfaatnya untuk diri sendiri. Cinta ini wujud bila yang dicintai mampu memberikan sesuatu yang kita inginkan ataupun mampu menyenangkan kita.
Cinta PhiliaCinta persahabatan. Cinta yang lebih rasional dan yang dicintai dilihat dari segi peribadi dan mempunyai keunikan dan kualiti tersendiri seperti cantik, bijak dan sebagainya. Cinta Philia tidak dibatasi oleh jenis kelamin sahaja tetapi lebih bersikap terbuka samada maskulin ataupun feminin. Cinta ini cinta yang saling bekerjasama, memberi dan menerima serta saling berkomunikasi.
Cinta AgapeCinta paling agung. Dan tergolong antara cinta paling indah dan sempurna. Cinta Agape merupakan cinta yang tiada syarat. Tiada istilah "aku" atau "kau", tetapi yang ada cumalah "kita". Cinta ini bukan lagi terbatas kepada cantik-hodoh, baik-jahat, kaya-miskin, pandai-bodoh dan sebagainya tetapi mampu mengatasi tembok-tembok pemisah seperti perbezaan agama, suku, budaya, adat resam dan sebagainya. Gambaran cinta Agape yang paling mutlak adalah cinta seorang ibu kepada anaknya, malah sanggup berkorban apa saja demi yang dicintai.
Masih kurang faham? Google-lah. Haha!
. . . . . . . . . .
NotaAddy : Aku masih mencari cinta Agape aku!
27 comments:
Aku ada ketiga-tiga jenis cinta itu dalam satu jasadnya, macam mana nih? Oh! Isteriku...
Tapi, aku ada juga cinta semuanya kecuali agape untuk seorang lagi! Oh! Gilfrenku ...ahahahaa
cinta pada diri sendiri apa pulak ya... :-)
N3 addy menjadi saya teruja : Siapa Addy.Madsudnya persenoliti.Sebab N3 yg menarik.Amat menarik.....
kalau boleh e-mailkan N3 hari ini ke jinggoberr@yahoo.com.
Semuga pahala ( kalau ada ) kita akan kongsikan bersama...
aku pun.
damba si Eros,
impi si Philia,
cari Agape,
p/s: melayan Lagu Cinta Melankolia
Semoga ketemu si cinta agape. :)
jgn cr..
tp praktikkan..
u hv 2 learn how 2 cinta org tnpa syarat..
then only cinta agape u kan muncul..
trust me..
i believed that smue org pon nk kn cinta agape s much s u do..
tp apelah mknanyer mncari klu u sndri refuse 2 do so: mincintai tanpa syarat..
gud luck, kwn..
nizam.ariff,
aku harap girlfriend kau tak baca yang ini haha!
cendana,
itu mungkin juga cinta agape. kamu sayang diri kamu bukan?
jinggo,
saya cuma orang biasa. jangan beranggapan saya lebih dari seorang yang biasa. sebab saya betul-betul biasa dan membosankan. ya saya dah emel. terima kasih banyak!
redzuwan,
aku dah punya Eros dan Philia. Aku cuma mahu cari Agape aku!
atiqah,
ya moga-moga.
Kata kunci cinta agape ialah "kita" ya?(sambil merenung berapa kali kami menyebut perkataan "kita")
Ahhh! Boleh dibilang jari. Tapi kami maish bersama. Mungkin kerana eros dan philia hahaha!
ps:Menarik entri ni dan terima kaish untuk perkongsian maklumat :)
hye encik mate lawa,
;P
haha,
um, cinta agape tuh belumlah saye capai...
cinta sangat manis dan indah dan murni (cinta Ilahi)
Cinta memberi maksud yang berbeza kepada setiap insan.... kecuali cinta kepada Allah, cinta yang maha agung, cinta yang pastinya akan membawa 'kemenangan' akhirnya.
nizam, kita putus!
hahahahaha..... adeh deh deh...
.
memang sukar untuk mencapai agape..tapi yg itu biarlah untuk Dia..
info menarik..
hurm..
cinta Eros..takotnya kalau dapat lelaki macam itu.
jom cari Agape..
