Saturday, August 22, 2009

Tak selalu kita dapat apa yang kita suka, mungkin kadang-kadang kita perlu suka apa yang kita dapat!

Manusia itu adalah sebaik-baik kejadian. Kejadian tuhan yang lengkap dengan akal dan fikiran yang waras. Tapi manusia itu tidaklah sempurna. Malah takkan sempurna. Langsung. Sampai bila-bila. Sempurna itu bukan untuk manusia. Yang sempurna itu cumalah Dia yang maha Esa.

Untuk menerima sesuatu yang bukan pilihan, bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan semudah menyuap nasi ke mulut, kunyah dan telan. Tak semudah lelapkan mata, tidur dan bermimpi yang indah-indah. Yang satu ini perlukan kekuatan. Perlukan pengorbanan yang maha besar. Perlukan hati yang betul-betul ampuh dan mampu buang jauh-jauh airmata yang mungkin jatuh.

Tak selalu kita dapat apa yang kita suka, mungkin kadang-kadang kita perlu suka apa yang kita dapat. Menurut seorang teman, "Kadang-kadang tuhan tak beri perkara yang kita suka, tapi Dia beri perkara yang kita perlu!". Sungguh aku mula yakin yang itu!

Hidup akan selalu punya pilihan. Memilih samada untuk hanya terima yang tersurat tanpa berbuat apa-apa atau terima dan cuba berusaha dan berubah menjadi yang lebih baik. Moga kita mampu membuat pilihan yang terbaik.

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Moga kita sama-sama mampu peroleh sesuatu yang lebih baik di masa depan kelak, Insyaallah!

NotaAddy : Aku diserang kesibukan yang melampau. Yang buat aku hampir tak mampu bernafas. Yang buat aku hampir jatuh tumbang menyembah bumi. Yang buat aku hampir lupa dunia yang ini. Maksud aku dunia maya yang mendekatkan aku dengan kalian. Tapi sungguh kalian lekat terus dalam hati aku yang makin beku ini.

28 comments:

Nizam.Ariff said...

Aku suka tulisan kamu.

Dan aku tak perlu pilih.

sharamli said...

slalu kita xpernah nak menghargai benda yg kita dpt...
bila dh ilang baru nak carik..

AiE bAhRi said...

"Tak selalu kita dapat apa yang kita suka, mungkin kadang-kadang kita perlu suka apa yang kita dapat."
"Kadang-kadang tuhan tak beri perkara yang kita suka, tapi Dia beri perkara yang kita perlu!". Saya juga bersetuju dengan pernyataan itu.Sungguh! kita perlu syukuri dengan apa yang diberikan.

Bro Addy,
Harap2 kesibukan yang melampau itu dapat diatasi dengan baik.Semoga ramadhan ini menjanjikan sinar keimanan dan kebahagiaan buat kita semua. Jangan sampai tak bernafas dan jatuh tumbang akibat kesibukan yang melampau itu.take care =)

farah said...

kadang2 manusia itu tidak pernah bersyukur,

bila sesuatu itu sudah tiada di tangan,
barulah rasa menyesal..

:)

patungcendana said...

kau tahu pendapat aku tentang ini...malas nak bertelagah...

salam ramadan...:-)

re:...ya...aku tahu itu cuma mimpi...tapi tetap mengganggu perasaan.

adibah said...

Jangan biarkan hati itu beku, Addy..

selamat berpuasa..

en_me said...

salam ramadhan abang addy ittewww..

Aloy Paradoks said...

ayat jiewang siot akhir sekali tu,..

Nafastari said...

Addyaholix, jika kamu benar2 memaksudkan apa yang kamu tulis, jadi bermakna kamu sedang berada di landasan yang betul. Teruslah berperang dan berjuang menuju kemenangan!

Ramadhan kareem!

jagoan said...

Bila ada di depan mata, manusia buat dono saja. Bila dah takde nanti, baru rasa menyesal.
Itulah tabi'i manusia.

Anyway, suka atau tak suka. Jika dah takdir. terima dengan hati yang redha. Ada hikmah di sebaliknya. Tuhan lebih maha mengetahui.

ASH said...

Aku teringat senikata dari sebuah nasyid "Apa yang ada jarang disyukuri..apa yang tiada, sering dirisaukan.."

selamat menempuh puasa Ramadhan!

yg_indah said...

kesibukan itu juga rahmat,dalam bentuk yang lain dari biasa.

blackpurple @ jowopinter said...

Pernah tak kita bertanya pada diri sendiri, samada kita SUKA dilahirkan atau tidak..? Atau PERLU dilahirkan atau tidak?

mr.syazwan said...

sibuk-sibuk gak... kesihatan perlu di jaga k..

apa2 pun WAN nak ucapkan

SELAMAT BERPUASA, BERSAHUR, BERBUKA, BERTERAWIH, BERTADARUS, BERSHOPPING RAYA...

(^_~)

Adry said...

ada benarnya apa yang kamu kata... anyway... slamat berpuasa... salam ramadan...

minta alamat ble... hantar ke adrysabry@yahoo.com k... nak kirim kad rayaa

Wanpetunjuk said...

