Wednesday, October 22, 2008

Klimaks : Aku Menang Lagi !

Bangun pagi tadi badan aku lenguh-lenguh. Hampir seluruh badan. Sendi-sendi terasa ngilu. Urat seperti berpintal kusut. Semua gara-gara bowling malam tadi. Dah lama sangat aku tak bergomol dan bermesra dengan sukan (masih dalam kategori sukan kan?) yang aku cinta ini. Masa dengan Yon dulu, dah jadi agenda utama setiap minggu. Boleh kata hampir tiga hingga empat kali seminggu. Tapi Yon selalu menang. Tapi itu pon sebab aku sengaja kalah. Waktu untuk Yon betul-betul menang atas usaha sendiri, cuma kadang-kadang dan jarang-jarang. Haha !

Sampai pejabat pun Haji Ibrahim merungut sakit-sakit badan. Sampai jari bengkak. Kami semua cuma gelak. Nampak sangat semalam Haji Ibrahim langsung tak pernah main. Puan Ida pon cakap macam tu. Tapi Puan Ida suruh diam-diam. Jangan bising-bising. Sebetulnya semua dah tahu pon.

Klimaks : Kumpulan aku kutip mata tertinggi. Aku pegang takhta bagi kategori perseorangan. Berapa jumlah jatuhan pin? Tak banyak, tak mampu pun saingi jatuhan pin Aamir. Aamir pernah main untuk peringkat kebangsaan. Tak perlu bandingkan aku dan Aamir. Yang pasti malam semalam aku yang menang. Tak kisahlah banyak atau sikit, yang pasti aku menang kan. Aku senyum lebar. Tak sabar tunggu hadiah yang bakal aku terima. Aku perlu berlatih depan cermin cara terima penghargaan dengan gaya paling mewah dan menawan haha !

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Sesi pengenalan watak :

Yon : Kawan baik aku. Tapi dia dah hilang di bawa angin.
Haji Ibrahim : Bos aku. Betul-betul bos.
Puan Ida : Bos juga, merangkap isteri Haji Ibrahim.
Aamir : Antara yang paling rapat dengan aku. Aamir tak main malam tadi.
Aku : Aku !

3 comments:

Zanariah said...

berbaloi lenguh2 badan..dpt adiah lak tu!besh wOooOo..tahniah2!!ape adiah nyer aTok?sebijik motobot ka?nak itotttttttt.......... =)

Mdm.Zend said...

Saje-saje je suka dtg sini...nak dengor celoteh orang muda-muda...nanti nenek ketinggalan info pulak....x lama lagi nak bertambah cucu pulak....susah nak jaga cucu zaman cyber nih...nak kene tau kartun Ben ten lah...mailey Syruss lah..sib baik nenek dia suka scopion jer..sejak pinggang x berapa nak kuat nih..x exercise lah set bowling nenek bawah katil tu... hihi

addyaholix said...

zana,
aku masih dalam proses tuntut hadiah. aku dah nampak kotaknya. yang belum tahu cuma isinya haha !

mdm,
dah lama sangat tak main. tapi bila dah berbakat memang sentiasa menang mdm haha !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...