Wednesday, November 05, 2008

Tentang aku yang dikatakan hebat

Satu,
Aku menang lagi.
S bising kenapa asyik aku yang menang.
Dan kenapa asyik dia yang kalah.
Aku jungkit bahu seolah aku sendiri tak tahu.
Dalam hati, dah memang aku hebat kan haha!
Aku menang tiga hadiah.
1-Juara Carom
2-Best Player (baca : pemain terbaik) bowling
3-Cabutan bertuah
Sepatutnya aku menang empat termasuk bowling berkumpulan.
Tapi sebab dengki kawan-kawan yang kita suka (aku pinjam KKYKS Sindiket Sol-Jah), kemenangan terpaksa dibatalkan.
Sebab aku main untuk tiga orang.
Maksudnya satu kumpulan ada empat orang sepatutnya.
Tapi disebabkan aku hebat (Kak L cakap, bukan aku yang cakap), yang tak hebat direhatkan dan aku yang hebat dikerah berusaha lebih untuk rebut kemenangan berganda.
Tapi sia-sia kan.
Aku masih tunggu hadiah-hadiah aku!
Nota : Bos buat games erat silaturrahim (kononnya) sebelum ke Medan tempoh hari.

Dua,
Aku bangun lewat.
Masuk pejabat lebih lewat sebab aku bangun pon dah lewat.
Sarapan juga sarapan paling lewat sebab aku masuk pejabat lewat disebabkan bangun lewat.
Pakai baju berkedut seribu.
Seluar tak berseterika.
Rambut tak sempat nak set up.
Hari comot aku!

17 comments:

Dzana said...

walaupon u comot tp bg i u tetap cute! ahahaha =)

azie said...

bencilah. ai tak penah menang cabutan bertuah. tak bertuah lagi gamaknya..

menci!

farah said...

atok?

ada blog yer..

w said...

sesal dahulu pendapatang,
len kali cuba jalan sorang.

*pendapatang=pendapatan

disebut dengan slanga terengganu
atau aku x da perkataan lain yg terlintas.

Anonymous said...

edy mmg cute pun..
x kisah la baju, suar x gosok...
rambut tu bereh! no hal punya

Mdm.Zend said...

terror tu menang semua games...
cuba mak marah ..mesti nangis gak..ntah-ntah gf marah pun nangis jugak kut..hihi

DarcyDiaries said...

"comot" ke?

P/S; Memang selalu bertuah pun....

*AKUmenTAL* said...

penah dalam situasi gtu..
bgn lewat..tp sib baik de satu bj yg x payah gosok..sbb jenis kedut2.tp temper bile kat tgh jalan.jem yg sgt dem..huhu

pesanan ibu...

len kali..cuti weekend tu..
iron baju utk sminggu skali.
bgn pg pas mandi bleh tros pakai bj.
sy anak yg solehah..turuti kata ibu..hikhik
n now everything gonna smooth..try it.. ;)

rudy bluehikari said...

aku suka word comot. ... bnyk menang tu tandanya rejeki...

tegezoot said...

tangan atas tangan bawah tangan atas tangan bawah!

respek!

Anonymous said...

zanariah nak bodek addy huhhuhu, ada apa2 ke addy apa tunggu lagi dah depan mata terima aje lahhh kkekeke

Dzana said...

anonymous!
patik xde ape la ngan abg addy..huhu..just frens..suke ngan karya beliau shj =)

addyaholix said...

zana,
memang =)

azie,
i suka kalau u dapat. tapi i lagi suka kalau i yang dapat. baru collect hadiah tadi =)

farah,
ye.

wahyudimy,
aku mula rindukan atang. dia kawan aku dari sabah. takde kena mengena dengan slanga terengganu kau.

...,
terima kasih. aku dah malu ni =)

mdm,
mak dah tak marah sekarang. sebab kata mak, saya dah ukup besar. cuma kadang-kadang rindu mak berleter macam dulu =)

darcy,
terima kasih untuk manusia-manusia yang selalu anggap i comel haha!

kasih,
terima kasih, kasih!

rudy,
aku suka word blue. haha!

tegezoot,
tabik balik!

...,
haha!

zana,
erima kasih zana.

Ad Rifza said...

Lewat lewat lewat..knapa lewat?..kenapa bangun lewat?....Lewat itu waktu..knapa waktu lewat?..Ad pening..haha

farah said...

atok

saya mao linkkan atok di blog saya
takto plak atok ada blog

:P

A t i Q a h said...

Oh. Esok mahu berbowling.

addyaholix said...

ad,
lewat yang bersebab. lewat yang dikecualikan. haha!

farah,
ya sila sila. kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

atiqah,
selamat berbowling. kurangkan kekerapan masuk longkang =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...