Bila datang nanti cuba kau lihat di belakang sana.
Lihat terus pada yang lusuh selekeh dan berhabuk itu.
Lihat pada yang bergerutu, berkerak dan berdaki itu.
Lihat pada gerobok buruk yang menunggu masa untuk roboh itu.
Sebab gerobok buruk itu punya segala rahsia silam aku.
Dalam gerobok buruk itu aku simpan hati aku yang pernah rapuh.
Dalam gerobok buruk itu aku simpan titis-titis airmata aku yang hampir jatuh.
Dalam gerobok buruk itu aku letak rasa aku yang dah separuh musnah.
Dan dalam gerobok buruk itu aku campak segala kekecewaan aku.
Tapi, dalam gerobok buruk itu juga aku simpan perasaan aku yang pernah berbunga.
Dalam gerobok buruk itu juga aku tanam cinta aku pada si dia.
Dalam gerobok buruk itu juga aku susun jiwa aku yang terlukis indah.
Dan dalam gerobok buruk itu juga aku pelihara kenangan manis yang pernah ada.
Hati terlalu sayang pada gerobok buruk.
Sebab dalam gerobok buruk itu aku simpan semua.
apa seterusnya?
1 week ago
13 comments:
kenangan diari terbaik kita.
life is a journey,though.
Gerobok buruk itu harus disimpan elok-elok. Tapi, jangan lah hesitate kalau nak beli gerobok yang baru. ;)
jadik kau peluklah gerobok itu sampai mati
satu hari nanti kau sedar, gerobok itu perlu kau buang.
kerana kau perlu gerobok baru,untuk simpan kenangan baru
grobok saya cantik, bersih tak berhabuk, cat berkilat, ada lampu, bercermin, berukir, simpan yg bagus-bagus saja...yang tak bagus saya buang ...baru senang hati ku....hatiku.....
jgn sesekali simpan airmata dlm grobok...dia makan dinding...reputtt.......tiada dendam....
ade simpan makwe x dlm tuh?ekekeke =p
Salam bro...gerobok buruk?...
Sy panggil GOBOK jeak...walaupun buruk bila dah ianya telah simpan 1001 kenangan...itu juga yang akan kita kenang...
Cheers!!!
Have a pleasant day ahead!!!
Rumah atok aku pun ada gerobok buruk. Di dalam gerobok itulah atok aku simpan duit syiling di dalam tin Milo. Kadang-kadang aku terambil seposen dua buat beli jajan.
wahyudimy,
sebab tu aku sayang dan simpan elok-elok.
atiqah,
aku juga beli gerobok baru. tapi aku lebih kasihkan gerobok buruk aku.
azie,
aku tetap perlu gerobok baru untuk simpan kenangan-kenangan baru. tapi aku takkan buang gerobok buruk. aku akan simpan keduanya. sebab aku tak perlu buat pilihan antara gerobok buruk dan gerobok yang baru.
mdm,
simpan airmata dalam bekas kalis air. supaya gerobok takkan reput =)
zana,
simpan juga, cuma gambar sajalah!
wan,
gobok atau gerobok sama saja. yang beza cuma istilah. thanx and cheers to you too!
blackpurple,
terambil maksudnya sengaja atau tidak? haha kau perlu minta ampun dengan atok kau! =)
Jgn sampai kena makan anai-anai. habis!
salam kenal..gerobok tu maksudnya apa ya..ehehe
ah tok,
anai-anai dah membiak. aku ambil langkah berjaga-jaga =)
arsaili,
gerobok juga disebut gobok(menurut wanhidayat). sama erti dengan almari. cuma lebih klasik!
gob0k baru untuk kenangan baru!
.
.
.
o0uhh ya..salam!
hana,
ya salam!
Post a Comment