Thursday, August 27, 2009

Pesan aku pada malam.

Malam, tambat aku dalam tidur.
Agar lena terus panjang.

Tidur, sembunyi aku dalam mimpi.
Agar cinta terus indah.

Mimpi, kejut aku dalam bahagia.
Agar hidup terus ke syurga.

Bahagia, kekallah!



NotaAddy : Ada aku cakap yang aku pindah lagi? Ya, aku pindah lagi.

29 comments:

siggplus said...

kemana pulak pindah ni

vidadarisakura said...

hepi pindah day.hee

amirnazrin said...

pindah?kompom lu tak suka housemate baru.hahah.

jejaka anggun said...

pindah lagik????

ASH said...

hidup ini pun hanya satu persinggahan..dan kita pastinya seorang yang NOMAD!

sharamli said...

pindah lgi?

Ad Rifza said...

Moga bahagia itu kekal berpanjangan sampai bila2..bukannya satu cerita persembunyian mimpi dalam tidur yang panjang...
..Kejutkan diri agar sedar dan melihat realitinya hidup yang nyata..

mugiwara said...

betul?
dari mimpi boleh beri bahagia?

aku pun mahu cuba.
juga berharap ia kekal.

baincardin said...

pindah mana tu bro?

Anonymous said...

aku bukan seorang saterawan negra...aku xpaham ko cakap aper...

Nizam.Ariff said...

Ooo...

Mimpi, kejutkan Addy untuk bersahur...

jumapx said...

owh..moga terus bahagia bila kamu bangun nanti ya...:)


p/s: salam ramadhan addy...

yg_indah said...

kalau mimpi indah memang tak mahu bangun.Tapi sentiasa terjaga bukan pada waktu yang sesuai (anti klimaks).

addyaholix said...

siggplus,
aku takkan berhenti selagi tak jumpa syurga. haha!

vidadarisakura,
haha. kau dah tahu lama kan?

amirnazrin,
kompom gua tak suka. tambah-tambah budak botak. haha!

jejakaanggun,
ya. aku pindah lagi. aku akan selalu mencari yang lebih baik. takkan berhenti.

ashley,
hijrah itu kan dituntut kak =)

sharamli,
ya. saya pindah lagi.

adrifza,
bukan nasib semua manusia untuk selalu punya bahagia =)

mugiwara,
mimpi cuma mampu beri kau bahagia yang sementara. bila jaga, akan hilang semua. kau perlu berhadapan dengan yang nyata.

bain,
masih di taman yang sama bain. cuma rumahnya berbeza. dan teman-teman yang baru.

irwan,
kau tak perlu jadi sasterawan negara untuk faham!

nizam.ariff,
aku jarang sahur bang. mimpi selalu mengalah bila aku dapat yang indah-indah. haha!

jumain,
bila bangun, kamu perlu hadapi yang nyata. takkan ada lagi ilusi yang serupa mimpi. dan cari sesuatu yang namanya bahagia.
salam ramadhan jumain!

yg_indah,
kacau daun kan? haha!

Min said...

indah..

AiE bAhRi said...

Moga bahagia itu kekal bro..

pindah mana lg?

en_me said...

pindah mana bah.. janji masyukk kanns

Mak Su said...

kebahagian senantiasa ada di sisimu :)

Rozita said...

berdoa lah agar bahagia itu menjadi milik abadi

patungcendana said...

perlu berusaha untuk kekalkan kebahagiaan...:-)

Kay said...

insyaallah bahagia itu
akan kekal selamanya...
dgn usaha & doa.
(^_^) bangun bersahur yer!

w said...

aku suka yg ini.

ps: pindah mana?

addyaholix said...

min,
terima kasih min. juga untuk invitation tu =)

aiebahri,
terima kasih. aku pindah masih dalam daerah yang sama.

en_me,
apa yang masyuk en_me? pindah rumah, bukan kerja.

maksu,
salah satu kebahagian saya bila maksu tak jadi tutup blog =)

rozita,
insyaallah. dan terima kasih!

cendana,
usaha, doa dan tawakkal.

kay,
saya jarang bangun sahur. sepanjang puasa ni, baru sekali sahur. itupun sebab merayap dari malam sampai pagi dengan kawan-kawan =)

wahyudimy,
terima kasih. aku pindah dalam kawasan wangsa maju jugak. taman yang sama.

AieSha said...

aku pun harap bahagia yang kekal.

Anonymous said...

jenguk2.. lame tak singahh,,

DarcyDiaries said...

Ermm...pindah, happy & bahagia!
Untung!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

pindah mana bang?

ikut~

addyaholix said...

aieakaike,
kita cuma berharap. yang tentukan cumalah Dia.

duwenk,
terima kasih.

darcy,
kita semua beruntung.

zara,
pindah mencari hati =)

tasekM said...

aku gembira bila lihat kamu bahagia dek.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...