Malam gelap pekat datang lagi.
Masih kelihatan sama seperti yang dulu.
Langsung tiada busuk celanya.
Bulan tetap ada walau jauh kelihatan.
Bintang masih wujud walau samar nampaknya.
Tapi entah kenapa kali ini aku tak sabar tunggu siang.
Bukan sebab malam hilang indahnya.
Tapi mungkin sebab siang janjikan harapan buat aku.
NotaAddy : Aku tujukan yang ini buat seorang teman baik. Dia cuma teman. Sungguh. Tiada yang istimewa antara kami. Jadi jangan tanya yang bukan-bukan. Aku anggap tulisan ini seolah penghargaan aku buat dia yang banyak membantu. Juga kerna dia suka tulisan aku berkaitan malam.
apa seterusnya?
6 days ago
29 comments:
malam...
malam itu cantik jika di hiasi bintang..
tapi, kan cara semua orang menghayati malam itu berbeza...
siang yang panas akan mencairkan semu dingin sedih mu
=)
aku juga suka malam..
malam di Jalan Doraisamy...
malam. kalau langit berawan sikit. dan bulan penuh. aku suka keluar merenung langit.
so meaningful~
tersirat n tersurat even x baper fhm sgt..
huhu~
sesuatu yg indah menanti di siang hari barangkali? berdating mungkin? eheh :)
malam,
sungguh indah tetapi penuh dengan misteri.
siang,
keadaan jelas dan nyata menyangsikan.
p.s.: sorry. xboleh berhenti mengarut di blog addy ;P
seperti alunan ombak yang setia memukul pantai
begitulah setianya malam
tetap muncul setiap hari
walau tanpa diundang
seperti alunan ombak yang membuai lembut
malam muncul dengan seribu keindahan
disinari bulan, dihiasi bintang,
dan bayu yang membelai
seperti alunan ombak tengkujuh yang membunuh
malam ibarat asap hitam
bulan walau ada sudah tidak kelihatan
bintang juga hanya samar2 nampaknya
aku tangisi kilauan bintang
yang sudah tidak kelihatan
kerana disitulah dia berada
tapi...
siang juga tidak menjanjikan apa2 buat ku :-)
dia suke tulisan mu tntng malam..
tp addy sndri mahu cpt ketemu siang..
hrmmm..
Malam,bulan,bintang,siang.Erm,ko dah pandai bermadah.Tak perlukan aku atau cendana.
kat sini kul 9 malam pun belum gelap lagi.... bila lah nak abis musim panas.....
sakit tengkuk ke...hehehe...gambar tu tunggang terbalik sebab aku tak reti nak betulkan...kamu ajar la aku...next time takdela tunggang terbalik lagi... :-)
Siang dan malam itu indah...indah bila bertemu punca...
Bila siang kita rindu akan malam, bila malam kita tidak sabar menanti siang....indahnya....
maksu suka siang, sebab terang... jimat letrik :)
Aku lain. Aku tak rindukan siang atau malam sangat. Cuma aku rindukan cahayanya.
ya. malam ini malam jumaat.
hehehehe...
.
aku nampak, kamu sayang dia. walau tiada apa yang istimewa. aku faham, sayang kamu sbg teman. cukup!
rumit,
cinta aku lebih pada malam, cuma untuk hari ini aku terpaksa berpaling pada siang.
anarqiellow,
malam di jalan p ramlee kau tak rindu? bila lagi? haha!
mugiwara,
aku suka bila langit renung aku =)
ladyreza,
=)
miezi,
ya. sesuatu yang lebih indah!
penguin,
teruskan mengarut. awak bertuah sebab saya tak kenakan bayaran =)
cendana,
siang juga tak janjikan apa-apa untuk aku. cuma siang seolah memberi harapan baru buat aku. sebab bila malam, aku cuma merenung dan menghayati indahnya malam.
...,
ya. sebab malam takkan wujud tanpa siang bukan!
wahyudimy,
kalaulah aku mampu istilahkan yang ini sebagai madah. aku cemburu bila madah kau lebih puitis dan melankolik.
rhapsody,
aku suka malam yang panjang!
cendana,
rotate gambar sebelum kamu attack ke blog. mudahkan! =)
wanhidayat,
sebab malam perlu siang sebagaimana siang perlukan malam.
maksu,
kedekutnya. haha!
blackpurple,
malam memang gelap. tapi malam aku selalu punya cahaya =)
tasikmerah,
ya lepas maghrib kita baca yasin ok!
aieakaike,
iya. cuma teman!
ok. aku buat macam tu the next time...takde la kamu sakit2 lagi...hehe
ps...betul kata wahyu, kamu juga pandai menulis puisi yang indah...:-)
semoga pertemuan kamu baik2 aja
bayaran? haha.
siang memang memberi harapan baru buat kamu kerana tiap kali siang menjelma kamu setapak lebih dekat dengan apa yang diinginkan... :-)
addy,
boleh aku tahu apa yang membuat kau terpaksa melebihkan siang dari malam?
salam..malam sini agak lewat...
Malam cukup terangnya bila disinari bulan dan bintang..tetapi ada antara bintang2 itu cukup terang lebih dari yang lain kerana sinar itu lebih kita harapkan dari sinar yang lain...
hm..ok!tak tnye..zip mulut..huhuhu..
siang waktu kita mcari rezeki..memang patot dilebihkn;)kan kan?
satu harapan yang pasti....
malam beganti dengan siang.. itu memang sudah pasti,...........
suka gak!
nak!
tp nak time hujan :D
cendana,
ya harap-haraplah.
nota : tulisan saya tak sepuitis kalian =)
luffy,
ya moga-moga.
penguin,
haha!
cendana,
see! puitis kan haha!
rumit,
aku tak lebihkan siang dari malam, cuma aku harapkan sesuatu dari siang.
arsaili,
malam yang panjang kan?
adrifza,
malam juga boleh jadi terang walaupun tanpa bulan dan bintang =)
liyana,
haha!
bukan setakat cari rezeki, tapi cari apa yang tiada =)
jinggo,
ya, sebab siang lengkapkan malam. juga sebaliknya.
hanafana,
bila hujan, perasaannya juga berbeza.
aku....... dari tadi nyarisiang, kenapa yang muncul selalu malam? dimanakah siang?
Post a Comment