Wednesday, September 16, 2009

Pesan buat sahabat

Fiq,
Kenapa perlu kau buang cinta kalau itu yang kau cari?
Kenapa perlu kau campak sayang kalau itu yang kau mahu?
Kenapa perlu kau nafi rindu kalau itu yang kau damba?

Perasaan itu tak perlu kau hilangkan cuma kerana mahu menjaga hati, kawan.
Kadang-kadang kau perlu pentingkan diri untuk sesuatu yang kau sendiri perlukan.

Aku betul-betul harap kau baca yang ini. Titik.

41 comments:

Mr Final said...

eh.. sape fiq?

baincardin said...

Jangan buang yg terbaik kalau itu yg terbaik bagi diri sendiri dan org lain juga. Selamat kesemuanya ya.

mugiwara said...

antara kawan dan kekasih?

aduh!
sudah macam cerita hindi pula.



[susah juga mahu komen bila sendiri tiada pengalaman]

Unknown said...

Perasaan itu tak perlu kau hilangkan cuma kerana mahu menjaga hati........

broAddy

saya sedang berfikir mengenai ayat ni..

Min said...

tapi kadang-kadang hati tak kesampaian melukakan..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

aduhai~

moga hatinya terbuka~

moga dia bakal mengerti dengan sedaya upaya~

blackpurple @ jowopinter said...

Fiq rocker tu ke? he he.

yg_indah said...

ini complicated:)

baincardin said...

Addy, Bain belajar HDR tu kat sini:-

http://kotakitam.com/2009/02/10/right-brain-feeds-01-amazing-hdr-photos/

Di situ, kamu pilih mana² HDR link yg kamu suka utk download. then boleh cuba² eksperimen HDR on mana² photos.

Sudah Bain cuba berkali² utk dapat kesan sehebat HDR dari Dave Hill tapi, belum lagi sampai ke tahap tu. Masih byk yg perlu dieksperimenkan. ^_^

Enjoy!

farah said...

situasi begini agak sukar.

memilih di antara kekasih dan teman.

isk.

Nizam.Ariff said...

Tu la Fiqah, aku dah cakap, Addy mesti terasa punya...

hahaha...

said...

(T_T) nama saya bukan FIQ....

adik ku...SALAM LEBARAN BUAT KAMOO SEKELUARGA....kenang kakak mu ini selalu....hehhehhehe

Wanpetunjuk said...

.....berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.....

Kenapa kita cari cinta?
Kenapa kita cari sayang?
Kenapa kita rasa rindu?

Bukankan ini semua mekanisme kepada kebahagiaan...

Addy,

Jika Fiq benar2 butuhkan kebahagiaan, membuang cinta, mencampak sayang dan menafikan rindu juga boleh membuatkan dia bahagia!...

...Aku semakin tidak faham dan tidak mengerti cerita perasaan...

biarlah ia ke dasar...tenggelam!

eqbalzack said...

padat dan tersirat....

artisticklytouch said...

masih belum mendapat izin-Nya. Ada hikmah yang menunggu untuk muncul...nantikan saja dengan sabar.

Anonymous said...

sebab cinta perlu dua hati. kalau sebelah hati je yang dambakan cinta, rindu, sebelah lagi dah tak perlukan semua itu, susah.

tasekM said...

fiq tu laki ke pompuan dy? :)

Aloy Paradoks said...

sbb apa buang?
sbb dulu perlu,, skrg tak perlu.

kimisai said...

Fiq,
kalau kau mentelaah komen ku:



kalau kita pilih kawn, kita ada semua..

cinta
kasih
sayang
KAWAN

kalau kita pilih kekasih???

cinta
kasih
sayang


bkn sng kekasih nk jd kawan,
Tetapi kawan mgkin mnjd kekasih..




"berkawan bia seribu, bercinta biar satu"

tapi jgn sebab satu tu hilang seribu...

Yana Ismail said...

Alaahai..btol tu..jangan pksa diri tolak sesuatu yg btol2 diperlukan..alaahai dgr tak fiq? ;)

Bro,slmt hari raya..huhu maaf zahir batin...jmptla ke rumah..ahaks..!

jumpa kt klawang tk tegur mmg sombong..hahaha;P

Anonymous said...

kawan dan cinta bersatu
apatah lagi kerana cinta hadir demi kawan, tetapi jika cinta berbelah bahagi antara kawan, biarkan cinta dilepaskan,biar kawan tidak jadi lawan.

Lebih sakit jika cinta ditolak oleh seorang kawan.

Kerana, kawan tidak salah menjadi cinta.

kimisai said...

nak cakap lagi...



***********************************
mcam main bola,
lu skor 1 wa kosong,
pastu wa skor 1 lu tak skor dah,
kita seri,

lu skor 2 wa 1,
wa skor balik 1,
kita seri,

lu skor la berapa pun,
wa pun skor la bejuta pun,
tapi bila di luar padang,
anggap la ianya hanya permainan,
jadikannya 0-0 balik,
walaupun hakikatnya,
lu mungkin 5,
wa mungkin 0,

lu mungkin 0,
wa pulak 5..6..7..8...,
tapi bila dah keluar padang,
0-0 balik..

apa salahnya....



SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI
MAAF ZAHIR BATIN
0-0 ok..!!
***********************************

green said...

berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia..

= . =

baincardin said...

Selamat Hari Raya ya Addy! dan maaf zahir batin. ^_^

cik orenlili said...

wah. terkagum jap baca.

ASH said...

ye..aku baca nih..

