Thursday, July 09, 2009

Mimpikan aku malam nanti!

Aku makin samar. Bukan apa-apa, aku masih aku yang sama. Cuma yang di dalam sedikit berkocak. Tapi itu juga nikmat kan. Hari-hari aku makin hebat, cuma aku selalu lupa yang hidup ini bukan macam mimpi. Dari situ aku mula belajar. Belajar membezakan yang nyata dan sebaliknya. Tapi kadang-kadang, yang mimpi itu buat aku senyum. Dan aku suka begitu. Walau cuma mimpi tapi sekurang-kurangnya ada sedikit harapan. Dan mungkin sikit rasa bahagia.

Bulan, mimpikan aku malam nanti!

NotaAddy : Yang mati itu kadang lebih untung, dapat merasa nikmat hidup dan nikmat mati. Titik.

28 comments:

wanhidayat said...

Errrmmmm......

Samar dengan perkara yang samar. Siapa ada jawapan untuk itu?. Kalau yang di dalam sudah berkocak, makanya ada rama-rama sedang menggeletek dalam perut kamu addy.

Yang indah hanya tampak di luar, yang di dalam sudah bernanah. Mahu sekali dicari penawar tapi penawar juga hasilnya racun.....

Bulan...aku mahu bercinta dengan kamu....

yg_indah said...

harapan buat kita berusaha, dan bahagia ada di hujung,walau apa pun hasil usaha kita.

mugiwara said...

deja vu~

macam dah baca entri kau yang ini entah bila.

jangan kata aku dah mimpikan kau!

simpang!

[ketawa]

sharamli said...

nak mati ?
xnak kan?

tasikmerah said...

aku nk mimpikan kamu bulih...? hehehe....



.

Princess Liyana said...

kalau mimpi best..mstilah bestkan;)huhu

Anonymous said...

btl..
sllu gak pk mati best..

ye la smntra xde tanggungan..
ase utang PTPTN pon kira burn, pasal yg jd guarant0r arwah my fathr..

smntara xbnyak d0sa..
ase if id0p 40 thn lg pon lom tntu bnyk amal dr d0sa, tho cita2 tu ada..

tp,klu dija xde..
cian mak n cian dia..

hrmm,mlm ni nk mkn sm smbil borak2 ngan mak la..
lm kang lak nk mmp guling2 kat ti0man ngan dia..

jgn tb2 muka addy yg muncul da la..
nitemare la jwbnya..

=p

jumapx said...

aku juga suka mimpi...
tapi mimpi yang indah2 saja...

:)



namun realitinya...
mimpi hanya sekdar mimpi...
itu yang pasti...!



p/s: andai berani hidup mengapa harus takut mati...;( dua2 juga nimat dunia kan...

Mak Su said...

mimpi2 maksu sangat mengelirukan lately

AiE bAhRi said...

Bro Addy,
Semoga kau mimpi2 yang indah malam ini.Aku yakin ada seseorang yang hadir untuk berkongsi suka duka kehidupan bersama.Aku tumpang gembira.

Bro,nikmat mati itu hanya orang yang telah mati itu sahaja yang merasa.Jika baik matinya mungkin akan nikmat tapi bagi yang tak cukup amal,adakah ianya juga akan merasa nikmat mati jugak?
Tentunya tidak bukan?kita yang masih hidup ini harap2 dapat menggunakan nikmat hidup ini dengan sebaiknya supaya kita juga akan merasa nikmat mati dengan lebih nikmat!

patungcendana said...

mahu bulan mimpikan kau?

kau tak mimpikan bulan ke?

mr.syazwan said...

"tanpa mimpi, hidup tidak bermakna"
ceewahh..
hahaha..

masa mimpi tu
ada yg bocor x???
kha3...

anakcikmad said...

harap-harap si bulan mimpikan sy jugak!!!

ehe

^_^

ZARA 札拉 said...

kalau aku mau mimpikan kamu boleh bang?

chimera said...

mimpi... satu keberuntungan andai dapat satu yg nikmat.. hmmm, nikmat mungkin nikmat yg itu... tapi apa pun jenis kenikmatan yg hanya dpt melalui mimpi - akan memberi rasa senang bika terjaga... atau rasa marah juga kenapa mesti terjaga ketika sedang menikmati yg nikmat...

tapi kenikmatan bukan hanya boleh diperolehi melalui mimpi walaupun selalunya mimpi itu nikmat... kebijaksanaan boleh membuatkan realiti lebih nikmat berbanding mimpi...

dan yg mati itu juga ramai juga yg dlm kerugian kerana keberuntungan itu hanya akan diperolehi oleh yg benar2 sedia menghadapinya... bekalan yg cukup... rindu yg hebat pd Sang Pencipta...

Malam tadi... mimpi saya - tentang satu pagi. sebuah mimpi tanpa pelaku, mungkin hanya ada aku yg sedang menatap selembar foto lembut di satu pagi yg berkabut...
Bila tersedar - terasa dingin yg seolah menghembus dari pagi dalam mimi tersebut..
Saya tak pasti itu mimpi yg nikmat atau apa. yg pasti saya mahu sambung lelapkan mata kembali utk mencari akhir cerita mimpi itu, tapi... hmmm, ternyata tak dapat disambung lagi...

mimpi....

aloy_paradoks said...

sbb lu dah titik,,, tak boleh komen la..

anaklaut said...

salam..addyaholix,

semua ini dugaan yang allah swt bagi pada saya..saya redha..alhamdulillah..

tq so much..

