Wednesday, December 31, 2008

Salam 2009, Wassalam 2008!

Salam buat 2009.
Tiap kali masuk tahun baru pasti ada yang pasang azam baru.
Aku juga punya azam.
Yang 2008 saja azam aku ada sembilan jumlahnya.
Setakat hari ini(31 Disember 2008), yang tercapai cuma dua.
Dua dari sembilan yang aku mahu.
Dan aku kira dalam satu hari ini takkan ada lagi azam aku yang akan tercapai.
Jadi aku carry forward(baca : bawa kedepan) azam yang tak menjadi ke 2009.
Jumlahnya sekarang aku genapkan sepuluh.
Jangan tanya apa azam aku, sebab kata J, kalau ramai yang tahu, azam takkan tercapai.

Selamat akhir tahun 2008!
Selamat tahun baru 2009!

Sembang-sembang : Malam ni lepak mana?

. . . . . . . . . .

NotaAddy : Aku dah siap pindah =)

Saturday, December 27, 2008

Perlu pindah!

Aku mula lipat lima perenam(anggaran aku sendiri, aku tak kira) baju-baju yang bergantung dalam almari.
Lagi satu perenam sengaja aku tinggalkan untuk pakai dalam 4-5 hari ni.
Itu yang elok. Yang dah pakai aku asingkan.
Kemeja lengan panjang aku atur sama dengan kemeja lengan panjang.
Yang lengan pendek aku susun sebelah.
T-shirt(baca : kemeja T) berkolar aku susun satu baris.
Yang berkolar bulat aku campur dengan V neck(baca : kolar V).
Aku susun sebelah t-shirt(baca : kemeje T) berkolar.
Jeans aku susun sesama jeans.
Seluar yang lain-lain dah aku atur sebelah.
Short pant(baca : seluar pendek) aku atur sederet dengan jeans.
Seluar kecil yang berbelas helai tu pun aku lipat cantik-cantik.
Semua aku lipat kemas-kemas.
Aku susun bersilang supaya nampak sekata dan teratur.
Supaya tak nampak berserabut walaupun bilik aku dah tunggang terbalik.
Bersepah-sepah.

Yang lain-lain masih belum aku kemas.
Aku paling tak suka bila berlaku aktiviti pindah rumah.
Tapi mahu tak mahu, aku perlu pindah.

Friday, December 26, 2008

[Laskar Pelangi] hak milik [ROMLAH]

Dalam bas ke Cappadocia aku sogok ROMLAH dan Laskar Pelangi pada kak Ja dan kak Ros.

Aku hasut kak Ja baca ROMLAH.
Dari gambar muka depan, kak Ja macam tak minat.
Sebab kak Ja buat muka kerut sambil cebik bibir.
Terlalu seksi katanya.
Aku cakap itu sebab kami(baca : lelaki) menghargai setiap inci tubuh wanita yang serba indah.
Kak Ja senyum leret.
Kak Ja baca juga.
Bila baca, kak Ja asyik senyum.
Kadang-kadang berdekah tawanya.
Sekarang kak Ja dah sibuk SMS tanya siapa Sol-Jah, siapa Sinaganaga!
Kak Ja dah mula tanya macam mana nak baca blog. Haha!

Kak Ros pun dah mula baca Laskar Pelangi sebab kak Ros tengok kak Ja leka dengan ROMLAH-nya.
Kak Ros mula jatuh cinta dengan Andrea.
Andrea penulis Laskar Pelangi. Andrea Hirata.
Aku dah mula risau bila abang N kata malam-malam kak Ros selalu buat tak layan.
Semua mungkin gara-gara cinta Andrea.
Aku keliru samada perlu rasa bersalah atau tidak!

. . . . . . . . . .

Nota : Dah baca nanti jangan lupa pulangkan ROMLAH dan Laskar Pelangi. Macam asal!

Thursday, December 25, 2008

Ho Ho Ho...

Aku tak sambut.
Aku cuma harap bila aku bangun pagi-pagi, encik Santa ada tinggalkan hadiah untuk aku dalam stokin besar yang aku gantung pada pintu bilik malam tadi.
Tapi rumah aku tiada serombong asap, jadi mungkin atas sebab tu encik Santa selalu tak datang hantar hadiah.
Sebab kata J, encik Santa tak masuk ikut pintu!

. . . . . . . . . .

Anak buah aku paling takut dengan encik Santa. Mungkin sebab perut encik Santa yang bulat melampau. Macamlah perut ayahnya tak bulat melampau-lampau. Huh!

Wednesday, December 24, 2008

Aku paling HOT [Serpihan TAG manusia tambah-tambah]

Aku kena tag lagi. Purp dan Siggplus dah lama tag aku. Aku jawab yang Siggplus punya dulu sebab yang Purp tag aku tu aku tak berapa nak faham sangat syaratnya. Tapi nanti aku jawab juga. Bosan sebenarnya, tapi sementara tunggu nak keluar minum dan lepak-lepak di NZ dengan Ell, aku jawab dulu.

[1] Do you think you're hot?
Ya aku hot. Aku panas bila aircond(baca : penghawa dingin) rosak dan aku cepat marah bila ada yang kutuk mak bapak. Aku memang hot!

[2] Upload a fav pic of you.
[3] Why do you like this pic?
Sebab aku nampak seksi. Walaupun S kata aku dah boroi, tapi gambar ni buat aku nampak seksi. Seksi pada pandangan mata aku sendiri. Pendapat orang? Matilah kena kutuk! Lagi satu, cuba tengok daun yang menguning. Aku yakin kau (ya, kau yang tengah baca!!) akan puji cantik!

[4] When was the last time you ate pizza?
Lama sangat dah. A belanja. Setiap kali keluar dengan A, menu mesti pizza. Bosan juga tapi aku malas nak bising sebab memang selalu dia yang nak belanja.

[5] The last song you listened to?
Nereye Boyle by(baca : dari) Nazan Oncel & Tarkan. Jangan tanya maksudnya sebab aku tak faham bahasa Turki =)

[6] What are you doing right now besides this?
Nak keluar lepak. Tunggu Ell SMS dulu!

[7] What name do you prefer besides yours?
Andika. Haha!

[8] People to tag :
-1- Ell
-2- Purp
-3- Chime
-4- Cendana
-5- Wanhidayat
-6- Atiqah
-7- Pemikir Lapuk (Aku dah tak boleh baca blog ko! Tolong add aku)
-8- Aiebahri

[9] Who is no.1?
Kawan aku. Dari zaman sekolah sampai sekarang dia setia jadi kawan aku. Dulu, kini dan selamanya dia tetap tinggi. Sungguh dia tinggi. Tinggi amat!

[10] No.3 is having a relationship with?
Entahlah. Tapi tulisan terbaru dia pasal kahwin. Kita tunggu dia umumkan siapa nanti. Haha!

[11] Say something about no.5
Blogger. Photographer(baca : jurugambar) mungkin, sebab gambar-gambar yang dia letak memang cun habis! Buat aku meleleh air liur bila baca tulisan dia pasal Bali. Maksud aku Bali, Indonesia bukan limau bali.

[12] How about no.4?
Dia patung yang bernyawa. Dia patung yang berjiwa. Tulisan dia kadang-kadang buat aku leka dengan khayalan sendiri.

[13] Who is no.2?
Aku mati kata-kata. Aku belajar menulis dari tulisan-tulisan yang aku baca. Dan blog dia dalam senarai wajib aku!

Dah habis.

Damn!
Ell tak SMS lagi. Janji melayu. Aku jugak yang nak kena SMS tanya!

. . . . . . . . . .

Nota : Aku tak pasti kalau kalian yang aku tag dah pernah jawab. Tugas aku cuma tag. Jawab atau tak, bukan paksaan. Langsung tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang dah arwah. Harap maklum!

Tuesday, December 23, 2008

Aku pulang dengan hati yang cuma separuh!

Aku dah pulang.
Sayap aku hampir patah.

Tapi aku cuma bawa pulang hati aku yang separuh.
Separuhnya aku tinggalkan buat cinta disana!

Saturday, December 20, 2008

Hati yang gundah

Aku masih lagi terus terbang.
Singgah menjejak bumi dan terbang tinggi kembali.
Tapi kali ini hati aku seolah terpaut.
Jiwa seakan mula jatuh cinta.
Fikiran logik mula gundah gulana.
Memilih untuk pulang atau terus disini!

Tuesday, December 16, 2008

Neuron aku mula beku macam aku.


