Friday, November 28, 2008

Lan Cina - Gila dan gila-gila

Dah lama tak jumpa Lan Cina.
Kami panggil Lan Cina sebab Lan macam cina.
Masa sekolah ada empat Lan.
Sebab tu semua dapat gelaran sendiri.
Ada Lan Cina yang macam cina.
Ada Lan Borak yang mulut kecoh.
Ada Lan Langgaq yang terpaksa aku rahsiakan kenapa digelar Langgaq.
Dan ada juga Lan Pakeh.
Jangan tanya kenapa pakeh, sebab aku juga belum dapat jawapan.

Lan Cina SMS ajak jumpa.
Sebab kebetulan dia di Kuala Lumpur.
Keluar minum-minum sambil bercerita tentang masa dulu-dulu.
Lan asyik kata aku makin tinggi.
Juga makin kacak.
Yang satu itu aku setuju.
Sebab memang dari dulu aku jauh lebih kacak dari Lan Cina.
Malah lebih kacak dari Lan Langgaq dan Lan Borak.
Tapi Lan Pakeh memang kacak dari aku.
Tak banyak, cuma sikit.

. . . . . . .

Kau memang gila, Lan Cina kutuk aku.
Sebab aku kata nak ajak F yang dah berlaki tengok wayang.
Aku kata aku bukan gila, cuma gila-gila.
F juga pernah kata aku gila.
Tapi H(suami F) kata aku gila-gila.
Aku anggap itu pujian.

Apa beza?, Lan Cina tanya.
Ada, aku jawab ringkas.
Apa?
Aku macam biasa, senyum leret tanpa jawab apa-apa.
Sambil hisap rokok dalam-dalam.

6 comments:

Pecah Kepala said...

lu gila-gila gila. hang di tag, nak buat ke taknak buat ke. suka hati sebab aku tak nak kasi upah.

huahua

blackpurple @ jowopinter said...

Ha ha ha!

Aku cuma kenal blogger Lan Rambai dan Lan Badak.

Malay Rhapsody said...

merokok membahayakan kesihatan

addyaholix said...

pecah kepala,
aku dah sahut cabaran kau. aku sendiri gelak. belum lagi kawan-kawan aku. haha!

purp,
itu baru Lan. belum lagi Zul. huh!

rhapsody,
yang bahaya itu yang sedap!

rudy bluehikari said...

aah..yg bhaya itu mg sedappppp... mendalam siottt

addyaholix said...

rudy,
yang tersurat dan yang tersirat. haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...