Nizam.Ariff said...

Bulan ada tapak kaki Neil Armstrong. Hati-hati, jangan terpijak bekas tapak kakinya. Nanti kamu masuk dalam mimpi dia pula. Dan waduh! Dia sedang bermimpi bintang, seterumu itu ...

DarcyDiaries said...

U.N.T.U.N.G!

LaDy_ZeRa said...

mimpi + realiti = fantasi

=))

CAHAYA said...

Bangun. Kerja. Tido. Bangun lagi. Kerja lagi. Tido lagi. Sama. Tiada apa yang beza. Tahu2 dah tengah bulan. Orang kata kalau sama je boring kan? Boring la jugak. Tapi tiada warna2 lain yg datang. Hanya hitam dan putih je.

Nafastari said...

Kalau mimpi boleh buat kamu jadi bahagia, bermimpilah selalu. Ia percuma dan boleh buat kamu jadi bahagia. Semoga kamu bahagia selalu.

adibah said...

ada juga yang rasa marah, bila mimpi indah.. marah kerana terjaga.. teringin nak sambung mimpi lagi..

~~~ kay ~~~ said...

(^_^)

addyaholix said...

dayat,
rama-rama yang menggeletek itu maksudnya bahagia atau kecewa? tapi bila rama-rama, aku kira jawabnya pasti yang indah-indah barangkali..
yang tersurat mampu dilihat, yang tersurat hati sendiri kadang keliru.
bulan, bantu aku gapai bintang!

yg_indah,
dan harapan juga mampu buat hati menangis.

mugiwara,
kalau mimpikan aku pon, kau takkan mengaku kan? haha!

sharamli,
aku mahu mati. kerna yang itu pasti.

tasikmerah,
kecil tapak tangan, tapak tangan yang kecil ni saya tadah kak tasik. haha!

liyana,
tapi mimpi best selalunya cuma fantasi.

dija,
ye ke nightmare? ntah-ntah jatuh cinta. haha!

jumain,
aku mahu susun mimpi-mimpi aku jadi kota, tempat aku rasa bahagia.

maksu,
mimpi memang selalu mengelirukan maksu. saya selalu cuba jadi nakhoda yang mengemudi mimpi sendiri.

aiebahri,
kita selalu berharap kan aie? sehingga kadang-kadang kita seolah terlupa selain berharap, kita masih perlu berusaha. ya, moga kita mampu mati dengan lebih nikmat. hidup aku sendiri belum cukup nikmatnya.

cendana,
saya selalu mimpikan bulan. cuma bulan kerap dongak memandang bintang.

syazwan,
tanpa hidup, mimpi juga kosong.
bocor? cilakak. haha!

anakcikmad,
jangan selalu berharap. mungkin kamu yang perlu mimpikan bulan. kerna mungkin bulan sibuk mimpikan saya =)

zara,
mimpi itu hak kamu, jadi kalau itu yang buat kamu bahagia, jadi silakan! =)

chime,
"kebijaksanaan boleh membuatkan realiti lebih nikmat berbanding mimpi". sungguh saya selalu anggap yang mimpi itu paling indah. seindah syurga yang tuhan janjikan buat semua. abang selalu buat saya berfikir. dan hujah abang tak pernah salah pada saya. terima kasih untuk ilmu bang chime!

aloy,
yang ini bukan nama komen ke?

anaklaut,
hidup itu sendiri dugaan kan? =)

nizam.ariff,
tahu apa hebatnya mimpi? dalam mimpi, saya mampu seiring neil armstrong. saya mampu peluk erat bulan. biar bulan tidur bermimpikan bintang. haha!

darcy,
kita semua untung, punya peluang untuk masih terus hidup.

lady zera,
saya selalu mahu terbang. tak perlu tinggi. cukup sekadar terbang.

cahaya,
warna tak cuma datang. tapi pilihan di tangan kamu. kenapa perlu pilih cuma antara hitam dan putih kalau merah dan kuning mampu kamu sentuh hakikatnya?

nafastari,
sekarang saya mula berfikir. mimpi memang selalu buat saya bahagia. tapi bahagia yang jarang sekali kekal. saya setuju dengan abang chime. kebijaksanaan boleh membuatkan realiti lebih nikmat berbanding mimpi.

adibah,
kita manusia takkan pernah puas kalaupun bahagia di depan mata.

kay,
miss u so much kak kay. mana menghilang?

[yAN!e][pUTraJAya] said...

mimpi yanie tak malam tadi?

lalala.....kalau tak mimpi....
mlm ni sebelum tido..niat siap2 nak mimpi yanie jadi catwoman k...grrrrrrrrrr.....sexy....

addyaholix said...

yanie,
tak mimpi yanie, tapi mimpi halle barre. sama jugak kan?

Anonymous said...

eheehehe..
if jth cinta pon ase dija xde salah nyer..
asal jgn jth tangga da la..
da tua2 ni, ssh lak nk recover.. =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...