Sunday, October 19, 2008

Makan, makan dan makan sambil terus makan

Letih. Penat.
Dada aku sesak.
Perut aku berkeriut.
Penuh dengan segala macam resepi baru yang aku cuba semalam.
Perhatian !
Aku tak masak, aku cuma makan haha !

Open house (baca : rumah terbuka) rumah AP.
Dekorasi ruang rumah cantik.
Terletak. Anggun.
Laman dihias dua meja kecil tepi kolam.
Lilin kecil halus mulus disusun rapi.
Dengan lampu dipasang malap.
Romantik !
Yang kurang cuma satu.
Langsung tiada irama yang mendamaikan.
Maksud aku : muzik ~

AP buat nasi bukhara.
Aku tak pasti namanya.
Kak Y kata bukhara, aku setuju saja.
Makan dengan kari ayam juga air tangan AP.
Kari ayam AP lain, tak sama dengan kari mak.
Pekat.
Lauk tambahan, sayur campur.
Makan juga dengan rendang tok.
Sedap !

S tolong AP masak laksa sarawak (S khazanah bumi kenyalang!).
Sumpah aku tak pernah makan.
Aku pelik.
Kenapa dipanggil laksa kalau guna bihun?

Aku cuma jadi pembantu.
Jawatan tetap tukang buat air.
Koktel lah kononnya.
Nampak lekeh kan?
Tapi aku tak rasa malu.
Sebab air aku lebih laku dari nasi bukhara AP.
Lebih dapat perhatian dari laksa Sarawak S.

Nak rasa air tangan aku ?
Buat temujanji haha !

8 comments:

ryanD said...

aku paling suka makan. tak pernah jemu bila di ajak makan.

Mdm.Zend said...

makan lah kamu sebelum kamu dimakamkan....hihihi...lawak x bodoh...

DarcyDiaries said...

Makan? Ikut mood..
Skang demam...tak lalu makan, ingat kat orang...

adaliciOus said...

nak rasa koktel idaman ramai tu..haha

Pecah Kepala said...

koktel cendol satu.

addyaholix said...

ryanD,
aku tak pernah tak suka makan!

mdm,
makan untuk hidup atau hidup untuk makan?

darcy,
aku juga ingat seseorang. kawan aku, sebab dia kuat makan haha!

adalicious,
call talian bebas tol untuk tempahan haha!

pecah kepala,
koktel aku tak guna cendol. tapi guna lemon dan pudina. dengar macam best kan? haha

Zanariah said...

pos 1 kek den air tangan aTok tuh..huhuhu~ pastikan setem anda mencukupi..kang x sampai kek umah den lak..

Anonymous said...

terima la keunikan laksa sarawak. jgn dipersoal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...