Kali ini aku tak menulis.
Mungkin neuron-neuron dalam kepala mula beku macam aku.
Sejuk dan dingin. Sungguh!
Aku cuma paparkan ciptaan tuhan yang sempat aku rakam.

Saturday, December 13, 2008

Peringatan : Aku bukan pungguk!

(Masih cerita tentang terbang yang tak sudah)

Bulan mula rindukan aku.
Aku yakin.
Sebab mak selalu pesan percaya pada hati.
Dan hati aku pilih untuk percaya pesan mak.
Aku pasti bulan mula rindukan aku.
Jika kalian juga rindukan aku, silakan!

Aku masih terus lagi terbang.
Malah makin jauh dan makin melayang.
Sebetulnya sudah pun kembali jejak tanah.
Kemudian aku kembali kibaskan sayap untuk terus tinggi.
Tapi aku masih belum pulang.
Ironinya aku masih lagi terbang dan terus terbang.

Aku jauh di negeri orang.
Tapi aku pasti kan pulang!

. . . . . . .

Peringatan : Aku bukan pungguk!

Wednesday, December 10, 2008

Aku bukan pungguk yang rindukan bulan!

(Lagi cerita tentang terbang)

Dulu aku pernah terbang.
Dan aku kembali pulang.

Kali ini aku mahu terbang lagi.
Terbang lebih jauh dari dulu.
Bukan cuma jauh ke angkasa.
Tapi terus hilang dalam awan.
Aku mahu lama-lama hilang.
Aku mahu terbang puas.

Dan seperti selalunya, aku tetap akan pulang pada sarang!

Yang aku pinta dari bulan.
Cuma tolong rindukan aku.
(Aku bukan pungguk yang rindukan bulan, aku cuma mahu bulan rindukan aku)

Tuesday, December 09, 2008

Gadis indah yang psiko.

Dia gadis indah.
Indah dari luaran aku kira.
Cantik parasnya.
Mata besar yang bundar.
Senyumnya yang manis.
Lesung pipit yang menawan.
Lenggok tubuh mengancam.
Jari yang runcing panjang.
Suaranya juga buat aku hampir tertawan.

Tapi sayang, seribu kali sayang.
Dia gadis indah yang psiko.

Sunday, December 07, 2008

Penghargaan dari aku buat aku!

I-Chimera pernah bercerita tentang penghargaan yang kita patut bagi untuk diri sendiri.
Penghargaan sebagai tanda menghargai penat lelah sendiri.
Penghargaan yang kita kadangkala beri pada diri sendiri bila tak senang hati.

Dan hari ini aku beri penghargaan untuk diri sendiri.
Bukan sebab aku tak senang hati.
Tapi cuma sebab aku rasa dah waktunya aku menghargai diri aku.
Walaupun sebetulnya setiap waktu aku menghargai diri sendiri.
Hampir setiap hujung bulan aku hadiahkan sesuatu untuk diri aku.
Selalunya aku pakaikan sesuatu yang baru pada tubuh.
Supaya aku kelihatan baru setiap awal bulan.
Dengan harapan ada yang akan perasan.
Dan memang ada yang perasan haha!

Kali ini pun sama.
Aku betul-betul beri penghargaan buat diri sendiri.
Jeans berjenama.
Short pant(baca : seluar pendek) berjenama.
T-shirt(baca : baju T) berjenama.
T-shirt(baca : baju T) berjenama.
Aku sebut T-shirt(baca : baju T) berjenama dua kali sebab aku beli dua.
Travel bag(baca : beg melancong) juga berjenama.
Aku sengaja sebut "berjenama" tanpa sebut jenama yang aku maksudkan supaya aku tak kelihatan riak.
Walaupun kalian pasti dah pun mengutuk aku menunjuk-nunjuk bila sebut "berjenama" itu sendiri.
Persetankan!
Blog aku, suka hati akulah haha!

. . . . . . .

Malam ni aku tidur berselimutkan barang-barang berjenama baru aku.
Diulang malam ni aku tidur berselimutkan barang-barang berjenama baru aku.
Baru ok!
Maksudnya sebelum-sebelum ini pun aku beli yang berjenama haha!

. . . . . . .

Aku mimpi punya jenama sendiri!

Thursday, December 04, 2008

Aku lewat(lagi)

Hari aku agak kelam kabut.

Pagi tadi bangun lambat. Jam dah bunyi sampai hampir pecah anak telinga. Sampai mukah-mukah dipelusuk dalam telinga hampir cair cari jalan keluar. Tapi mata aku tetap juga belum mahu buka. Kerak-kerak sekeliling seolah melekat kuat tak mahu pecah. Liur basi terasa enak. Badan rasa liat. Malas. Bila pagi, baru terasa indahnya nikmat tidur!

Bila bangun, mandi dah serupa anak gadis. Basuh muka sambil kumur-kumur. Rutin harian, aku duduk sambil meneran. Dah jadi wajib. Kalau tak, nanti perut aku kurang selesa. Hampir juga terlelap. Bangun. Gosok gigi. Berus Lidah. Berus gusi. Gosok gigi(sengaja aku ulang, sebab lepas berus gusi, aku gosok gigi balik) Kemudian kumur-kumur lagi. Dan macam biasa bila pandang cermin, aku akan menung.

Itu baru suku jalan perjalanan aku untuk sampai kepada aku capai tuala untuk lap badan. Belum lagi aku mandi. Sabun badan. Cuci muka. Syampu rambut. Pakai conditioner(baca : perapi). Bercukur sana-sini. Belek-belek muka. Aduh!

Sudahnya aku masuk lewat(lagi).

Wednesday, December 03, 2008

Lagi tanpa tajuk!

Sejak-sejak ni aku jadi ketagih berblog.
Jadi ketagih membaca.
Aku jadi ketagih nak menulis.
Tapi otak jadi lembab nak berfikir!

Aku tak sabar nak sambut ulangtahun blog aku yang ke-3 macam purp!
Perlu tunggu lagi 2 tahun 8 bulan.
Lama kan?

Monday, December 01, 2008

Serpihan TAG manusia pecah kepala!

Aku telah ditag oleh Pecah Kepala : If you weren't straight, whos the celebrity(s) of the same sex would you ask for date ?

Ini kali pertama aku kena tag. Tapi aku berharap bukan soalan seumpama ini yang aku harus jawab. Tapi demi menjaga hati dan tak mengecewakan Pecah Kepala yang penat-penat tag aku(dia kata tag ini paling perlu banyak masa untuk dijawab, sebab perlu fikir yang terbaik + nak upload gambar yang kacak-kacak), aku jawab juga. Kalau kau selebriti, pasti kau yang aku pilih haha.

Ayuh!

1) George Clooney


Aku memang suka lelaki separuh abad macam abang George. Lebih matang dan tak ngada-ngada. Aku suka rambut abang George yang sikit hitam sikit putih itu. Seksi. Lihat cara dia pandang aku. Aduh!

2) Johnny Depp


Abang Johnny yang ummphh! Sebab abang Johnny misteri. Aku pernah bagitahu aku paling suka lelaki misteri? Sebab aku juga suka jadi misteri. Cuba bayangkan lanun seksi yang misteri berdiri gagah sambil pegang coklat. Mengancam kan? Aku sanggup jadi tahanan lanun ini sampai mati.

3) Robbie William


Pernah baca dalam Galaksi yang abang Robbie pernah tersenarai sebagai selebriti perut paling seksi. Haha aku suka yang perut leper berketak. Sebab perut aku tak leper dan tak berketak. Sebab tu aku suka abang Robbie. Cuma sebab perut. Oh abang Robbie!

4) Hugh Jackman


Lihat bontotnya yang awwww! Itu kata kawan-kawan perempuan office (baca : pejabat) aku yang gedik. Tapi sungguh, memang comel. Aku sengaja tak letak gambar abang Hugh posing dengan bontotnya yang seksi sebab takut ramai yang cair nanti. Risau peluang aku hilang sebelum bertindak haha!

5) M Daud Kilau


Aku harap abang Daud boleh nyanyikan aku "Cek Mek Molek" tiap malam sebelum aku tidur sambil abang Daud bergelek sampai pagi. Pedulikan perut boroi abang Daud. Aku cuma mahu dia gelek untuk aku sambil pakai baju liplap-liplapnya.

Aku cuma senaraikan lima berbanding lapan yang Pecah Kepala senaraikan. Bukan apa, sebab aku memilih jantan untuk aku date sebab aku klasifikasikan diri aku sebagai lelaki kacak. Lelaki kacak sangat memilih. Antaranya aku lah!

