Friday, January 23, 2009

Ayah, Addy tak balik!

Ayah, sungguh memang Addy tak dapat nak balik!


Memang tak balik lah?, ayah SMS.
Siapa cakap Addy tak balik?, aku.
Jadi, baliklah ni?, nada ayah dah macam suka.

Satu-satu anak bujang ayah nak balik, mesti ayah seronok.
Berjemaah di surau nanti mesti ayah jaja yang anak bujang ayah nak balik pada ustaz Azmi; bilal surau, Pak Ali; penghulu taman, pakcik Zam, pakcik Dan, Pak Chat; jaga, suami puan Jasmin yang aku tak ingat nama, dan kawan-kawan ayah yang lain.
Lepas maghrib mesti ayah tak baca Al-Quran macam selalu.
Mesti ayah sibuk jual cerita anak bujang ayah nak balik.
Kawan-kawan ayah mesti senyum.
Paling teruk pun gelak.
Ayah ingat kawan-kawan ayah gelak sebab tumpang seronok.
Padahal kawan-kawan ayah gelakkan ayah.

Siapa cakap Addy balik?, aku balas SMS ayah.
Ayah telefon terus. Aku kira ayah dah tak sabar.
Balik ke tak ni?, ayah.
Addy cuba balik tapi tengoklah. Tapi rasa macam tak dapat nak balik. Aku.
Confirm tak balik lah ni?, ayah.
Bukan.
Habis?, ayah lagi.
Bukan confirm tak balik, tapi tak confirm balik. Aku senyum.

Bukan niat nak main-mainkan ayah, cuma dah lama tak bergurau-senda dengan ayah.
Dah lama tak bermanja-manja dengan ayah.
Tapi aku tahu ayah tak ambil hati, sebab ayah tahu siapa anak bujang ayah.
Ayah kenal peribadi anak bujang ayah.
Kalau ayah baca yang ini, itupun kalau ayah bacalah.
Addy sayang ayah sampai bila-bila.
Addy sayang ayah sampai hujung nyawa Addy!

NotaAddy : Tadi baru SMS ayah, bagitahu confirm tak dapat balik. Ayah cuma jawab OK.

34 comments:

Unknown said...

Entah kenapa..
rasa sedih la!

AieSha said...

kali terakhir ayah aku telefon, kelmarin. dia tgk kumbang aku kat tv. dia puji aku jaga kumbang yg dia bg dgn baik. ;)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ehhhh.....

tak balik juga?

aduhai...

mesti ayah addy sudah kepiluan...

-_-"

Sarah Syazwani said...

nape x balik..sian ayah tu rindu kat hang...bz sgt ehhh...

Mdm.Zend said...

apaa..lah addya nih...usahakanlah agar dpt balik...rindu dah ayah tu tau!...hehehe..saya memang tak bolih pisah lama ngan anak-anak...tak bolih diubat rindu tu dengan suara ditelepon saja....kalau mereka x balik..saya datang!!!...sbb saya rindukan bau mereka...mesti nak dakap walaupun dorang dah kertu...cuma anak lelaki sulung tu je ada bau lain sikit hehehe...bau rokoklah...tapi tetap cium tau...begitu juga semua menantu...kalau cucu saya...dah tentu kene gomol.....hehehe

Nizam.Ariff said...

Aku sedih la baca bende nih.
Satu: sebab aku dapat rasakan perasaan ayah (aku juga seorang ayah).
Dua: Masa ayah ada, aku sibuk mendaki tangga kerjaya nak berjaya tapi bila dah berjaya dan ada masa senggang begini sampai boleh berblog-blog, ayah aku pulak dah tak ada...isk..isk..isk.
Apa guna aku daki tangga tinggi-tinggi kalau kat atas puncak sana aku tak dapat temui ayah aku...waa...waa.
Apa guna aku berblog-blog kalaulah isnya hanya penuh dgn cerita-cerita sedih, tentang kenangan dgn ayah, tanpa ada ayah ...WAAAAAAAA..

Sori, aku komen panjang sikit, emosional...

Anonymous said...

-sad-

sngt sdih, sbb ayh xsmpt pon hadir hr c0nvo (happen 2years ago)..

sngt2 sdih, sbb xdpt dgr suare ayh lg (jeles ngan addy)..

tasekM said...

balik la... tinggal la sekejap mende2 lain tu...

:)

jagoan said...

Addy, muka ayah hang ada kemiripan muka Tun M.

Serius.


.

K.H said...

Nizam, komen kau mengesankan.

patungcendana said...

balik mana addy?

cik penguin said...

nape x balek? huhuhu..

theblabber said...

sweet leh gurau2 dgn ayah camni.
how i wish. :)

AiE bAhRi said...

Air mata saya berkaca saat membaca entri ini.

Begitulah kasihnya seorang ayah.Saya juga rasakan sebegitu.setiap pulang semula ke kampus, tidak sampai sejam, ayah akan telefon bertanya bila mauhu balik lagi..Kasih ayah begitu kuat pada anak2 walaupun dia tidak menunjukkan secara nyata.

Dan yang pasti, ayah saya adalah idola terbaik saya dan saya akan pastikan saya juga akan menjadi ayah sepertinya pada suatu hari nanti..

Buat ayah saya, terima kasih segalanya.

♥♥ KhamS ♥♥ said...

lain kali jgn cuba b'jnji ngn ayah...
sedey tau!

Anonymous said...

anak manja ayah rupanya...
x de sedih2 rindu ayah sbb tinggal sebumbung lagi ngan ayah...

hak3

Kapten Luffy said...

ada masa jangan lupa balik... hehehe.

tapi jangan buat tak ada masa lak nanti

Mak Su said...

awat tak leh balik? hari ahad? hari isnin? hari selasa?

satttt jer... sian kat ayah

Nizam.Ariff said...

