Persahabatan itu bukan putus. Tak pernah putus. Itu cuma mungkin perkataan yang aku dan kau guna bila kita dah tak lagi sehaluan. Bila kita saling merasa benar dan menyalahkan antara satu sama lain. Bila kita mengambil keputusan untuk terus bermasam muka dan tak bertegur sapa. Bila kita mula meluaskan jarak dan mengasingkan diri ke hujung dunia. Bila kita hampir membuang jauh-jauh semua yang kita bina cuma kerana sedikit salah faham dan cerita dusta.
Sungguh persahabatan itu bukan putus. Langsung tak pernah putus. Aku selalu ingatkan pada hati, persahabatan mana yang tak diuji tuhan. Perhubungan mana yang tak ditimpa onar dan badai. Pertalian mana yang semuanya cuma putih bersih tanpa sedikit palit hitam.
Sungguh persahabatan itu memang langsung tidak pernah putus. Mungkin ia cuma luka. Luka yang sedikit parah, dan yang darahnya mengalir lama. Dan kini aku yakin ia makin pulih!
Sahabat, terima kasih kerna memulakan langkah pertama. Terima kasih kerna berani membuang ego ketepi dan melakukan yang satu ini. Terima kasih kerna masih mahu meneruskan apa yang kita cuba akhiri lama hampir tiga tahun dulu. Ayuh kita pelihara semula yang pernah kita bina dulu. Kita susun semula yang pernah kita kongsi bersama dulu. Kita atur semula perjalanan kita yang masih belum punya noktah dulu. Dan aku akan selalu harap takkan ada langsung titik di penghujungnya. Moga tuhan selalu pelihara.
NotaAddy : Tunggu aku balik SP nanti kita lepak. Banyak perkara aku nak cerita. Banyak benda perlu kita sembang =p
Saturday, July 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
33 comments:
acecece dpt bunga plak...hehe
slalunya ssh 0rg nak buang eg0 dlm diri..
selalunya, selepas perginya pahit, terserlah rasa manis..
selamat bercuti,bro!
persahabatan itu
bagaikan tangan dan mata...
saat tangan terluka,
mata menangis,
saat mata menangis,
tangan menghapus air matanya...
bro..
semoga persahabatan kita takkan putus bro~
^_^
aku gembira untuk kau...:-)
Terharu...
Lu berkasih sayang ke bro?
Okay. Sampai, miscall.
tak ada istilah putus kawan dlm hidup aku.aku pun tak pernah masam muka dgn kawan.baik atau jahat seorang kawan, dia tetap kawan.dr yang menyelinap di malam gelap sembelih india,sampai tok imam masjid.cuma perlu pandai pilih yang mana satu sahabat.
S.A.H.A.B.A.T,Satu ungkapan yang amat bermakna bagi orang yang tahu menghargainya..malah..ada yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi sahabat.Baginya sahabat adalah segala-galanya.tanpanya hidup tak akan sempurna..rasa resah..gelisah..sentiasa menyelubungi diri..tetapi sejauh manakah seseorang itu dapat menjalinkan satu ikatan persahabatan yang ikhlas?
Berkawan memanglah mudah tetapi untuk mengamalkan ciri2 seorang sahabat begitu sukar sekali.Dalam menjalinkan persahabatan,seseorang itu harus seharusnya mempunyai cara yang tersendiri bagi merealisasikan keinginan untuk menjadi sahabat yang disegani dan dihormati.Syarat utama untuk menjadi seorang sahabat yang sebenar ialah ikhlas dan jujur..Tanpa keikhlasan dan kejujuran, sikap saling percaya dan mempercayai tidak akan wujud dalam diri masing2..
Bukan mudah untuk menjadi seorang sahabat yang benar2 memahami kehendak naluri kita..kalau ada pun mungkin 1 di antara 1001 orang itu..Maka beruntunglah bagi mereka yang memiliki sahabat sebegitu...
Dan..memang mudah untuk mencari seorang kawan tetapi begitu sukar untuk mencari seorang sahabat apatah lagi untuk mencari seorang teman..
agagaga...dapat bunga seh..
ni ko tujukan kat ku ka???
=p
Alhamdulillah, akhirnya semua dah makin pulih... tak kiralah siapa yg mula memulihkannya. harapannya agar ikatan terlerai dulu akan makin kukuh... seksa yg disebabkan dendam akan terubat jugak...
cuma saya ni, entah bilalah yg terlerai dulu akan terikat semula... buat masa ni saya tak mampu lagi rendahkan rasa ego memulakn siturahim kembali - saya manusia biasa....
apa-apa pun. saya gembira juga utk addy. errr... nak bercuti ke??
selamat bersahabat....kembali!
bertengkar, berbeza pendapat tu biasalah... kalau tak ada tu tak best ler hidup
salam..moga ukhwah sentiasa berpanjangan....
nk sekuntum bunga~
nak nak!haha
^_~
SAHABAT bukan beribu tapi cuma satu, bukan sementara, tapi selamanya,bukan untuk dimusuhi,tapi disayangi, bukan untuk di lupai tapi diingati, bukan hanya di sini tapi dimana2, bukan setakat ini tapi untuk selama-lamanya... :-)
tunpang gembira
bagusla kalau dah begitu..:)
bila ada luka, hubungan itu sudah bukan seperti dulu.
luka sembuh, parut masih kekal.
sampai sekarang aku masih menyesal~
wah, dapat bunga!
tak semua orang mampu membuang ego dalam diri.
moga persahabatan kalian kekal selamanya!