Dan sekarang tugas aku pula untuk tag manusia-manusia lain. Nah aku tag :

1) Wahyudimy
2) Ad Rifza
3) Mdm.Zend
4) Azie
5) Ah tok

Dan siapa-siapalah yang baca ini. Nak jawab ke tak, suka hatilah!

. . . . . . .

Aku tahu mesti kawan-kawan aku yang baca ini akan gelak guling-guling sampai pecah perut.
Malah mungkin ada yang sampai terburai isi perut dan terbelit segala jenis usus barangkali.
Pedulikan!
Aku mesti kuat!

Sunday, November 30, 2008

No title (baca: tiada tajuk)

Masih begini.
Bermenung.
Termenung.
Kosong.
Cuma rokok jadi teman.
Tapi rokok juga hilang jadi abu.
Aku?

. . . . . . .

Rokok dah cuma tinggal kotak.
Turun beli jap.

Friday, November 28, 2008

Lan Cina - Gila dan gila-gila

Dah lama tak jumpa Lan Cina.
Kami panggil Lan Cina sebab Lan macam cina.
Masa sekolah ada empat Lan.
Sebab tu semua dapat gelaran sendiri.
Ada Lan Cina yang macam cina.
Ada Lan Borak yang mulut kecoh.
Ada Lan Langgaq yang terpaksa aku rahsiakan kenapa digelar Langgaq.
Dan ada juga Lan Pakeh.
Jangan tanya kenapa pakeh, sebab aku juga belum dapat jawapan.

Lan Cina SMS ajak jumpa.
Sebab kebetulan dia di Kuala Lumpur.
Keluar minum-minum sambil bercerita tentang masa dulu-dulu.
Lan asyik kata aku makin tinggi.
Juga makin kacak.
Yang satu itu aku setuju.
Sebab memang dari dulu aku jauh lebih kacak dari Lan Cina.
Malah lebih kacak dari Lan Langgaq dan Lan Borak.
Tapi Lan Pakeh memang kacak dari aku.
Tak banyak, cuma sikit.

. . . . . . .

Kau memang gila, Lan Cina kutuk aku.
Sebab aku kata nak ajak F yang dah berlaki tengok wayang.
Aku kata aku bukan gila, cuma gila-gila.
F juga pernah kata aku gila.
Tapi H(suami F) kata aku gila-gila.
Aku anggap itu pujian.

Apa beza?, Lan Cina tanya.
Ada, aku jawab ringkas.
Apa?
Aku macam biasa, senyum leret tanpa jawab apa-apa.
Sambil hisap rokok dalam-dalam.

Thursday, November 27, 2008

Tapi mimpi tetap cuma mimpi.

Pagi dah menjengah.
Tapi malam aku belum pon bermula.
Masih terusan merangka mimpi yang aku cuba cipta sendiri.
Tapi mimpi tetap cuma mimpi.

Tuesday, November 25, 2008

Kelip-kelip

Mira baru je tengok kelip-kelip. Siap naik sampan lagi. Best!, Mira SMS.
Sampaikan pada kelip-kelip yang aku rindu, aku balas.
Siapa?, Mira SMS balik.
Aku cuma senyum. Tak Balas.

Lepas 15 minit.
Pada siapa?, SMS Mira masuk lagi. Sebab Mira tak putus asa.
Tapi kali ni aku tak senyum.
Sebab aku dah hanyut dalam mimpi aku.

Sunday, November 23, 2008

Masuk rumah baru (aku cuma duduk diam-diam)

Kawan aku masuk rumah baru.

Aku tak bantu. Langsung tak bantu. Ada jugalah bantu sikit. Cuma tolong buang sampah. Katanya aku tetamu. Tetamu tak perlu tolong. Tetamu cuma duduk diam-diam. Tetamu selalunya dimuliakan sehingga cukup tiga hari tiga malam. Sudahnya kerja aku cuma duduk diam-diam sambil tangan tekan-tekan remote control (baca : alat kawalan jauh) TV alih-alih channel (baca : saluran). Sambil mulut tak berhenti mengunyah!

Selamat masuk rumah baru buat seorang teman!

Saturday, November 22, 2008

Maaf buat CINTA !

Maafkan aku kerna aku tak mahu terus menipu.
Maafkan aku kerna aku tak berdaya terus menabur janji.
Maafkan aku kerna aku tak mampu terbitkan rasa.
Maafkan aku kerna aku terpaksa patahkan cinta.
Maafkan aku kerna menghancurkan segalanya cuma dalam satu malam.
Maafkan aku, kerna aku betul-betul tak mampu.

Jujur aku bersyukur kerna kau pernah hadir.
Terima kasih kerna pernah menghulurkan cinta.
Terima kasih kerna pernah sudi berkongsi kasih.
Terima kasih kerna pernah menabur sayang.
Terima kasih untuk semua rasa yang pernah kau ada untuk aku.
Terima kasih juga kerna memahami keputusan ini.
Walaupun pedih, aku tahu kau cukup kuat untuk terus berdiri.
Maafkan aku sayang!

Sungguh kau insan hebat.
Tapi aku yang tidak mampu beriringan.
Mungkin kerna aku bukanlah siapa-siapa.
Mungkin kerna aku cuma laki-laki biasa(terlalu biasa) yang langsung tak punya apa-apa.
Mungkin juga kerna aku cumalah aku!

Andai kau baca ini,
Maafkan aku kerna cuma mampu terus menuturkan kata maaf.
Doa aku, moga kau bertemu cinta yang lebih baik dari aku.
Moga kau bersua dia yang lebih hebat dari seribu aku.

Thursday, November 20, 2008

Singapura


Lawatan ringkas ke Singapura bersama teman.
Langsung pergi tanpa perancangan rapi.
Ringkasnya kami pergi mengejut.
Tapi happening !!

Nanti aku update!

Friday, November 14, 2008

Gerobok buruk itu.

Bila datang nanti cuba kau lihat di belakang sana.
Lihat terus pada yang lusuh selekeh dan berhabuk itu.
Lihat pada yang bergerutu, berkerak dan berdaki itu.
Lihat pada gerobok buruk yang menunggu masa untuk roboh itu.
Sebab gerobok buruk itu punya segala rahsia silam aku.

Dalam gerobok buruk itu aku simpan hati aku yang pernah rapuh.
Dalam gerobok buruk itu aku simpan titis-titis airmata aku yang hampir jatuh.
Dalam gerobok buruk itu aku letak rasa aku yang dah separuh musnah.
Dan dalam gerobok buruk itu aku campak segala kekecewaan aku.

Tapi, dalam gerobok buruk itu juga aku simpan perasaan aku yang pernah berbunga.
Dalam gerobok buruk itu juga aku tanam cinta aku pada si dia.
Dalam gerobok buruk itu juga aku susun jiwa aku yang terlukis indah.
Dan dalam gerobok buruk itu juga aku pelihara kenangan manis yang pernah ada.

Hati terlalu sayang pada gerobok buruk.
Sebab dalam gerobok buruk itu aku simpan semua.

Aku cuma mahu terus terbang

Aku mahu terbang lagi.
Nun jauh ke angkasa.
Walau hakikatnya sayap itu bukan milik aku.
Aku cuma mahu terus terbang.
Titik.

Tuesday, November 11, 2008

ROMLAH oh ROMLAH!

ROMLAH dah datang.
Aku senyum pada ROMLAH tapi langsung tiada reaksi.
Aku sentuh ROMLAH tapi langsung dia diam.
Aku peluk ROMLAH erat-erat tapi dia tetap membisu.
Aku terus dakap ROMLAH kejap-kejap.
Tak mahu lepas.
Tapi ROMLAH tetap sepi.
Tiada perasaankah ROMLAH?

ROMLAH oh ROMLAH!

ROMLAH betul-betul buat aku ghairah!

Betullah kata Sol-Jah, bukan semua perkara kita tahu tentang seseorang.

Monday, November 10, 2008

Janji yang kekal janji.

Janji sepatutnya pagi.
Aku tunggu.
Penantian aku tak sia-sia.
Dia datang.
Senyum dia buat aku sejuk.
Tiba-tiba pertemuan berlangsung terlalu singkat bila dia punya sesuatu yang perlu diuruskan.
Aku cuma senyum walaupun sebenarnya pahit.