Cuti panjang ni, jom pakat balik jumpa ayah. Tapi, aku cuma masih ada ayah mertua je...tak kisahlah, at least aku bawak balik anak dia untuk jumpa dengannya...dia mesti rindu dengan anak perempuannya.

Addy, entry kau sungguh berkesan...aku TABIK kat kamu. TQ.

Keri AlHaj said...

Kadang-kadang hambatan tugas memang sgt menyeksakan... menyeksakan kita, menyeksakan org yg nantikan kita... tapi apalah sgt pilihan yg kita ada kan?? Mujur ayah addy faham situasi. Tapi segeralah pulang bila urusan dan kesibukan telah tenang... Sementara ayah masih ada...

addyaholix said...

hanafana,
jangan sedih. senyum sikit =)

aieakaike,
dia tak tanya bila kau nak bawa bunga balik kampung jumpa dia? haha!

zara,
jangan buat saya rasa bersalah. haha!

kak sarah,
bukan tak mahu balik. cuma keadaan tak mengizinkan lah kak.

mdm,
ayah belum pernah tegur saya berbau rokok. mdm ibu kan? dakap saya boleh? haha!

nizam.ariff,
kalau arwah masih ada, mesti dia bangga dengan anaknya yang seorang ni. percayalah! =)

...,
ayah tetap ada dalam hati kan? =)

tasikmerah,
saya cuba kak haha!

ahtok,
iya? kau belum tengok rupa pak njang adik ayah. lebih mirip. sungguh!

indrasakty,
memang berkesan, buat aku rasa bersalah sebenarnya.

cendana,
balik kedah!

penguin,
sebab tanggungjawab. saya tahu tanggungjawab pada ayah lebih besar tapi sungguh saya sedang usaha untuk balik jugak!

miezi,
aku juga jarang bergurau dengan ayah, cuma bila dah jauh aku cuba-cuba. haha!

aiebahri,
ayah aku juga jarang terbitkan cintanya pada anak-anak, tapi raut wajahnya dah buat hati aku damai dan yakin kami anak-anak sentiasa dalam hatinya.

khams,
bukan berjanji, cuma sikit harapan yang addy sendiri cuba kotakan. addy masih cuba!

manusiarumit,
saya bukan anak manjalah. haha!

luffy,
masa banyak, cuma kesempatan tu yang kurang!

maksu,
alah maksu, jangan terus buat saya dirundung resah =)

nizam.ariff,
ayah mertua juga tetap ayah. baliklah! tabik juga buat kamu =)

chime,
ya mujur ayah faham. bila urusan selesai pasti saya segera pulang! =)

patungcendana said...

wah...jauhnya...ayah kamu sure faham yang kamu sedang mencuba sedaya upaya kan?...ayah aku dah lama pergi...nasib baik mak aku tinggal berhampiran dgn rumah aku...takde la masalah boleh balik ke tidak... :-)

mugiwara said...

bukan anak manja?
sekurang-kurangnya kau tak kekok bergurau dgn ayah kau...

Ad Rifza said...

BZ sesangat ke tu sampai tak balik?..Kalo hal keje takleh watpe laa..kalo hal ngan kawan2 leh jer kensel demi ayah terchenta..kan..kan?..

cik penguin said...

ala ksiannye :(

Sufi Idany said...

How nice to have a gud ayah like ur's.... dreaming to...

azie said...

kalau free, baliklah semasa dia ada lagi ni.

nanti kalau terlambat macam sy, tak de makna dah:-(

Nafastari said...

Ady, saya harap awak dapat balik, tapi saya pun tak tahu apa yang terbaik untuk kamu buat masa ni. Aku baru tadi balik jumpa ayah aku, tapi sekarang sudah kembali sebab aku kerja esok! Terengganu memang kerja hari Ahad.

jejaka anggun said...

ayah dah lama balik ke rahmatullah....
dlm hati doakan kesejahteraanya di sana...
amin....

patungcendana said...

re: perempuan cantik...

kalau kamu kacak kamu akan buat yang sama...

aku rasa kamu memang kacak...so...boleh percaya ke? :-)

Unknown said...

berkasihlah sementara masih ada..

Anonymous said...

anak manja...aku link kamu di blog utama aku..

aku tak kira...kamu beri atau tidak..kau ttp link kamu..

=)

addyaholix said...

cendana,
saya memang tak dapat balik, dan ayah betul-betul faham. dan saya harap itu dari hati kecil ayah.

mugiwara,
aku juga jarang berbual dengan ayah. tapi bila dah jauh, aku beranikan diri. hasilnya hebat. sungguh. kamu patut cuba!

adrifza,
terus-terang memang hal kawan-kawan. saya tersepit ditengah-tengah antara teman yang datang dari jauh, dan ayah yang mengharap anaknya pulang. dan alhamdulillah ayah memahami. kata ayah jangan hampakan harapan teman yang pernah bersusah untu saya. ini satu cara untuk saya menunjukkan penghargaan atas jasanya.

penguin,
haha!

sufi,
ayah kamu juga hebat. cuma mungkin dengan cara sendiri. setiap ayah tetap hebat buat nak-anak!

azie,
kali ini memang saya tak dapat pulang. mungkin dimasa depan.

nafastari,
memang tak dapat balik. ya terengganu kerja ahad. macam kedah!

rhapsody,
sentiasa sedekah alfatihah buat arwah. moga ditempatkan dikalangan manusia soleh. amin.

cendana,
saya cuma katak yang kacak haha!

penorehgetah,
kasih pada ayah takkan hilang sampai bila-bila.

manusiarumit,
ya sila sila. aku kira itu penghargaan buat aku. terima kasih ya!

A t i Q a h said...

Oh. Alahai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...