Kau makin jambu, kata Syauqi.
Aku syak Syauqi puji (aku klasifikasikan itu sebagai satu pujian) sebab aku pakai baju bunga-bunga malam tu. Aku masih kabur maksud "jambu" yang sebenar. Aku syak maksudnya mantap, kacak dan tampan. Haha!
Malam Jumaat lepas aku pergi Ipoh. Bertempat di dewan sekolah. Majlis makan malam bersama kawan-kawan sekolah. Bukan reunion tapi cuma perjumpaan dengan kawan-kawan lama. Bayangkan aku bersua muka semula dengan kawan-kawan yang dah terputus hubungan hampir sepuluh tahun. Dan jejakkan kaki buat pertama kali ke sekolah juga selepas sepuluh tahun. Terima kasih buat teman-teman yang masih mampu kenal aku.
Macam-macam yang kami bualkan. Perkembangan semasa. Perihal kerja. Bab rumahtangga. Sikit tentang cinta. Aku paling suka bila jumpa skandal lama. Sempat juga aku kenyit mata. Haha!
Ok. Memang macam-macam sebenarnya. Kalau aku perincikan satu persatu, kalian takkan baca tapi terus tulis komen. Sebab aku yakin akan berjela panjangnya. Mukadimahnya saja mungkin cecah lapan perenggan. Itu ikut penelitian aku sendiri. Itu belum masuk perenggan yang aku selitkan lawak jenaka aku yang aku pasti kalian akan cebik bibir sebab tak kelakar. Kalau gelak pon mungkin sebab kalian sekadar simpati. Atau sebab kalian dah jatuh hati dengan aku. Haha! Ok abaikan yang itu.
Tapi soalan yang paling kerap diajukan buat aku pasti kalian tahu.
Bila nak kahwin? Ok soalan ni dah selalu lekat dalam kepala otak. Bila dah selalu ditanya, jawapannya akan jadi macam-macam. Pelbagai.
Jadi buat kawan-kawan yang terima jawapan "Insyaallah, bulan tujuh!" dari aku, aku minta maaf. Itu dusta semata-mata. Cuma untuk buat kalian tutup mulut dan buat kalian bangga aku akan join the club. Dan buat teman-teman yang tak baca blog ini, maaf, pembohongan ini maksudnya akan berpanjangan. Kalau ada yang tanya nanti, mungkin jawapan aku "Bukan jodoh!" bakal menyusul. Ok. Sekarang aku gelak!
Aku masih tunggu gambar-gambar dari Qalif. Nanti aku letak gambar aku pakai baju bunga-bunga. Harap-haraplah. Jangan lupa puji aku jambu.
74 SINGAPURA DILANGGAR BASIKAL
4 weeks ago
38 comments:
Wow.
Sepuluh tahun tapi masih berhubung.
Hebat!
ok nti gua puji,,,, itu yg lu nak kan,,, baik..
Teruskan... Kahwin itu bukan perkara main-main, jangan cuba buat sesuatu hanya sebab ingin menyenangkan hati sebelah pihak, dan melukakan sebelah pihak. Kadang-kadang perlu berdiplomasi untuk menjaga hati semua pihak. Selamat berjaya dan berbahagia Addy.
pagi addy...
kamu memang jambu tahap 7...hehehe...
ada gambar nanti aku puji lagi....:-)
mesti sukerr merah jambuu..
FUUUYOOOOOOOOOOO
nasib baik jambu...
kalau kedongdong mau menanah..
hahahahaha
alaa edy tak yah la pikir sangat bab tawin2 ni
insyALLAH bila ada jodoh kahwin laa
yg penting selagi belum kahwin
enjoy puas, kumpul harta hepikan family...
ceewahh!! kemain den nasihat org..
jgn tkt.. pasti ada cewek2 akan mengeselnye kat edy nnt...
=)
jambu batu ke jambu air?
jambu, pipi kemerah-merahan?
:D
p/s: hari ni ada sajak baru.
Tak sabar nak tatap wajah jambumu itu... tapi, jangan ko tampal gambar baju bunga-bunga tanpa wajah lak!
jambu?
:P
bab kahwin takyah risau.
lelaki takpe kahwin lewat pon.
err.
Welcome to the club 'KJL'
Kelab Jiwa Lara
addy sangat jambu lah!
okay. sudah puji. dapat ape? haha.
Salam addy...aku tersebut nama kamu dalam komen untuk Wanita Vogue di Kuantan...sahabat maya mu itu...
Hehehe...itu juga mukaddimah komen...kamu Jambu???...benarlah itu...Jambu tu apa sebenarnya...kiut kot...comel...hehehe...apapun takrifan dan tafsiran...itu juga pujian...