Janji dilanjutkan ke tengah hari.
Aku senyum lagi.
Maksudnya aku setujulah.
Aku tunggu.
Dan tunggu lagi.
Hati masih sejuk, jadi aku tunggu sajalah.
Petang sikit boleh tak? I mungkin lewat, dia SMS.
Hati aku mula mengeluh.
Aku balas, baik. Dengan disertakan simbol senyum.

Aku tunggu lagi.
Sampai lewat petang.
Dimana?, aku SMS.
Kejap lagi gerak jumpa U ok, dia balas.
Aku tunggu lagi.

Lama aku tunggu.
Tiba-tiba telefon bimbit bergetar.
Dia telefon.
Aku harapkan sesuatu yang buatkan hati aku berbunga.
Kawan ajak karaoke, lewat sikit boleh?, dia tanya.
Hati aku separuh patah.
Aku cuma jawab, ok.
Walaupun sebenarnya pahitnya teramat sangat.

Tapi hati aku masih mengharap.
Aku masih juga tunggu.
Sampai malam.
Sekali lagi hati aku patah.
Tadi separuh patah.
Kini dah patah terbelah dua.
Kawan ajak pergi makan-makan, nak ikut?, dia SMS lagi.
No thanks. just have fun, aku jawab, dalam bahasa inggeris.

Dia janji jumpa aku juga, tapi mungkin lewat.
Hati aku bisik, cukuplah.
Aku dah penat tunggu.
Biarlah.
Kali ni hati aku dah berkecai pun.

Kali ini aku dah tak tunggu.
Bayangkan jam 4 pagi tiba-tiba telefon aku bergetar lagi.
Dia ajak jumpa.
Aku cuma jawab, no thank.
Gila ke apa?
Aku letak telefon.
Aku sambung tidur.
Aku mimpi jumpa Siti Nurhaliza.

Nota : Tiada klimaks kan? Klimaksnya dalam hati aku. Apa yang aku rasa. Susah nak aku terjemah.

Wednesday, November 05, 2008

Tentang aku yang dikatakan hebat

Satu,
Aku menang lagi.
S bising kenapa asyik aku yang menang.
Dan kenapa asyik dia yang kalah.
Aku jungkit bahu seolah aku sendiri tak tahu.
Dalam hati, dah memang aku hebat kan haha!
Aku menang tiga hadiah.
1-Juara Carom
2-Best Player (baca : pemain terbaik) bowling
3-Cabutan bertuah
Sepatutnya aku menang empat termasuk bowling berkumpulan.
Tapi sebab dengki kawan-kawan yang kita suka (aku pinjam KKYKS Sindiket Sol-Jah), kemenangan terpaksa dibatalkan.
Sebab aku main untuk tiga orang.
Maksudnya satu kumpulan ada empat orang sepatutnya.
Tapi disebabkan aku hebat (Kak L cakap, bukan aku yang cakap), yang tak hebat direhatkan dan aku yang hebat dikerah berusaha lebih untuk rebut kemenangan berganda.
Tapi sia-sia kan.
Aku masih tunggu hadiah-hadiah aku!
Nota : Bos buat games erat silaturrahim (kononnya) sebelum ke Medan tempoh hari.

Dua,
Aku bangun lewat.
Masuk pejabat lebih lewat sebab aku bangun pon dah lewat.
Sarapan juga sarapan paling lewat sebab aku masuk pejabat lewat disebabkan bangun lewat.
Pakai baju berkedut seribu.
Seluar tak berseterika.
Rambut tak sempat nak set up.
Hari comot aku!

Monday, November 03, 2008

Selamat malam sayang!

Mata dah separuh buka separuh tutup.
Yang nampak cuma langsung samar-samar.
Tak punya kudrat yang cukup kuat untuk lawan.
Dah cuba tapi ternyata tetap juga tewas.
Cuma mampu ucap "Selamat malam sayang!"

Kita bercumbu lagi esok sore!

A bientot!

Saturday, November 01, 2008

Satu campur satu jadi berapa?

C tanya kenapa satu di campur satu jadi dua.
Memanglah, aku jawab. Takkan jadi tiga pulak.
Tapi C kata cuba fikir betul-betul, kenapa jawabnya dua?
Kenapa tidak jawapannya satu satu?
Sebab satu campur satu jadi satu satu lah !
Kenapa jawapannya tak jadi tiga?
Kenapa perkiraan bermula dengan satu, kemudian dua?
Kenapa tidak, lepas satu, tiga? Kemudiannya baru dua?
Bodohlah, aku kutuk C.
Malas nak layan.
Soalan dia kenapa telefon dipanggil telefon pon aku masih belum jawab !

Aku tak sanggup jadi gila dalam usia muda.
Sungguh aku masih terlalu muda untuk gila macam C !

Friday, October 31, 2008

Dia yang ada dimana-mana

Dia ada di depan mata.
Dia muncul dalam mimpi.
Dia hadir dalam nafas.
Dia mengalir dalam darah.
Dia berdegup bersama jantung.
Dia wujud dalam hati.
Pendek kata dia ada dimana-mana.

Yang buat aku kurang selesa sebab dia ada dimana saja.
Aku tak senang hati kerna dia sentiasa ada.
Sampai kadang-kadang aku bingung bila dia selalu ada untuk aku.
Tak bersyukur kan?
Mungkin sebab aku mudah bosan !

Sunday, October 26, 2008

Aku yang jauh.

Aku kini jauh.
Terbang merentas angkasa.
Jauh dari ayah.
Jauh dari bonda.
Jauh dari teman-teman.
Jauh dari yang tercinta.
Jauh dari semua.
Yang dekat cuma tuhan yang maha esa.
Tapi aku jauh tak lama.
Jauh cuma seketika.

Nanti aku kembali dekat !

Thursday, October 23, 2008

Dayang-dayang yang aku sayang

Aku punya dayang.
Tepatnya dayang-dayang.
Sebab aku punya dua dayang.
Dayang-dayang aku cantik.
Dayang-dayang aku manis.
Dayang-dayang aku manja.
Dayang-dayang aku menawan.
Dayang-dayang aku punya segalanya.
Dayang-dayang aku juga banyak jasanya.
Sebab tanpa dayang-dayang, aku bukanlah siapa-siapa.

. . . . . . . . . .

Nota kaki : Aku tulis sebab nak jaga hati sebenarnya. Jangan kecoh-kecoh haha !

Wednesday, October 22, 2008

Klimaks : Aku Menang Lagi !

Bangun pagi tadi badan aku lenguh-lenguh. Hampir seluruh badan. Sendi-sendi terasa ngilu. Urat seperti berpintal kusut. Semua gara-gara bowling malam tadi. Dah lama sangat aku tak bergomol dan bermesra dengan sukan (masih dalam kategori sukan kan?) yang aku cinta ini. Masa dengan Yon dulu, dah jadi agenda utama setiap minggu. Boleh kata hampir tiga hingga empat kali seminggu. Tapi Yon selalu menang. Tapi itu pon sebab aku sengaja kalah. Waktu untuk Yon betul-betul menang atas usaha sendiri, cuma kadang-kadang dan jarang-jarang. Haha !

Sampai pejabat pun Haji Ibrahim merungut sakit-sakit badan. Sampai jari bengkak. Kami semua cuma gelak. Nampak sangat semalam Haji Ibrahim langsung tak pernah main. Puan Ida pon cakap macam tu. Tapi Puan Ida suruh diam-diam. Jangan bising-bising. Sebetulnya semua dah tahu pon.

Klimaks : Kumpulan aku kutip mata tertinggi. Aku pegang takhta bagi kategori perseorangan. Berapa jumlah jatuhan pin? Tak banyak, tak mampu pun saingi jatuhan pin Aamir. Aamir pernah main untuk peringkat kebangsaan. Tak perlu bandingkan aku dan Aamir. Yang pasti malam semalam aku yang menang. Tak kisahlah banyak atau sikit, yang pasti aku menang kan. Aku senyum lebar. Tak sabar tunggu hadiah yang bakal aku terima. Aku perlu berlatih depan cermin cara terima penghargaan dengan gaya paling mewah dan menawan haha !

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Sesi pengenalan watak :

Yon : Kawan baik aku. Tapi dia dah hilang di bawa angin.
Haji Ibrahim : Bos aku. Betul-betul bos.
Puan Ida : Bos juga, merangkap isteri Haji Ibrahim.
Aamir : Antara yang paling rapat dengan aku. Aamir tak main malam tadi.
Aku : Aku !

Tuesday, October 21, 2008

Senarai demam minggu ini.

Topik paling hangat dalam minggu ini dikalangan aku dan kawan-kawan. DEMAM !

