Saturday, November 22, 2008

Maaf buat CINTA !

Maafkan aku kerna aku tak mahu terus menipu.
Maafkan aku kerna aku tak berdaya terus menabur janji.
Maafkan aku kerna aku tak mampu terbitkan rasa.
Maafkan aku kerna aku terpaksa patahkan cinta.
Maafkan aku kerna menghancurkan segalanya cuma dalam satu malam.
Maafkan aku, kerna aku betul-betul tak mampu.

Jujur aku bersyukur kerna kau pernah hadir.
Terima kasih kerna pernah menghulurkan cinta.
Terima kasih kerna pernah sudi berkongsi kasih.
Terima kasih kerna pernah menabur sayang.
Terima kasih untuk semua rasa yang pernah kau ada untuk aku.
Terima kasih juga kerna memahami keputusan ini.
Walaupun pedih, aku tahu kau cukup kuat untuk terus berdiri.
Maafkan aku sayang!

Sungguh kau insan hebat.
Tapi aku yang tidak mampu beriringan.
Mungkin kerna aku bukanlah siapa-siapa.
Mungkin kerna aku cuma laki-laki biasa(terlalu biasa) yang langsung tak punya apa-apa.
Mungkin juga kerna aku cumalah aku!

Andai kau baca ini,
Maafkan aku kerna cuma mampu terus menuturkan kata maaf.
Doa aku, moga kau bertemu cinta yang lebih baik dari aku.
Moga kau bersua dia yang lebih hebat dari seribu aku.

8 comments:

Anonymous said...

hi eddy.. pandai juga u bersajak.. nice one..

azie said...

can ai have this one?

mau pinjam hak penyiaran,ahahaha

alahaiiiiii..

sangatlah menggambarkan situasi diriku:-)

Mdm.Zend said...

Sabenarnya.........kalau benar perasaan itu...sebesar mana pun kesilapannya tak akan terasakan....sebanyak mana kekurangannya.... tetap terasa cukup berlebihan....setinggi manapun ujian...hati tetap tenang...kau akan bertarikkan antara satu sama lain memenuhi ruang....andainya sentiasa merasa kekurangan...itu bukan pelabuhan..kau harus terus berjalan...mencari perhentian abadi.....yg mana kau akan bertemu malu dan sentiasa berdebar-debar..di situ kau berhenti dan teliti....

Anonymous said...

mdm zend siad something yg sngt t0uching..dlm..hrmm..its true..but then sometimes we dont have d strength untk trus brjalan..damn la..(sounds like i xpercaya takdir rite) hu3..

addyaholix said...

djray,
thanx!

azie,
bukan ke kau sedang anyam cinta?

mdm,
masih belum jumpa pelabuhan. masih belayar dan mencari. dah penat nanti saya berhenti =)

...,
u kena percaya!

Anonymous said...

pasal i percaya, maka i msih hdp n mncari garisan penamat..dont worry la KAWAN..

p/s: make sure ur apology accepted..ssh woo..nnt xpasal2 kna cr kat padang mahsya..jenuh la jwbnyer..

addyaholix said...

...,
masih cari atau dah jumpa garisnya?

Anonymous said...

rs mcm da jmpa..tp tkt jgk klu trsalah check point..skrng nia d0a je mg2 KAMI brsama..

gudluck 2 u,daer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...