...,
cinta aku tak pernah ada syarat. cuma mahu mencintai aku, ada syaratnya haha! apapon terima kasih. kenapa berselindung disebalik anonymous? tonjolkan diri. jujurnya, aku kurang gemar anonymous. kerna bagi aku, kau seolah melontar batu sorokkan tangan. maaf, itu cuma pendapat peribadi aku! =)
waterlily,
itu cuba sebahagian dari maksudnya. mahu yang lebih tepat, gugellah kak. ya mungkin kerna eros dan philia. agapenya ada, cuma mungkin kurang kelihatan barangkali.
penguin,
tunggu, mungkin masanya belum tiba untuk kau capai. erm aku kelipkan mata aku yang lawa haha!
maksu,
ya. manis sangat. macam maksu =)
tepaksireh,
definisi cinta mungkin berbeza, tapi "rasa"nya tetap sama.
tasikmerah,
putus sebab aku? aduhh terharu haha! i luv u too =)
abrar,
ya, cinta Dia cinta paling agung.
hanafana,
cinta eros bukan cuma dari lelaki tapi tak kira jantina. jom cari agape!
Aduh...
dah lupa erti cinta kepada seseorang bernama kekasih..
tapi, cinta Allah, cinta parent masih ada..(alhamdulillah)...
Aduh..mau cari Agape juga!!
Aku berpendapat bahawa kita boleh menguasai cinta kita sendiri, mencari, mendapatkannya dan mengawalnya. Semoga Tuhan memberi kejayaan kepada kamu Addyaholix.
salam..apa yg dapat disimpulkan..jika saudara masih mencari cinta Agape sure anda sudah memiliki cinta eros dan philia..bahaya tu cinta eros..ahahaha
dari dulu2 pun jika ditanya pada saya cinta tu apa? - saya akan majawab cinta tu adalah "tanggungjawab"... bila kita katakan pd seseorang 'aku cinta pada mu' samalah macam kita berkata 'aku ingin bertanggungjawab ke atas mu'... tidak kiralah apa pun jenis cinta kita... tanggungjawab adalah pemain peranan paling utama. - justeru dgn cinta akan mengajar manusia lebih bertanggungjawab... bagaimana nak menunaikan tanggungjawab ke atas orang kecintaan kita... ibu-bapa kita... keluarga kita... dan kepada Allah sekali pun...
nice one eddy.. keep it up..
addy:jujurnya, aku kurang gemar anonymous. kerna bagi aku, kau seolah melontar batu sorokkan tangan. maaf, itu cuma pendapat peribadi aku! =)
jujurnya, aku mmg tidak mahu d kenali..sbb bkn niat aku mncari kenalan atau rkn..aku, hnya ingin mnzahirkn pendapat n pandangan..maaf kiranya ada yg tidak snang..
zara,
ya terus cari!
ahmad,
mencari dan mendapatkannya mungkin, tapi mengawal? entah, yang itu aku seperti kurang setuju. mungkin "memelihara" atau "menjaga" lebih sesuai.
arsaili,
ya saya sudah pernah miliki cinta eros dan philia. nikmat juga sebenarnya haha!
chime,
definisi cinta terlalu luas. terpulang pada persepsi individu.
djray,
terima kasih =)
...,
bukan untuk dikenali. cuma sebagai tanda kau yang meninggalkan jejak. supaya aku tahu siapa. tapi itu masih pendapat aku sendiri. apapon terima kasih sebab membaca. terus baca ok. dan terus beri komen membina =)
anonymous,addy...u two should go catch a movie together..be sure its not spielberg.haha.
wahyudimy,
kau yang patut jumpa aku. sembang-sembang minum-minum haha. kenapa tutup blog? kau patut terus menulis. serius!
wahyudimy: anonymous,addy...u two should go catch a movie together..be sure its not spielberg.haha.
hahaha..dr catch m0vie together baik la g mkn kat kunag2..siyes tringat zmn2 blaja..ehe..if kami pg t0nton m0vie brsama..u xmo join kew..kata org: d m0re d merrier..
cinta PHILIA aku paling suka. Betapa indahnya cinta seiring dgn ukhwah yg mencerna ibadah.
...,
haha!
rudy,
saya harap mampu punya eros, philia dan agape serentak! pada masa yang sama punya 3 cinta!
Post a Comment