Entah yang keberapa kali aku diserang demam lagi.
Ditambah batuk berkahak yang tak mahu surut.
Hidung asyik tersumbat. Rimas !
Mungkin sebab aku langsung tak ambil antibiotik.

Senarai demam minggu ini :

1) Aku
2) Pyan
3) Amer
4) Jimmy
5) Abang Pali
6) Nita
7) Wandi
8) Aamir
9) Kak Zie

Nota : Terfikir untuk tulis ini bila baca blog Pyan. Moga aku dan kalian cepat-cepat sembuh !

Sunday, October 19, 2008

Makan, makan dan makan sambil terus makan

Letih. Penat.
Dada aku sesak.
Perut aku berkeriut.
Penuh dengan segala macam resepi baru yang aku cuba semalam.
Perhatian !
Aku tak masak, aku cuma makan haha !

Open house (baca : rumah terbuka) rumah AP.
Dekorasi ruang rumah cantik.
Terletak. Anggun.
Laman dihias dua meja kecil tepi kolam.
Lilin kecil halus mulus disusun rapi.
Dengan lampu dipasang malap.
Romantik !
Yang kurang cuma satu.
Langsung tiada irama yang mendamaikan.
Maksud aku : muzik ~

AP buat nasi bukhara.
Aku tak pasti namanya.
Kak Y kata bukhara, aku setuju saja.
Makan dengan kari ayam juga air tangan AP.
Kari ayam AP lain, tak sama dengan kari mak.
Pekat.
Lauk tambahan, sayur campur.
Makan juga dengan rendang tok.
Sedap !

S tolong AP masak laksa sarawak (S khazanah bumi kenyalang!).
Sumpah aku tak pernah makan.
Aku pelik.
Kenapa dipanggil laksa kalau guna bihun?

Aku cuma jadi pembantu.
Jawatan tetap tukang buat air.
Koktel lah kononnya.
Nampak lekeh kan?
Tapi aku tak rasa malu.
Sebab air aku lebih laku dari nasi bukhara AP.
Lebih dapat perhatian dari laksa Sarawak S.

Nak rasa air tangan aku ?
Buat temujanji haha !

Thursday, October 16, 2008

Rasa cinta aku yang mendalam pada malam !

Malam tak suram.
Malam cuma gelap pekat.
Bukan sebab hilang matahari.
Cuma sebab hadirnya bulan.

Aku cinta pada malam.
Aku kagum dengan malam.
Bukan sebab ada bulan.
Tapi sebab ada bintang.

Lebih indah bila berteman !

Monday, October 13, 2008

Persoalan yang langsung tak pernah sudah-sudah !

Dia terus di awangan.
Bukan jauh tapi masih berlegar di tempat yang sama.
Otak terus menerus fikir.
Cari jawapan pada persoalan dari hati.
Tapi bila makin dekat pada akar.
Jawapan seolah makin menjauh !

Tuesday, October 07, 2008

Cuti yang panjang

Aku terus dirundung cemburunya orang lain.
Bukan kerna segak nan tampan.
Bukan sebab baik bahasa halus budi pekerti.
Juga bukan puncanya hati aku yang suci ini.
Tapi gara-gara cuti panjang yang aku peroleh.
Tanggal 13 baru aku kembali serabut dengan tanggungjawab sebenar.
Masih punya waktu seminggu yang panjang.

Aku mahu terus menerus leka.
Aku mahu menung dan mengelamun panjang.
Aku mahu berangan tentang yang tak pasti.
Aku mahu terus dalam fantasi aku sendiri.
Itu pun sementara aku masih cuti !

Saturday, October 04, 2008

Mercun !

Entah apa yang hebat.
Berdentum sana sini.
Bising.
Dulu aku selalu maki bila orang main.
Sebab aku jarang berpeluang main.
Mak marah.
Ayah larang keras.
Tok tak suka.
Cuma kadang-kadang curi-curi.
Tapi tadi baru habiskan semua stok mercun yang pak cik dan pak su bawa.



Aku maki diri sendiri !

Thursday, October 02, 2008

Idulfitri

02 Oktober 2008.
Malam makin lewat. Hampir merangkak ke pagi.
Maksudnya sudah masuk idulfitri kedua untuk tahun ini.
Yang lain sudah lena ditelan mimpi (hampir semua).
Mata belum sedia labuhkan kelopak.
Badan penat, cuma mata belum betul-betul letih mungkin.
Mungkin masih terus mahu hayati indahnya syawal.
Gelap malam kelihatan cantik, walau tanpa bulan.
Ada sebenarnya, cuma tak penuh.
Tapi bertemankan bintang yang juga tak terang.
Entah apa yang silap.
Semua nampak malap dan kusam.

Perut berkeriut, bukan minta diisikan.
Tapi seolah menjerit mahu segera dikosongkan.
Penuh dengan segala macam.
Masuk semua tanpa sebarang alasan.
Mungkin sebab dendam menahan itu ini hampir sebulan.
Hampir sebulan bukan maksudnya puasa yang tidak lengkap.
Cuma kadang-kadang aku tak mampu menahan semua.
Sempat bertemankan syaitan tika berbuka dulu.
Mungkin sebab itu aku tak pernah kenyang kan?

Tadi, sebelum malam datang, hari terasa panjang.
Dari pagi langsung tak putus yang datang.
Letih dan penat melayan.
Pelbagai dan bermacam karenah manusia.
Tapi syukur,
Berkesempatan bertemu muka saudara yang tak tahu wujudnya.
Berpeluang ketemu teman lama yang lama menghilang.
Cuma yang kurangnya, aku tak lagi diberi peluang untuk terima sampul duit raya.
Aku senyum lagi.

Salam idulfitri.
Maaf zahir dan batin.

Nota : Nanti aku sambung lagi tentang edisi idulfitri. Titik.

Wednesday, September 24, 2008

Basuh

Bosan betul.
Langsung tiada pilihan.
Terpaksa luangkan masa mengadap khazanah yang menimbun.
Duduk bersimpuh (aku tak mampu bersila lagi) atas lantai basah.
Sental dengan sabun cap trojan yang aku main ambil tepi pintu tadi.
Sabun aku dah habis.
Geram.
Semua gara-gara mesin basuh.
Ada tapi macam takda !

Aku cuma sempat basuh seluar kecik saja tadi haha !
Penat.

Tuesday, September 23, 2008

Kuala Lumpur dilanda banjir besar.

Dah nak masuk hari Rabu.
Aku nak bercerita tentang Sabtu lepas.
Sabtu yang .... entah apa perkataan yang sesuai.

Bersama teman menyusuri jalan Tunku Abdul Rahman yang panjang.
Bila bosan, memaksa kaki ke Sogo.
Menyusul pula ke KLCC.
Sempat berbuka di Big Papa John. Sedap !
Akhirnya ke Jalan Petaling (baca Petaling Street).
Semua tempat perasaan aku sama.
Penuh dan sesak dengan manusia yang pelbagai.
Sibuk memilih itu dan ini.
Kereta motor kiri kanan.
Bersimpang siur tak tersusun.
Langsung tak kemas. Berselerak.
Penuh dan padat dengan manusia.
Aku cuma pandang kosong.
Niat tadi nak turut sama terbantut.
Tak sanggup nak bersesak berhimpit sama.
Akhirnya hari aku sia-sia.
Balik dengan tangan kosong.
Tak beli apa yang sepatutnya.

Kuala Lumpur umpama dilanda banjir besar.
Banjir yang maha dahsyat.
Banjir dengan lautan manusia yang berjuta.
Aku tak kira satu persatu, anggaran dari pandangan mata cuma.

Nota kaki : Bukan balik dengan tangan kosong sebetulnya. Aku cuma sempat beli jeans di KLCC.

(Ini baru Sabtu, yang Ahad belum lagi!)

Sarsi dan kerepek murah

Semalam boss ajak berbuka di Concorde KLIA.
Ramai yang ikut.
Dengar kata, budak-budak airport yang cun pon ramai.
Tapi aku tolak sambil senyum.
Ada janji alasannya.
Sebetulnya aku malas.

Balik rumah.
Baring-baring terus lelap.
Sedar-sedar dah 8.30 malam.
Aku berbuka cuma dengan sarsi yang aku beli di UO (murah, tak sampai 2 MYR sebotol).
Dan kerepek yang klien bagi.

Kesimpulannya,
Aku tolak berbuka mewah di hotel hanya untuk sarsi dan kerepek murah !