Salam....

Addy...ini adalah fenomena...kita boleh suka tapi tidak semestinya kita akan dapat dan memiliki...

Kita boleh melihat tapi tidak semestinya kita boleh menyentuh....

Kita boleh menyayangi dan mengasihi...namun tidak semestinya akan akan disayangi dan di kasihi...

Selamat berpuasa Addy, semoga kita semakin kenal betapa setiap yang berbyawa di muka bumi ini adalah milik DIA...yang abadi....

baincardin said...

Haruslah kita happy & bersyukur w/pun kita x dpt apa yg kita nak :)

Min said...

awak ini bukan comment tau, saya terpaksa privatekan blog saya atas sebab tertentu. boleh awak msg saya email add awak? saya nak invite. min.mdnor@yahoo.com. tq

kad0k. said...

saya hanya nak kata..selamat berpuasa..titik!

amirnazrin said...

kau tak suke housemate baru kau ke?
hahah!

Kay said...

أول شهر رمضان رح وآخره عتق من النار مة وأوسطه مغفرة
Ertinya: awal bulan Ramadhan adalah rahmat , pertengahannya keampunan dan akhirnya ialah pembebasan dari Neraka.

selamat berpuasa.

addyaholix said...

nizam.ariff,
terima kasih bang. nanti aku belanja berbuka. termasuk paku payung dan mama. haha!

sharamli,
itu tabii manusia. lumrah.

aiebahri,
silap kita bila kita selalu tak menghargai apa yang kita dapat. sering merungut kerana yang kita dapat bukan yang kita suka. moga kita berubah menjadi yang lebih baik. amin.
aku dah kurang sibuk. jadi dah tiba masa untuk berfoya-foya. haha!

farah,
moga kita tak tergolong dalam golongan yang satu tu kan farah =)

cendana,
kita berhak memilih apa yang kita mahu. kan? =)

adibah,
dah mula cair. tapi macam dah nak kembali beku. macam mana tu kak dib? haha!
selamat berpuasa kak!

en_me,
salam ramadhan en_me ittewwww. haha!

aloy,
jiwang dan sentimental lain kan? romantik pulak lain kan? haha!

nafastari,
terima kasih. moga saya terus kuat. ramadhan al-mubarak!

ah tok,
tuhan lebih tahu yang terbaik untuk hamba-Nya. sesungguhnya Dia yang maha mengetahui.

ashley,
selamat berpuasa kak!

yg_indah,
mati juga rahmat.

purp,
kamu buat saya berfikir panjang bang. terima kasih!

syazwan,
terima kasih wan. dalam banyak-banyak tu, aku suka ucapan selamat bershopping raya tu. haha!

adry,
alamat? ok nanti saya emal. salam ramadhan al-mubarak!

dayat,
terima kasih dayat. aku setuju. kita mampu memilih apa yang kita mahu. tapi kita tak mampu memaksa manusia lain untuk merasa yang sama. aku makin sedar yang kita cumalah manusia biasa yang tak punya apa-apa selain Dia. salam ramadhan dayat!

bain,
manusia sering lupa untuk bersyukur. dan moga kita termasuk di kalangan yang tahu untuk berterima kasih pada sang pencipta. amin!

min,
kenapa? ok nanti saya emelkan. terima kasih.

kadok,
saya cuma nak balas, terima kasih. titik =)

amirnazrin,
saja mahu bikin kontroversi? ini tentang persoalan yang lebih besar. tentang hidup aku.

kay,
terima kasih kak kay. dan selamat menempuh ramadhan!

tasekM said...

selamat bersibuk2. aku pun sibuk bagai labah2 tapi tetap mengadap blog. aku mmg keji. he he.


.

w said...

selamat berpuasa addy.

Anonymous said...

mmm...bkn ke lumrahnye manusia mmg cmni?sll nk/suke ape yg die xbley dpt..aku ajar diri aku utk suke ape je yg aku dpt sbb xsemestinye yg aku suke tu aku akan dpt..sume org pn ptt pk cmtu,aku pk..

-Spidey-

said...

>> Salam Ramadhan addY.....

kekadang kita pernah dapat aper yg kita nak....tp selalu ia nyer tak lama dalam genggaman kita...

=(

addyaholix said...

tasikmerah,
saya harap boleh jadi keji jugak. haha!

wahyudimy,
selamat berpuasa bro!

spidey,
dulu aku selalu menentang arus. sekarang aku masih cuba belajar untuk ikut yang sepatutnya.
banyak kau komen tulisan-tulisan aku sejak semalam, terima kasih. salam dari aku!

yanie,
mungkin bukan itu yang tuhan mahu untuk kita yanie. jangan mengeluh. dah tiba masa untuk kita bersyukur.
salam ramadhan yanie!

Anonymous said...

aku suke bace tulisan2 ko,mendalam maksudnye..aku bkn org seni,tp aku sgt mengagumi org2 yg berseni mcm ko..it's a GIFT..keep it up,bro..

-Spidey-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...