Best kan jumpe kengkawan setelah satu dekad tidak bertemu...besttt!!!
kau sekolah mn dekat ipoh?
hanafana,
saya untung punya teman-teman yang masih ingat saya!
aloy,
tak payah. dah macam tak ikhlas bunyinya. haha!
nafastari,
ok. sekarang aku dah mula rasa bersalah. kau memang bang. haha!
cendana,
ya. ada gambar nanti kamu puji lagi. kalau ada lah. haha!
en_me,
suka? saya ada tshirt merah jambu. saya lelaki yang bersifat terbuka. jadi merah jambu bukan satu masalah pada saya. haha!
syazwan,
ya. masih banyak yang aku mahu capai sebelum aku melangkah jauh setapak lagi kehadapan. mungkin juga belum masanya.
menggesel? mendalam maksud kau ni. haha!
jejakaanggun,
jambu-jamba. pernah dengar?
maksu,
pipi saya tak kemerah-merahan. saya tak pakai blusher. yang perempuan pakai kat pipi tu blusher kan? maaf kalau salah. itu bukti memang saya tak pakai. haha!
sajak baru? hebat maksu!
nizam.ariff,
kamu seolah memahami bang. kalau kamu gadis sunti, mesti aku jatuh hati. haha!
farah,
ok. farah dapat anugerah komen terbaik. sebab saya paling suka komen farah. haha!
pyan,
kau dah jadi macam aku. kerap merintih. itu yang kau cakap pada aku dulu.
penguin,
kamu mahu apa? harta saya tak mampu. kalau kasih sayang mungkin boleh. haha!
wanhidayat,
kamu sebut tentang aku? puji atau keji? haha!
aku sendiri kurang faham dengan istilah jambu. nanti aku semak kamus dewan. atau aku gugel. kalau ada lah!
ya. aku untung bila kawan-kawan masih ingat aku. itu sudah mampu buat aku rasa bahagia!
siggplus,
aku sekolah biasa. bukan star, bukan anderson. bukan semua yang kau fikir. sekolah aku sekolah biasa!
mana nya gambar2 jambu kamu...janji palsu kamu...huhuhu...
jambu... hmmm... jambu.. pada saya gelaran jambu lebih terarah pada wajah yg cute... wajah comel... kan betul saya cakap addy ni comel tak nak percaya.. haaa...
k...
puji...
jambu = mach0
adikku yang jambu... jambuuu???
hi jambu...hehehe
aku nak tahu apa wahyu akan komen pasal entry ni...ahahaha
jambu.
baju bunga bunga.
harap harap memang satu pujian.
kalau sindiran sekali pun, addy tak luak juga.
haha~
kalau kau upload gambar kau, aku potong kuku jari. Serius!
wahyu...aku pun...hehehe
cendana,
sabar itu kan sebahagian dari iman. haha!
chime,
tak. tak. kawan saya cakap jambu bukan sebab cute atau comel atau yang seangkatan dengannya. tapi saya syak sebab baju bunga-bunga yang saya pakai. saya comel? aduh tak rock langsung bang. haha!
sharamli,
haha!
mel,
maksud sebenar jambu apa bang? bang chime kata maksudnya comel. macam tak kena langsung kan. haha!
cendana,
dah. dah. jangan panggil saya jambu lagi. haha!
kamu baca komen wahyudimy kat bawah!
mugiwara,
ya. aku tak hidup dek puji. aku tak mati dek keji. haha!
wahyudimy,
setakat kuku jari? angan kau tinggi sangat bro. haha!
cendana,
kalau wahyudimy terjun lombong, kamu ikut? haha!
terjun lombong...erk...aku kata...you jump I catch...macam titanic gitu...hehehe...kan jambu...ahahahaha...nite addy...:-)
bestnyer dpt jumpa kawan2 blk...huhu..err bro, emm lps letak gmbr br yana decidela bro jambu ke tak ;P HA HA HA...
Em.alaahai jwbla.kalau ada rezeki nnti dptla kad..napala org sibuk tnye soalan yg sama..sbr ek!
cendana,
haha! malam!
liyana,
ya penat dengan soalan yang sama. tapi itu juga tanda orang ambil berat. ya tak? haha!
huh, ingat kita sama sekolah di ipoh dulu... sbb sambutan 100tahun, kay turut berada di sana menjejak kasih hehehe...
(^_^)
kay,
sambutan ke seratus? haha usia sekolah saya belum cecah separuh abad pon.
bila nak kahwin?
ell,
macam sial. haha!
oo...
gambar diprofil itu kah?
jambu?, ramai lagi orang lebih jambu dari mu.jambu sesuai untuk anak ikan.kecuali lah kalo mu ni anak ikan,hah hah
ko mmg jambu r...jambu tu tandanye macho....ehehe
mugiwara,
ya. aku sendiri dah gelak!
ranziqdasar,
aku anak gajah. haha!
shima,
saya tembikai susu. haha!
suka dipanggil 'jambu' ekkk???
berjumpa kawan2 lama pasti akan banyak timbul cerita nostalgik...
ok memang jambuuuuu~ ehehehee
rushmurad,
tak suka. haha!
ya bang tepak. sekali sekala jumpa buat saya rindu cerita-cerita lama. yang tak mungkin saya mampu ulang untuk kali yang kedua.
rudy,
saya malu ni bang rudy. haha!
Post a Comment