Monday, September 22, 2008

Kebah kembali hangat !

Letih.
Penat.
Tak berdaya.
Aku perlu rehat yang cukup.
Perlu tidur yang lena.
Betul-betul nyenyak.
Lingkaran hitam pada mata dah makin menebal.
Maksu cakap macam jerangkung.
Hidung kembali berair.
Aku alah pada asap.
Alah pada yang berhabuk walau sikit.
Badan yang baru kebah kembali hangat.
Seksanya rasa bila tak mampu buat apa-apa.
Aku bosan asyik baring dan baring.

Ya tuhan !
Pelihara aku daripada malapetaka.

. . . . . . .

Asyik merungut pasal perkara yang sama kan?
Apa boleh buat, dah itu yang aku rasa.
Aku gelak.

Thursday, September 18, 2008

Demam kebah tapi mata kian merah

Demam baru kebah. Tekak dah sikit selesa. Tiada lagi batuk yang menggila. Mukus yang mencair dah mula surut. Aku separuh selesa dengan tubuh.

Tapi yang sikit terpesong, dua bola mata yang kian merah. S kata mungkin sebab aku obses dengan pc (baca : komputer).

. . . . . . .

R saran aku guna Visine tapi langsung tak menampakkan hasil. Mata aku masih lagi gatal !

Wednesday, September 17, 2008

Cinta dan Kecewa

Malam sudah gelap, pekat, hitam dan legam. Entah apa lagi perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan betapa malam sudah terlalu lewat. Baru aku perasan maksud untuk lewat dan lambat sebenarnya hampir sama tapi berbeza. Faham maksud aku? Malam tak boleh "malam sudah lambat" sebab bahasa dan bunyinya agak sedikit pelik tapi "malam sudah lewat" yang sebetulnya. Tapi bukan persoalan lambat atau lewat yang ingin aku bicarakan. Sesuatu yang lain dan jauh dari itu sebenarnya.

Aku sambung. Malam sudah pun terlalu lewat. Paling tepat mungkin awal pagi. Jarum pendek sudah diantara angka 3 dan 4. Lebih hampir pada 4. Jarum bilah panjang sudah cecah angka 10. Dah terlalu lewat, tapi mata masih lagi segar (sebenarnya hampir layu, tapi aku perlu tulis ini).

Baru selesai berbicara panjang dengan K. Aku pernah suka K. Malah mungkin juga masih sukakan K. Rasanya bukan mungkin, tapi pasti. Ya, aku memang suka K. Malah sebenarnya lebih dari suka. Entah sudah masuk persoalan cinta ataupun tidak, yang itu aku belum betul-betul pasti. Aku keliru sendiri.

K bercerita tentang cintanya yang hadir untuk seseorang. Berputik di sebuah surau. Indah bukan. Pintu hati K terbuka untuk dia. K sukakan dia. K sayangkan dia. K kasihkan dia. Malah K mengaku tanpa segan silu yang K cintakan dia di depan aku. Aku tumpang gembira walaupun sebenarnya hati bagai baru disiat-siat halus dan dicincang hancur. Aku gembira akhirnya pintu hati K terbuka untuk menerima cinta. Tapi belum pun cukup bibir aku mengukir senyum, K kata cintanya ditolak. Sebabnya biarlah antara aku dan K. Aku cuma diam. Aku cuma dengar luahan rasa kecewa K. Aku tak mampu bantu, aku cuma mampu dengar K. Maafkan aku !

Aku juga pernah kecewa. K tolak aku bulat-bulat. Mentah-mentah. K tolak aku seketul-seketul tanpa apa-apa alasan. Aku cuma mampu terima keputusan K. Aku juga harap K mampu sediakan hatinya untuk terima keputusan sang cintanya dengan hati terbuka. Memang pedih K, tapi lebih pedih bila cinta sudah menjalar jauh tapi akhirnya kecewa.

Pedih bukan bila kita jatuh cinta pada yang tak sepatutnya ?

Tuesday, September 16, 2008

Cuma catatan hati

Berteleku.

Mengadap kiblat.

Bersimpuh rapat mahu bertemu tuhan.

Tangan keduanya menadah langit.

Mata pejam erat.

Hati cuma untuk-Nya.

Air mata mengalir deras.

Bukan sedih, tapi bersyukur dengan kebesaran yang maha Esa.

Monday, September 15, 2008

Kosong

Dia kata dia sunyi.
Aku kata cari teman.

Dia kata dah jumpa.
Aku kata baguslah.

Dia kata tetap sama.
Aku kata cuba berubah.

Dia kata dah usaha.
Aku kata kerja keras.

Dia kata dah penat.
Aku kata cuba lagi.

Dia kata tiada hasil.
Aku kata jangan mengalah.

Dia mengeluh panjang.
Aku diam terus.

Tapi dia tetap kata dia kosong.

Tiada apa yang terisi.

Ada dimata tapi dihati tetap sama.

Kosong langsung.

Aku termenung kosong.

Sunday, September 14, 2008

Los Dan Faun !

Los dan Faun.
Tiba giliran naskah baru dari Afdlin Shauki sekali lagi untuk keluar panggung !
Sekali lagi Afdlin akan kacau bilaukan arena perfileman.
Bikin huru-hara en.kodok !
Tak percaya ?
Dah tonton filem-filem Afdlin sebelum-sebelum ini ?
Aku paling suka gandingan Afdlin bersama Hans, AC dan Awie. Menjadi !

Los dan Faun akan muncul.
Belum lagi, cuma tunggu 04 Disember depan.

Bikin gempak di http://afdlinshauki.blogspot.com
atau laman rasmi Los dan Faun di http://www.losdanfaun.com

Aku juga tak sabar tunggu Papadom !

Saturday, September 13, 2008

Sesi Bual Bicara

Program : Sesi Bual Bicara
Ahli Panel : Sahabat
Tempat : NZ Curry House, Wangsa Maju
Masa : 10.30 malam - 02.00 pagi

Sesi bermula dengan mukadimah dari sahabat. Banyak perkara dibualkan. Dari yang sekecil zarah sehingga sebesar umat. Dari yang bulat sehingga ke segala bentuk molukel. Dari agenda suka ria kepada perjuangan sejagat. Dari kisah sahabat kepada indahnya cinta. Padat. Lengkap. Kemas. Terlalu banyak yang boleh dikongsi sebenarnya.

Tapi yang aku mahu kongsi cuma satu. Aku paling tertarik tentang topik "Mengenali". Sahabat sarankan aku guna perkataan ini. Mudah dan mendalam. Banyak yang dibualkan. Berjela hujah dan fakta yang diperdebatkan. Hasilnya aku hampir mengenali diri aku sendiri sepenuhnya. Juga kata sahabat bagaimana kita mampu buat orang lain untuk lebih mengenali kita sebagaimana kita. Juga bagaimana untuk kita lebih memahami insan lain. Dan aku yakin dia juga mahu lebih mengenali cinta hati yang baru usianya 3 hari. Cintanya yang berusia 3 hari(bukan jatuh cinta pada budak berusia 3 hari).

. . . . . . .

Confirm ramadhan tahun depan aku berbuka seorang diri. Tolong carikan seseorang buat aku !

. . . . . . .

Terima kasih buat sahabat, Muhammad khairul Anwar Mat Azidin untuk nasihat. Kau dah makin pandai bercakap kan sekarang =)

Friday, September 12, 2008

Airport duty !

Semalam ke airport hantar klien. Yang menghantar lebih ramai dari yang pergi. Biasalah.

. . . . . . .

Tiba waktu masuk ke balai berlepas. Kami tunggu klien masuk satu persatu. Tiba-tiba dengar suara si kecil menyanyikan lagu "Percaya pada diri, dengan harapan dan keyakinan.....". Aku lupa tajuknya.

Ramai tergelak. Penangan Akademi Fantasia cukup besar !

Bila ditanya, "sebab mama bawa beg macam mama Rina dalam AF dulu!".

. . . . . . .

Sepanjang balik, aku senyum sendiri.

Wednesday, September 10, 2008

Asap dan sawang.

Asap berkepul penuh ruang bilik. Asyik merokok. Entah apa yang nikmat, kata Sopi. Tapi bila dapat sedut pangkal coklat yang hujung putihnya dibakar tu dalam-dalam, tarik sampai masuk seluruh rongga paru dan kemudiannya lepaskan asapnya keluar dari ruang mulut dan salur nafas perlahan-lahan... lega ! Situlah letaknya nikmat merokok. Tanyalah perokok kalau masih tak percaya.