:)
nice blog ! sahabat tu ibarat sebutir mutiara..susah nk dpt..
Pertahankan.... sahabat itu indah....
** NOTA UNTUK ADDY : Addy, naper abg chime locked blog dia....uwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... gtau dia ek orang nk dia invite org.***
bunga tewww.. sweetnyerr
tu bunga ke buah naga?
:p
Sahabat adalah sebahagian dari jiwa..
siggplus,
bukan aku dapat. aku enterframe je. haha!
sharamli,
saya antaranya.
adibah,
manis tu lebih kita hargai bila kita pernah rasa kelatnya pahit.
kay,
terima kasih kak. moga persahabatan kami juga begitu. walau parutnya jelas ada.
zara,
ya moga-moga =)
cendana,
terima kasih cendana!
nizam.ariff,
kasih sayang pada seorang kawan. kau jangan nak jatuhkan saham aku bang. haha!
pakcik luar otak,
gua miscall lu tak balas lah pakcik. haha!
amirnazrin,
aku dikelilingi kawan-kawan yang aku sendiri tak jangka karenahnya. yang kadang buat aku gembira, yang kadang buat aku pening kepala, dan kadang buat aku tersentak dengan perkara yang aku sendiri tak sangka. aku tak pernah pilih untuk putus kawan. aku yakin itu juga dari Dia.
aiebahri,
terima kasih aie. aku cuba menjadi kawan yang terbaik. tapi aku tak mampu memaksa orang selesa dengan aku. aku cuma mampu cuba. dan aku juga harap kau akan selesa bersahabat dengan aku.
itu bunga yang kawan aku dapat. aku cuma tumpang. haha!
syazwan,
nak jugak. ok aku tuju kat kau. haha!
chime,
terima kasih bang chime. saya juga tak sekuat itu. terima kasih untuk sahabat saya yang memulakan langkah pertama. nak harap saya yang mula, rasanya memang takkan. sebab saya terlalu keras hati bang chime. susah untuk saya beralah atas perkara yang saya yakin saya benar. macam bang chime kata, saya juga manusia biasa.
ya bang chime. saya bercuti seminggu. tapi tak kemana-mana pon. saya cuma mahu rehat.
ashley,
terima kasih kak. kita juga sahabat kan? sahabat maya. haha!
luffy,
ya. aku anggap itu dugaan berteman. biar ada warnanya.
arsaili,
terima kasih bang!
anakcikmad,
belilah. haha!
secangkir madu merah,
sahabat saya lebih dari satu. dan saya harap ia kekal sampai bila-bila.
lavender,
terima kasih!
kadok,
terima kasih bang kadok!
mugiwara,
aku hilang semua kawan aku sebab satu peristiwa. dan sekarang aku terima kembali salam silaturrahim cuma dari salah seorang daripadanya. ya parutnya kekal. bersahabat takkan mampu serupa dulu. tapi aku syukur, Dia masih beri peluang untuk aku.
nuyuljana,
ya. itu juga doa saya.
anifas,
seribu butir permata pon takkan sama nilainya dengan seorang sahabat. terima kasih anifas. salam perkenalan dari addyaholix!
sufiidany,
terlalu indah sufi.
** ok sufi, nanti saya bagitahu abang chime ok =)
en_me,
nak ke en_me? haha!
tasikmerah,
kak tasik sangat kreatif. anggap saja buah naga. haha!
min,
sahabat itu segala-galanya!
bercuti seminggu tapi tak kemana-mana.. birthday addy bulan ni kan?? bila ek...
alah sufi tu, semalam saya private sekejap je blog saya... atas sebab2 yg tak disengajakan. kejap je...
dan ya. dslr dah hancusss... tensen mcm nak histeria tarik-tarik rambut sendiri huhuhuh... bukan murah2 tu.. hadoiii, sabor jelah.
chime,
ya saya tak ke mana-mana. tapi jumaat mungkin ke kuantan. abang chime bukan kuantan kan? kalau kuantan boleh lah saya jumpa abang nanti =)
ya bulan ni. dengan rasa tak malu saya umumkan bahawa tarikhnya adalah lusa. kalau setakat tanya tapi takde hadia mana best bang. set issey miyaki pon ok jugak. saya jenis tak kisah bang chime. haha!
bab dslr hancur tu saya tak terkata bang. kalau saya, mahunya pengsan seminggu dua jugak. aduh la. takde rezeki namanya tu bang chime. sabar sajalah!
nice entry...
saya faham erti bersahabat..
sanggup buat apa sahaja demi sahabatnya..
walau terluka, walau terguris..kan tetap setia dengan sahabatnya...
sedih sahabatnya..sedihlah dia..gembira sahabatnya..dia sama gembira...
jujur, ikhlas dan percaya..
kerana saya percaya..sahabat adalah segala- galanya...
selamat bersahabat...
gambar nampak 'jambu' lah. hehe
anastasia,
sahabat yang sanggup melukakan hati kita demi kebaikan semua yang paling susah kita cari kan?
kimi,
nampak jambu? kan bunga tu. haha!
....addy, kalaulah semua orang mempunyai fikiran macam kau......tentang hal ini...dan itu!
Post a Comment