FIQ
Yang fake

He he

Mak Su said...

jgn terlalu menongkah arus, betul tak?

addy, maksu ingin minta maaf zahir dan batin, selamat hari aidilfitri :)

Keri AlHaj said...

kadang-kadang kita kena buang jugak apa yg kita cari setelah kita sedari kita tak perlukan apa yg kita cari tu...

kadang2 kita kena campak jugak apa yg kita mahu kalau apa yg kita mahu tu bukan apa yang kita perlu..

kadang2 kita kena nafikan jugak apa yg kita damba sebab dlm keadaan tertentu kita tak tahu apa sebenarnya yg kita dambakan...

Walau apa pun, pentingkan diri sendiri tu memang perlu ada. Hanya dgn cara itu baru kita akan berusaha pertahankan hak kita...

Huda Luna said...

erm.

kadang-kanag memang patut pentingkan diri sendiri.
tapi bile tersepit, kawan yang di pilh.


titik jugak.


p/s : abg ADDY..tengok adik abg tuh!geram betul!oka..hal dlm fb melalut sampai ke sini pulak.

Pyanhabib said...

selamat hari raya!

Andrew N said...

Selamat hari raya addy... mohon maaf zahir batin... duit raya mananya??

Ajami Hashim said...

Salaam Aidilfitri utk kau skuarga jugak dik! muahh! :-)

addyaholix said...

mr final,
dia seorang kawan.

bain,
itu yang selalu saya pesan. tapi dia degil.

mugiwara,
sepatutnya fiq boleh memilih keduanya. tak perlu memilih salah satu.

jinggo,
kerana terlalu menjaga hati orang lain, kadang kita mengabaikan hati sendiri.

perempuanku,
kerna hati yang itu suci.

zara,
hati terangnya mahu. tapi tubuh seolah seperti harus menolak jauh.

purp,
kalau karaoke memang dia champion =)

yg_indah,
tak semudah yang kita lihat.

bain,
terima kasih bain. saya dah cuba-cuba tengok. dan belajar. harap hasilnya bagus nanti. terima kasih ya bain =)

farah,
saya agak kurang setuju sebenarnya kalau fiq terpaksa memilih.

nizam.ariff,
siapa fiqah? kau ni memandai-mandai je bang nizam. haha!

yanie,
salam idulfitri kak yani gebu!

dayat,
kerna aku yakin bukan itu yang fiq mahu. tapi dia seolah terpaksa untuk buang semua rasa yang ada demi sebuah persahabatan yang pada aku langsung tak dihargai.
kamu bukan tidak faham, tapi kamu seolah menafikan dan cuba mencampaknya jauh dari diri kamu sendiri dayat.

eqbalzack,
itu yang didalam hati fiq.

art,
ya saya sering lupa. mungkin itu yang Dia mahu untuk fiq.

...,
cinta yang ini hatinya dah bersatu. cuma kerna hati lain, keduanya seolah terpaksa berpisah jauh.

addyaholix said...

tasikmerah,
lelaki.

aloy,
sebab seorang sahabat. sebab kasihnya pada seorang yang bernama kawan.

kimisai,
aku faham maksud kau. tapi mungkin kali ini fiq patut dikecualikan. kadang-kadang fiq perlu buat keputusan untuk diri sendiri. untuk kebahagiaan sendiri. sampai bila perlu meruntuhkan kebahagiaan sendiri semata mahu lihat sahabat gembira?

liyana,
selamat hari raya yana. maaf zahir batin. esok buat-buat terserempak kat klawang nak? haha!

paradoks,
salam lebaran maaf zahir batin.

duwenk,
kadang kau perlu lawan untuk cinta. kalaupun lawan itu kawan. maksud aku sesetengah situasi.

kimisai,
point kau nak ucap raya saja kan? haha! salam aidilfitri maaf zahir batin kimi!

green,
demi cinta kan?

bain,
selamat hari raya bain dan myra. maaf zahir batin. tahun ni dah raya berdua kan? berebut balik mana tahun ni bain? haha!

orenlili,
terima kasih!

ashley,
fiq itu wujud. dia sahabat saya. dan saya harap dia baca komen kalian.

maksu,
tapi kadang-kadang perlu maksu. salam idulfitri maksu!

chime,
fiq tahu apa yang dia mahu. cuma dia beralah dengan perasaan sendiri bila tahu kawan akan kecewa. tapi sampai bila?

miszluna,
kita akan selalu punya pilihan kan.
p/s:ketuk kepala sikit. haha!

pyanhabib,
selamat hari raya bang pyan. raya mana?

mel,
salam idulfitri bang mel. maaf zahir batin. mana lama menghilang? kalau boleh, invite saya untuk view blog abang boleh?

ajami,
terima kasih bang. salam aidilfitri maaf zahir batin juga buat abang sekeluarga. amin!

theblabber said...

huh, aku sangat lemah bila rindu datang menyerang..haha.

selamat hari raya addy!!

patungcendana said...

jangan pilih...diam sahaja...

Kay said...

salam,
apakhabar....
(^_^)

fyzi said...

apa2 pun kte kena pentingkan kwn coz nanti apa2 kte mgadu dekat kwn gak.

slmt ari ry

ceri masam said...

addy, selamat hari raya...

ttg fiq tu, biarlah dia sj yang komen

vidadarisakura said...

kenapa fiq,
kenapa?
lalala

addyaholix said...

miezi,
sebab tu aku pernah cakap rindu itu mampu membunuh. haha!
salam idulfitri miezi. seronok raya di tempat orang?

cendana,
kali ni fiq perlu memilih.

kay,
salam kak. alhamdulillah saya baik. terima kasih kak kay. salam idulfitri!

fyziviruss,
tapi kadang-kadang kita perlu berfikir tentang diri sendiri. salam idulfitri!

oneluv,
selamat hari raya kak nurul. saya harap fiq dah ada keputusan sendiri.

vidadarisakura,
fiq jatuh cinta gamaknya. haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...