. . . . . . .

Bilik aku kerap bersawang. Aku baru tahu yang asap rokok juga punca sawang beranak pinak. Sungguh aku baru tahu !
Nak jadikan bilik aku, ZON DILARANG MEROKOK !

. . . . . . .

Abang A, balik dari Spain nanti jangan lupa lagi satu katon !

Kali ketiga

Mata belum lagi mahu labuhkan kelopak. Fikiran masih belum sedia pilih mimpi buat hidangan malam yang sudah pun gelap pekat. Hati ngilu meracau entah apa. Kepala pusing berputar bermacam arah. Tekak meloya seperti mau muntah. Semua sebab badan yang dirasuk. Aku demam kali ketiga dalam dua bulan.

Tuesday, September 09, 2008

Batuk yang kong kong kong

Kepala pusing.

Anak tekak gatal asyik batuk kong kong kong (kenapa kong kong kong, tanya hati).

Abang A kata "nanti aku hadiah dunhill lagi satu katon!"

Mood untuk kerja juga hilang.

Kebetulan boss keluar.

Itu dikira anugerah tak terhingga.

Antara tanggungjawab esok dan keinginan malam ini.

Tanggungjawab esok menunggu.

Tapi keinginan malam ini terus melambai.

Aku harus tidur.

Tinggalkan keinginan malam ini demi tanggungjawab esok.

Maafkan aku malam, jumpa malam di malam esok !

10 tahun bezanya.

Angka 10.
Dulunya cuma angka normal yang biasa aku lihat.
Angka yang tak pernah aku ambil peduli.
Langsung tak pernah aku endah.
Malah pernah aku membenci angka.
Bukan cuma 10, tapi juga 11, 24, 56, 87, 136 dan yang lainnya (aku lemah ilmu hisab).

10 yang aku maksudkan bukannya 10 apa.
Tapi jangkamasa.
Bukannya 10 hari.
Bukan juga 10 minggu.
Malah bukan 10 bulan tapi 10 tahun sebenarnya.

Ya ! 10 tahun.
Tanggal 12 Julai 2008 aku kembali menatap wajah-wajah 10 tahun dulunya.
Wajah yang dulunya berhingus, kini bersih molek pipinya.
Wajah yang dulunya hitam hangit, kini putih dek pembersih muka jenama.
Wajah yang dulunya keanakan, kini menginjak dewasa.
Wajah yang dulunya comot, kini dah tampan jelita.

Ya masih lagi 10 tahun.
Susuk yang asalnya kecil segala, dah pun besar benggala.
Susuk yang asalnya kering, dah pun tampak bergaya.
Susuk yang asalnya rata, dah pun punya bentuknya.
Malah susuk yang asal bak kerengga, kini dah sebesar gorila.

1998 !
2008 !
Ya, 10 tahun bezanya...


Terima kasih buat teman-teman yang masih punya rasa untuk terus berjumpa dan berbicara !

Monday, September 08, 2008

Melayu by Allahyarham Dato' Usman Awang

Aku bukan penggemar sajak.
Aku juga bukan pencinta puisi sang pujangga.
Tapi aku seperti sedikit tertarik dengan yang satu ini.
Paling ketaranya rangkap pertama.
Aku cuma senyum bila baca tentang realitinya melayu yang kemelayuan.
Aku juga melayu. Melayu yang memang kemelayuan !

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Aceh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah, mualaf bertarkrif Melayu
(Setelah di sunat anunya itu)

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur senantiasa disambut
Luka pun tidak berparut

Baiknya hati Melayu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran:

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorong jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulam daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Bagaimana Melayu abad dua puluh satu??
Masih tunduk tersipu-sipu??
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin pada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bjaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi TUAN di negara merdeka

Hasil Karya
Allahyarham Dato' Usman Awang
Sasterawan Negara.

Sunday, September 07, 2008

Online bagai nak gila.


daily routine : online, online, online dan online.

imagine i was online for 10 hours ++.

Dia ...

Dia dan aku umpama isi dengan kuku.
Dia dengan aku sudah seperti aur dengan tebing.
Dia dan aku juga sudah macam nasi dan lauk.
Juga dalam bahasa lebih eksotik, sudah seperti laki bini (aku guna perkataan laki bini sebab lebih umpph).
Terlalu rapat.
Malah intim.
Lebih dari itu barangkali kalau diamati sedalamnya.

Asal keluar, pasti ada dia.
Mahu ke pejabat, dia teman aku.
Balik juga sama, dia tak jemu ikut aku.
Minggu lepas, kelmarin, semalam, malam tadi, hampir setiap masa.
Dia paling setia dengan aku.
Mungkin dia lebih setia dari seorang kekasih.

Dia buat aku basah kuyup, kata teman aku terjun laut.
Aku cuma mampu senyum sebab aku tak marah dia.
Walau kadang-kadang hati merungut tapi aku tak pernah jelek dengan dia.
Sebab kalau lambat masuk office(baca : pejabat), alasan aku semua sebab dia.

Kata orang tua, mungkin dia rahmat dari yang maha esa.
Mungkin dia memang betul-betul rahmat untuk aku.



Nota kaki : dia = hujan.

Cuma catatan biasa

Semua catatan dibawah merupakan koleksi tulisan penulis sebelum-sebelum ini.

Disalin dari laman lama yang kurang efektif (kononnya lah, aku kurang tahu berbahasa manis dan bererti).

Maaf, aku cuma belum punya waktu dan buah fikiran yang bagus serta berkualiti (berkualiti dari persepsi aku sendiri dan bukan orang lain) untuk dicurahkan disini.

Pulang

Puasnya langsung tak terasa.

Hakikatnya seminggu bagaikan sehari cuma.

Jujurnya aku belum puas dibumi sendiri.

Rindu terlalu tebal dan tingkatnya tinggi amat.

Tapi aku harus pulang.

Ya, aku masih manusia yang punya hak untuk memilih.

Tapi kadang-kadang situasi memaksa aku memilih jalan tengah.

Memilih untuk tidak memilih tepatnya.

Sungai Petani, aku pulang !

Kuala Lumpur, tunggu aku !

created on May 31st, 2008 (copy from my old blog)

Bahagia

Episod 1 :

Bukan semua yang menggembirakan hati itu terbaik untuk diri, kadang-kadang yang gembira itu tersembunyi derita.

Dan bukan semua yang memualkan itu buruk untuk diri, kadang-kadang disitulah letaknya bahagia.

Episod 2 :

Kadang-kadang kegembiraan yang datang kita sangka bahagia tapi bila dilepaskan, ternyata kita lebih bahagia.

Mungkin hidup tanpa kegembiraan yang kita sangka bahagia adalah lebih baik untuk kita.

created on March 3rd, 2008 (copy from my old blog)

Lelaki vs Wanita

" Lelaki yang baik adalah lelaki yang tahu menghormati wanita. Tapi wanita yang baik adalah wanita yang tahu memonopoli lelaki "

Firasat seorang teman.

Aku memilih cuma untuk mendengar dan cuba tak ambil peduli samada bersetuju ataupun tidak.


created on January 28th, 2008 (copy from my old blog)

Hilang 2 !

Hilang semuanya.

Hilang yang dekat.

Hilang yang jauh.

Betul-betul kehilangan.

Hilang semua cuma dalam sedetik.

Bertahun masa dicipta untuk membina.

Namun cuma perlu sesaat untuk hilang
semuanya.

created on January 28th, 2008 (copy from my old blog)

Mulut aku mula berbuih. Tapi bukan sawan!

Dah berkali-kali aku bersuara. Dah berpuluh malah beratus kali mungkin mulut aku asyik menuturkan perkara yang sama. Tapi keadaannya masih jugak serupa. Langsung tiada perubahan. Walaupun harapan aku cuma sedikit. Tak banyak. Cuma sedikit.

Aku tak mengharapkan sesuatu yang terlalu drastik. Tapi tolonglah!!

Aku masih boleh bertolak ansur pada yang tak kemas. Tapi aku alergik pada yang kotor. Lebih alergik pada pengotor. Nak aku perincikan maksud aku? Nanti ramai yang muntah!

Membuatkan aku terfikir untuk pindah.

created on December 21st, 2007 (copy from my old blog)

Pasrah

Terlalu banyak yang terjadi.

Macam-macam yang berlaku.

Tak mampu nak menulis.

Malah untuk berdiri sendiri sekalipon.

created on Disember 14th, 2007 (copy from my old blog)

Disember yang...

Yong sms khabarkan fatimah zahra nak kahwin.

01 Dis kalau tak silap.

Di Putrajaya.

Mungkin aku pergi.

Mungkin tak.

Tengok keadaan.

Noni (panggilan untuk fatimah zahra) kawan sejak darjah 1 tapi aku kurang rapat.

Lebih rapat dengan yong.

Yong kakak aku.

Ninie jemput jugak.

Ninie dah kahwin hampir 2 bulan.

Cuma kali ni bersanding.

02 Dis 2007.

Ninie kawan kolej dulu.

Perempuan paling rapat dengan aku.

Ramai yang kata kami bercinta.

Mungkin jugak.

Cuma kami yang tahu.

Minta aku jadi pengapit.

Terlalu berharap.

Tapi aku terpaksa kecewakan Ninie.

Aku tak dapat cuti.

Maaf Ninie.

Cuma aku doakan yang terbaik.

Dunia akhirat.

09 Dis pon kawan aku kahwin.

Kawan lama.

Aku kurang kenal.

Macam kawan atas kawan jugak.

Ramai yang ajak pergi.

Tengoklah.

15 Dis pon kawan aku kahwin.

Esoknya 16 Dis kawan aku kahwin lagi.

Semua kawan-kawan macam buat musim.

Pakat-pakat kahwin sebelum hujung tahun.

Aku bukan cemburu.

Jauh sekali kecil hati.

Cuma kadang-kadang tertekan bila ramai yang asyik tanya aku bila lagi.

Mak ayah pon pernah tanya.

Mungkin bukan terus pada aku.

Adik-adik selalu jadi mangsa.

Tolong !

Aku belum bersedia !

created on November 27th, 2007 (copy from my old blog)

Amarah Yang Maha Dahsyat

Telinga berdesing.

Kerak-kerak mula mencair.

Meleleh keluar.

Jijik.

Memualkan.

Meloyakan anak tekak.

Dia cuba tutup rongga-rongga yang terbuka.

Semua kerna kedengaran suara sang betina.

Kerana bahasa-bahasa bodoh.

Kerana tutur yang menyakitkan.

Kerana kata yang bagai menghiris ( kalian faham bukan kalau perempuan yang menuturkan ).

Hati cuba tenang.

Cuba menyusun udara yang masuk agar teratur.

Menahan ombak nafas yang hampir menggila.

Tapi ternyata dia tewas.

Cuba membalas juga dengan kata-kata pedas.

Suara bergetar.

Tangan mula menggigil.

Itu tandanya dia sudah betul-betul dilanda amarah yang maha dahsyat.

Nota : dia itu aku !

created on November 13th, 2007 (copy from my old blog)

Masjid, lelaki dan gila.

Tadi solat jumaat.

Entah apa masjidnya.

Sebelum Jalan Cochrane.

Hampir dengan bulatan Kampung Pandan.

Seusai solat, nampak seorang lelaki separuh bogel ( separuh bukan sepenuh ).

Masih berpakaian.

Cuma berseluar. Melondeh ke punggong.

Kotor. Maaf tapi aku cuma berkata yang benar.

Bersandar dekat Unser aku ( aku cuma tumpang ).

Aku tenung dalam-dalam risau Unser diapa-apakan.

Tiba-tiba si lelaki tengking.

"Apa tengok-tengok? Ingat aku gila ?"

Jujur aku terkejut.

Takut sebenarnya.

Dia berlalu.

Tapi aku yakin memang dia gila.

Tapi kenapa yang gila selalu marah bila dikatakan gila.

Tapi aku tak kata.

Aku cuma lihat.

Pandangan aku tak melahirkan sesuatu yang mampu didengar.

created on November 2nd, 2007 (copy from my old blog)

Kita selalu bangga...

Kita bangga bila Dr Sheikh Muszaphar naik ke angkasa !

Kita bangga bila Datin Paduka Sharifah Mazlina redah kutub utara !

Kita bangga bila Dato’ Mansor mengharung lautan dunia !

Kita selalu bangga dengan kejayaan orang..

Sehingga kadang-kadang kita lupa untuk bangga dengan diri sendiri.

created on October 31st, 2007 (copy from my old blog)

Simpul

hidup terus bersimpul.

cuba cari pangkal.

cari hujung.

buntu !

renung dalam-dalam.

cari.

dan terus mencari.

cari sesuatu yang aku sendiri tak pasti !!!

created on October 2nd, 2007 (copy from my old blog)

Hilang !

Betul kata pyan, bila hilang sesuatu barulah kita akan lebih menghargai..

Tanggal 21 sept 2007.. Ayah telefon dari kampung. "Adie sabar banyak-banyak. Tok dah takde". Terasa seluruh saluran darah seolah tersumbat. Tak punya ruang yang cukup luas untuk mengalir laju. Dada terasa sesak. Nafas seakan mahu terhenti. Mulut terkunci tak mampu ucapkan sesuatu yang boleh buat ayah sedikit lega. Kaki terasa lemah. Seolah mahu pitam. "Adie sabar banyak-banyak, kalau boleh, balik la". Sambung ayah. Jujurnya air mata aku menitik…

Nanti aku sambung. Tak mampu tahan sebak !

created on October 2nd, 2007 (copy from my old blog)

Mak !

Pyan !

Mak kau punya hati yang mulia.
Ita jugak bertuah.
Bertuah punya insan yang sudi mencurah kasih.
Aku sepenuh hati yakin dia pasti bersyukur.
Malah terlalu bersyukur.
Yang teramat.
Betul kata kau.
Mungkin yang kehilangan lebih memahami akan hakikat kehilangan itu.

Mak aku jugak hatinya mulia.
Tulus.
Aku mula rindukan mak.
Aku banyak dosa pada mak.
Aku kategorikan diri sebagai anak derhaka.
Sunggoh !
Berkali-kali aku keluarkan bunyi "ahh" pada mak.
Aku tak pernah hargai mak.
Mak selalu marah.
Dan aku kerap merungut.
Mak selalu meletar.
Aku hentak kaki tanda protes.
Hempas pintu tunjuk amarah.
Aku pernah buat mak menangis.
Kadang-kadang aku rasa mak tak pernah sayang aku.
Ayah pernah tegur.
Selalu sangat.
Kata ayah, mak bukan orang yang akan pamer sayang.
Kasih mak dari dalam.
Tapi aku melenting.
Dosa pada ayah pon dah terlalu berat.

Tapi bila aku sendiri begini.
Aku mula rindukan mak.
Jugak ayah.
Aku mula rindu leteran mak.
Aku nak mak marah aku.
Aku suka mak bising.
Aku lebih suka dengar suara mak pekik dari terus sunyi.

Sekarang.
Aku dah mula mampu berfikir waras.
Kenapa mak marah.
Apa sebab mak leter.
Punca mak bising-bising.
Aku mula mengerti maksud semua.
Aku mula faham erti hidup.
Semua dari apa yang aku lalui dengan mak.
Mak banyak mengajar aku.
Aku baru pandai menafsir kasih mak.
Sayangnya ibu pada anak.
Aku mula faham.
Betul-betul faham.

24 Julai 2007.
24 tahun dulu mak lahirkan aku.
Tahun ni mak sms aku.
Ucap selamat hari lahir.
Aku terkejut.
Sunggoh !
Pertama kali dalam hidup mak ucap selamat hari lahir.
Jujur air mata aku menitik.
Aku mula hargai mak.
Dan aku nak seluruh dunia tahu aku punya mak yang berhati mulia..

created on September 13th, 2007 (copy from my old blog)

Rasanya aku mula jatuh cinta...

Rasanya aku mula jatuh cinta…

Pada seorang kawan. Mungkin juga seorang teman. Pada seorang yang aku yakin bisa jadi sahabat yang setia (definisi aku tentang istilah kawan, teman dan sahabat sangat berbeza).

Tapi aku jadi takut. Takut perhubungan yang wujud terus hilang hanya kerna rasa cinta yang hadir dalam hati. Bukan takut pada kata-kata yang mungkin mampu buat aku kecewa, cuma harga persahabatan yang dihulur terlalu berharga dan istimewa. Sungguh!!! Terlalu istimewa…

Mungkin memendam perasan baik untuk aku. Menyimpan rasa yang datang walaupun kadangkala buat aku sukar untuk bernafas. Yang kadang-kadang buat aku rasa kehilangan walaupun pada hakikatnya aku belum pun mampu pegang hatinya…

created on April 23, 2007 (copy from my old blog)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...